X
    Categories FamiliPelanconganUmum

Pengalaman backpacker tiga beranak ke Pulau Pinang

Pengalaman backpacker ke Pulau Pinang.

Pengalaman backpacker ke Pulau Pinang dengan menaiki bas. Pada 22hb Dis 2017 yang lalu, saya telah dipanggil untuk menghadiri Forum PGMall yang pertama di Public Gold Global Business Centre (PGBC) di Pulau Pinang.

Bimbang bawa anak kecil meragam ketika backpacker.

Memang saya merancang untuk menaiki bas seorang diri ke Pulau Pinang. Kemudian isteri saya pun nak ikut memandangkan anak-anak lain berada di kampung dan rasa sunyi pula tinggal berdua bersama Amsyar anak kecil berumur tiga bulan di rumah.

Saya juga terasa bimbang nak bawa anak kecil meragam didalam bas nanti ganggu ketenteraman penumpang lain yang menaiki bas. Apa pun saya dan isteri redah sahaja untuk bawa Amsya bersama. Kami bertolak sehari awal untuk baby Amsyar dapat menyesuaikan diri ketika berada di Pulau Pinang.

Perjalanan kami ke Pulau Pinang dengan menaiki bas. Saya booking online tiket bas pergi dan balik dengan mengunakan portal easybook. Sangat mudah booking secara online di easybook kerana semua jenis pengangkutan didalam satu portal.

Portal easybook

rekod perjalanan di dalam portal easybook

Selepas booking tiket boleh print dan dibawa ke kaunter Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk dapat Pas Masuk Bas @ Bus Boarding Pass.

Menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

menunggu bas di balai berlepas bas TBS

Menaiki bas dari TBS pada jam 12.15 pagi dan sampai di stesen bas Butterworth lebih kurang jam 5.45pagi. Pengalaman sebelum ini dari Butterworth akan naik feri di jeti Pengkalan Sultan Abdul Halim

Shuttle bas Rapid Penang disediakan untuk penumpang yang ingin ke jeti Pengkalan Sultan Abdul Halim. Perkhidmatan shuttle bas ini adalah percuma. Kalau dahulu nak ke jeti perlu menyeberangi jambatan melintasi landasan keretapi agak tinggi untuk naik dan turun. Sekarang tidak perlu lagi kerana sudah ada perkhidmatan shuttle bas percuma ini yang disediakan oleh Rapid Penang.

naik shuttle bas Rapid Penang untuk ke jeti pengkalan Sultan Abdul Halim

Menaiki feri di jeti pengkalan Sultan Abdul Halim.

Isteri teringin sangat nak pengalaman menaiki feri dan sebab itu saya naik bas dari TBS ke Butterworth. Boleh naik feri dari jeti Sultan Abdul Halim. Kadar tambang tiket dewasa untuk menaiki feri adalah RM1.20 seorang.

Suasana pagi didalam feri

Amsyar pakai baju tebal

Perkara pertama sampai di Pulau Pinang mencari restoran untuk bersarapan pagi. Kami singgah Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa yang terletak di jalan Chulia.

apa lagi pekena Roti Telur cicah kuah kari untuk sarapan pagi

Amsyar dah bangun

Amsyar dah ready nak berjalan-jalan

Saya bawa isteri dan Amsyar berjalan-jalan di Penang Street Art dan jeti Chew. Kalau ikut banyak tempat ingin dikunjungi tetapi kerana bawa Amsyar dan bag, agak terhad pergerakan kami.

Riang sahaja Amsyar ketika berada di Pulau Pinang.

Ais krim kepal perisa Laici dari Penang Street Art untuk penghilang dahaga

Mengunakan perkhidmatana Grab Car yang murah dan mudah.

Sepanjang dua hari berada di Pulau Pinang kami mengunakan perkhidmatan Grab Car untuk ke Hotel dan ke stesen bas. Bagi saya sangat mudah mengunakan Apps Grab Car di Smartphone untuk mendapatkan perkhidmatan sewa kereta.

Kami mengunakan perkhidmatan Grab Car semasa berada di Pulau Pinang.

Kami memilih bermalam di hotel bajet Econtel Hotel yang di booking melalui Agoda. Econtel Hotel ini terletak di Queensbay dan dipilih kerana kemudahan tempat makan dan dekat dengan Queensbay Mall. Pada petangnya kami minum petang di Restoran Kapitan yang terletak di Bayan Bay.

Rekod booking Econtel Hotel mengunakan Agoda.

Menghadiri PG Mall Forum pertama di Public Gold Global Business Centre (PGGBC)

Menunggu bas untuk balik ke Kuala Lumpur di stesen bas Sungai Nibong

Suasana ruang tiket bas di stesen bas Sungai Nibong

Stesen bas Sungai Nibong

Menaiki bas untuk pulang

Pengalaman yang menyeronokkan kerana semua perjalan mengunakan perkhidmatan diatas talian dari mula booking bas, booking hotel, mengunakan perkhidmatan Grab Car di Pulau Pinang. Pada masa akan datang jika berpeluang akan ke Pulau Pinang lagi.

Comments

comments

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (14)