Hujung mencuci air duct penghawa dingin Proton Gen2
Sudah agak lama tidak melakukan projek DIY hujung minggu. Kali ini perlu dilakukan kerana angin blower penghawa dingin tidak berasa kuat dan mula terasa panas apabila suhu pendingin yang diset tidak sejuk seperti biasa.
Membersihkan penapis penghawa dingin
Selalu berlaku kepada kereta Proton Gen dan Persona apabila penapis penghawa dingin akan tersumbat dengan habuk.
Hendak membersihkannya adalah tidak susah ia boleh dilakukan secara DIY dengan mengeluarkan penapis berkenaan dibersihkan dan dipasang semula.
Angin penghawa dingin kereta Proton Gen2 saya tidak kuat. Kalau sebelum ini dengan mencuci penapis guna semula sahaja sudah memadai untuk angin kembali normal.
Kali ini selepas membersihkan penapis tidak terasa angin penghawa dingin. Apa yang saya perasan ada kebocoran angin di penyambung air duct penghawa dingin.
Kotak air duct penghawa dingin Proton Gen2
Getah penebat pada kotak air duct ini sudah mereput perlu diganti baru
Getah penebat sudah mereput dimamah usia
Bahan-bahan pengantian DIY untuk penebat getah air duct
Air duct sudah dipasang getah penebat baru. Pastikan ia dipasang rapat supaya tidak ada kebocoran ketika dipasang semula
Blower juga perlu dibersihkan dengan menanggalkan bilah kipas dari motor jika terdapat habuk.
Ia mudah dilakukan melainkan jika ada kerosakkan yang lebih serius memerlukan perkhidmatan pakar untuk pembaikan. Modal bahan didalam RM8 dengan semua bahan-bahan tersebut dibeli dari Mr.DIY
Perhatian: Saya tidak bertanggungjawab kegagalan berfungsi dan kerosakkan dengan perkongsian DIY ini adalah tanggungan risiko sendiri.
Ini adalah minor. Kalau hantar agen bertauliah akan dibuka dashboard dan kos lebih kurang RM5++
Betul ini untuk minor servis yang boleh buat sendiri. Kalau buka dashbord untuk akses cooling coil RM5++
bagus kalau kreatif..semua blh diy sendiri je..tp tersilap bt..nayaa
Ducting aircond tidak perlu risau nak dibersihkan sebab tidak melibatkan mekanikal atau elektrikal. Hanya saluran angin aircond sahaja.
Assalam….tuan, nk tnya…cm mana carabutk keluarkn n cabut semua tu?mksud sy blower n duct..selalunya sy blh cuci penapis je..sb tk thu nk bukak duct n blwer…blh tuan tunjukkn caranya..?
W Salam, air duct ini macam slot boleh dibuka dan blower hanya perlu buka 4 skru sahaja. Macam saya selepas cuci semua tuh masih ada masalah sebab cooling coil bawah dashboard sudah tersumbat dengan habuk tebal jadi tidak lagi efektif cuci filter dan blower fan.
Kalau tak pandai jangan nak memandai mandai pulak..kena belajar jugaj nih,. On cost semua nih
aku bukak boleh…pasang tu takut tak siap2 sampai hujung bulan…hehe
apapun, terbaiklah bro…mr diy mmg best!
Nak bukak dan pasang balik kalau ikutkan tidak sudah kerana mengunakan klip tanpa skru.
Saya punya blower tak pernah servis, hujung minggu ni nak cuba buat sendiri 🙂
Blower penghawa dingin Proton Gen2/ Persona di bawah dashboard kerusi penumpang kiri dibahagiah hadapan. Mudah untuk diakses.
Sonang ni.. kalau kawe buat sure bertahun tak dapat pasang balik.. adehhh..
Mustahil untuk pasang terbalik sebab setiap hujung kotak ini berlainan saiz.
Jika ada masa & kesempatan memang boleh buat kerja-kerja DIY ni.
Masalah kecil-kecil ini perlu diselesaikan secepat mungking sebelum ia merebak menjadi masalah lebih besar.
Nie kalo hantar kt kedai mau berpuluh ringgit kena bayar..sedangkan boleh dilakukan sendiri..
Ini adalah minor. Kalau hantar agen bertauliah akan dibuka dashboard dan kos lebih kurang RM5++
memang boleh jimat banyak diy macam ni. udara aircorn segar kembali…
Setakat mana yang boleh dibuat sendiri boleh jimatkan kos pembaikkan sebelum ia menjadi kerosakkan lebih besar.
Bagus…. buat DIY nie….jimat skit belanja kan…. tapi ayat last “disclaimer” tu memang penting….
Yang penting letak amaran tersebut. 🙂
fuhh..modal memang rendah nih..
Perlukan sedikit kretiviti untuk menyelesaikan masalah.