Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik Malaysia

Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik Malaysia melalui sepakan penalti.

 Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik Malaysia

 Pantun sempena Malaysia menang pingat emas bola sepak sukan Sea 2011.

Pingat emas bola sepak ibu segala emas
Bukan mudah Harimau melepaskan emas
Asakkan Garuda membuatkan Harimau cemas
Puas hati Harimau menang pingat emas

Pergi stadium naik Barracuda
Garuda angkuh dihalaman sendiri
Kuat lagi ngauman Harimau Muda
Garuda tersungkur dihalaman sendiri

Sepakan penalti Baddrol Bakhtiar gagal di tangkap kemas oleh Kurnia Meiga Hermansyah penjaga gol Indonesia

Sepakan penalti Baddrol Bakhtiar gagal di tangkap kemas oleh Kurnia Meiga Hermansyah penjaga gol Indonesia

p/s: Puas hati dengan kemenangan  pingat emas oleh skuad Harimau Muda. :-)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Kimmy November 25, 2011 at 11:18 am

    Memang puas hati dgn kemenangan Harimau Muda. Kalau kalah dengan team lain (misal nya Indon tak berjaya mara ke akhir), saya tak berapa kisah..tapi dengan Indon, saya suka sungguh..:D

  • dnoBiz November 24, 2011 at 8:34 pm

    akhirnya gegak gempita 100 ribu penyokong garuda senyap sekelip mata…
    dnoBiz recently posted..Ganjaran Kemenangan – RM 900000 Ganjaran Jinakkan GarudaMy Profile

  • apaajanews November 24, 2011 at 2:32 pm

    ya bro kemenangan di kandang garuda itulah yang kita cari…untuk menutup segala kata kata sinis mereka…kini mereka semua telah diam! …tak terkata…pantun baik punya

    • akubiomed November 24, 2011 at 5:45 pm

      Mereka yang buat musuh dengan kita. Pada hal permainan bola sepak sahaja pun.

  • MR.Z November 24, 2011 at 12:25 am

    memang bangga dan kagum dengan pasukan Malaysia. ini membuktikan bahawa kita boleh maju. banyak dugaan mereka tempuhi di sana akhirnya membuahkan hasil.. alhamdulillah.. :D

  • Miss Yati November 22, 2011 at 5:21 pm

    Tahniah pasukan negara, tahniah rakyat Malaysia. :)

  • nurmisnan November 22, 2011 at 1:50 pm

    haishhh… naik sakit jantung di buatnya pasal BOLA nih..

    Kalau Fakri masuk, sure kita menang penalti 5 – 3
    nurmisnan recently posted..Khasiat lempoyang penawar penyakit Anaemia atau kurang darah merahMy Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:06 pm

      Ahmad Fakri pun telah membantu pasukan Harimau Muda bagi masa beliau untuk mencipta lebih banyak jaringan gol pada masa akan datang.

      • hafizmd November 23, 2011 at 2:55 pm

        tak dinafikan dia juga byk membantu pasukan tp dia mmg perlu lebih byk berlatih :D

        nampaknya pengurusan perlu mencari striker yg benar2 efektif

  • Denaihati November 22, 2011 at 12:14 pm

    tahniah utk harimau muda n game yg cemerlang

  • suri November 22, 2011 at 12:08 pm

    memag puas hati rasa suka tidak terperi

  • Kamal Mustafa November 22, 2011 at 12:06 pm

    Kemenangan ini membuktikan bahawa Pasukan Harimau Muda Malaysia adalah pasukan Bola sepak terbaik Asia Tenggara. Tahniah
    Kamal Mustafa recently posted..Pasukan Harimau Muda Malaysia Menang Pingat Emas.My Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:07 pm

      Skuad Harimau Muda akan disegani diperingkat Asia Tenggara.

  • wahida November 22, 2011 at 12:05 pm

    tahniah malaysia!!

    berdebar tgk penalti mlm tadi…rasa nak gugur jantung…

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:07 pm

      Rasanya semua rakyat Malaysia menanti dengan penuh debaran ketika sepakan penalti malam tadi.

      • apaajanews November 24, 2011 at 2:33 pm

        macam cacing kepanasan yop depan tv..

        • akubiomed November 24, 2011 at 5:45 pm

          Sampai begitu sekali. Hebat-hebat. :-)

  • tehr November 22, 2011 at 11:10 am

    habis game baru aku selera nak makan nasi
    haha
    tahniah semua
    tehr recently posted..Tendangan Penalti Baddrol BakhtiarMy Profile

    • suri November 22, 2011 at 12:09 pm

      saya pastu baru tdo hee..mmpi sudh akhirnya tamat..

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:08 pm

      Sungguh kalau sudah menang memang berselera makan. Hari ini pekerja Indon agak sugul sedikit kerana kekalahan skuad Garuda.

      • suri November 24, 2011 at 12:39 pm

        ha ya itu sudah semestinya deh haa..

        apapun kita 1 malaysia mmg sambut berita tu dg penuh syukur dan gmbra :)

  • zulkbo November 22, 2011 at 11:00 am

    salam..
    membanggakan..
    TAHNIAH buat
    rakyat Malaysia

  • chii November 22, 2011 at 10:55 am

    walaupun semalam x nonton sama..tp dari jeritan adik ngn mak ..chii da tau..malaysia mengalami saat2 getir untuk menang..ehehe..apa pun..tahniah dan syabas buat skuad muda harimau sebab berjaya membaham garuda untuk kali ke-2. ehehe

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:11 pm

      Memang berbaloi kemenangan semalam. Kalau kita kalah sekali pun kita tetap akan menang kerana pemain kita mempunyai mental yang kuat dan disamping semangat juang yang tinggi. Tidak kenal putus asa antara resepi yang mengheret garuda ke sepakan penalti.

      • hafizmd November 23, 2011 at 2:57 pm

        setuju

        walau kalah sekalipun malam td, aku ttp bangga dan mereka sudahpun menang saat melangkah masuk ke stadium keramat gelora bung karno tu

  • Hazmin Hamudin November 22, 2011 at 10:03 am

    tahniah harimau muda… tak sia sia main 120 minit…

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:12 pm

      Mereka langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kepenatan sebaliknya skuad garuda sudah ada pemain utama dilanda kekejangan.

      • hafizmd November 23, 2011 at 2:58 pm

        tu yg habis jer game, terus ada pasukan ujian doping dtg kat coach nak buat ujian ….ceh

  • zool November 22, 2011 at 9:36 am

    Memang best walaupun mendebarkan malam tadi. tapi memang pasukan kita lebih baik malam tadi.. tinggal penyudah tak berapa tajam

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:13 pm

      Kita mempunyai peluang yang banyak untuk menghukum Garuda kerana ternyata pertahana Garuda sangat rapuh beberapa kali mereka gagal menahan bola dengan kemas.

      • hafizmd November 23, 2011 at 2:59 pm

        terbukti juga, pertahanan kita boleh dikatakan antara yg terbaik di asia tenggara sekarang

  • blackrosehunter November 22, 2011 at 9:00 am

    siap pantun lg bro..hehe..puas ati tengok semalam..kalau peluang tidak disia-siakan rasanya kita menang tanpa penalti.

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:14 pm

      Ingin beri kelainan sedikit tapi tidak masih belum sampai tahap pakar pantun bro Tehr pemilik blog Teh Ramuan.

  • SihatSelalu November 22, 2011 at 8:53 am

    tahniah Malaysia! lagi info tentang bola sepakKecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

  • Ekspresi Ruang November 22, 2011 at 7:24 am

    mmg nervewrecking btol match smlm. adrenalin saya xstop running sampai dkt kol1, terlalu excited. huhu
    Ekspresi Ruang recently posted..Apple Store Di Pudong, Shanghai: Satu Blok Kacanya Bernilai RM70 Juta!My Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:17 pm

      Saya pun tidak senang duduk semalam ketika menonton perlawanan kedua-dua pasukan yang saling berbalas serangan.

      • hafizmd November 23, 2011 at 3:01 pm

        aku boleh kata berdiri sepanjang 30 minit terakhir…hahaha

  • ZoOL November 22, 2011 at 7:19 am

    haha.. tahniah Harimau Muda sebab mengekalkan pingat emas utk kali ke-2 :)
    Johor cuti ke ar ni? jeles aku dengar :(

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:17 pm

      Apa Johor cuti. Aiks macamana tuh?

  • tips-kurus November 22, 2011 at 5:28 am

    semua entri bola ni, siap pantun bola. ingatkan blog Mr ‘tehr’. :-)
    syukur, M’sia menang walaupon tipis..

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:18 pm

      Ambil aura bro Tehr pakar pantun Malaya :-)

  • Affan Ruslan November 22, 2011 at 4:36 am

    tahniah kpd harimau muda malaysia.
    tadi tgk 1st half je, 2nd half tak tgk sbb tido. selamat penalti je huhu.
    Affan Ruslan recently posted..Kanada dan Produk Apple – Saya Mahu Macbook Air!My Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:19 pm

      Saya semalam menonton seorang diri sahaja tapi tidak menghalang meraikan kejayaan skuad Harimau Muda.

  • Yas November 22, 2011 at 2:32 am

    yup bro…mmg puas ati dgn kemenangan kali nih. malam yg penuh dgn debaran woooo:)
    Alhamdulillah…..
    Yas recently posted..Keputusan Malaysia vs Indonesia – Malaysia Menang Penalti.My Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:20 pm

      Skuad Harimau muda bermain hingga ke titisan peluh terakhir untuk mempertahankan emas yang pernah dimenangi sebelum ini.

  • zik November 22, 2011 at 2:11 am

    gemuruh suara!!! peraturan ong kim swee.. untuk perlawanan akhir memang menjadi..mula2 ramai gila orang penuh stadium.. tiba2 dah habis… tinggal belas2 jer..
    zik recently posted..Malaysia Juara Bolasepak sukan sea 2011, TAHNIAH Weyhh!!My Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:24 pm

      Sudah tentu penyonkong berputih mata apabila pasukan mereka gagal mendapatkan ‘ibu segala pingat emas’

  • azura November 22, 2011 at 1:56 am

    syukur alhamdulillah, seronok betul rasanya bila Malaysia menang walaupun sepakan penalti….

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:25 pm

      Itu tidak penting lagi kerana kita telah menang dan sejarah sudah terpahat. :-)

  • anif November 22, 2011 at 1:38 am

    Alhamdulillah… Tahniah buat pasukan Harimau Muda.

    Semoga kemenangan ini menyemarakkan lagi semangat dalam emngharungi kelayakkan Olimpik!
    anif recently posted..Malaysia Menang Pingat Emas – Bola Sepak Sukan SEA 2011My Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:26 pm

      Harap pemain muda kia dapat rehat yang secukupnya dan memberi saingan kepada Syria.

  • ohcikgu November 22, 2011 at 1:30 am

    betul. Puas hati setelah puas bertempur 120 minit. Ternyata membuahkan hasil. Tak sia-sia menjerit kat rumah. Rumah sebelah kiri dan kanan..dua-dua terpekik terlolong bila asraruddin dan badrol golkan tadi. Hehe..
    ohcikgu recently posted..Juara Bola Sepak Sukan SEA Indonesia 2011 – Malaysia (Penalti 4-3)My Profile

    • suri November 22, 2011 at 12:13 pm

      ye haa..syukur kita menag..ingt dpt cuti tadi heeee

      • ohcikgu November 22, 2011 at 3:58 pm

        kitaorang memang tengah cuti pun. Tak perlu harap dapat cuti dahh. kan cuti sekolah nih. nak cuti apa lagi. hehe..
        ohcikgu recently posted..Sidji (Satu) – Short Film HDMy Profile

    • akubiomed November 22, 2011 at 8:27 pm

      Tidak kira hilang suara sekali pun kita sudah pun mengondol pingat emas.