Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011

Pingat perak sudah didalam genggaman di perlawan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 antara Malaysia vs Indonesia.

Malaysia vs Indonesia di pertemuan akhir bola sepak Sukan Sea 2011
Malaysia vs Indonesia di pertemuan akhir bola sepak Sukan Sea 2011

Pingat perak sudah pasti didalam genggaman skuad Harimau Muda. Hanya sedikit usaha diperlukan untuk menukar pingat perak kepada kilauan emas di  pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea edisi 2011. Tandukan Ahmad Fakri Saarani yang menerjah menanduk masuk bola ke dalam gawang pintu gol pasukan Myanmar umpama harimau menerjah mangsanya melayakkan skuad bola sepak negara bimbingan Ong Kim Swee ke pertemuan akhir penentuan emas atau perak hari Isnin minggu hadapan antara acara akhir sebelum tirai Sukan Sea 2011 dilabuhkan.

Pertemuan Malaysia vs Indonesia antara acara akhir sebelum tirai Sukan Sea 2011 dilabuhkan

Stefan Hansson
Stefan Hansson jurulatih The White Angels - Myanmar

Gerakan ciptaan Izzaq Faris Ramlan yang di masukkan separuh masa kedua merampas bola di kaki pemain Myanmar menjadi titik tolak kepada penghasilan gol oleh tandukan Fakri Saarani yang menyudahkan dengan tandukan gol pada minit ke 85. Kemenangan Malaysia 1 – 0 ke atas Myanmar telah menafikan peluang Myanmar yang  dipimpin oleh jurulatih asing iaitu Stefan Hansson dari Sweeden terpaksa berputih mata untuk melangkah ke pertemuan akhir bola sepak Sukan Sea. Malaysia bakal bertembung sekali lagi dengan skuad Garuda yang turut layak dengan kemenangan 2 – 0 ke atas pasukan Vietnam malam tadi.

Skuad bola sepak Indonesia bimbingan Rahmad Darmawan nampak lebih bernafsu untuk menewaskan Malaysia di pelawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia vs Indonesia bagi menentukan pingat emas dan perak. Kemenangan besar pasukan Indonesia ke atas pasukan Vietnam memastikan Indonesia ke perlawanan akhir bagai mahu membalas dendam kerana kekalahan diperingkat kumpulan A tempoh hari di tangan skuad Harimau Muda.

Ong Kim Swee jurulatih Harimau Muda
Ong Kim Swee jurulatih Harimau Muda

Aku yakin perlawanan akhir antara Malaysia vs Indonesia lebih menarik kerana masing-masing mempunyai misi dan menunjukkan siapakah jaguh Asia Tenggara. Tidak kira samada skuad Harimau Muda atau skuad Garuda akan bermain matian-matian di pertemuan akhir perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 pada hari Isnin ini di stadium Bung Karno.

Rahmad Darmawan jurulatih Garuda Muda
Rahmad Darmawan jurulatih Garuda Muda

Kebanjiran peminat fanatik Indonesia akan memberi tekanan psikologi kepada skuad Harimau Muda. Aku yakin skuad Harimau Muda mempunyai kekuatan mental yang jitu kerana pengalaman yang dikutip ketika menewaskan Indonesia di peringkat kumpulan mampu menyerap provokasi penyokong tuan rumah. Sudah tentu skuad Indonesia lebih tertekan kerana bermain di halaman sendiri dan depan penyokong mereka yang mahukan pingat emas pelengkap sebagai tuan rumah anjuran Sukan Sea edisi 2011.

p/s: Kedua-dua pasukan dibimbing jurulatih tempatan antara fakta menarik pertemuan Malaysia vs Indonesia.

46 total views, 1 views today

23 thoughts on “Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011”

  1. Pingback: Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan Nov
  2. huhu..akhirnya Malaysia memang setelah penat bertahan. Tapi betullah, siapa pemain banyak bertahan masa dalam game dan berlarutan ke penentuan penalti, biasanya team yang banyak bertahan tu yang menang. Dah banyak bukti dan contoh kita boleh lihat. Dalam Piala Dunia, Copa Amerika dan sebagainya dan hari ini, Malaysia dah buktikan. Aku rasa kita patut bersyukur, khairul fahmi muncul sejak 2 tahun lepas. Jarang kita ada keeper terer yang kuat instinct macam dia. Bukan main lompat-lompat aje..

    Fakri malam ni tak menjadi sangat walaupun banyak peluang. Risau gak tengok. Tup, penalti pun tak leh score..memang dia kena masuk kelas psikologi lah lepas nih..

    tahniah pada badrol dan asrarudin dan apek. Diorang hebat malam ini :)
    ohcikgu recently posted…Juara Bola Sepak Sukan SEA Indonesia 2011 – Malaysia (Penalti 4-3)My Profile

    [Reply]

  3. Pingback: Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik Malaysia
  4. kita sama2 tunggu depan tv malam ni…hrap pemain dapat serap tekanan dan sorakan penonton garuda

    kita lenyapkan suara mereka….ayuh harimau!!!! aummmmmmmmmmmmm

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya percaya mental Harimau muda tinggi cuma perlu lebih agresif menyerang ke gawang skuad Garuda muda.

    [Reply]

  5. Aku xkisah sgt sape menang…tp aku jdi benggang kalo tgk penyokong indon yg bajet bagus….jadi malaysia kena bagi menang….bisukan penyokong2 indon yg kurg adab…..malaysia boleh!!!!

    [Reply]

  6. Esok, kedai mamak akan dipenuhi mat indon lagi. Daripada reaksi warga indon kat kedai mamak yang saya lepak, saya rasa anak-anak harimau esok balik naik barracuda

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sudah tentu Harimau Muda akan menaiki Barracuda sekali lagi. Kalau emas menjadi milik kita tentu dapat melenyapkan laungan keramat peminat fanatik Indonesia di stadium Bung Karno.

    [Reply]

  7. geng penyokong ni yang aku tak leh terima nih. kalau pemain dia, aku suka gak tengok pemain indonesia main..ada style gak. tapi penonton dia..memang takde style. bongkak habis..siap boo lagu negaraku masa tengah menyanyi. bukan tak leh dok diam kejap kerr??
    titan recently posted…Myanmar pun kena ganyang juga.My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Betullah bro penyokong skuada Garuda Muda ini kurang kacaklah. :-(

    [Reply]

  8. Selamat berjaya utk pasukan negara. Biar macam mana pun serangan perang psikologi, teruskan dengan semangat :)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Setakat ini skuad muda kita mempunyai mental yang kuat lihat ketika mengalahkan skuad Indonesia ketika kelayakkan kumpulan A.

    [Reply]

  9. positif untuk memiliki pingat emas….bola sepak acara paling unggul dan jadi sebutan…perasan tak sang garuda dah mula gelar diri garuda muda nak samakan dengan harimau muda kita…gaduh lagilah kat youtube….

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Malas hendak fikir provokasi penyokong Indonesia. Biarlah kemenangan skuad Harimau Muda dapat melenyapkan suara mereka yang lantang itu.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge