Misteri penyelongkar sampah terungkai

Misteri serangan penyelongkar sampah menjadi tanda tanya.

Hampir 2 bulan kawasan perumahan saya mengalami masalah tong sampah terbalik dengan sampah sarap berterabur diatas jalan. Sangkaan kami adalah dalang anjing liar yang mencari makanan menjadi punca sampah bersepah.

penduduk melihat <u>penyelongkar sampah</u>


Tong sampah tumbang dengan sampah berterabur.

Bukan 1- 2 tong sampah penduduk yang akan terbalik dan terhumban. Boleh dikatakan setiap lorong pantang ada tong sampah akan terbalik menjadi misteri siapakah punya angkara.

Intipan dilakukan rupanya sepasang mahkluk membuat kerja selongkar sampah penduduk diantara waktu Mahgrib dan lewat malam. Semakin hari semakin kerap berlaku sampah penduduk bersepah diatas jalan raya.

Kehadiran bau busuk oleh mahkluk penyelongkar sampah.

Apa yang tidak menyenangkan adalah kehadiran bau busuk dikawasan sekitar dengan kesan tapak kaki jelas kelihatan di atas tanah. Mahkluk yang dimaksudkan ialah sepasang babi hutan liar sebesar kambing. Sepasang babi hutan bermaharajalela ini telah memberi masalah kepada penduduk.

Saya telah mengambil keputusan membuat aduan online kepada Majlis Perbandaran Tempatan. Selang 1 hari pihak Perhilitan telah menghubungi saya untuk mendapat maklumat aktiviti serangan penyelongkar sampah berlaku dan maklumat lain.

Penyelongkar sampah akhirnya tewas pada bidikan senampang Jabatan Perhilitan.

Hari ini adik beradik koning bersiap sedia untuk  pergi mengaji. Tiba-tiba saya terdengar teriakan dari luar dengan termengah-mengah abang Koning memberi tahu ada sepasang babi hutan sedang menikmati santapan malam daripada tong sampah jiran.

Kebetulan pihak Jabatan Perhilitan ada buat intipan telah melepas 1 das tembakan tepat mengenai babi hutan betina. Mana kala pasangannya babi hutan jantan terkena 2 das tembakan pada badan ketika cuba melarikan diri dan jatuh ke dalam longkang. 1 das tembakan lagi telah dilepaskan bagi memastikan babi hutan jantan mati kerana didalam keadaan cedera parah didalam longkang cuba bangkit.

Menurut penembak dari Jabatan Perhilitan, setiap seekor babi hutan dianggarkan berat sebanyak 50kg. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Tempatan dan Jabatan Perhilitan menangani masalah babi hutan yang liar ini.

atuk ambil gambar babi hutan

atuk ambil gambar babi hutan bangkai babi hutan betina bangkai babi hutan betina bangkai babi hutan jantan
angkat babi hutan
angkat babi hutan
bangkai babi hutan
babi hutan

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Norasikin September 25, 2012 at 9:18 pm

    eh. mana pergi gambar2 tu semua. dulu dpt tgok sikit je sbb internet tengah slow. Bila dah laju, tak de gambar la pulak

    • akubiomed September 25, 2012 at 10:04 pm

      Gambar-gambar ada. Perlu clear cache history didalam browser.

  • Kamal Mustafa September 25, 2012 at 10:35 am

    Kawasan perumahan KM dulu ado tong loading nan besar tue, Tapi disebabkan sampah yang dibuang melimpah ruah, dan orang yang membuang pun main campak2 ajo, tong sampah loading tue ditarik balik. Sekarang lori sampah berjadual masuk untuk kutip sampah. Kiro ok sikitlah. Lori masuk 2 hari sekali . Kalau dengar lori sampah barulah omak KM keluarkan sampah dari tong sampah kat dapur. kalau diletakkan kek luar emmm rumah alamat eh habih lah dikokeh dek anjing.
    Kamal Mustafa recently posted..Pertama Kali Menjejakkan Kaki Di Kuantan, Pahang Darul MakmurMy Profile

  • suri September 23, 2012 at 8:35 pm

    tak tahu khinzir ada jenis2 dia sllu org akan ckp khinzir yg sesat ni bhya blh godok perut org ho…

  • suri September 23, 2012 at 6:05 pm

    inilah yg d haramkan oleh kita mkn sentuh bagai semua ada hikmah

  • suri September 23, 2012 at 5:27 pm

    dulu rumh sewa masa belajar snag anjing yg punya kerja

  • suri September 23, 2012 at 5:26 pm

    akhirnya dpt tahu sapa punya angkara

  • iAwani September 22, 2012 at 8:28 pm

    aik, kalau tak silap itu khinzir liar. Khinzir di ternak biasanya warna putih kemerah-merahan, khinzir kelabu camni jenis liar.

