Presiden dan Perdana Menteri Wanita

Yingluck Shinawatra Perdana Menteri Wanita pertama Thailand

Rasanya ramai yang tahu Yingluck Shinawatra adik bekas Thaksin Shinawatra bekas Perdana Menteri Thailand telah dilantik menjadi Perdana Wanita pertama bagi negara Thailand yang terkenal dengan gelaran negara Gajah Putih. Perlantikan beliau selepas kemenangan pilihan raya umum Thailand baru-baru ini dengan mengalahkan parti pemerintah iaitu Parti Demokrat pimpinan Abishit dengan majoriti besar.

Yingluck Shinawatra Perdana Menteri Wanita Pertama ThailandPerlantikan Yinluck sebagai Perdana Menteri Wanita pertama Thailand ini menarik perhatian aku untuk membuat kajian berapa ramaikah lagi Presiden Wanita dan Perdana Wanita dinegara-negara lain di dunia.

Senarai nama Presiden dan Perdana Menteri Wanita

  1. Agatha Barbara, Presiden Malta – 1982
  2. Agathe Uwilingiyimana, Perdana Menteri Rwanda – 1993
  3. Angela Merkel, Canselor Jerman – 2005
  4. Beatriz Merino, Perdana Menteri Peru – 2003
  5. Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan – 1988, 1993
  6. Borjana Kristo, Presiden Federasi Bosnia and Herzogovina – 2007
  7. Carmen Pereira, pemangku Presiden Guinea Bissau – 1984
  8. Chandrika Bandaranaike Kumaratunga, Presiden Sri Lanka – 1994
  9. Claudette Werleigh, Perdana Menteri Haiti – 1995
  10. Corazon Aquino, PresidenFilipina – 1986
  11. Cristina Fernandez de Kirchner, PresidenArgentina – 2007
  12. Dalia Grybauskaite – Presiden Lithuania, 2009
  13. Dame Eugenia Charles, Perdana Menteri Dominica – 1980
  14. Dilma Rousseff – Presiden Brazil, (Jan 2011)
  15. Edith Cresson, Perdana Menteri Perancis – 1991
  16. Elisabeth Domitien, Perdana Menteri Republik Afrika Tengah – 1975
  17. Ellen Johnson-Sirleaf, Presiden of Liberia – 2006
  18. Ertha Pascal Trouillot, Presiden of Haiti – 1990
  19. Gloria Macapagal-Arroyo, Presiden Filipina – 2001
  20. Golda Meir, Perdana Menteri Israel – 1969
  21. Gro Harlem Brundtland, Perdana MenteriNorway – 1981, 1986, 1990
  22. Han Myung-sook, Perdana Menteri Korea Selatan – 2006
  23. Hanna Suchocka, Perdana Menteri Poland – 1992
  24. Helen Clark, Perdana Menteri New Zealand – 1999
  25. Indira Gandhi, Perdana Menteri India – 1966, 1980
  26. Isabel Peron, Presiden Argentina – 1974
  27. Janet Jagan, Perdana Menteri Guyana – 1997
  28. Jennifer M. Smith, Perdana Menteri Bermuda – 1998
  29. Jenny Shipley, Perdana Menteri New Zealand – 1997
  30. Julia Gillard – Perdana Menteri Australia, 2010
  31. Kamla Persad Bissessar – Perdana Menteri Trinidad dan Tobago, 2010
  32. Kazimiera Danuta Prunskiene, Persana Menteri Lithuania – 1990
  33. Khaleda Zia, Perdana Menteri Bangladesh – 1991, 2001
  34. Kim Campbell, Perdana Menteri Canada – 1993
  35. Laura Chinchilla – Presiden Costa Rica, 2010
  36. Lidia Gueiler Tejada, Perdana Menteri Bolivia – 1979
  37. Luisa Diogo, Perdana Menteri Mozambique – 2004
  38. Mame Madior Boye, Perdana Menteri Senegal – 2001
  39. Margaret Thatcher, Perdana Menteri England – 1979
  40. Maria da Lourdes Pintasilgo, Perdana Menteri Portugal – 1979
  41. Maria das Neves, Perdana Menteri of Sao Tome dan Principe – 2002
  42. Maria Liberia-Peters, Perdana Menteri Netherlands Antilles – 1984, 1988
  43. Mary McAleese, Presiden Ireland – 1997
  44. Mary Robinson, Presiden Ireland – 1990
  45. Megawati Sukarnoputri, PresidenIndonesia – 2001
  46. Micheline Calmy-Rey, PresidenSwitzerland – 2006
  47. Michelle Bachelet, Presiden Chile – 2006
  48. Milka Planinc, Perdana Menteri Yugoslavia – 1982
  49. Mireya Moscoso, Presiden Panama – 1999
  50. Nyam-Osoriyn Tuyaa, Pemangku Perdana Menteri Mongolia – 1999
  51. Pamela Gordon, Perdana Menteri Bermuda – 1997
  52. Portia Simpson Miller, Perdana Menteri Jamaica – 2006
  53. Pratibha Devisingh Patil, Presiden India – 2007
  54. Reneta Indzhova, Perdana Menteri Bulgaria – 1994
  55. Ruth Dreifuss, Presiden Switzerland – 1999
  56. Sabine Bergmann-Pohl, Presiden Republik Demokratik German – 1990
  57. Sheikh Hasina Wajed, Perdana Menteri Bangladesh – 1996
  58. Susanne Camelia-Romer, Perdana Menteri Netherlands Antilles – 1993, 1998
  59. Sylvie Kinigi, Perdana Menteri Burundi – 1993
  60. Tansu Ciller, Perdana Menteri Turki – 1993
  61. Tarja Halonen, President Finland – 2000
  62. Vaira Vike-Freiberga, Presiden Latvia – 1999
  63. Vigdis Finnbogadottir, Presiden Iceland – 1980
  64. Violeta Chamorro, Presiden Nicaragua – 1990
  65. Yulia Tymoshenko, Perdana Menteri Ukraine – 2005
  66. Zinaida Greceanii – Perdana Menteri Moldova, 2008

Tidak sangka ramai wanita hebat yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri di negara serata dunia. Kalau Margaret Thatcher terkenal dengan gelaran sebagai Wanita Besi.

Isabel Peron berasal dari Amerika Selatan dilantik menjadi Presiden Wanita Pertama

Presiden Wanita pertama dilantik adalah dari Amerika Selatan. Isabel Peron isteri kepada Juan Peron(juga Presiden Argentina) dilantik menjadi Presiden Argentina pada tahun 1974 yang sebelum itu memegang jawatan sebagai Pemangku Presiden.

Tun Dr Fatimah Hashim Menteri Wanita pertama Malaysia

Kalau di Malaysia pula yang paling tinggi jawatan yang disandang adalah jawatan Menteri. Allahyarham Tun Dr Fatimah Hashim adalah Menteri Wanita Malaysia yang pertama dilantik menerajui Menteri Kebajikan Am pada  20 Mei 1969.

p/s: Ini dikatakan ‘Tangan yang menghayun buaian mampu mengegarkan dunia’. Mungkinkah Malaysia mempunyai Perdana Menteri Wanita Pertama sautu hari nanti?




81 thoughts on “Presiden dan Perdana Menteri Wanita”

  1. kalau wanita jadi presiden US, husband dia nanti panggil apa eh?
    first gentleman perhaps :lol:

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Yelah satu hal juga gelaran kepada suami yang isterinya seorang pemerintah negara :-)

    [Reply]

  2. Biarlah wanita menjadi pemimpin dikalangan mereka sahaja. Kalau jd PM, biarlah org lelaki yg galas. Tambahan negara kita majori penganutnya beragama Islam :-)

    Apa2 pun wanita jika diberi peluang, mereka pun hebat juga kan!
    Mekar recently posted…Gulai Kalut @ Gulai Panas di LangkawiMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Majoroti komentator sedar akan siapa yang layak memimpin. Saya rasa tenang membacanya

    [Reply]

  3. Baru tahu betapa ramainya wanita yang jadi ketua negara

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ramai dan mungkin senarai yang saya ada ini pun tidak lengkap tapi senarai menunjukkan ramai pemimpin wanita

    [Reply]

  4. pernah keluar di paper utusan,sebulan lepas rasanya,artikel tentang ketokohan wanita dalam memimpin negara. ramai. tapi dalam artikel tu banyak yang jatuh disebabkan konspirasi dan sebagainya….. beberapa jer yang benar-benar dapat bawa nama negara ke puncak…. so semoleknya lelaki lah yang jadi pemimppin kan….
    Amry recently posted…Cara Terbaru Aku BerblogMy Profile

