Posting pun kena ganyang

Entri ‘Toyota Prius turun harga’ kena ganyang

Teruk juga pasukan bola sepak Malaysia kena ganyang dengan pasukan bola sepak dari Indonesia dengan jaringan  5  gol berbalas 1 di Piala AFC Suzuki baru-baru ini. Memang diketahui stadium Bung Karno memang terkenal dengan fan finatik Indonesia. Pasukan kita dulu pernah buat kejutan dengan mengalah pasukan Indonesia aku tak ingat tahun bila pada ketika itu jaringan tunggal dihasilkan oleh Liew Kit Kong telah melenyapkan gema sorakan gempak gempita Bung Karno. Aku menonton perlawanan tersebut di Hotel Renaissance Kota Bharu. Aku dan kawan aku melompat kegembiraan diatas katil hotel nasib baik katil hotel tak roboh. Malangnya apabila bermain di  halaman sendiri, pasukan kita kena belasah lagi teruk.

kena ganyang

Apa yang nak diceritakan dekat sini aku kena ganyang spammer dari seberang bertubi-tubi untuk entri ‘Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu’ semalam. Terkejut juga ingat tetiba trafik laju macam China speed train CRH380 memecah rekod dunia dengan rekod kelajuan 416.6 kilometers/jam rupanya kena spam. Entri aku memang disalin bulat-bulat tanpa apa-apa perubahan memang rezeki dia biarkanlah

China Speed Train CRH380

Aku memang sengaja disable Akismet kerana hendak mencuba keberkesanan spam filter yang baru dipasang iaitu plugin AntiSpamBee. Terima kasih AntiSpambee kerana menjalankan tugasmu dengan cemerlang sekali . Aku tak merancang hendak mencanang mana-mana antispam terpulang nak pilih memang banyak yang bagus-bagus diluar sana.

Artikel asli

 

Artikel asli

 

Antara blog tiruan

Ganyang1

Ganyang2

Ganyang3

Mengenai entri kena culik tadi aku tidak mahu bising-bising ibarat orang lain menjual nasi lemak adilkah kalau kita kata mereka meniru kita yang turut menjualkan nasi lemak. Kalau berbelas orang menjual nasi lemak kalau nasi lemak kita memang sedap orang akan datang kembali. Bagi aku ilmu hanya akan jadi sekadar informasi sahaja kalau kita tidak manfaatkannya. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Aku berbangga kerana entri aku mendapat perhatian di Seberang. Mungkin suatu hari akan ada cerita menarik dari Seberang aku harap pihak disana tidak berkeberatan mengkongsi entri nanti :-)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • adamfaiz February 7, 2011 at 9:54 am

    sabo bro.. nanti derang kena gak tuh..

  • Affan January 6, 2011 at 5:15 am

    hehe. kantoi disitu. kak jie pun cakap die kena, dengan internal link sekali die copy. hoho
    Affan recently posted..Tips menghalang komen spam tanpa menggunakan pluginMy Profile

    • akubiomed January 6, 2011 at 9:29 am

      Itu masalahnya main salin :-)

  • Fahmi Raazali December 15, 2010 at 1:56 pm

    hehe… autoblog la kot… tp untung la gak sebb dapat link dari sume blog tu… :-)

    • akubiomed December 15, 2010 at 2:32 pm

      Tak pandai pakai auto blog dan takut kena ban nanti :-)

      • Affan January 6, 2011 at 5:20 am

        autoblog tu teknik black hat seo kalau tak silap.
        die akan copy paste entry.

        ada yang aku jumpa, die copy paste entry, translate ke bm, translate ke bahasa lain, pastu translate ke english balik. bila baca memang tak faham pape. hehe
        Affan recently posted..Tips menghalang komen spam tanpa menggunakan pluginMy Profile

  • intankuterpilih December 7, 2010 at 3:20 pm

    dah ketandusan idea la tu..tu yg sesuka hati plagiat tu…

  • Hadi Rofiee December 7, 2010 at 8:45 am

    Ingat 1 laman ja, rupanya lebih. Salin sungguh. :-)

    Sekurang2 artikel kita menarik perhatian mereka & semoga memperoleh manfaat bersama. Ini mungkin dari sudut positif.

    Dari sudut negatif, memang tak patut. Bukannya susah pun nak bagi kredit. Hu2.

    p.s: maaf jika agak emosi. :D

    • akubiomed December 7, 2010 at 11:14 am

      Saya pun tak marah. Memang perkara ini biasa berlaku back to freeworld.

  • Squtopus December 6, 2010 at 10:40 pm

    hehehe. Nak kena belajar lagi buat entri yang menarik. hehehe. Tunjuk ajarku sifuuu.

  • Anwar Osman December 6, 2010 at 2:02 pm

    aku suspek aku tau pasaipa depa plagiat entry tu.hehe..
    aku komen dalam pantun kali nie bleh bro?

    Bukak Topi Duduk Semeja,
    Minum “Copy” Makan Pasta,
    Bukan Hobi Tapi Sengaja,
    Akubiomed punya entry hebat tak terkata.

    • akubiomed December 6, 2010 at 2:28 pm

      Saya nak membelas dengan pantun empat kerat,

      ‘Jangan puji melambung tinggi,
      Nanti kacang lupakan kulit,
      Tak sedar bermimpi disiang hari.
      Apabila sedar sudah berpenyakit’

  • syahrilhafiz December 6, 2010 at 1:26 pm

    ini membuktikan yang blog ni pun gempak..
    cayalah buat plagiat tu..hehe

    • akubiomed December 6, 2010 at 1:33 pm

      Terima kasih. Ada otai-otai blog diluar sana yang hebat manakala saya ni picisan sahaja :-)

      • syahrilhafiz December 7, 2010 at 12:43 am

        no more picisan now..
        sekarang semua enjoy berblogging..huhu

        • akubiomed December 7, 2010 at 11:11 am

          Alhamdulillah kalau my present disedari pun dah cukup baik

  • Panduan Buah Pinggang Sihat December 6, 2010 at 1:22 pm

    Bro untunglah juga bila dia bagi kredit.Silap-silap leh dapat trafik percuma kan.

  • RedBoys December 6, 2010 at 10:32 am

    haha. entry mcm tu pun kena plagiat. hebat ar bro.

    p/s: popular le blog ni lepas ni. hehe

    • akubiomed December 6, 2010 at 11:36 am

      Amin, moga-moga dimakbulkan doa sempena sambutan Awal Muharram esok

  • Fitrihadi December 6, 2010 at 1:33 am

    a’ah kan..baru aku sedar.. kalau kita letak mana-mana link entry kita dalam entry kita yang baru then orang lain copy paste masuk blog diorang, secara automatik akan ada trackback kat blog kita.. boleh gak kita tau siapa yang copy.. wah idea baru ni bro! thanks

    pasal gejala C&P ni lantak ar.. kita dah berusaha kan.. diorang nak buat gak apa leh buat..sabau je la
    Fitrihadi recently posted..Muhasarawak Blog Untuk Bulan November Lepas It Is All About Hitler!My Profile

    • akubiomed December 6, 2010 at 8:58 am

      Memang ada link masuk pun

  • zik December 6, 2010 at 12:32 am

    erm try buat macam bro kulanz tuh… ada orang kadan2 dia copy paste… pelik2 jer deme nieh… ramai gak indon yang buat…
    zik recently posted..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s BlogshopMy Profile

  • farah December 5, 2010 at 11:40 pm

    wow blog memasak pun ada gak masuk isu anasir luar..hehehe

  • Ladfe Amir December 5, 2010 at 11:14 pm

    aku pun pernah merasa mcm ko rasa Bro bila artikel aku di copu n paste bulat2…sebijik tanpa ada penambahan yg menyatakan ianya diambil dari mana.

    mula2 mmg aku sakit hati sgt.

    tp, bila aku fikirkan balik, itu adalah antara artikel aku yang paling awal..melihat pada SEO dan tarikh, google lbh merelakan artikel asal berada di kemuncak.

    so.lps tu, aku dah tak kisah sgt.

  • syah December 5, 2010 at 11:01 pm

    aku pun ada ambil juga dari blog org..
    tp aku bgtau dari manA AKU AMBIL…yelah xleh nk cilop2 gitu jekn..

    • akubiomed December 5, 2010 at 11:36 pm

      Faham ada situasi kita kekeringan ide.

  • Ismail N December 5, 2010 at 5:36 pm

    dia ingat blog ko ni article directory kot? :D

  • H.P.B Blog December 5, 2010 at 2:48 pm

    wah
    banyak betul orang copy yer
    haih
    aku kalau nak copy aku tanya dulu
    tak pun aku letak nama2 blog mana aku copy
    haih
    sabar jer lah yer bro

    P/S : Apakah Perasaan Anda Apabila Umur Anda Menjadi Bahan Tekaan? Gembira Atau Duka Atau Tiada Apa – Apa Perasaan?

    • akubiomed December 5, 2010 at 3:58 pm

      Ilmu bukan milik saya seorang. I’m happy to share :-)

      • H.P.B Blog December 5, 2010 at 4:00 pm

        yups
        bagus lah tu bro….
        alhamdulillah rela berkongsi

  • Affuan December 5, 2010 at 12:18 pm

    mana2 je ada je ko ye akublog? haha

    • akublog December 6, 2010 at 12:47 pm

      sibuk laa ko ni sifoo.. Hahahaha..

  • akublog December 5, 2010 at 12:11 pm

    Perghh.. Kena plagiat.. Cmtu pun bole ek? Kering idea laa tu..
    akublog recently posted..Uncle Seekers Oh Uncle SeekersMy Profile

    • akubiomed December 5, 2010 at 12:42 pm

      Macam juga konsep perniagaan pun walaupun sama tidak boleh dikatakan ciplak kalau menggunakan jenama yang berbeza. Macam cerita kicap. Macam-macam kicap ada tapi berlainan jenama tak dipanggil ciplak walaupun dinamakan kicap.

      Jangan jadi seorang wanita diluar negara mendaftar nama Matahari supaya orang lain tidak boleh gunakannya tak ke pening namanya nak panggil matahari dengan nama apa? Sang Suria :-)

      • Affuan December 5, 2010 at 12:52 pm

        nak buat syarikat guna nama BERJAYA pun x bleh sebab sudah di’copyright. apa kes ayat kegunaan harian boleh di’copyright? lawyer diorang x baca AKTA copyright ke? bongok..

        • Affuan December 5, 2010 at 12:54 pm

          reply komen ni ko guna plugin apa? share link plis. hehe

          • akubiomed December 5, 2010 at 1:56 pm

            Reply komen ni memang built in didalam theme ini

  • Affuan December 5, 2010 at 11:41 am

    memang keji.. aku benci copy pasta ni. serius

    • akubiomed December 5, 2010 at 12:37 pm

      Dunia internet adalah freeworld siapa sahaja boleh buat apa saja. Kita yang kena batasan sempadan

  • suffer8zine December 5, 2010 at 9:02 am

    maknanya kau popular bro!

    Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom | Ini Fakta Bukan Auta | GIVEAWAY Lumayan

    • akubiomed December 5, 2010 at 10:39 am

      Famous belum lagi. Blog saya semuda pucuk rebung kalau nak di banding otai-otai blog yang dah lama berkecimpung dunia blog

  • Norizwan December 5, 2010 at 8:16 am

    hahaha…kelakar la bro blog belajar memasak tiba2 post pasal kereta la plak..langsung tak niche la hehe…:)

    • akubiomed December 5, 2010 at 10:37 am

      Tuh ler pasal tak paham :-)

  • mie December 5, 2010 at 4:48 am

    uiihh!!!
    habis semua dicetak rompak…
    betul tu, xperlu nak melenting…
    mie recently posted..Raya di Tengah Laut Part 3My Profile

  • noa December 5, 2010 at 2:35 am

    wooo ni dh ketegori blog glame ni, ok la tu
    noa recently posted..Ubat Risau SemalamMy Profile

    • akubiomed December 5, 2010 at 10:37 am

      Femes kalau ditukar trafik. I like :-) tapi tak

  • kulanz December 5, 2010 at 2:19 am

    biasa tu bro.. ramai yang buat kerja macam tu..
    try search url bro di google.. mungkin boleh jumpa bnyk blog yang sedut bro punya entri..

    • akubiomed December 5, 2010 at 10:36 am

      Oh ye ker. Free world bukan milik saya mutlak

  • Raji December 5, 2010 at 2:08 am

    woahhh maknanya sgt berinfo lah entry tuh ;P
    smpai dia boleh amik letak kt entry dia
    hohoho

    • akubiomed December 5, 2010 at 10:35 am

      Cerita kereta hibrid mula minat saya menulis kerana pembentangan bajet 2011 ada menyatakan pemansuhan cukai untuk kereta hibrid di Malaysia

  • etomyam December 5, 2010 at 1:49 am

    wah blog belajar masak tu pun tetiba boleh buat posting pasal kereta huhuhu

    • akubiomed December 5, 2010 at 10:32 am

      Tuh ler pasal. Macamana blog masak boleh cerita kereta hibrid :-)

      • dnoBiz December 6, 2010 at 2:01 am

        dia tersilap baca dapur elektrik kot :D

  • dnoBiz December 5, 2010 at 1:37 am

    Wah itu dah cukup bagus tu Bro,
    maknanya bro dah dapat menarik perhatian blogger dari sana :D

  • anif December 5, 2010 at 12:24 am

    Hahaha.. entry macam tu pun kena plagiat juga ke? :) Kalau nak rembat pun berilah kredit pada penulis asal..

    • akubiomed December 5, 2010 at 12:41 am

      Ada dia tulis sumber dari saya tapi heran dia buat blog lebih dari satu dengan artikel yang sama. Tak perlah rezeki dia

      • dnoBiz December 5, 2010 at 1:38 am

        yang tu mungkin ada tujuan tertentu SEO kot ???

        • akubiomed December 5, 2010 at 10:30 am

          Mungkin juga kalau cara dia boleh membantu :-)

      • anif December 5, 2010 at 1:49 am

        Kalau ada tulis ok la.. Sejuk jugak hati :)
        anif recently posted..Blogger Tegar – Siri 10My Profile

        • akubiomed December 5, 2010 at 10:31 am

          Tapi hairan bin artikel di yang sama di berlainan blog. Mungkin teknik baru kot. Jangan ban dengan Google tak pasal-pasal dapat tempias

Trackbacks