  • Mekar September 22, 2012 at 4:34 pm

    Suspen dgr ceritanya. Ingatkan mahluk mana tadi. Cekap betul tindakan dari pihak berwajib. patut highlight kan nama pihak terbabit.
    Mekar recently posted..Bunga TelangMy Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:19 pm

      Jabatan Perhilitan telah banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk perumahan ini.

      • suri September 23, 2012 at 5:56 pm

        mereka hrus d beri pujian heee masa study ada depa tangkap anjing tu depa bgi peluru jarak jauh anjing tu pngsan d dgr2 penduduk taman kami kata anjing akan mti klu dia bt hal lgi

    • suri September 23, 2012 at 8:36 pm

      tu kuasa penulisan mmg buat org merundung tangkai jantung

  • kimmie September 22, 2012 at 3:22 pm

    misteri nusantara betul, macam mana makhluk ni boleh ada dikawasan perumahan…dekat dengan hutan ke?

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:18 pm

      Rasanya habitat babi hutan telah diterokai. Kawasan perumahan saya pada asalnya adalah ladang kelapa sawit.

    • suri September 23, 2012 at 8:39 pm

      salah port nak dtg majlis dia tu last2 sesat ke perumahn org isyh,,

  • Reena September 22, 2012 at 3:03 pm

    Euwwww… geli tengok. Hehehe….

  • Hairul Hissam September 22, 2012 at 10:30 am

    Boleh jual kat org cina tu… dpt juga duit minyak… :D

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:19 pm

      Yang menghubungi orang cina tersebut adalah Jabatan Perhilitan.

      • suri September 23, 2012 at 8:42 pm

        org cina lebih pentingkan keselamatan

    • suri September 23, 2012 at 8:41 pm

      hee sampi situ pun blh ingt mmg mkan yg mrk cri tpi tak smua menyukainya

  • Dulu Lain Sekarang Lain September 22, 2012 at 7:19 am

    Sapa yg ambik tu? diorg buat BBQ nanti :wink:

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:20 pm

      Memang puas buat BBQ. :-)

      • suri September 23, 2012 at 8:45 pm

        mkn kt dunia cam2 klu minat suka makan kita tak blh kata apa selera org mmg berbeza dan harus d hormati

    • suri September 23, 2012 at 8:45 pm

      buat makan ramai2 le tuh heee

  • hatiputera September 22, 2012 at 2:06 am

    nasib baik dapat ditembak.
    hatiputera recently posted..Jana pendapatan online tanpa modalMy Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:20 pm

      Bila babi hutan ini telah dihapuskan memberi kelegaan dan kententeraman.

    • suri September 23, 2012 at 8:48 pm

      klu binatang yg liar mmg depa akan tmbak takut mencederakan org lain

  • nurmisnan September 22, 2012 at 12:28 am

    hoho.. pernah 2 kali terserempak dgn babi hutan. pertama semasa baru pindah di felda
    dan kawasan memang keliling hutan.. masa tu ler 3 ekor minta tumpang lalu belakang rumah..
    terkedek2 aku berlari.. har3
    nurmisnan recently posted..Blog u dah boleh tukar ke domain sendiriMy Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:21 pm

      Tentu bau yang ditinggalkan meloyakan.

      • suri September 23, 2012 at 6:06 pm

        mmg ada bau ker nghee… loyakan

  • syaifuddin alias September 21, 2012 at 10:54 pm

    ouh ..babi hutan rupanya ..huhu

    • suri September 23, 2012 at 6:06 pm

      hebat dpt tembak tangkap pas ni aman nk tdo sampah2 tak bersepah merata lgi

  • b3njy September 21, 2012 at 8:56 pm

    Hebat … hebat ! … siapakah penembak yang hebat tu … :D
    b3njy recently posted..CERITA STUDY DI OUM – TAK SANGKA LULUS SEMESTA PERTAMAMy Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:22 pm

      Pekerja Perhilitan tembak dari dalam kereta sahaja. :-)

  • Hairul Azni September 21, 2012 at 6:01 pm

    Woo..bahaya jugak situasi tu..tak boleh nak main2 dengan binatang liar macam ni..tambahan pulak spesis yang macam tu..

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:22 pm

      Dibimbangi menyerang penduduk.

  • Norasikin September 21, 2012 at 5:10 pm

    Rumah saya dikampung pun pernah dikunjungi babi tu. Datang satu family lak tu. Anak ada 3 ekor. Ayah saya panggil kengkawan cina dia je suruh settlekan. Kenduri la diaorg dpt sorang sekor. Siap nak bayar lagi kat ayah. Ada ke patut. Ingat towkey babi ke?

  • donnyien September 21, 2012 at 4:15 pm

    kalau dah menyusahkan penduduk elok tembak je

    • suri September 23, 2012 at 6:07 pm

      mmg ni langkar wajar mrka lakukan.klu d sodok kita habis ho.. bahaya

  • daddydee September 21, 2012 at 3:35 pm

    Bahaya juga serangan babi hutan ni….kalau dah kena tembak ok la tu…

    • suri September 23, 2012 at 8:53 pm

      kasi ubat pelali kt dia heee

      • akubiomed September 24, 2012 at 7:14 am

        Guna ubat pelali nanti kena sembelih pula.:-)

  • tehr September 21, 2012 at 3:12 pm

    dah selesai satu masalah
    tahniah bro kerana menggunakan saluran yang tepat
    tehr recently posted..Gajah Depan MataMy Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 6:23 pm

      Saya selalunya akan mengandu di saluran yang betul.

    • suri September 23, 2012 at 8:54 pm

      lega ar tidur malam yg seterusnya dok intai2 d luar lagi

  • hafidz September 21, 2012 at 2:58 pm

    nasib baik tak serang penduduk di waktu malam. fuh~

    • suri September 23, 2012 at 8:56 pm

      mau setiap org siap sedia dgb batang mop dri umh msing2..

      • akubiomed September 24, 2012 at 7:14 am

        Tak sempat bawa kena hambat oleh si ekor pintal.

  • sop September 21, 2012 at 12:36 pm

    2 ekor?
    iks bahaya juga tuh.. mahu ia kejar org…
    harap selesai isu penyelongkar sampah tersebut.. hehehe
    sop recently posted..Perbandingan Galaxy S3 (S Voice) vs iPhone 4S (Siri)My Profile

  • Affan September 21, 2012 at 11:20 am

    Alamak geli pulak tengok gambar akhir-akhir tu haha
    Affan recently posted..Bagaimana Mengetahui Saiz Jari Perempuan Ketika Hendak Membeli Cincin?My Profile

  • Juan September 21, 2012 at 4:36 am

    menggunakan saluran yg betul utk menangai masalah ni memang terbaik lah

  • padin September 21, 2012 at 1:31 am

    tindakan yang pantas dan cekap… yelah kalau dibiar lama, nnt takut membahayakan plak penduduk sekitar..

    teringat masa dulu kampung aku asyik diganggu kehadiran beruk, merosakkan tanaman terutama tebu & pisang..

  • Shasha Mohamed September 21, 2012 at 12:23 am

    Aik? Babi hutan datang kat kawasan perumahan ke? Dekat hutan ke rumah2 nih?
    Tapi takper semuanya dah selesai. Alhamdulillah…
    Shasha Mohamed recently posted..Apakah Millet dan Manafaat KesihatannyaMy Profile

  • adele September 20, 2012 at 11:37 pm

    tu diaa…ini kalau dapat kat orang cina buat masak lemak cili api kenduri besar diorg :D

    • Norasikin September 21, 2012 at 5:07 pm

      diaorg suka panggang sekor2 la. Dlm mulut letak tomato sebijik. heheh

  • pipoq September 20, 2012 at 11:30 pm

    bahaya jugak kalau masalah tak terkesan..silap haribulan nanti sampai perkarangan rumah pun habis kena sodok..

  • irsah September 20, 2012 at 10:42 pm

    Warga perihatin… memang setujul-lah dengan aduan.. takut boleh membahayakn penduduk.. alhamdulillah, segalanya telah selamat…
    irsah recently posted..10 Blog Paling Popular Malaysia Dinilai MyBloggerTricksMy Profile

  • azura September 20, 2012 at 8:52 pm

    kat kampung saya pun ada yang sesat

  • KiD September 20, 2012 at 8:31 pm

    tu diaaaaa… besaq kambing ko….
    KiD recently posted..Tiger Balm Neck & Shoulder RubMy Profile

    • Norasikin September 21, 2012 at 5:07 pm

      kambing pendek. hehehe

  • papa mifz September 20, 2012 at 7:47 pm

    jauh nyer sesat babi2 hutan tuh…mungkin dulu kawasan tu kawasan nenek2 moyang nyer kot…hehe

    • akubiomed September 20, 2012 at 8:25 pm

      Mungkin habitatnya telah diganggu sebab itu ia mencari makanan di komuniti manusia.

  • Denaihati September 20, 2012 at 6:10 pm

    kali pertama dengar binatang ni sampai kat taman perumahan. babi hutan memang bahaya, kalau kena sondol memang parah atau inallillah.

  • Ummi Hanie September 20, 2012 at 5:09 pm

    huh, bukan seekor, siap berpasnagan lagi… dari manalah babi2 tu terlepas yer…

    syukur masalah sudah dpt diselesaikan… kena samak tak tong2 sampah tu? ;)

    • akubiomed September 20, 2012 at 5:52 pm

      Dengar anak-anak babi hutan telah berjaya dibunuh dengan membubuh racun. Sudah tentu tong sampah kena samak.

  • baguznet September 20, 2012 at 4:20 pm

    wah! besar betul rupanya haiwan nie… rumah mmg dekat dengan hutan ke bro? ni rasanya kes kawasan dia biasa cari makan dah diteroka…
    baguznet recently posted..Peminat Yang Menuai Buah DelimaMy Profile

  • jeffry September 20, 2012 at 3:43 pm

    wah sampai dekat perumahan babi tu merayau …

    • akubiomed September 20, 2012 at 8:28 pm

      Itu yang menghairankan.

  • eLLy September 20, 2012 at 3:19 pm

    untong la cino tu dapat 2 ekor freee ;p

  • Yas September 20, 2012 at 2:29 pm

    Wahh…ada yg berkenduri beso la nanti ye bro…hehehe
    Yas recently posted..Hina Nabi Muhammad, Majalah Peranchis Ambil KesempatanMy Profile

  • lepakk.com September 20, 2012 at 2:19 pm

    Wah besarnya…..

  • Eizil September 20, 2012 at 1:52 pm

    Babi hutan ni, kalau tak dikawal awal, akan membiak dengan cepat, terutama apabila ada sepasang jantan dan betina, ada sebuah kampung berdekatan sini, mengalami masalah babi berleluasa apabila sebuah lori membawa babi terbalik di kampung tu, dan babi terlepas.

    Semoga tiada lagi masalah babi hutan di kawasan perumahan bro.
    Eizil recently posted..Perancangan dan impian yang ingin dicapaiMy Profile

    • lepakk.com September 20, 2012 at 2:19 pm

      Tu le pasal cepat sgt dia merebak

    • akubiomed September 20, 2012 at 8:29 pm

      Memang susah hati kalau macam tuh.

  • auc dot com September 20, 2012 at 1:31 pm

    kat kg jadi satu pekerjaan pulak buru babi dan jual kat cina… agak2 apa hukumnya…

  • Hafizul September 20, 2012 at 1:21 pm

    Haha..memang menarik tajuk yang direka..last2 senyum sorg sebab babi hutan yang jd mangsa..hahaha
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] JertehMy Profile

    • Norasikin September 21, 2012 at 5:12 pm

      kat rumah saya banyak gak anjing liar tapi tak de pulak selongkar tong sampah. Bai gemok memang asyik lapar je

  • wahida September 20, 2012 at 12:34 pm

    nasib baik pihak berwajib dtg membantu…

    gelilah tgk binatang tu…huhu…

  • beckhr00y September 20, 2012 at 11:59 am

    semoga lps ni tiada lagi masalah ini
    beckhr00y recently posted..Pilih Nama Domain Dengan Betul Dan Berhati-hatiMy Profile

    • akubiomed September 20, 2012 at 5:51 pm

      Tidak tahulah kalau ada saki baki babi hutan yang tinggal.

  • Mummy Akmar September 20, 2012 at 11:02 am

    Lah..rumah awak di dekat kawasan hutan ke? Sampai babihutan ni ada. Nasib baik ada pihak berkuasa menolong.

    • akubiomed September 20, 2012 at 5:53 pm

      Kawasan perumahan saya pada asalnya adalah bekas ladang kelapa sawit yang telah dibangunkan oleh pemaju untuk pembinaan rumah tinggal.

  • cikgu naman September 20, 2012 at 9:11 am

    dulu masa kat UKM selalu nampak babi hutan 3 beranak jalan² cari makan kat bawah hostel..hehe

    • akubiomed September 20, 2012 at 5:53 pm

      Kalau UKM saya percaya sebab kawasan sekitar masih lagi hutan.

