Pendapatan blog pertama selepas 4 tahun

Pendapatan dari blog selepas 4 tahun menulis blog.

Hari ini memanglah hari kacak untuk saya kerana menerima surat dari abang posmen yang kacak berbaju merah. Bila melihat logo pada surat ini sudah membuat saya tersenyum sampai ke telinga.

Tidak keruan mendengar motorsikal abang posmen lalu didepan rumah

Teringatkan kisah zaman dahulu menunggu surat daripada kekasih. Kalau bunyi motor abang posmen lalu depan rumah tidak keruan jadinya sanggup tinggal kerja yang dilakukan berlari ke tingkap. Melihat melalui tingkap samada abang posmen ke sebelah rumah jiran atau rumah sendiri.

 ******

Saya tidak sangka mendapat pendapatan dari dunia blogging kerana 4 tahun menulis blog saya tidak pernah mendapat apa-apa pendapatan dari blog. 4 tahun bukanlah jangka masa pendek bagi saya sesetengah orang akan menarik diri selepas setahun kerana tidak mendatangkan hasil. Lebih-lebih lagi menulis blog dengan mengunakan platform WordPress yang  di pasang hosting berbayar.

Menulis blog kerana mahu menjana pendapatan

Setiap orang mempunyai tujuan menulis blog ada yang bertujuan berkongsi perjalan hidup mereka, mendidik masyarakat, menjana pendapat dan macam-macam lagi. Tujuan asal saya menulis blog tahun 2008 adalah mahu menjana pendapatan dari blog apabila melihat pendapatan blogger yang lumayan kemudian niat itu bertukar menulis blog sebagai terapi diri saya.

Berbual seolah-olah sudah kenal lama.

Kesoronokkan mula timbul apabila blog AkuBiomed mendapat maklumbalas dengan komen-komen dari pengunjung dari situ blog dilihat hidup. Saya suka berinteraksi dengan pengujung yang tidak pernah kenal kecuali di blog. Perbualan ibarat sudah kenal lama itulah keunikan blog dari pandangan mata saya.

Semua blogger bermula dari bawah.

Saya bermula dari bawah daripada blog Page Rank telur dinosaur sehinggalah blog AkuBiomed ini mendapat Page Rank 3 dan semakin hari traffik ke blog ini semakin baik dan termasuk organic search.  Pengunjung dan komen yang ada diblog ini adalah nadi menjadi blog AkuBiomed hidup. Terima kasih ke atas sokongan anda semua. :-)

p/s: Untuk kekal lama didalan dunia blog perlu tanya diri sendiri apa tujuan menulis blog?

Esok saya akan hadir Majlis Sepetang bersama Blogger anjuran Denaihati Network tegur-tegurlah saya.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Datin Tyka June 10, 2013 at 9:43 am

    dah otai sangat ni… tahniah bro.. bukan senang nak dapat kan

  • hairulafiz November 8, 2012 at 2:16 pm

    dah 4 tahun dah otai ni….

  • Hafizul October 29, 2012 at 2:23 pm

    hjehe..4 tahun baru dpat income?memang bukan buat blog untuk duit nih..hehe..emm lama dah rupanya blog akubiomed yer…

  • shatmashuri August 16, 2012 at 7:28 am

    tahniah bro…

    • akubiomed August 17, 2012 at 5:00 pm

      Jangka masa tempoh panjang untuk menuai hasil blogging. :-)

  • Oh! budu June 24, 2012 at 12:28 pm

    tahniah.

  • kimmie April 22, 2012 at 4:03 pm

    tahniah..cek ini pasti sangat bermakna, dan menjadi kenangan manis dalam hidup :)

    • akubiomed April 22, 2012 at 6:22 pm

      Memang gembira dapat hasil dari pengiklanan melalui blog.

  • bau ketiak April 22, 2012 at 2:04 pm

    tahniah bro, boleh dijadikan pembakar semangat.

  • Zarul Umbrella April 21, 2012 at 9:26 pm

    tahniah bro

  • cik tom April 21, 2012 at 10:35 am

    tahniah!ni cek dr exabytes ye..ciktom punye still xsmpi lg..huk3

  • Ummi Hanie April 21, 2012 at 12:08 am

    tahniah! tumpang gembira ! saya pun dapat hasil selepas 3 tahun blogging, memang kena sabar dan minat yg tinggi…

    PR3! walah…. ;)

    • Datin Tyka June 10, 2013 at 10:22 am

      dalam dunia ni, pasti kena banyak bersabar

  • kodinz April 20, 2012 at 4:43 pm

    tahniah la bro. terutamanya boleh bertahan sampai 4 tahun.
    Rasanya pasni masyuk, masyuk dan masyuk la kot. klu PR3 traffic mesti dah mantap kan. Peluang buat duit tu :)

  • Denaihati April 20, 2012 at 3:31 pm

    tahniah bro. rezeki dr Allah. semua bermula dari bawah atau dari yg rendah.

  • Nur April 18, 2012 at 4:42 am

    Tahniah… Memang itulah keunikan berblog, kenalan bertambah walaupun hanya di dunia maya. Pendapatan sampingan ini ternyata memang akan menggembirakan kita.. Setidak2nya dapat sedikit semangat untuk menulis.

    Blog ini memang banyak perubahan.. Teruskan berkarya & semoga sukses selalu!!

  • wazy April 17, 2012 at 2:52 pm

    Tahniah bro,lepas ni sure masyuk la kan
    wazy recently posted..10 Jenis Pekerja…Anda Yang Mana?My Profile

    • Datin Tyka June 10, 2013 at 9:51 am

      memang sekarang ni dia tengah masyuk tu

  • adamfaiz April 17, 2012 at 11:14 am

    bravo.. AB… boleh belanja AF pasni :)
    adamfaiz recently posted..Isteri Muda Hanya Suka DuitMy Profile

  • Fazreen April 17, 2012 at 3:44 am

    4 tahun satu tempoh yang agak lama. tahniah bro! keep it up

    • akubiomed April 17, 2012 at 10:32 pm

      2 tahun pertama saya naif mengenai blog dan baki 2 tahun saya mula mencari peluang dari blog.

    • Datin Tyka June 10, 2013 at 10:15 am

      memang lama dah tu.. tp DT dah 8 tahun.. mcm mane tu.. haha

  • Luqman Hakim April 17, 2012 at 1:09 am

    wah, hurm luq tak paham lagi ni bro, cmne nk buat income dgn exabytes tu, sory saya tak berapa arif..

  • Kak Long Mawar Merah April 17, 2012 at 12:34 am

    Tahniah, pendapatan pertama pastinya akan membawa kepada yang seterusnya. Blog ni pun nampak ketara dah kemajuannya.

  • Miss Amy April 17, 2012 at 12:12 am

    lpas bace entry nie..tetibe bersemngat plak nk ber-blogging nie..heheeheh…
    tp kesabaran ttp kene ad..sebab pndptn blogging nie bkn dtg dgn sehari dua kite ber-blogging..:) tak gitu..? :)
    Miss Amy nie pon masih bru..heehee…

  • hafidz April 16, 2012 at 10:52 pm

    tahniah ya! syukurlah dapat hasil dari berblogging :D
    hafidz recently posted..Nuffnang Buffered Earnings 8My Profile

  • dzuandiey April 16, 2012 at 6:35 pm

    tahniah….pendapatan pertama tu mmg best kan..tp tujuan utama berblog tak boleh lupa…apa yg penting, blog mmg best…dapat kenal blogger seluruh negara…

  • donnyien April 16, 2012 at 10:07 am

    tahniah bro! blogging perlukan usaha & pengorbanan sama dengan kerja lain.saya pun sebenarnya mula blogging pada tahun 2008 semata2 untuk mencari ‘extra income’ dan dan lepas 2 tahun barulah saya nampak hasilnya melalui earning blog saya yang pertama. memang seronok dapat duit hasil dari titik peluh sendiri.

  • shaharil April 16, 2012 at 8:14 am

    Tahniah bro. Bukan semua mampu bertahan sehingga tempoh 4 tahun, baru boleh tuai hasilnya.

    • dzuandiey April 16, 2012 at 6:36 pm

      betul…tak semua mampu bertahan sampai peringkat ni..huhu…mmg jangka masa lama tu…tahniah!

  • ProfHariz April 16, 2012 at 8:06 am

    Usaha bro akhirnya buah kejayaan :) Tahniah bro

  • Zida April 16, 2012 at 4:53 am

    mula-mula zida blog sebab suka-suka, lepas tu bila kenal nuffnang, tak tipu la kan taknak jana duit dari situ, tapi makin lama makin malas nak fikir, kalau ada alhamdulillah :)

    sekurang2nya bila dah dapat, rasa semangat tu bertambah lagi nak blogging, cuma idea je jarang keluar sekarang ~

  • Amirez April 16, 2012 at 12:10 am

    tahniah bro. memang seronok dapat duit hasil daripada blogging :)
    Amirez recently posted..Emas di Kota DamansaraMy Profile

    • akubiomed April 16, 2012 at 12:57 am

      Tipulah tidak berasa seronok mendapat pendapatan hasil blogging.

  • Norasikin April 15, 2012 at 10:47 pm

    Tahniah. akhirnya berjaya juga. lepas jugak KFC utk satu family tu. eh.. nuffnang tak de bagi langsung ke sblm ni? mcm tak caya je. PR3 tak dpt BE dari Nuff. Pegi je open ticket dgn nuff tu tanya kenapa. Kompom bulan dpn blh dpt terus cashout

  • eiela April 15, 2012 at 10:04 pm

    tahniah,, blog bagus nih..
    eiela recently posted..Percubaan Pertama Yang Tak MenjadiMy Profile

  • APAN April 15, 2012 at 10:00 pm

    lama dah blog ni….4 tahun sudah. aku buat blog mmg niat utk berkongsi mula2nya. banyak dpt email best2…tiba2 buat blog, belajar sendiri2 tanpa tanya orang lain. bila dah lama, pasang nuffnang. ok gak la. ada gak sikit2…tpi pendapatan tu aku letak no. 2. skang da jadi mcm hobi :)
    APAN recently posted..Tembak-menembak Dan Tumbuk-menumbuk Dalam 48 Hours Ransom (Filem Pendek)My Profile

    • akubiomed April 16, 2012 at 12:59 am

      Terpulang kepada niat individu. Ketika saya mula-mula buka blog hanya mahu kejar duit tapi menjadikan saya mementingkan diri sendiri. Tahun ke 3 saya bermula dari bawah dengan mengunakan nama domain baru sehinggalah hari ini.
      akubiomed recently posted..Awas suami untuk pembacaan oleh isteri sahajaMy Profile

    • Datin Tyka June 10, 2013 at 10:23 am

      ok la tu dah jadi hobi… takde la berlepak aje kan

  • woot April 15, 2012 at 8:46 pm

    a first,small money is the door for the next big money ! ^^

  • budakserius April 15, 2012 at 8:38 pm

    Bro,pndptn iklan adsense tuh mesti bnyak kan.HEHE

  • Fahmi Raazali April 15, 2012 at 5:40 pm

    Tak tahu kenapa, bila saudara sebut tentang pendapatan saya terus fikir nuffnang… :-)

    Tahniah kerana berjaya mendapat pendapatan pertama dari blog. Lepas ini boleh melangkah gagah lagi… :-)
    Fahmi Raazali recently posted..Demo Hapuskan PTPTN – Apa Kata Aku?My Profile

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:02 am

      Pendapatan dari Nuffnang belum lagi membuahkan hasil. :-)

  • Juan April 15, 2012 at 5:40 pm

    wah tahniah bro dapat cek dari exabytes

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:03 am

      Terima kasih bro. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Sebelum ini menang hadiah daripada contest anjuran blogger.

  • klcitizen April 15, 2012 at 5:36 pm

    memang nampak peningkatan blog ini. tahniah :)
    klcitizen recently posted..merayuMy Profile

  • Dulu Lain Sekarang Lain April 15, 2012 at 4:38 pm

    Tahniah bro. Semoga bertambah lagi rezeki blog di masa akan datang. well done.

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:04 am

      Ameen. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki untuk saya dan juga bro.

  • Kamal Mustafa April 15, 2012 at 3:42 pm

    Ramai blogger berblog untuk menambah pendapatan. Mana yang bijak menggunakan peluang kira bonuslah.
    Kamal Mustafa recently posted..Wordless Wednesday 38 – Daulat TuankuMy Profile

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:04 am

      Peluang ada cuma antara nampak dan tak nampak sahaja.

  • Jomtonton April 15, 2012 at 2:35 pm

    Tahniah bro, hasil usaha tanpa jemu.. manatau lepas ni pendapatan lepas ni setanding justkhai..

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:05 am

      Jangan bandingkan saya dengan justkhai malu saya. Dia lebih muda dan berjaya. :-)

  • Ikhwan April 15, 2012 at 2:01 pm

    Tahniah bro dengan pendapatan pertama!
    Aku masa mula2 blogging pun terharu + gembira sangat2 bila dpt cheque pertama..

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:05 am

      Tipulah tidak gembira apabila cek sampai ke rumah.

  • chii April 15, 2012 at 1:51 pm

    tahniah gak dari chii. insya Allah .pasni akan ada lg cek yang bakal menyusul =)

    dgn menulis di blog..sedikit sebanyak kita dpt membantu menyelesaikan masalah org tanpa kita sedari kan :)

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:06 am

      Saya ingin membantu memperbaiki kehidupan orang lain dengan menjadi lebih baik.

  • benjy April 15, 2012 at 1:21 pm

    Wow ! tahniah …. nampaknya usaha 4 tahun tu tidak sia-sia … :D
    benjy recently posted..ISU MANSUHKAN PTPTN – ANWAR IBRAHIM MEMANG BERANI TETAPI TAK CUKUP HEBATMy Profile

  • benjy April 15, 2012 at 1:21 pm

    Ads ni masih dibuka lagi ke ? rasa nak join juga ni kalau masih dibuka lagi ?
    benjy recently posted..ISU MANSUHKAN PTPTN – ANWAR IBRAHIM MEMANG BERANI TETAPI TAK CUKUP HEBATMy Profile

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:06 am

      Bro boleh cuba email kepada Exabytes samada projek 100 bloggers ini masih dibuka?

  • nuriz April 15, 2012 at 1:17 pm

    alhamdulillah.

    setiap orang punya tujuan masing2 dalam berblog

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:07 am

      Betul. Semuanya bermula dengan niat.

  • rainbowcloudy April 15, 2012 at 12:50 pm

    kepuasan blogging mengatasi kemewahan besar maknanya pada diri. :)

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:08 am

      Saya berasa puas menulis blog. Macam saya cakap komen dan trafik dari pengunjung adalah nadi kepada blog ini.

  • zik April 15, 2012 at 12:21 pm

    cayalah..bro..yang penting dapatlah jugak kan…
    zik recently posted..Siapa lelaki kacak??My Profile

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:08 am

      Terima kasih Zik. Banyak perkara yang saya ingin tahu mengenai dunia blogging.

  • MDHAFiZ.NET April 15, 2012 at 11:12 am

    Semuanya bermula dr bawah .. . :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Menghitung Hari Detik Demi DetikMy Profile

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:08 am

      Betul tuh bro. Bergantung kepada usaha.

  • isza April 15, 2012 at 10:16 am

    Duit berblog.. salah satu bentuk motivasi..
    Tanpanya pun blogger sejati akan tetap bersemangat..
    Yang penting ilmu yang dipelajari..
    Belajar dan terus belajar untuk pertingkatkan diri..
    Saya pula hanya mampu menulis dan biarkan blog saya bergerak dengan sendiri tanpa strategi..

    • akubiomed April 16, 2012 at 1:09 am

      Sekarang ini saya berminat mencabar diri bermain SEO. :-)

  • azura April 15, 2012 at 4:52 am

    ini kali kedua saya dapat cek hasil berblogging…hujung tahun lepas dapat cek nuffnang…tahniah yer

    • akubiomed April 15, 2012 at 9:18 am

      Terima kasih. Dengan Nuffnang belum membuahkan hasil lagi.

    • Datin Tyka June 10, 2013 at 10:21 am

      alhamdulillah rezeki jugak tu kan

  • Bro Zulkbo April 15, 2012 at 3:48 am

    salam..
    Tahniah Bro..
    sikit ke banyak janji wang kan
    kalau diguna sebaiknya..besar
    nikmatnya

    • akubiomed April 15, 2012 at 9:17 am

      Syukur walaupun sedikit atau banyak adalah rezeki.

  • gnesop April 15, 2012 at 3:20 am

    setuju, menulis bukan kerna nama tetapi kerna kasih :)
    Sop percaya bro mmg tidak memandang pendapatan :) 2 tahun sebelum ini tidak pernah kenal tentang Nuff, BW, SEO, network dan sebagainya.. hanya tulis sahaja bila ada perkara yg best untuk dikongsi. Diakui, pendapatan motivasi yg bagus tetapi bukan utama :)

    Nota kaki: baru terima gak cek dari exabytes tp x sempat nak wat entry :)

    • akubiomed April 15, 2012 at 9:16 am

      Nampaknya ramai sahabat blogger sudah mula menerima cek daripada Exabytes.

  • izwanyusof April 15, 2012 at 3:18 am

    sambil2 tulis sambil2 buat pendapatan sikit2.. :D
    izwanyusof recently posted..Buat Sebaran Beretika Berita Gempa Bumi 11 April SumateraMy Profile

    • akubiomed April 15, 2012 at 9:15 am

      Kalau ada pendapatan tidak salah. Ada yang mengunakan blog sebagai platform untuk promosi perniagaan mereka dan dengan itu mereka dapat menjana pendapatan.

  • padin April 15, 2012 at 2:58 am

    hehee memang menjadi motivasi untuk bro Biomed meneruskan karya..
    aku pun lebih kurang aje, menulis di blog dah jadi macam terapi harian, :D

    • akubiomed April 15, 2012 at 9:13 am

      Saya tersenyum apabila membaca di blog sahabat blogger.

  • puanbee April 15, 2012 at 2:54 am

    Yang paling utama minat , kalau tak minat sekejap je dah bosan kan ..

    • akubiomed April 15, 2012 at 9:12 am

      Minat dan pengunjung menjadi nadi kepada sesebuah blog.

  • yas April 15, 2012 at 2:25 am

    Rasanya bro ambik dgn contract dgn exabyte kan bro? Ada tanya jugak dulu…tempoh 3 bulan jangkamasa lama juga tu
    yas recently posted..LION HEART DEFENDERS – Koleksi Gambar Tentera Pakistan di SiachenMy Profile

  • Jebeng Otai™ April 15, 2012 at 1:56 am

    akhirnya membuahkan hasil..syabas dan tahniah.. :)

    p/s: tunjuk ajar ku sifoo..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Pendidikan Percuma : Impian atau Kenyataan ?My Profile

    • akubiomed April 15, 2012 at 9:11 am

      Ada ilmu yang sedikit boleh dikongsikan. :-)

  • Ammar April 15, 2012 at 1:07 am

    4 tahun? Lamanya, takkan RM45 je kot. Huhuhuhu

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:16 am

      Itulah cerita yang sebenarnya yang berlaku. 2 tahun pertama saya terlalu naif dan tahun ke 2 mula belajar selok belok blog hinggalah sekarang. :-)

  • hafizmd April 15, 2012 at 12:58 am

    tahniah bro…mmg bukan satu jgka mase yg singkat..pendapatan sampingan dr blog peribadi bg aku mmg satu bonus…

    kepuasan macam terapi diri tu yg buat kita lebih seronok utk berbelog…

    tahniah nro!

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:17 am

      Kalau yang betul-betul serius tidak sampai setahun pun sudah boleh menjana pendapatan dengan mengejar trafik.

