Pengharaman botol susu bayi BPA

Pengharaman pejualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A bermula 1 Mac 2012

Aku pernah menulis tentang bahayanya Bisphenol A(BPA) didalam entri yang bertajuk Keracunan Bisphenol A didalam botol susu pada 24hb Oktober 2010. Mengenai bahayanya bahan kimia BPA ini digunakan untuk menjernihkan dan mengeraskan botol susu polikarbonat.

Aku mengalu-alukan pengharaman penjualan botol susu polikarbonat dipasaran Malaysia adalah sesuatu usaha yang dipuji kerana ia telah dilakukan peringkat nasional. Kalau hendak mengharapkan kempen kesedaran memilih botol susu BPA free mungkin tidak berkesan atau mesej tidak tercapai, lihat sahaja kempen anti merokok masih gagal memberi kesedaran dengan cara menasihat dan penekanan kesan bahayanya akibat kesan merokok gagal memberi impak.

Pengharaman botol susu bayi polikarbonat Bisphenol A.

BPA telah dikenal pasti akan menyebabkan gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak-anak yang mengunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia Bispenol A ini akan meresap kedalam cecair susu. Menurut kajian Universiti Malaysia telah menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius. Maklumlah kita akan merendam botol susu dengan air panas dan mengunakan air panas untuk membancuh susu, pada ketika itu BPA ini akan bercampur susu yang dibacuh.

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Contoh botol air polikarbonat PC 7

Botol air polikarbonat PC 7

Contoh botol susu polikarbonat PC 7

Botol susu polikarbonat PC 7

Botol susu bayi yang BPA  free biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang BPA free mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Sistem kod identifikasi plastik

sumber rujukan: moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

p/s: turut perlu diberikan perhatian untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas makanan polistren dan sebagainya.

Contest iPad2 untuk teman setia

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • N-snow July 28, 2011 at 9:33 am

    salam…kalau botol no 7 other dapat pakai atau tidak?coz saya belum faham lagi

    • akubiomed July 28, 2011 at 1:44 pm

      Sekarang ini di pasaraya sudah pun menjual botol yang mempunyai label BPA Free. Pilih sahaja botol ini. Botol yang bukan jenis BPA dibimbangi bahan kimia tadi akan melarut didalam susu semasa membancuh air panas dan ketika mencuci botol.

      Ada bekas air minuman plastik mengandungi BPA ia biasanya dilabelkan 7. Hendak kenal botol plastik mengandungi BPA ialah adalah berwarna jernih dan mempunyai label 7 pada bahagian bawah botol. Biasanya plastik yang bebas BPA berwarna kabus.

  • HAZIQ June 17, 2011 at 4:29 pm

    minta jasa baik benar gunakan info dan gambar untuk dimuatkan dalam buletin keselamatan johor.

    • akubiomed June 17, 2011 at 10:25 pm

      Boleh sahaja. Bagi saya ia adalah satu penghormatan. Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan. Terima kasih :-)

  • online tips May 14, 2011 at 11:00 pm

    sorry masih ga ngerti, jd semua yg ada logo 7 nya itu tidak baik atau bagaimana?

    • akubiomed May 15, 2011 at 11:01 pm

      Kalau boleh jangan guna no 7 PC cari yang BPA free. Paling senang nak beza botol PC BPA adalah warna jernih atau lut sinar

  • Nur Farshazlin April 4, 2011 at 12:16 pm

    thanks for information..kena peka isu ni sebab boleh jejaskan kesihatan anak2..tak pe beli botol susu mahal, asalkan anak2 chat…

    • akubiomed May 15, 2011 at 11:03 pm

      Sama-sama. Harap penjelasan didalam entri dapat memberi kesedaran dan kefahaman

  • mamaprihatin March 26, 2011 at 12:18 am

    nasib baiklah ank saya susu badan shj, dri mengandung lagi saya sudah berjaga2 dengan penggunaan bekas2 plastik ni takut2 ade kesan pd baby nanti..