  • Sobri Mansor September 20, 2012 at 8:20 am

    Suspen kejap baca permulaan entri ni. Sekali babi hitan daaaaa

    • akubiomed September 20, 2012 at 5:54 pm

      Hee..hee..sengaja beri debaran sedikit.

  • hafizrahim September 20, 2012 at 7:52 am

    makan besar cina tu..skali dapat 2 ekor..besar2 plak tu..wang besar..wang besar..hahaha

    • akubiomed September 20, 2012 at 5:56 pm

      Memang senyum sampai ke telinga dapat habuan besar. :-)

  • tips September 20, 2012 at 6:52 am

    eeewwwwwwww!!!!!!!!!!!! ;)

  • akuzle ayu September 20, 2012 at 1:46 am

    Kesian plaks tgk depa tambahan matanya celik lagi mcm masih ada nyawa. Tp dah dtgkan mudarat so no choicelah..

    • akubiomed September 20, 2012 at 5:56 pm

      Keselamatan perlu diutamakan. Saya difahamkan ada yang mati akibat disondol oleh babi hutan.

  • Bro Zulkbo September 20, 2012 at 1:39 am

    salam..
    wahh..sukalah cina tu dapat
    2 ekor babi hutan..kalau nak
    beli mahal tu :)

    alhamdulillah..akhirnya misteri
    terbongkar akhirnya..
    Bro Zulkbo recently posted..Bayi Tercekik Susu? Cara Dan Tip Panduan MengatasiMy Profile

    • akubiomed September 20, 2012 at 5:57 pm

      Memang dia suka dapat habuan besar. :-)

  • Amirez September 20, 2012 at 1:08 am

    tahniah kepada hero yang membuat aduan ;)

    bagus juga hidup dalam masyarakat majmuk. sekurang-kurangnya diorang boleh tolong angkatkan babi hutan ni
    Amirez recently posted..4 Perkara Penting Semasa Mengerjakan Umrah & HajiMy Profile

    • akubiomed September 20, 2012 at 1:10 am

      Majoriti penduduk taman sama ada orang Melayu. Yang mengangkat babi hutan didalam gambar tersebut adalah tokey. :-)

  • Mus September 20, 2012 at 12:58 am

    tahniah kepada pbt yg alert dengan aduan..
    Mus recently posted..Pemandangan Dari Atas Bukit Di SMK SepulutMy Profile

    • akubiomed September 20, 2012 at 1:18 am

      Rupanya banyak juga kes dilaporkan mengenai babi hutan yang berkeliaran di lorong perumahan.

  • Mus September 20, 2012 at 12:58 am

    binatang ni kalau dah lapar sangat.. boleh mendatangkan bahaya juga.
    Mus recently posted..Pemandangan Dari Atas Bukit Di SMK SepulutMy Profile

    • akubiomed September 20, 2012 at 12:59 am

      Risau akan keselamatan anak-anak pergi mengaji diserang babi hutan.

  • azman September 20, 2012 at 12:52 am

    Laju jer apek ambik hehehhe…

    • akubiomed September 20, 2012 at 1:00 am

      Memang laju tak sampai 10 minit pihak Perhilitan roger sudah sampai.

  • sweetkurma September 20, 2012 at 12:51 am

    eeeee eyekkkkkk

    • akubiomed September 20, 2012 at 1:37 am

      Bau babi hutan ini masyallah busuk.

  • Wanayu September 20, 2012 at 12:48 am

    Babi hutan ni memang kotor la..

    • akubiomed September 20, 2012 at 1:01 am

      Babi hutan lebih bersih berbanding babi hutang yang dibela.

  • boni kacak September 20, 2012 at 12:36 am

    seb baik kecik je.. dulu saya pernah tengok sendiri babi hutan sebesar lembu keluar daripada hutan belakang rumah saya.pergh. memang menakutkan

    • akubiomed September 20, 2012 at 1:13 am

      Kalau sebesar lembu mustahillah bro.

  • samdaddycool September 20, 2012 at 12:35 am

    Nasib baik ada perhilitan dan Majlis Perbandaran Tempatan yang pantas bertindak… + lagi senang kerja ada sukarelawan tolong ‘clear’ babi hutan tersebut.

  • anif September 20, 2012 at 12:35 am

    Alhamdulillah terungkai misteri & selesai masalah. :D Gembira betul 2 orang yang mengangkat binatang tu! Rezeki…
    anif recently posted..Live Streaming – The UEFA Champions League – Manchester United vs GalatasarayMy Profile

    • akubiomed September 20, 2012 at 1:03 am

      Memang pun. 2 ekor babi hutan beratnya lebih kurang 100kg.