    [Reply]

  5. Seelok dan semoleknya lelaki yang memegang jawatan tertinggi.. lebih rasional dan tak terlalu di bawa emosi. Tapi dalam satu sudut yang lain, wanita juga punya sifat bersungguh-sungguh, dan komited ;) Jadi bergabunglah antara keduanya tu.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Selalunya dibelakang seorang pemimpin akan ada wanita yang tiadak putus-putus memberi sokongan

    [Reply]

  6. kekekek, susah payah diaorg buat rusuhan, last2 dpt kat anak beranak thaksin gak.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kumpulan merah yang merusuh tempoh hari adalah dikatakan pro Thaksin. Harap Thailand semakin pulih dari krisis politik

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    erm, tapi kalau tak silap aku, kabinet dia yg baru takde wakil kumpulan merah

    [Reply]

  7. PM Msia biarlah lelaki..

    Yingluck & Thaksin = siblings?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Yer mereka adalah adik beradik

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    abg dan adik…mungkinkah ada campurtangan thaksin nanti dlm pentadbiran adiknya?

    menarik juga utk diteliti :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bayangan Thaksin tetap ada walaupun dinafikan

    [Reply]

  8. wwoik, tukar theme lagi?.. Nampak lagi kemas… lebih menarik. Cantek!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ini Child Them sahaja sebab Genesis ini banyak Child Theme yang boleh dipilih

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    ooo…ini baru themes anak2 dia…mmg nampak kemas..terbaiklah bro!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sahaja tukar-tukar untuk mencari keserasian setakat ini belum jumpa yang berkenan dihati.<—mencari kekasih pula

    [Reply]

  9. xsangka banyak PM wanita, tetapi harap di Malaysia tidak begitu, kerana lelaki lebih baik dah kita pun diajar melantik lelaki sebagai pemimpin.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Betul memang lelaki selayaknya menjadi pemerintah

    [Reply]

  10. baiklah lelaki yang jadi pemimpin heh ;)
    kopisoda recently posted…Google+My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Memang sesuai lelaki jadi pemimpin sebab itu lelaki sesuai untuk dijadikan khalifah di muka bumi ini

    [Reply]

  11. Tak mustahil Malaysia akan ada perdana menteri dari kalangan wanita. :D
    anif recently posted…Kerenah Anak-anak Ketika BerpuasaMy Profile

    [Reply]

    Dulu Lain Sekarang Lain Reply:

    one day tapi rasanya not in the near future…
    mesti ada yg berkarisma dulu dan ramai penyokong…. Takat ni belum nampak lagi ehhh..

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    mmg tak nampak lagi…tapi tak mustahil jugak, kalau2 lelaki semuanya dah takde kredibiliti

    [Reply]

  12. ehh..malaysia pun ada la.. cuma tak rasmi aje. haha..
    titan recently posted…Komisen ke 7 dari SenangHamil.comMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Err..siapakah tuh? :-)

    [Reply]

    neo
    Twitter:
    Reply:

    hahaha….jeng..jeng…ko jgn titan

    p/s – sori bro akubiomed, komen bro msk spambox abis ari tu tp skg semua dah ok :)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    No heart feeling. Kalau ada sahabat blogger yang termasuk spam box saya minta maaf jugalah :-)

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    makan dalam ni… :D

    [Reply]

  13. wanita semestinya hebat namun wanita tetap hebat
    namun dirumah mereka seorang isteri untuk suami…

    lepas ni isteri rosmah plak beri jalan untuk suami najib kot.. har3.. (gurau)
    nurmisnan recently posted…Surah Al Fatihah memohon segala HAJATMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Walau tinggi mana jawatan diluar tetapi apabila masuk sahaja halaman rumah perlu ditinggalkan jawatan yang disandang untuk sandang pula suri rumah dan berbakti kepada suami pula

    [Reply]

  14. tp pm thailand tu cantek bangat. hehe. jatuh hati

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    Ingat kan aku je yang teruja tentang tu hehehehe
    dnoBiz recently posted…Revolusi Penjenayah – Perompak larikan rakaman CCTVMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Lah berkenan pula dengan Yingluck. Perlu minta kebenaran dari Thaksin terlebih dahulu :-)

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    hahaha….jauh tu nak kena berkelana ke thai… :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Boleh atas rombongan merisik naik gajah :-)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge