Petang tunang dan malam pun tunang

Bertunang selang beberapa jam

Janganlah terkejut mengenai tajuk petang tunang dan malam pun tunang. Tajuk ini tidak ada kaitan mengenai tambahan cawangan . Kalau isteri aku terbaca tentu mahu angin satu badan :-) .

Sudah beberapa hari aku tidak dapat pos entri terbaru kerana kebiasaannya aku menulis entri selepas waktu kerja iaitu sebelah malam. Hujan yang lebat bersama kilat membantutkan aku untuk online minggu ini. Aku jarang membuat draf, entri selalu apa yang terlintas di benak kepalaku akan ditulis untuk dijadikan entri. Jangan mencontohi aku kerana aku bukanlah sesuai untuk dijadikan contoh yang baik sebagai blogger.

Kalau Adele mendapat anak saudara manakala penghujung minggu ini, adik dan abang ipar sebelah isteriku bertunang. Majlis pertunangan berlangsung  selang berapa jam sahaja. Abang ipar bertunang selepas solat Asar dan adik ipar pula bertunang selepas solat Isyak. Kalau tahun lepas aku dapat adik ipar lelaki yang berasal dari Sabah.

Adat Melayu sangat tinggi nilainya

Sudah menjadi adat Melayu orang tua mengetuai majlis

Tak lengkap kalau budaya Melayu dengan tradisi merisik dan kemudian majlis bertunang yang mana bakal isteri akan disarungkan cincin belah rotan sebagai tanda yang si gadis sudah berpunya dan hatinya sudah dimiliki jejaka idaman hati. Jarang sekali melihat anak muda sekarang berkahwin atas pilihan orang tua dan rata-ratanya atas dasar suka sama suka. Suri pemilik blog Cahaya Cinta ada menyediakan ruang Zon Rahsia Bercinta.

Penyerahan sirih junjung di majlis bertunang

Sirih junjung sebagai balasan

Penyerahan sirih junjung

Majlis pertunangan adik ipar

Kalau hendak  mengimbaukan majlis pertunangan isteri aku dahulu adalah berlaku jarak jauh hanya tatapan gambar tunang sahaja yang aku dapat dari orang tuaku kerana ketika majlis bertunang berlangsung aku bertugas di Miri Sarawak.

Segala urusan bertunang dan perbincangan tarikh langsung perkahwinan diserahkan bulat-bulat kepada orang tua. Terus terang aku tidak pernah kenal isteriku sekarang kerana urusan mencari jodoh diserahkan kepada orang tuaku. Sehingga kini isteri aku tidak percaya bahawa aku tidak mempunyai kekasih ketika bujang kerana aku mempunyai paras rupa(sekali sekala angkat bakul masuk sendiri :-) ).

Penyerahan sirih junjung

Kalau ada Macaron yang dijadikan hantaran

Penyerahan sirih junjung

Antara hantaran yang diterima dan diberi

Bayangkan selama bertunang dengan isteriku cuma dapat keluar bedua hanya sekali. Beruntung anak muda zaman sekarang dapat berkepit boleh dikatakan setiap hari, aku pula hanya kenal isteri aku selepas bertunang, itu pun melalui tatapan gambar dan suara tunang untuk keizinan melalui telefon. Ramai kenalan dan kawan rapat menyangka bakal isteriku ini adalah orang Sarawak kerana sudah menjadi kelaziman kalau bertugas di Sarawak atau Sabah tentu pilihan hati orang sana.

[ad#nuffnang]

p/s: Ketika bertunang banyak dugaan dan pancaroba :-)

Contest saya sayang Mesir
Tarikh tutup: 30 Jun 2011

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • kimmie September 19, 2012 at 8:55 am

    sibuk betul kalau macam tu, pagi dan petang…sapu bersih :)

  • Panas Giler (djchef) September 13, 2012 at 12:39 pm

    haha.. boleh ada rezeki lg djchef nk brtunang

  • lepakk.com September 13, 2012 at 10:42 am

    Macam-macam ada

  • hero August 10, 2012 at 8:37 pm

    bumi Allah itu luas..bermacam ragam manusia…

  • cikgu azim August 10, 2012 at 8:36 pm

    macam2 hal dlm dunia ni ek huhu

  • Panas Giler (djchef) August 10, 2012 at 5:50 am

    abang saya pun dapat calon isteri sebab nenek kami yang carikan utk dia seorang gadis kampung area kampung nenek saya. abg sy trlalu workhard smpai malas nk cri awek kata dia. akhirnya cinta berputik dengan bersms n menatap gambar saja. skrg alhamdulillah bhagia..

  • Nur August 8, 2012 at 8:58 pm

    Betul tu.. zaman bertunang banyak cabarannya.

  • juanita August 22, 2011 at 8:09 am

    Ace letak gambo wedding akubiomed & wife kat sini…huhu…Mesti cun meletup :)
    Bes tau time tunang x jumpee…ghinduu jee

    • cikgu azim August 10, 2012 at 8:38 pm

      betul2 sy sokong 200% heheheeeeee..jmput la dtg sy kawin nnti ye hehehe

  • samdaddycool June 7, 2011 at 1:21 am

    “sekali sekala angkat bakul masuk sendiri ” statement tak bole blah :D
    samdaddycool recently posted..Facebook dan Twitter – lubuk duit untuk Says- ChurpChurpMy Profile

  • nizamghazi June 4, 2011 at 4:23 pm

    Bila tgok mjlis pertunangan mcm ni tingin nak btunang..
    tpi lum bersedia lagi.. calon pun tadak lagi

  • pawaka19 June 3, 2011 at 1:05 am

    insyallah lepas tunang kawen lak..amin

  • sop June 2, 2011 at 6:54 pm

    Bagus nyer byk majlis
    sop recently posted..Menonton filem Pirates of the Caribbean 4My Profile

    • akubiomed June 2, 2011 at 9:31 pm

      Agak penat sedikit kerana majlis dibuat 2 kali didalam sehari

  • Hisyam June 1, 2011 at 9:40 pm

    Semoga lepas bertunang ni kekal hingga ke jingjang pelamin hendaknya,

    • akubiomed June 2, 2011 at 12:56 am

      Moga-moga apa yang didoakan oleh bro dimakbulkan tuhan

      • Hisyam June 2, 2011 at 2:16 pm

        Amin

  • Hadi Rofiee June 1, 2011 at 7:08 pm

    Musim cuti sekolah, pasti jadual perlu diatur sebaiknya. Maklumlah, banyak kenduri. Hehe. :D

    Ramai rakan-rakan saya yang sudah berkahwin, membuatkan hatiku membara-bara. Semoga ditabahkan hati untuk beberapa tahun lagi. Ameen. ;-)
    Hadi Rofiee recently posted..Ini barulah kayaMy Profile

    • Hisyam June 1, 2011 at 9:38 pm

      Memang banyak kenduri. sampah blog pun tak terurus disebabkan banyak sangat nak kena pergi kenduri kendara ni.

      • akubiomed June 2, 2011 at 12:55 am

        Perlu pergi kenduri kahwin kerana nanti ada yang terasa hati

    • akubiomed June 2, 2011 at 12:54 am

      Sampai masanya akan bertemu jodoh tentu dapat naik pelamin :-)

    • lepakk.com September 13, 2012 at 10:55 am

      Usaha lagi

  • Princess Zezebel Lair June 1, 2011 at 3:54 pm

    Time bercinta and bertunang je jarak jauh and jarang sangat dapat jumpa, dah kahwin, berjauh sekejap untuk sebulan je…Tapi tempoh bertunang memang penuh dugaan, saya setuju dengan pendapat itu..hehehe

    • akubiomed June 2, 2011 at 12:52 am

      Zaman sekarang beruntung kerana ada video call dan webcam boleh lepas rindu kepada tunang berbanding zaman saya ketika bertunang hanya gambar sahaja tempat melepaskan rindu.

    • lepakk.com September 13, 2012 at 10:51 am

      Huhu macam-macam ragam

  • bEe June 1, 2011 at 3:43 pm

    Tahniah kpd adik :-D

    • akubiomed June 2, 2011 at 12:43 am

      Sama-sama sebenarnya selain ada 2 pasangan yang melangsung majlis pertunangan iaitu adik dan abang

  • bEe June 1, 2011 at 3:10 pm

    bEe adalah PJJ (Pencinta Jarak Jauh) :-P

    Kami kenal since sekolah menengah. Then, masuk U hubby kat selatan tanah air. bEe pulak tgh2 kota. 6thn kami berjauhan dan sebulan sekali (itupun kalau dpt jumpa) baru jumpa masa cuti sem.

    Pas abes blaja hubby dpt keje kat selatan nun juga. bEe kat tgh bandaraya KL. Hampir 3thn keje baru dpt betunang (dpt kumpul duit) j/masa 4bln lbh aje pastu terus nikah & sanding.

    Alhamdulilah…. selamat :-) (tak sangka pjg jodoh kami) huhuhu

    • akubiomed June 2, 2011 at 12:30 am

      Moga-moga ia kekal sehingga hujung hayat. Susah juga kalau seorang di kutub utara dan seorang lagi di kutub selatan

    • lepakk.com September 13, 2012 at 10:52 am

      Anak dah berapa skrg?

  • hafidz June 1, 2011 at 11:02 am

    sebab itu tidak digalakkan ikat lama-lama time bertunang nih. ;)
    hafidz recently posted..Album Review – Bittersweet Empire’s TransitionMy Profile

  • zik June 1, 2011 at 2:01 am

    erk… tahniah2x kepada bro telah bertunang… eh silap..keh2.. apepun jangan lama2.. kalau benda baik nie… huhu
    zik recently posted..Zik the magician code- Batang mancis guna 2 kaliMy Profile

    • bEe June 1, 2011 at 3:13 pm

      Hihihihi

    • akubiomed June 2, 2011 at 12:23 am

      Patutlah tersedak rupanya ada yang sebut nama :-)

  • aimannajmy May 31, 2011 at 11:48 pm

    wah bagus la bro bercinta stail zaman dulu, ini yang sebetulnya! zaman sekarng berkepit bagai nak rak ke hulu ke hilir last2 tak kawin pun

  • Ali ridha May 31, 2011 at 4:36 pm

    dalam tahun ni sempat juga
    pergi pertunangan abang sedara.
    memang laku la cucu lelaki
    nenek aku.cuma aku je tak tunang.

    • akubiomed May 31, 2011 at 10:55 pm

      Kalau macam tuh bro suruh nenek tolong risikkan anak dara sekampung :-)

  • Sobri Mansor May 31, 2011 at 4:04 pm

    Saya tunang jarak jauh juge. Sorang di Selatan dan sorang di Central. Kalau ikutkan ikat 2 tahun, tapi cukup bertunang setahun terus kawin. Taknak tunggu lelama. hehehe

  • syahrilhafiz May 31, 2011 at 2:53 pm

    berkepit dua2 anak muda dikelilingi iblis nak buat maksiat
    tak elok gak tu, better orang dulu2 dengar cakap orang tua :)

    • akubiomed May 31, 2011 at 11:48 pm

      Dugaan ketika bertunang semuanya bagaikan sensitif sahaja perasaan pun mudah tersinggung

  • dnoBiz May 31, 2011 at 1:49 pm

    Musim cuti sekolah = musim kenduri kahwin dan bertunang
    Ps : dulu dulu orang ikut adat.. merisik, bertunang dan nikah…
    orang sekarang ramai yang terbalik
    Kahwin dulu, baru merisik, bertunag, dan nikah… tu bukan semua la :D
    dnoBiz recently posted..Prinsip Kejayaan – Apa yang diperlukan untuk berjayaMy Profile

    • akubiomed May 31, 2011 at 11:48 pm

      Nikah tidak official bahaya bro

      • bEe June 1, 2011 at 2:59 pm

        @dnoBiz : Errkkk????? tp mmg betul pun. Zaman sekarang tak sama mcm zaman dulu :-)

        • akubiomed June 2, 2011 at 12:28 am

          Jangan kerana zaman berubah kita membelakangkan agama

  • beritacikgu May 31, 2011 at 1:49 pm

    hehe..yang masih bujang tu, marilah berkahwin.. :)
    beritacikgu recently posted..10 lubang paling dalam di Dunia Part 1My Profile

    • akubiomed May 31, 2011 at 11:49 pm

      Pastikan ada calon, ada wang dan mendapat restu orang tua. Baru lengkap :-)

  • ciksembang May 31, 2011 at 12:35 pm

    amboi kalau tajuk begini mmg catchy ramai yg minat..
    ada orang merasa tunang 2 kali.. cakap diri sendiri nih..sy juga ikut pilihan ibubapa tanpa kenal.. pun mcm abm gak..walaupun ada paras rupa (cewah tiru abm gak)tapi masih kuno(kata kawan sy)mengikut kata mak bapak..

    • akubiomed May 31, 2011 at 11:50 pm

      Saya sebenarnya malas nak fikir pasal berteman selepas berlaku peristiwa hitam. Saya serahkan sahaja pilihan kepada orang tua

      • bEe June 1, 2011 at 3:06 pm

        @akubiomed : Belajar dari pengalaman :-) InsyaAllah tidak mengecewakan bukan ;)

        • akubiomed June 2, 2011 at 12:29 am

          Saya mahukan restu orang tua baru rumahtangga harmoni

  • sw33tdarling May 31, 2011 at 11:45 am

    wahhh kalau bertunang pun jarang jumpa, mesti masa kawen tu nervous gilerrrr kan…???

    • akubiomed May 31, 2011 at 11:51 pm

      Perasaan berdebar itu ada tidak kira kalau sudah kenal sebelum bertunang atau yang pernah bercinta

  • maza May 31, 2011 at 11:20 am

    wah! sudah sampai musim ni.. hehehhehe

    tahniah wei.. tak lama lagi dapat org baru gitew.

  • MD May 31, 2011 at 10:55 am

    Salam,,,,

    Teringat time tunang dulu… hampir2 putus beb…. hermmmm dugaan,,, jgn tunang lame2….patot la org tua klu dah tunang nak cepat2 nikahkan… time tunang la sikap pasangan kene jaga2… pompuan emosi sukar nak kawal….kang ade je terlepas ckp tanpa berfikir..yg laki ni kene la pandai kawal situasi… base on x perien….

  • Mus May 30, 2011 at 11:55 pm

    anak muda kena mencampuri urusan nikah kahwin ni..
    agar ada pewaris adat..
    Mus recently posted..Jadikan Blog Lebih Mesra Pelawat Mesti Cuba!!My Profile

    • akubiomed May 31, 2011 at 12:02 am

      Ada barisan muda yang mengikut sebagai observer dan learn. :-)

  • yas May 30, 2011 at 11:54 pm

    Betol bro..masa bertunang la beso cabarannya berbanding ketika bercintan cintun….hehehe
    #Bru blk dr kampung…2 ari polo majlis kenduri…penat gak nih:)
    yas recently posted..Tiada lagi sekatan Pintu masuk Rafah kini dibukaMy Profile

  • Ismail N May 30, 2011 at 11:40 pm

    adik dan abang ipar sebelah isteri?nak dipanggil apa tu bro? Bukan beras kan? Anyway, congrats sebab tambah keluarga. :D Skrg ni musim kawin dan tunang ehhh… sbb cuti skul dah bermula. My cousin pon baru kawin last Friday…

  • decrewz May 30, 2011 at 10:38 pm

    he3.. Pasni tengok gambar kawin la plak..

  • afzal laidin May 30, 2011 at 9:54 pm

    ni pengalaman 4 tahun lepas. :)

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:07 pm

      Tentu tidak senang duduk untuk mengetahui keputusan Merisik dan berasa gembira kerana majlis baru sahaja selesai

      • suri May 31, 2011 at 10:34 am

        dalm hati melonjak girang heee…

        pas dah tunang rasa lega sikit sb dah capai satu langkah..tinggal 1 je langkah lagi nak masuk gerbang perkahwinan..yg ni mmgtak blh main2 tapi serius..

  • Amirez May 30, 2011 at 6:20 pm

    teringat masa bertunang tahun 2009 dulu. kaku, tak tau nak buat apa. takde orang yg nak bagi tunjuk ajar. perkara paling penting boleh terlupa…tak bersalam dengan semua tetamu lelaki. malu betul huhu. ni kaget punya kes hehe
    Amirez recently posted..Misteri Villa Nabila di Johor BahruMy Profile

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:19 pm

      Biasalah bro itu baru bertunang belum lagi hari majlis akad nikah tentu rasa gugup, rasa terkucil dan macam-macam rasa ada. Peluh jantan menitik disaat to Kadi henjut tangan pengantin untuk melafaz akad nikah :-)

  • Mrs.Ayie May 30, 2011 at 5:16 pm

    Tak keluar selalu masa bercinta pun tak apa, baru rasa perbezaan lepas dah kawin :)

    * Betul, tempoh pertunangan sangat menguji dan banyak dugaan. Mental fizikal kena kuat :)

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:21 pm

      Tidak ramai anak muda yang suka mengenal hati budi selepas berkahwin. Ramai yang memilih pasangan mengikut pilihan hati dan hari-hari jumpa pun belum tentu mengenal hati budi pasangan masing-masing.

      Belang sebenar keluar apabila duduk serumah.

  • Kamal Mustafa May 30, 2011 at 5:05 pm

    Ape pun kepada semua yang dapat adik ipar,abang ipar, suami,isteri tahniahlah yo, almaklumlah Sekarang nie kalau musim cuti sekolah ajo…semua ambik kesempatan untuk bertunang dan melangsungkan perkahwinan.
    Kamal Mustafa recently posted..Salma Juara Mentor 5My Profile

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:23 pm

      Cuti sekolah 2 minggu ramai anak muda yang mengikat janji hidup semati ke jinjang pelamin.

      • Mus May 30, 2011 at 11:57 pm

        semoga hubungan tu berkekalan.. amin

  • kyrul May 30, 2011 at 4:22 pm

    wahhh :D tak sabar nak kahwin ni . hehe ^^, tolong carikan calon .

    recently posted : cANON vs nikon

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:29 pm

      Pahala solat lelaki yang sudah berkahwin berlipat ganda daripada lelaki yang masih bujang

      • Mus May 30, 2011 at 11:58 pm

        kena pandai mendidik ahli keluarga..
        kita jadi ketua..
        berat tanggungjawabnya

        • akubiomed May 31, 2011 at 12:08 am

          Bukan setakat dosa diri kita kena tanggung untuk anak isteri pun jatuh dibahu ketua keluarga

  • amry May 30, 2011 at 3:03 pm

    adik saya baru selamat bertunanag semalam.alhamdulillah……

    dari awal saya kenal bro melalui dunia blog ni saya rasa bro ni ada karakter yang unik..hmm…hanya [penilaian dari mata saya..jangan risau [penilaian saya adalah penilaian yang baik :)
    amry recently posted..Drama Yang Benar2 Mencuri Hati AkuMy Profile

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:31 pm

      Tanniah kepada bro kerana adik bro bertunang. Terima kasih bro ke atas penilaian bro terhadap saya :-)

  • nash May 30, 2011 at 2:30 pm

    maaf byk2 sbb lambat jejak kesini
    adeh.. citer pasal tunang2 ni teringin pulak nak bertunang
    bila la nak bertunang n berkawen ni
    umo dah mencecah 21.. hehee
    awal lagi
    congratz kpd mereka :)
    nash recently posted..Akhirnya Dia Pergi Jua Menghadap IllahiMy Profile

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:32 pm

      Tidak perlu berasa bersalah. Umur 21 tidak lama tuh sebab saya bernikah ketika umur 24 tahun. Ingatkan hendak sahut sunnah Nabi menamatkan zamana bujang umur 25 tahun tidak kesampaian :-)

  • faiz May 30, 2011 at 2:04 pm

    sekarang ni musim kahwin kan..ramai btol org kawin ngan bertunang..

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:33 pm

      Betul tuh. Tidak menang tangan untuk bertandang jemputan majlis bertunang dan berkahwin :-)

    • Mus May 31, 2011 at 12:02 am

      biasalah.. musim cuti sekolah..
      senang hati para photographer… buat job

      • akubiomed May 31, 2011 at 12:07 am

        Betul tuh bro masa inilah peluang mencari duit sampingan. Abang ipar pernah mengusaha sewa khemah penganting tapi sekerat jalan kerana penat asyik pasang khemah dan buka khemah :-) . Akhir sekali dijual set khemah kepada pemilik baru

  • hafizmd May 30, 2011 at 1:13 pm

    wah…2 kali dalam satu hari….mmg musim betunang dan kahwin sungguh ni…hehe

    pssst…moga mana2 yg baru bertunang tu, dipermudahkan utk ke perngkat seterusnya… :D

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:34 pm

      Adik-beradik belah isteri saya ini anak yatim jadi tidak elok ditangguh majlis yang baik ini kerana mulut masyarakat sekeliling bukan boleh ditutup

      • Mus May 31, 2011 at 12:03 am

        memang betul tu bro..
        nanti jadi perkara tak baik pula

  • eiela May 30, 2011 at 12:00 pm

    senang buat kenduri sekali macam nih, tak banyak belanjanya. kahwin pilihan keluarga ok jugak, sebab diorang lebih tahu apa yang baik untuk anaknya. tapi sekarang dah kurang dah, ramai yang memberontak.
    eiela recently posted..Monday BluesMy Profile

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:36 pm

      Bagi saya samada pilihan sendiri atau pilihan keluarga adalah restu kedua ibubapa itu penting bagi mendapat kebahagian ketika berumahtangga

  • MEKAR May 30, 2011 at 9:31 am

    Masa sya bertunag dulu, bakal suami tak dtg pun majlis tu yg d buat di kg sya. Dia dok kt rumah kl sambil berdoa semoga majlis itu selamat & bjln lancar. hehe
    MEKAR recently posted..Keindahan di Sebalik Jendela Langkawi Lagoon ResortMy Profile

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:38 pm

      Ada buat sanding tak? Saya heran zaman sekarang belum ijab kabul pun sudah bersanding di majlis bertunang

      • Mus May 31, 2011 at 12:03 am

        mungkin trend sekarang begitu..

  • MEKAR May 30, 2011 at 9:21 am

    Salam Bro,
    Zaman skrg jarang sekali dpt dengar org bertunang tp tak mgenali bakal tunang (hya tgk gambar). Kisah spt ini selalu sya dgr & baca pada zaman mak ayah dulu2. Tapi itu semua tak penting. Kalu dh lama kenalpun, lagi byk la buat dosa kering nye. huhu (sya mgata pada tukang tulis komen ini!). Kiranya konsep yg bro anjurkan ini dah cukup bagus la ni.
    MEKAR recently posted..Keindahan di Sebalik Jendela Langkawi Lagoon ResortMy Profile

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:40 pm

      Ooh kahwin atas pilihan hati. Banyak dugaan ketika bertunang kerana ada yang salah anggap apabila bertunang sudah mendapat lesen besar

  • tengkorak emas May 30, 2011 at 7:37 am

    Keluar banyak kali lepas kahwin la best..hehe sebelum kawen kuar sekali je biar rindu2 :D

    • muhammad fakhruddin May 30, 2011 at 3:55 pm

      Keluar masa bertunang itulah waktu utk berkenalan. Tapi masih lagi… boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang.

      • akubiomed May 30, 2011 at 11:42 pm

        Baguslah kalau begitu dapat mengariskan sempadan tapi tidak ramai anak muda yang bertunang akan jalan tidak berpegang tangan

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:41 pm

      Masa bertunang rindu sangat dekat tunang sebab hanya dapat gambar wajah tunang untuk tatapan. Saya pula di Sarawak dan tunang pulang di Semenanjung.

  • Sabahan Bloggers Club May 30, 2011 at 1:28 am

    Sampai sekarang pun saya tak pernah rasa macaron lagi ni….. :)
    Saya bertunang mula-mula nak simple jer, sekali semua saudara-mara nak join. Dah jadi macam kenduri kahwin plak…. ;)
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Complete list of free web browserMy Profile

    • MEKAR May 30, 2011 at 9:24 am

      Impian majlis bertunang sya pun nak simple2 juga. Tapi apakan daya, dah menjadi spti kenduri kahwin. hehe (rezeki la tu. tak boleh merungut !)
      MEKAR recently posted..Keindahan di Sebalik Jendela Langkawi Lagoon ResortMy Profile

      • akubiomed May 30, 2011 at 11:45 pm

        Tentu bimbang kalau lauk pauk tidak cukup kerana baru sahaja majlis bertunang belum lagi majlis kahwin.

        Urusan majlis nikah adik dan abang ipar diuruskan oleh adik-beradik kerana mertua saya sudah meninggal. Sanak saudara yang berdekatan membantu membuat gotong royong menyediakan lauk pauk dan kuih muih

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:43 pm

      Sambutan majlis Merisik dan bertunang di kampung saya penuh dengan adat. Macam bro tulis sedara-mara memang ramai yang hadir

  • titan May 30, 2011 at 12:25 am

    emm…ishh…cerita bab kahwin nihh..susah sikit nak masuk..pengalaman baru level kosong nih..
    titan recently posted..Komisen ke 75 dari TNXMy Profile

    • hafizmd May 30, 2011 at 1:15 pm

      kira dah baca kat sini…kasi up satu level :D

      • suri May 30, 2011 at 3:57 pm

        dari kosong terus 25% dah masuk akaun dlm minda titan..harap2nyer ar..

        • akubiomed May 30, 2011 at 11:46 pm

          Iyer betul itu :-)

          • suri May 31, 2011 at 10:42 am

            dah masuk harap jangan di klrkan baki ilmu (wang) tu

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:46 pm

      Habiskan zaman sekolah dan bila sudah masuk alam pekerjaan barulah cari pasangan hidup.

  • shah May 30, 2011 at 12:14 am

    hehehe… abang dah kawen rupanya..

    moga bahagia slalu…~

    • MEKAR May 30, 2011 at 9:26 am

      uihh.. abang ni dah ada anak ramai dah tau..heh
      MEKAR recently posted..Remeh-temeh tentang Solat part 1My Profile

      • suri May 30, 2011 at 3:58 pm

        jangan tak tahu akan dtg cukupkan lgi team bola sepak

        • akubiomed May 30, 2011 at 11:47 pm

          Selagi tidak dapat anak perempuan tidak akan berhenti berusaha :-)

          • suri May 31, 2011 at 10:45 am

            cayalah bro :) Rzki2 harus ada usaha kan..kan…kan.. :)

      • akubiomed May 30, 2011 at 11:47 pm

        Alamak sudah dipecahkan lubang :-)

  • Esempoi May 29, 2011 at 10:20 pm

    kawin jugak yang best.. haha

  • MDHAFiZ.NET May 29, 2011 at 10:08 pm

    dan semalam saya dapat abang ipar yg kedua dari Kudat, Sabah..apabila mereka telah selamat di ijab kabulkan di kediaman kami semalam… :)

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:49 pm

      Tanniah bro dapat abang ipar orang jauh lagi :-)

    • Mus May 31, 2011 at 12:06 am

      tahniahlah bro..

  • anif May 29, 2011 at 9:17 pm

    “Beruntung anak muda zaman sekarang dapat berkepit boleh dikatakan setiap hari” <– Ini bukan untung..tapi bala!
    anif recently posted..Janice and The Supertank – MalaysianMy Profile

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:49 pm

      Ramai pasangan bertunang tersalah langkah kerana dengan bertunang sudah mengangap mendapat lesen besar

  • Nadri May 29, 2011 at 9:14 pm

    dulu aku cuma sempat tunang 6 bulan sahaja..mgkn pasal bakal mentua risau kami asyik keluar bersama..nasib baik 13 tahun lepas duit hantaran tak tinggi mcm zaman sekarang..

    • suri May 30, 2011 at 4:00 pm

      ha wet hantara suri kwin mueh jer masa tu skrg terus melambung tinggi menjulang hee..jual anak ker apa heeeee

      • akubiomed May 30, 2011 at 11:52 pm

        Mungkin kenaikan hantaran kahwin seiring dengan kenaikan harga minyak kot :-)

        • suri May 31, 2011 at 10:46 am

          nampaknya anak2 muda pas habis sek, U kena cari duit lebih lagi..jika d bandingkan dgn org dulu2 heee…

          nak enjoy sgt dah tak blh sikit blh ar…

    • Amirez May 30, 2011 at 6:18 pm

      aku dulu setahun bertunang hehe
      Amirez recently posted..Misteri Villa Nabila di Johor BahruMy Profile

      • akubiomed May 30, 2011 at 11:51 pm

        Saya tidak sempat setahun orang tua suruh cepat-cepat langsung bernikah. Ha..ha…

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:50 pm

      Mana taknya bro tentulah orang tua risau dan tidak manis dipandang orang kalau asyik berkepit dengan tunang sahaja :-)

      • Mus May 31, 2011 at 12:07 am

        mulut orang susah nak tutup..
        sakit hati kita mendengar cerita yang tak elok..
        mmg baik dikahwinkan cepat

  • Nadri May 29, 2011 at 9:12 pm

    musim cuti sekolah nie mmg banyak org bertunang..yang adakan majlis kahwin pun banyak jugak..

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:53 pm

      Musim cuti sekolah ramai yang mengambil peluang kerana anak-anak pun cuti.

  • adele May 29, 2011 at 8:46 pm

    macaron xde? Macaron jd hantaran pun idea yg bgus jgk :D

    • suri May 30, 2011 at 4:01 pm

      suri nng hantu mengubah brh hantaran heeee

      • Mus May 31, 2011 at 12:08 am

        wow.. berjiwa kreatif.. boleh buat duit ni

    • akubiomed May 30, 2011 at 11:54 pm

      Boleh sahaja hendak jadikan Macaron sebagai barangan hantaran.

  • adele May 29, 2011 at 8:45 pm

    ehehe..seronok dgr org btunang..moga2 ikatan tu sempat ke gerbang perkahwinan..

    Alah bro,xapalah kuar skali je sblum kawin..asalkan bhagia lps kawin..kekal bahagia..kalau org bujang zaman skrg kuar byk kali tp lps kawin x bhgia pun xbgus juga.. :)

    • suri May 30, 2011 at 4:02 pm

      saya kenal dia tak lama dalm tahu tu gak..pastu tung 3 bulan tu terus kwin hee…

      • akubiomed May 30, 2011 at 11:56 pm

        Hantaran adik ipar dan abang ipar adalah hasil tangan adik ipar lelaki. Adik ipar lelaki saya ini memang mempunyai bakat gubahan hantaran dan backdrop pelamin.

        Musim kahwin adalah masa yang sibuk untuk adik ipar lelaki saya mendapat upah untuk membuat gubahan hantaran dan pelamin.

        • suri May 31, 2011 at 10:49 am

          wah ada potensi tu bro hee..ada rzki blh bukak kedai jual2 brg2 peralatan bertunang..kwin hee…

          • akubiomed May 31, 2011 at 11:17 pm

            Terfikir kalau adik ipar lelaki ada akaun Facebook dan blog boleh promosi bakatnya