Projek hujung minggu – DIY Photography Mini Studio

Projek hujung minggu kali in adalah DIY Photography Mini Studio.

Projek hujung minggu kali ini adalah membuat DIY Photograpy Mini Studio sendiri dengan kos yang minimum, murah dan mudah. Sejak membeli kamera DSLR Canon saya kerap membuat eksperimen dengan cuba memahirkan setting yang ada pada kamera DSLR tersebut. Sehingga hari ini saya masih belum puas dengan tahap pencapaian untuk mendapat setting yang terbaik setiap kali mengambil gambar.

Sebagai permulaan bahan-bahan untuk membuat DIY Photograhpy Mini Studio ini dibuat dengan kos yang minimum dan bersesuaian untuk yang baru berjinak-jinak dengan kamera DSLR. Harga Photograpy Mini Studio di pasaran ada yang menjangkau ribuan ringgit termasuk dengan aksesori lampu. Tidak nafi kualiti DIY tidaklah setanding yang asli tetapi untuk permulaan sudah memadai.

Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk menambah aksesori  DSLR kerana aksesori standard tidak cukup mengancam. Boleh rujuk di blog Tarmizi Shukri untuk mendapat panduan memilih aksesori kamera DSLR ini.

DIY Photograpy Mini Studio

DIY Photograpy Mini Studio

Bahan-bahan untuk DIY Photography Mini Studio

Bahan-bahan untuk DIY Photography Mini Studio

Antara hasil kerja fotografi mengunakan Photography Mini Studio.

Yamaha Superbike R1 Red

Yamaha Superbike R1 Red

Yamaha Superbike R1 Blue

Yamaha Superbike R1 Blue

Yamaha Superbike R1 Red and Blue

Supercar Lamborghini-Murciélago

Supercar Lamborghini-Murciélago

Studio DIY yang dibuat ini mudah dipasang dan dibuka bila-bila masa sahaja. Perancangan pada masa akan datang saya  ingin menambah 2 lagi lampu untuk Photography Mini Studio ini.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Oh! budu August 13, 2012 at 12:21 am

    ceh, ingatkan betul punya motor. tp nampak cm real

  • Bobby Pian June 5, 2012 at 9:28 am

    Menarik boss, bayang-bayang tu saya sangat suka.. :)

  • Fariedh April 2, 2012 at 4:33 pm

    Mantaplah.. mini studionya, lampu tutup pakai kain bisa tiadak?

  • Hazmin Hamudin February 9, 2012 at 12:31 pm

    rajin betul bro…. yang penting hasil dapat memuaskan diri sendiri dah cukup dah kn…
    Hazmin Hamudin recently posted..Kakitangan KFC Tendang PelangganMy Profile

  • wandisini February 6, 2012 at 3:16 pm

    cantik dah bro. tapi cadangan aku, ganti kertas dengan kain putih, lagi cantik rasanya. selimut ke, telekung ke

  • Mus February 6, 2012 at 11:56 am

    wah.. tahniah bro..
    good job!!
    Mus recently posted..Anak-Anak Mandi Laut Di Pantai Tanjung AruMy Profile

  • Dulu Lain Sekarang Lain February 5, 2012 at 11:10 pm

    Wah, makin hebat la bro.. hebat.. hebat well done.

  • Kak Long Mawar Merah February 5, 2012 at 10:09 pm

    Nampak sangat menarik projek ni. Bila ada masa yang sesuai, memang boleh dijadikan rujukan untuk cuba projek sendiri pula.

  • kakyong February 5, 2012 at 9:42 pm

    tips yg bagus ni..

    sesuai la utk mereka yg nak snap photo produk perniagaan..

    belum ada dslr.. kamera digital biasa jer..

  • nuriz February 5, 2012 at 8:05 pm

    comel mini studio ni ye sesuai nak ambil gambar2 untuk simpanan stok boleh guna di masa depan utk photoshop, edit gambar2 dan sebagainya
    nuriz recently posted..Bekas Tunang Leuniey Bersihkan Nama ApekMy Profile

  • CMRatu February 5, 2012 at 5:33 pm

    best2, saya pun pernah buat, tapi teringin sgt nak ada studio besar sendiri, kat rumah pun jadi la.. :)
    CMRatu recently posted..Tutorial asas menggunakan flash (strobist)My Profile

  • Amirez February 5, 2012 at 3:25 pm

    wah terbaiklah. kos rendah takpe, yang penting hasilnya. ada satu tips berguna untuk shoot gambar objek macam ni iaitu gunakan cahaya dari tingkap selain daripada lampu untuk hasil yang lebih baik. boleh rujuk blog noorizamsabran.com, ada video disediakan di bahagian sidebar

