Saya sangat bertuah dan berbesar hati dapat menyertai Sales Incentive Program (SIP) orientation selama 2 hari 1 malam di Pulau Penang anjuran Public Gold bermula 16 hingga 17 April 2016.
Melawat ibu pejabat operasi Public Gold di Bayan Lepas, Pulau Penang.
Kami semua adalah Dealer Public Gold berkumpul di Public Gold Global Business Centre di kawasan Zone Industri Perdagangan Bebas Bayan Lepas, Pulau Penang. Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato’ Wira Loius Ng Chun Hau dengan bertujuan menawarkan perkhidmatan jual beli emas fizikal dengan mengunakan sistem perdagangan emas fizikal yang berteraskan platform Informasi Teknologi dengan berkerjasama dengan Oracle.
Public Gold Global Business Centre di kawasan Zone Industri Perdagangan Bebas Bayan Lepas, Pulau Penang
Berkenalan rakan baru dari negeri berbeza pasangan adik beradik Azrul Hassan, Azman Hassan dan abang Hassan Mat. Kami menjadi rapat kerana mempunyai minat yang sama.
Perolehi pengalaman dan ilmu dengan menghadiri Sales Incentive Program (SIP).
Pertama kali dapat menaiki kereta mewah Roll Royce dan Porsche Cayenne kepunyaan peribadi Dato’ Wira Louis. Pagi-pagi lagi sudah free ride dengan test power kereta mewah dan kereta sport kepunyaan Dato di sekitar kawasan perdagangan bebas Bayan Lepas. Sudah tentu peluang seperti ini tidak akan dilepaskan untuk merasai pengalaman menaiki kereta mewah. Selalunya artis rapper biasanya kita lihat didalam video klip muzik video akan mengunakan kereta blink-blink seperti ini.
Kereta mewah Roll Royce milik Dato’ Wira Louis
Baju dah kena, terasa macam selebriti Holloywood menghadiri Academy Awards.
Senyum lebar Azman Hassan dan abang Hassan Mat macam gaya Dato
Paparan mewah kereta Roll Royce yang serba canggih. Dikatakan enjin kereta Roll Royce menyamai enjin kapal terbang.
Merasai pengalaman menaiki kereta Porsche Cayenne pula.
Paparan mewah dalaman kereta Porsche Cayenne. Banyak butang dan rasa macam budak-budak nak tekan-tekan semua.
Sesi ice breaking bersama Dealer Public Gold dan kaki tangan Public Gold merupakan sesi suai kenal mengenali satu sama lain.
Dato’ Wira Louis meluangkan masa untuk menyampaikan inspirasi dan amanat kepada Dealer Public Gold yang mengikut program SIP.
Jongkong perak seberat 5kg
Gambar beramai-ramai bersama Dato’ Wira Louis di pejabat beliau.
Bergambar bersama Dato’ Wira Louis
Rakan dealer berbual dengan Datin Wira Yvonne
Lawatan ke tempat simpanan deposit Public Safe di Relau. Pulau Penang
Dealer Public Gold berpeluang memasuki tempat simpanan deposit Public Safe yang ketat ciri keselamatannya.
Simpanan deposit ini ada bermacam saiz yang boleh disewa. Sekarang ini ada promosi RM99 setahun.
Makan tengahari di Restoran Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar.
Mee Udang memang sedap tetapi didalam gambar ini tidak nampak udangnya kena selak mee baru nampak udangnya yang besar, segar dan banyak.
Singgah beli jeruk buah-buahan Pak Ali memang antara buah tangan yang wajib dibeli ketika berada di Pulau Penang.
Singgah ke Penang Street Art Kids on Bicycle di George Town.
Singgah Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe di Bayan Lepas.
Kalau dikira ada 7 jenis nasi yang mewakili 7 benua.
Sesi perkongsian bersama Jade Master Dealer Pokli dengan Dealer Public Gold. Beliau telah berkongsi resepi kejayaan adalah dengan mempunyai matlamat yang jelas, fokus, mengunakan kebolehan dan sumber yang ada. Bekerja satu pasukan dapat membantu kejayaan tidak boleh bekerja bersendirian untuk berjaya. Rupanya saya adalah generasi ketiga yang berasal introducer sama iaitu Pokli kerana introducer saya adalah generasi kedua selepas beliau.
Makan Nasi Kandar di Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell
Nasi Kandar warisan turun temurun berusia 100 tahun yang mana resepi dan rasanya kekal dari generasi ke generasi.
Mengunjungi PG Gold Museum milik Public Gold di Lebuh Bishop
Ambil insipirasi menyentuh jongkong emas seberat 50kg. Mana tahu suatu hari boleh mengumpul emas sehingga 50kg.
Nilai harga emas 12.5kg. Harga emas sentiasa naik. Pada tahun 2001 harga emas 12.5kg adalah RM400,000 dan pada 12 April 2016, harga emas bernilai RM1,800,00 juta untuk nilai yang sama. Fikir-fikirkanlah.
Kenangan paling manis sebelum balik ke Kuala Lumpur adalah menang cabutan bertuah emas Public Gold 0.5g Penang Street Skippy menjadi hadiah paling manis sebelum pulang.
Hadiah cabutan bertuah emas Public Gold 0.5g Penang Street Skippy
Program Sales Incentive Program (SIP) ini sangat berbaloi kerana dealer dari merata negeri akan berkumpul dan lebih semangat dengan kehadiran Pokli Jade Master Dealer membakar semangat dealer-dealer yang hadir. Dealer Public Gold wajib hadir program Sales Incentive Program (SIP) dan pemilik akaun PG ingin memasang impian menjadi Dealer PG boleh bermula perniagaan sendiri dengan menjual emas.
Bila hadir orientasi dapat mengenal latar belakan syarikat Public Gold, Produk. bantuan sokongan, mengembang rangkaian dan bertukar-tukar fikiran untuk memajukan diri didalam mendidik emas kepada masyarakat adalah pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi dan mengelakkan kebocoran wang.
Boleh menabung emas serendah RM100 atau 1g emas dengan Gold Accumulation Program (GAP).
Bagi memudahkan penabungan emas setiap bulan boleh ajukan sebarang komen dibawah atau hubungi saya. Saya boleh uruskan buat kali pertama dan proses seterusnya akan dibantu sebaik mungkin.
Mohd Azrin Roselan
PG00069417
Dealer Public Gold
016-6475702 (WhatsApp)
Jika ada rakan-rakan dari Singapura atau Indonesia ini membuka akaun Gold Accumulation Program(GAP) perlukan Introducer ketika mendaftar. Boleh isi nombor PG saya iaitu PG000695417.
Contoh gambar dibawah.
Laman rasmi: Public Gold Malaysia
FB Page: Facebook Page Public Gold Malaysia
ada rezeki lebih nanti nak try kumpul dinar pg ,buat kahwin ke
Boleh kumpul dinar dari sekarang mengantikan wang kertas @ wang fiat. Bila sampai masa nak pakai untuk berkahwin boleh cairkan dinar emas tersebut.
terima kasih informasinya
Sama-sama semoga ia memberi manfaat ya mas. 🙂
wow.. bestnya pengalaman bro..
dulu mmg berhasrat menjadi dealer juga..
tapi belum ada rezeki..
Terima kasih, ia program yang membuka mata dan minda. Ilmu emas ini tidak belajar di sekolah dan universiti terlalu sedikit pengetahuan mengenai menyimpan dan menabung emas diketahui orang diluar sana.
fuhh … tak lama lagi pakai kereta besar tuh..
Ameen, moga-moga tertunai. Teringat pesanan salah seorang mentor yang berjaya supaya ‘dream big’ dan ‘think big’ serta ‘focus’. Barulah datang usaha.
Huish dah naik kereta mahal mesti dapat inspirasi untuk berjaya macam Dato tu kan?
Belum pernah jumpa mana-mana pemilik perniagaan yang sudi beri kereta mewah kegunaan peribadi untuk naik bersama. Yang diberi naik kereta bukan kecil-kecil kereta iaitu Roll Royce dan Porsche Cayenne. 🙂
Tahniah!! Semoga berjaya mengumpul emas seberat 50 kg.. dengan emas seberat tu, boleh beli beberapa buah kereta poche …
Biarlah simpan sikit-sikit lama jadi bukit dari tidak simpan langsung atau ambil sikap tunggu dan lihat.
tahniah.
dapat naik kete mahal tuh.
sekali-sekala apalah salahnya.
hoho..
Terima kasih bro Titan. Sebelum ini pernah naik Porsche Cayenne milik seorang hartawan di Lubnan. Ketika itu beliau bawa jalan-jalan makan angin pada waktu malam di down town.
Naiki Roll Royce adalah pengalaman kali pertama. Kereta mewah enjin kapal terbang tuh. 🙂
pokli tu femes tu..
Rasa bertuah kerana Pokli Jade Master Dealer turut hadir program SIP memberikan sokongan kepada dealer-dealer.