X
    Categories PelanconganPublic GoldUmum

Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 1

PG Golden Tour buka mata tentang emas dan bina kepercayaan kepada Public Gold syarikat emas tulin.

Pada 18 hingga 19 November yang lalu, saya telah bawa anak lelaki untuk mengikuti trip PG Golden Tour anjuran Public Gold. Dahulu PG Golden Tour ini dikenali sebagai Sales Incentives Purchase (SIP). Saya ceritakan sejarah PG Golden Tour adalah trip lawatan ke ibu pejabat yang terletak di Pulau Pinang.

Bila sebut emas dan perak terbayang perkara negatif seperti Multi Level Marketing (MLM) dan sistem Scam. Walhal kewujudan syarikat emas tulin seperti Public Gold yang telah terlibat urusan jual beli emas diatas talian sejak sembilan tahun yang lalu. Bila trip seperti ini dianjurkan membuka mata kepada Dealer Public Gold dan bakal pelanggan untuk mengenali dekat dengan Public Gold.

Bina keyakinan dengan melihat sendiri kewujudan syarikat dan mengenali lebih dekat dengan Public Gold.

Bagi Dealer Public Gold macam mana nak bina keyakinan sedangkan diri sendiri tidak pernah tahu kewujudan syarikat, cara operasi syarikat, mengenali kumpulan sokongan jika tidak menyertai trip PG Golden Tour dengan sekadar membaca di laman Public Gold. Sudah tentu tidak cukup membina keyakinan untuk meyakin bakal pelanggan untuk mendapatkan emas dari Public Gold.

Bukan pelanggan pun boleh menyertai trip ini untuk bina kepercayaan sebelum membeli emas dan perak dari Public Gold. Sekarang ini tidak perlu risau hendak berurusan dengan Public Gold kerana kesemua produk tersenarai seperti dibawah telah mendapat sijil Patuh Syariah:-

  1. Outright Purchase
  2. Easy Payment Purchase (EPP)
  3. Buy Back
  4. Gold Accumulation Program (GAP)
  5. Silver Accumulation Program (SAP)

Trip PG Golden Tour ini dua hari

Apa yang menyeronokkan trip kali ini adalah beramai-ramai menaiki bas yang disediakan oleh Public Gold. Kami mula bertolak jam 12 malam dari Public Gold cawangan Sunway. Peserta PG Golden Tour ini terdiri yang dealer, pelanggan dan bakal pelanggan menyertai trip dan ada yang bawa anak-anak kecil. Trip PG Golden tour ini adalah trip yang santai-santai sahaja.

Program hari pertama PG Golden Tour:-

  1. Lawatan Public Gold Global Business Center (PGBC) merupakan ibu pejabat operasi Public Gold.
  2. Merasai pengalaman menaiki kereta mewah Roll Royce dan Super Car Porsche.
  3. Lawatan ke Public Safe tempat simpanan emas dan perak pelanggan Public Gold.
  4. Sesi penerangan Pelan Perniagaan 

Saya ada perancangan nak sertai PG Golden Tour sebelum tahun 2017 berakhir. Syukur Alhamdulillah dapat sertai trip 18hb hingga 19hb Nov 2017. Kebetulan saya diberitahu ada disediakan bas Public Gold cawangan Sunway. Apa lagi laju daftar dua nama dengan saya bawa seorang teman abang Koning.

Gambar-gambar yang dirakam sepanjang trip PG Golden Tour.

Menaiki bas jam 12.30 pagi pada 18hb Nov 2017 di Public Gold Sunway.

Berhenti solat Subuh di R&R Hulu Semanggol dan sarapan pagi ringan-ringan air teh tarik dan roti sandwich.

Suasana dalam bas perjalanan ke Pulau Pinang.

Akhirnya sampai ke ibu pejabat operasi Public Gold Global Business Center (PGBC)

Ambil gambar label dibawah Public Gold seperti Aurora Italia merupakan produk barang kemas dan PGMall merupakan gedung online berkonsepkan ‘ConsuMerchant’.

Sampai di PGBC kami telah dijamukan dengan sarapan pagi.

Sesi ice breaking diantara kaki tangan Public Gold dan peserta trip PG Golden Tour.

En Chew dari Jabatan Sumber Manusia Public Gold  menjadi pengerusi majlis dengan lontaran suara latang dan bersemangat di pagi Sabtu. Menyambut kedatangan peserta trip PG Golden Tour ke PGGBC.

Sesi berkenalan dari Jabatan IT Public Gold

Sesi berkenalan dari jabatan yang mereka bentuk emas dan perak Public Gold

Sesi berkenalan oleh encik Harrisson Chiang

Puan Mira menayangkan koleksi barang kemas Aurora Italia setiap satu rekaan hanya dihasilkan 100 biji sahaja.

Sesi perkenalan oleh puan Tricia orang kuat PG Mall

Dato’ Wira Lois Ng founder Public Gold

Datin Wira Yvonne orang kuat Aurora Italia

Dealer Public Gold menjadi urusetia trip Public Gold Golden Tour dari kiri Cikgu Ihzam Khairi, Syed Ammar, Amirul Aiman dan Syarif Jamil

Kami telah dibawa melawat bilik Dato Wira Lois Ng dan jabatan-jabatan yang ada di PGGBC.

Abang Koning pegang jongkok perak seberat 1 kg ketika lawatan ke pejabat Dato Wira Lois Ng.

Bergambar bersama Dato Wira Lois Ng founder Public Gold

Abang Koning memegang perak edisi terhad 5 kilo .999-fine duit perak dari British Virgin Islands dikeluarkan untuk memberi penghormatan kepada penjelajah kelahiran Denmark, Vitus Bering.

Gambar senarai Hall of Fame tergantung gambar-gambar Star Master Dealer

Dibelakang saya adalah gambar upline Master Dealer iaitu En Sabri

Beri peluang abang Koning merasai pengalaman menaiki Super Car Porsche.

Beri pengalaman abang Koning merasai pengalaman menaiki kereta mewah Roll Royce

Makan tengahari Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar

Happy Face bersama rakan-rakan makan Mee Udang

Mana udangnya? Udang ada dibawah mee. Inilah baru kena dengan peribahasa ‘Udang di sebalik mee’. Kuah mee udang dan udang segar yang manis.

Berhenti singgah solat Zohor didalam perjalanan ke Public Safe

Public Safe milik Public Gold tempat dimana emas dan perak pelanggan disimpan disini. Jadi tidak perlu risau beli emas GAP yang disokong emas fizikal.

Kalau dahulu saya dengar dari cerita pengalaman Dealer dahulu mereka perlu mengambil emas di Pulau Pinang dan hantar kepada pelanggan. Sekarang ini sudah ada cawangan Public Gold setiap negeri untuk menguruskan pengambilan stok.

Bunting promosi simpanan Safe Deposit  di Public Safe.

Deretan kota Safe Deposit box. Semua perserta terbuka mulut bila melangkah masuk ruang simpanan deposit di Public Safe kerana sangat banyak kotak-kotak simpanan dimana-mana.

Selfie bersama abang koning di Public Safe

Sesi penerangan mengenai Safe Deposit Public Safe

My lucky number

Makan malam di restoran Nasi 7 Benua sebelum check in hotel.

Ini lah nasi 7 benua ada tujuh ketul semuanya

Sambal goreng ikan bilis

Ayam masak kicap

Kuah kari

Kami telah dibawa  bermalam di hotel Four Points by Sheraton

Sambung cerita trip PG Golden Tour hari kedua.

Comments

comments

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (8)