    • akubiomed May 15, 2011 at 11:02 pm

      Bagus menyusu susu badan kerana memang terbukti susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi

  • Ladfe Amir March 22, 2011 at 12:35 am

    belum sempat check botol susu budak kecik tu.

    tapi part ni mmg betul. skrg ini bkn setakat botol susu. barang mainan pun dah ikut piawai agar bebas dari setiap benda2 mcmni.

    bahkan harddisk yang dibuat di tempat aku bekerja juga..sudah bebas dari bahan yg boleh memberikan kerosakan pada diri. namanya lead-free.

    • akubiomed March 22, 2011 at 2:10 pm

      Barangan elektronik pun sekarang sudah mula mematuhi piawaan supaya ia tidak memberi kesan kepada alam dan manusia

  • hafizmd March 21, 2011 at 5:02 pm

    Akhirnya pihak berwajib terfikir juga utk mengharamkan penggunaan botol ni..maka harapnya 2012, tiada lagi botol2 sebegini di pasaran..kalau terus ada..maka pengguna ttp mencari sebab harganya lebih murah…

    biarlah perancangan disertai pemantauan yg ketat.. :D

  • cma March 20, 2011 at 11:00 pm

    salam.. thanks atas info yg amat berguna ni… nak tanya ni, botol susu anak aku ada label mcm segitiga tu dan tulis other tp xde pula no 7 kat dalam. Cmna tu? kena cari yg bebas BPA la ni… Sian anak aku..

    • akubiomed March 20, 2011 at 11:33 pm

      Sama-sama. Botol bebas bebas BPA biasanya ada label bebas BPA dan warna botol biasanya bukan lutsinar

  • kamal kajang March 19, 2011 at 7:13 am

    Terima kasih kerajaan dan sesiapa yang dapat mengesan akan bahayanya botol susu jenis tu. Agaknya ramai anak-anak yang nakal hari ini telah makan makanan dan minum minuman yang banyak bahan yang tidak baik untuk kesihatan. sebab itulah ramai yang nakal dan degil. Kita kenalah hati-hati mulai skrg.

    • akubiomed March 19, 2011 at 4:11 pm

      Buka setakat itu sahaja sumber perlu juga datang dari yang halal

  • aimannajmy March 18, 2011 at 7:02 pm

    masa zaman U penah belajaq pasai properties BPA ni.. tapi tu diaa la dalam kelas dok lena (sebab semlm layan DOTA) abih tak dapat ilmu.. apa2 pun susu ibu the best hehe

  • ann March 17, 2011 at 7:13 am

    Kalau nak selamat guna barangan plastik, gunalah barangan jenama tupperware termasuk botol susu pun ada…..cuma mahal ckit le tapi berbaloi!

  • AZRUL AZMI March 17, 2011 at 2:08 am

    tapi kalu buat kempen lagi bagus rasanya… kurang2 nye ada yang sedar… kempen rokok tu pun bukannya gagal sepenuhnya cuma tidak mencapai tahap yang diinginkan..

    bagus artikel ini… menambahkan pengetahuan….

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:41 pm

      Terima kasih banyak bro kerana artikel dapat memberi manfaat. Bagi pengharaman saya total dan peringkat lebih berkesan daripada mengeluarkan perbelanjaan besar untuk berkempen dan memberi kesedaran yang mana belum tentu mendatangkan hasil seperti yang diharapkan

  • Ronaldmohoni March 17, 2011 at 12:38 am

    Nice info. :)

  • Kamal Mustafa March 16, 2011 at 1:34 pm

    Botol2 plastic pun ada yang boleh guna 1 atau 2 kali aje coz kalau guna lebih ada bahan yang terurai katanya.Lepas tue kita minum.Elok sangatlah tue.
    Kamal Mustafa recently posted..Isu Kitab Injil AKA Bible Dalam Bahasa MelayuMy Profile

  • FD March 16, 2011 at 9:55 am

    yang menjadi masalah ialah apabila baru sekarang pengharaman itu berlaku… pelik x3

  • Fitrihadi March 16, 2011 at 1:19 am

    botol air mineral pun bahaya ke?? ermm banyak benda yang bahaya sekarang ni..adeh..
    Fitrihadi recently posted..18sx Straw Berbentuk Penis Apa Kejadahnya Reka Benda GiniMy Profile

  • Cabaran SEO March 16, 2011 at 12:28 am

    erm… ada belajar pasal material ne.. tapi tak ingat sgt… sbb banyak sgt material yg ada…

    lecturer penah cakap pasal plastic wrapper kalau tak silap ingat… sbb ada yg diperbuat dari pvc kot kalau xsilap ingat la…

  • chii March 15, 2011 at 11:49 pm

    kesimpulannya..pasni para ibu bagi susu sendiri je la..lg senang..selamat dan byk lg faedah lain yg dpt diperolehi.. :D

  • eLLy March 15, 2011 at 10:50 pm

    Thanks for the info

  • Hadi Rofiee March 15, 2011 at 10:39 pm

    Teringat seperkara iaitu: bukankah susu ibu itu lebih baik untuk bayi. ;-)

  • Hadi Rofiee March 15, 2011 at 10:36 pm

    Alhamdulillah, pengetahuan yang sangat penting untuk diketahui. Rakan2ku sudah semakin ramai yang mendirikan rumah tangga. Aku akan cuba pastikan mereka tahu maklumat ini. i’Allah.

    Terima kasih Bro. :-)

  • dnoBiz March 15, 2011 at 9:48 pm

    sebenrnya lepas baca post bro yang sebelum ni aku terus tukar botol susu anak buah aku, jadi aku dah takde nak pikir pasal ni lagi..
    Thank Bro
    dnoBiz recently posted..Pil Kuda – Rampasan Pil Kuda Terbesar di Nilam PuriMy Profile

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:31 pm

      Terima kasih bro tidak sangka entri saya yang lepas mengenai BPA ini memberi impak :-)

  • Adik March 15, 2011 at 5:18 pm

    tengah ajar susu botol. huhuhu arap2 die nk la menyusu dlm botol kali nie…..

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:33 pm

      Susu ibu adalah terbaik. Macam isteri saya ada masalah untuk mengekal penyusuan kerana kekeringan air susu

  • adik March 15, 2011 at 5:15 pm

    ha ah 2 la nk ganti gak botol susu anak nie. patut la bg botol susu asik tolak je. mcm tau2 je botol 2 x elok

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:34 pm

      Kebetulan. Botol PC BPA ini bermasalah apabila kita merendam botol dengan air panas yang mana BPA ini akan melarut ke dalam air panas

  • hafidz March 15, 2011 at 4:35 pm

    makin lama makin banyak barang yang bahaya dijual. fuh~

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:34 pm

      Itulah kesan sampingan teknologi yang kita tidak sedar

  • MDHAFiZ.NET March 15, 2011 at 3:23 pm

    wah.. info baru ni.. walaupun jauh lagi utk saya mempunyai seorang anak laki2… hehehe… kawin pun x nak ckp pasal anak pulak..hehehe :)

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:35 pm

      Tak apa by the time apabila mempunyai anak sendiri botol yang PC yang mengandungi BPA ini sudah diharamkan penjualannya

  • kak yong March 15, 2011 at 2:51 pm

    husband saya awal2 lagi dah peka pasal bpa ni…dia yang carikan botol susu bpa free masa shopping barang baby sulung kami baru2 ni..
    kalau ada artikel mngenainya dia akan cpt2 minta saya baca.

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:36 pm

      Syukur mempunyai suami yang prihatin. Tidak semua mesej ini sampai terutama di luar bandar atau yang buta huruf

  • suri March 15, 2011 at 1:43 pm

    bahaya nih huu..cam ni kena tukar botol susu anak huu…

    balik kena cek gak hooo.

    p/s:klu org yg sush mau gak tpksa memakai botol susu aoa yg ada kan..kan…

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:39 pm

      Orang tidak berkemampuan mungkin tidak tahu hal bahaya BPA ini

  • suri March 15, 2011 at 1:41 pm

    oh tiada gambar dia ker bro huu..

  • tehr March 15, 2011 at 1:14 pm

    aku harap dapat haramkan terus je
    kesihatan rakyat lebih utama dari segalanya

    dapat duit banyak pun, kalau asyik masuk hospital…
    duit habis camtu je

  • sw33tdarling March 15, 2011 at 11:32 am

    tapi tu laa.. kenapa nak kena letak dateline pengharaman tu…? tak boleh ke cakap haram serta merta…??

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:40 pm

      Botol susu bebas BPA ini sudah terjual dipasaran cuma proses mengantikan botol susu PC BPA secara beransur-ansur

  • Rahasia KONTES SEO March 15, 2011 at 11:11 am

    waduh, jadi berabe nich jadinya…
    coz banyak anak2 yg suka minum dari sembarang botol susu tuch :p

    Last bLog: Rahasia Kontes SEO

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:41 pm

      Betul mas perlu beri perhatian pengunaan botol susu yang bebas BPA

  • Mrs.Ayie March 15, 2011 at 10:37 am

    Langkah yang sangat disokong. Sekarang ni pun, bila pergi pasar raya dah ada botol dengan tag “BPA free”. Senang nak cari.

    • akubiomed March 15, 2011 at 10:42 pm

      Pilihan ditangan kita untuk membuat keputusan untuk membeli botol susu bebas BPA

  • Ismail N March 15, 2011 at 9:45 am

    Zaman yg serba serbi senang tapi penuh dgn bahaya… Kawe pun tak tahu nak beli apa lagi.. semuanya mcm tak selamat!

  • Budin March 15, 2011 at 9:38 am

    Baru tahu kod 7 ni bahaya..
    TQ.
    Tp melamin blh tau kod dia brape??

  • tengkorak emas March 15, 2011 at 8:44 am

    rasanya botol mineral tu pun berbahaya, tak boleh diguna pakai semula,

    jadi kesimpulannya kita cari logo 1-6 kan?dan elakkan 7

  • khairolghani March 15, 2011 at 8:38 am

    Alhamdulillah,mmg beli botol susu free BPA..lagipun skrg ni anak aku menyusu badan je..so dah tak guna botol..

  • sahimi March 15, 2011 at 7:45 am

    haramkan tu dah bagus…tapi kenapa nak tunggu 2012 kalau dah tau bahaya???kenapa tidak diharamkan serta merta???

    yang ini aku nampak keputusan yg amat amat tidak cerdik dr kabinet…

    takkan sebab taknak pengeluar dan penjual botol susu yg ada BPA kerugian, kerajaan anjakkan sampai tahun depan..sementara nak tunggu tahun depan, berapa ratus ribu botol susu yang ada BPA dijual di pasaran..semakin ramai la bayi yang terdedah dgn bahaya

  • maza March 15, 2011 at 1:50 am

    maza amat menyokong langkah kerajaan ini..

    tak apelah ianya akan di ban sepenuhnya pada 2012…. tak lah menyusahkan mak bapa dan pekedai yg berniaga itew, kan?

  • sazuwi March 15, 2011 at 12:19 am

    dulu-dulu ader gak curious pasal botol susu camnie..
    tak sangka kesan dier memang agak buruk kepada kanak-kanak..

  • Nadri March 15, 2011 at 12:17 am

    kebanyakkan butul susu yg terdpt dipasaran berwarna putih..tak pasti sama ada BPA free @ tdk..klu x silap ada sesetengah botol susu yg ada label USFDA…btw, terima kasih kerana berkongsi ilmu yg berguna nie..kebetulan tgh ada baby baru yg hisap susu botol…

    • akubiomed March 15, 2011 at 12:59 am

      Nak kenal pasti botol susu polikarbonat Bisphenol A biasanya pengilang akan meletak label kod identifikasi plastik dibawah botol

  • Ekspresi Ruang March 14, 2011 at 11:07 pm

    info yg sgt berguna utk aku yg bakal menimang cahaya mata bila2 masa saja dr skg :)

    • akubiomed March 15, 2011 at 12:10 am

      Tanniah bro, bakal menimang anak sulung ker?

    • Daus March 15, 2011 at 8:34 am

      tahniah :)

  • adele March 14, 2011 at 11:04 pm

    sy tahu isu ni beberapa minggu yg lepas bila rakan sekuliah present berkaitan ni..

    biasanya utk mengenalpasti botol susu yg BPA free, warnanya agak kekuningan tidak seperti botol susu biasa yang warnanya teramatlah jernih..

    kesan jangka masa panjang boleh menyebabkan bayi mengidap kanser dan mempercerpatkan proses akil baligh seorang kanak-kanak..

    semoga ibubapa cepat mengambil tindakan buat anak-anak tersayang :)

    • akubiomed March 15, 2011 at 12:09 am

      Betul Adele, botol susu yang bebas BPA berwarna agak kekuningan

  • zik March 14, 2011 at 10:35 pm

    ada perasan tadi masuk berita… kena alert pasal botol susu nih… takut2 ada bahan yang merbahaya, kesannya kepada anak2..
    zik recently posted..Lee Chong wei Juara terbuka All England 2011 What Straight set!!My Profile

    • akubiomed March 15, 2011 at 12:08 am

      Kenapa botol susu yang ada BPA sahaja diharamkan sepatutnya pengunaan plastik yang ada BPA patut diharamkan juga

      • suri March 15, 2011 at 1:48 pm

        sllu ada gak yang peten kaca tapi mahal..

        masa ank kecil ada bli dua.brnd luar ngra apa nth nama dia lupa huuu…

        • akubiomed March 15, 2011 at 10:37 pm

          Semasa kecil dahulu emak saya kata botol susu diperbuat dari kaca

      • adamfaiz March 18, 2011 at 9:48 am

        setuju… yang merbahaya tu kena la buat pengharaman menyeluruh.. a

  • Sir Marcello March 14, 2011 at 10:15 pm

    sangat berteknikal…kurang mahir dengan bahan kimi nie…tapi kalau diteliti…kandungan sebegini mmg harus diharamkan sama sekali…

    dah lah diambil oleh bayi…ini boleh mempengaruhi tumbesaran mereka..

    • akubiomed March 14, 2011 at 11:26 pm

      Antara sebab saya menyokong pengharaman botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA di peringkat nasional kerana merasakan semua lapisan masyarakat tidak sedar akan bahaya BPA kepada kesihatan. Lebih baik diharamkan terus dipasaran jadi tidak ada yang membelinya nanti

  • anif March 14, 2011 at 10:15 pm

    Persatuan pengguna pun telah sekian lama mendesak kerajaan untuk mengharamkan penggunaan boto susu yang mengandungi BPA.

    Entah kenapa perlu tunggu sehingga tahun hadapan untuk mengharamkannya… Kalau sudah didapati merbahaya, lebih baik terus haramkan sahaja penjualannya.
    anif recently posted..All England 2011 – Cerita Kedai KopiMy Profile

    • akubiomed March 14, 2011 at 11:18 pm

      Tidak semua lapisan masyarakat akan sedar bahaya BPA ini jika ada pengharaman peringkat nasional adalah langkah terbaik.

    • Nadri March 15, 2011 at 12:19 am

      sepatutnya klu benda yg blh memudaratkan pengguna, pihak berwajib perlu terus banned shj produk tersebut…tp perlu utk nak ambil hati pihak pengeluar/pengedar..sepatutnya tiada kompromi…

    • dnoBiz March 15, 2011 at 2:10 am

      tu la pasal kenapa kena tunggu setahun,
      tapi bila fikirkan balik mungkin ada perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ni, terutama jika itu plabur dari luar…
      apa pun yang penting ianya sudah diumumkan jadi terpulang pada kita..
      dnoBiz recently posted..Karnival Keusahawanan – Peniaga kecil Melayu tidak Suka PersatuanMy Profile

  • Mus March 14, 2011 at 10:04 pm

    seriusnya.. aku baru tahu perkara ni..
    anak-anak masih ada yang menyusu botol ni..
    kena cara BPA free lah ni..
    Mus recently posted..Cara Mudah Nak Menang Apple iPad 2My Profile

    • akubiomed March 14, 2011 at 11:16 pm

      Botol susu yang bebas BPA memang sudah ada dijual cuma bergantung kepada kita untuk buat pilihan

      • PakarBuahPinggang March 17, 2011 at 8:56 am

        Tapikan bro mengapa botol susu macam ni masih lagi dibiarkan dijual secara berleluasa setelah tahu akan bahayanya.Apatah lagi ianya digunakan dalam penghasilan botol susu untuk bayi.

        Macam mana pula ye bro dengan penggunaan pinggang plastik yang kita gunakan untuk memakan makanan harian seperti nasi?Adakah ianya juga dibuat dari BPA?
        PakarBuahPinggang recently posted..Rawatan Untuk Kegagalan Buah Pinggang &amp KomplikasinyaMy Profile

        • akubiomed March 18, 2011 at 11:04 am

          Sebenar bermasalah sebagai pengguna kita untuk menjadi mereka menjadi pengguna bijak ketika membeli. Pada masa sama pihak pembekal dan pasaraya perlu main peranan menawarkan barangan yang bebas unsur-unsur memudaratkan kepada kesihatan manusia.

          Begitu juga teknologi hijau tidak semesti murah kerana teknologi yang digunakan, kajian dan material yang digunakan sudah tentu mahal untuk dibangunkan dan dengan ini tidak ada pilihan menjual pada harga runcit lebih tinggi daripada biasa

  • Zyash March 14, 2011 at 9:53 pm

    Thanks for the information…

Trackbacks
  • [...] trafik tetapi tidak ada peningkatan pendapatan internet mungkin kerana kekurangan ilmu agaknya.Pengharaman botol susu bayi polikarbonat Bisphenol A – 4,491 PageviewsKenapa tiba-tiba Macaron – 2,934 PageviewsCokelat Daim Pulau Langkawi [...]

  • [...] p/s: Selipar getah Fipper 100% getah asli, mesra alam kerana biodegradabel dan bebas Bisphenol-A (BPA) [...]

  • [...] aku katakan bulan April ada kelainan kerana trafik dihasilkan dari entri bulan yang terdahulu. Isu pengharaman botol susu yang mengandungi BPA masih mendapat perhatian walaupun ia di tulis pada March dan entri bertajuk mengenai kuih Macaron [...]

  • Hanya dua entri sahaja? | AkuBiomed April 26, 2011 at 12:45 am

    [...] tajuk entri yang kekal relevan. Entri COMBI, Pemakaian tali pinggang keledar, kesedapan Macaron dan Pengharaman botol susu mengandungi BPA antara tajuk entri yang kekal relevan. Kenapa aku berkata begitu kerana ia adalah topik yang [...]

  • [...] macam tidak percaya pencapaian bulan Mar untuk entri yang bertajuk Pengharaman botol susu bayi polikarbonat Bisphenol A mendapat mencatatkan kunjungan trafik tertinggi untuk bulan Mar dan sepanjang aku menulis di blog [...]

  • [...] Bagi yang tak tahu atau belum tahu mengenai isu Botol Susu BPA ni, bolehlah rujuk kepada blogger yang ada background medic iaitu saudara akubiomed yang pernah mengeluarkan entri panjang lebar mengenai Botol Susu BPA ni iaitu Pengharaman botol susu bayi polikarbonat Bisphenol A [...]