  • kulanz February 5, 2012 at 3:07 am

    memang kreatif kerja bro.. selalu buat eksperimen
    aku dah lama tak sentuh kamera aku.. kebetulan sekarang hujung minggu pun busy memanjang

  • tarmizishukri February 5, 2012 at 2:54 am

    rajin betul buat diy.. setup dah ok, cuma lighting perlu tambah lagi supaya kertas tu nampak putih suci… apa2 pun thanks untuk backlink :p

    • akubiomed February 5, 2012 at 11:21 am

      No problemo. Memang ada perancangan untuk tambah lagi lampu.

  • maza February 5, 2012 at 1:35 am

    wah dah encem dah gambar tu…
    tapi utk menghilangkan bayang2 kena tambah sekurang2nya satu lagi lampu…
    guna lampu suluh pun volleh..ahaks..

    • akubiomed February 5, 2012 at 11:22 am

      Lampu suluh tambahan ada nanti suruh abang Koning tolong pegang. :-)

  • hafizmd February 5, 2012 at 1:13 am

    wah, syoknyer….
    wslaupun murah, silap2 boleh lwn mini studio yg mhl2 tu…
    lps ni boleh jadikan abg koning model pulak..hihi
    hafizmd recently posted..10 Blogger Sensasi JanuariMy Profile

    • akubiomed February 5, 2012 at 11:22 am

      Saiz badan abang Koning lebih besar daripada studio mini ini. :-)

  • Nur February 5, 2012 at 12:44 am

    Good idea.. Cantik gambar2 ni.. :D

  • nurmisnan February 5, 2012 at 12:42 am

    brother. kalau ada lukisan jalan raya lagi kacak.. memang real.. hik3
    nurmisnan recently posted..Lelaki mengamuk rempuh kereta isteri sampai remukMy Profile

    • akubiomed February 5, 2012 at 11:25 am

      Kertas yang ada gambar pemandangan sudah terbuang kalau tidak boleh digunakan sebagai latar belakang.

  • SuhairiDotCom February 4, 2012 at 11:55 pm

    Dgn hnya berbekalkan kertas mahjong tu,ko da ley jd jurufoto handalan ni bro! :)

  • amirulfaiz February 4, 2012 at 11:30 pm

    Uih, model motor dan kereta mewah. Mantap. :)

  • tehr February 4, 2012 at 11:04 pm

    Aku pernah guna lampu picit untuk ambil gambar
    Haha
    tehr recently posted..Kehebatan Lelaki 70 TahunMy Profile

  • Kimmy February 4, 2012 at 10:05 pm

    Alololo..comel sungguh mini studio dia. Saya suka..saya suka..

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:24 pm

      Tidak besar mana pun studio ini sebesar kangkang kera sahaja. :-)

  • Syahrulzaman February 4, 2012 at 5:55 pm

    sangat menarik idea….salute

  • puanbee February 4, 2012 at 4:11 pm

    Rajin betul lah .. terpesona sekejap saya rasa

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:25 pm

      Alang-alang peluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

  • Norizwan February 4, 2012 at 3:37 pm

    wah ‘Do It Yourself’…saya pun ada buat camni, menggunakan patung model, belajar daripada noorizam sabran blog….:)

  • yas February 4, 2012 at 3:33 pm

    Aku ada sebijik gak R1 kaler merah mcm bro akubiomed…tp tu laa…bila anak2 dah “tunggang” habis sumer tercabut….skg aku tgh dok sorok hak kaler camel yamaha, klau dpt kt derang kompom sumer tercabut jugak…sayang giler aku…:)
    yas recently posted..Aksi Terbaik Kereta POLIS Malaysia – Evo10 vs Satria Gti dan WiraMy Profile

  • padin February 4, 2012 at 2:40 pm

    menarik gambar motor dan kereta tu, huhuuu…
    wah, bro Biomed buatla satu ruangan untuk koleksi die cast bro.. :D

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:28 pm

      Saya tidak banyak koleksi seperti bro IsmailN. Malulah nak tunjuk. :-)

  • Izwan February 4, 2012 at 2:17 pm

    ni superb punya idea.. saya masih tercari2 dslr..hoho.. tak nak share setting ke bro? manual mode kan? ;)
    Izwan recently posted..10 Blogger Cun Dan Handsome Januari 2012My Profile

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:30 pm

      Memang ada pelan hendak letakkan sekali setting yang digunakan tapi bila sudah edit rasa tidak adil lah pula. Saya mengunakan semiauto.

  • anif February 4, 2012 at 1:57 pm

    Mungkin kena upgrade sikit lagi.. Sebab ada bayang-banya la :D
    anif recently posted..Jadual Kempen Derma Darah Bergerak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru Bagi Bulan Februari 2012My Profile

    • Izwan February 4, 2012 at 2:16 pm

      ada sesetengah keadaan,bayang-bayang diperlukan untuk naikkan mood gambar.. :)
      tapi leh reduce bayang2 kalau bounce cahaya dari atas..
      Izwan recently posted..10 Blogger Cun Dan Handsome Januari 2012My Profile

      • akubiomed February 4, 2012 at 10:32 pm

        Saya setuju kekurangan jumlah lampu Strobe. Ada perancangan ingin membeli lampu yang boleh extend dan fleksibel.

  • titan February 4, 2012 at 12:45 pm

    aku pakai kertas A4 dengan lampu handset aje. haha..
    titan recently posted..Komisen ke 11 dari 701panduanMy Profile

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:33 pm

      Pun boleh juga. Kalau ada pembantu yang tolong suluh lampu jadi boleh beri tumpuan mengambil gambar.

  • hatiputera February 4, 2012 at 12:07 pm

    Berapa harga camera DSLR tu,,,Nak tahu jer

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:35 pm

      Cukup sekadar saya bagi tahu model Canon 600D. :-)

  • adele February 4, 2012 at 11:18 am

    kreatifnya…mesti idea babah ni :D

  • faiz February 4, 2012 at 10:26 am

    mantap..

  • Tuan Tanah February 4, 2012 at 7:51 am

    percubaan yang bagus bro….kena bermula A baru berjaya…:)

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:23 am

      Hendak beli aksesori fotografi belum mampu lagi guna apa yang ada dulu walaupun kualiti tidak sebaik yang asli. :-)

      • Tuan Tanah February 4, 2012 at 11:03 pm

        tapi ini yang sebaiknya, kira belajar dulu baru beli yang sepatutnya…nanti takde la membazir kan..:)

        bila nak bukak class fotografi nie…:)

        • akubiomed February 4, 2012 at 11:07 pm

          Malu seh. Belum sampai setahun pegang kamera DSLR. :-)

  • suri February 4, 2012 at 7:29 am

    rsjin mengumpul kete moto kecik2 tu..mesti bapaknya punya koleksi heee..

    ps:pi kedai mamak ka ini pagi heeee

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:19 am

      Anak-anak saya yang punya tapi telah diselamatkan. Hari ini makan Nasi Goreng dirumah sahaja. :-)

  • suri February 4, 2012 at 7:28 am

    isyh klu dh mint tak blh nak ckp apa2 heeee

  • bardboo February 4, 2012 at 5:36 am

    bolehlah suruh hubby saya buat macam ni gak nanti..

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:24 am

      Bardboo boleh buat sendiri kerana bahan-bahan tersebut mudah di cari contoh meja kanak-kanak, kertas putih dan lampu strobe boleh guna lampu study.

      • bardboo February 5, 2012 at 9:02 pm

        tu la…bahan2 tu semua ada dah tu kat rumah..cuma model kereta dan motor tak ada…helikopter adalah..nanti bila dah buat saya akan letak di blog ye…

  • Azman February 4, 2012 at 1:36 am

    Ok juga hasilnya.Mungkin nanti bila saya dah ada camera dslr saya boleh buat rujukan tentang mini studio dengan tuan blog nanti.

    • akubiomed February 4, 2012 at 10:25 am

      Sudah tentu boleh sebab itu ada tip saya catat diblog supaya digunaka untuk rujukan masa hadapan.

Trackbacks
  • Speedlight untuk kamera DSLR Canon June 2, 2012 at 8:55 pm

    [...] saya tidak mampu milik.Secara jujur saya masih mentah untuk memilih Speedlight yang sesuai untuk kamera DSLR Canon ini terutama dengan bajet yang kecil lebih menyukar pemilihan Speedligt. Masalahnya nafsu besar [...]

  • Jangan ambil bukan hak kita February 28, 2012 at 12:02 am

    [...] yang terletak di Mutiara Damansara untuk mencari lampu meja menambahan jumlah  lampu strobe untuk mini studio saya. Sempat mencuci mata melihat barangan di show room di Ikea hampir membuat saya dan isteri tergoda [...]