  • tehr April 15, 2012 at 12:56 am

    kali pertama setelah empat tahun
    memang amat lama ni, bro

    tahniah
    moga2 lepas ni, dapat pula tiap bulan

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:17 am

      Kalau ada rezeki saya terima kerana didalam masa 4 tahun saya tetap bayar pakej hosting dari poket sendiri. :-)

  • pipoq April 15, 2012 at 12:46 am

    sy suka kepada perkongsian pengalaman kehidupan bila menaip blog ni..bukan la blog jadi platform meluah perasaan, tapi untuk jadi panduan dan rujukan untuk semua..

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:19 am

      Itulah harga paling mahal tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Penulisan blog dan isi yang ingin disampaikan menjadikan kehidupan orang lain lebih baik.

  • auc April 15, 2012 at 12:33 am

    tahniah bro
    segala penat lelah, ade jugak imbuhannya

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:20 am

      Syukur terima dengan tangan terbuka tidak kira berapa jumlahnya. Yang penting niat murni menulis blog untuk membantu kehidupan orang lain menjadi lebih baik.

  • anif April 15, 2012 at 12:27 am
  • madammondoq April 14, 2012 at 11:48 pm

    niat blogging tu kena betul.. setuju sgt!!
    madammondoq recently posted..Rindulah Pulak..My Profile

  • akhiyy April 14, 2012 at 11:37 pm

    wahh tahniah bro…btul tuh kene tanye niat kite..kalo niat untuk mendpt duit, mmng susah nak naik jika tidak mendapat apa yang kita nak..

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:21 am

      Saya tidak kata salah mengunakan blog untuk menjana pendapatan tetapi mestilah dengan cara yang berkhemah.

    • Datin Tyka June 10, 2013 at 10:23 am

      yang penting niat kan

  • Hairul April 14, 2012 at 11:35 pm

    tentu memberi semangat pada bro…
    walaupun first time dapat… tapi kepuasan menulis selama 4 tahun tu tentu tak dapat digambarkan kan bro….

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:22 am

      Saya memang puas apabila blog ini mendapat maklumbalas daripada pengunjung ia menjadi nadi kepada blog ini.

  • Terbelog April 14, 2012 at 11:26 pm

    mmg kacak la duit tuu..hhee
    tahniah
    Terbelog recently posted..Penyanyi Asal DoraemonMy Profile

  • Cikgu Hairul April 14, 2012 at 11:18 pm

    lama tu 4 tahun. tapi berbaloi la kan.. dengan ilmu yang tak terkira banyaknya dan kawan-kawan blogger yang macam dah kenal lama, tu rasanya lebih bernilai dari pendapatan pertama ni kan..

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:23 am

      Sahabat blogger menjadi nadi kepada blog ini. Terima kasih semua ke atas sokongan yang diberikan.

  • faiz April 14, 2012 at 11:15 pm

    eh…takkan sekali je…rasenye blog ni traffik mantap..

  • Shahrul April 14, 2012 at 11:12 pm

    tahniah…brader posmen memang kacak
    Shahrul recently posted..Kenapa Agama Islam Selalu DihinaMy Profile

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:24 am

      Memang kacak posmen yang hantar surat ke rumah saya hari ini. :-)

  • titan April 14, 2012 at 11:12 pm

    tahniah. tahniah..dah kacak dah tu..
    titan recently posted..Demo dan Mansuh PTPTN.My Profile

    • akubiomed April 15, 2012 at 1:25 am

      Terima kasih bro. Saya masih cemburu dengan pendapatan yang konsisten di blog bro. :-)

  • arulchelsea April 14, 2012 at 11:02 pm

    tahniah…

  • Mus April 14, 2012 at 10:37 pm

    blog bro sy rasa ada peluang lebih besar kalau nak buat duit kerana dah ada royal reader dan trafik yg hebat..
    Mus recently posted..Ming Garden Hotel & Residences Janjikan Keselesaan Dan KemewahanMy Profile

  • Mus April 14, 2012 at 10:33 pm

    sy buat beberapa buah blog atas tujuan minat dan nak buat duit..
    jika blog peribadi sy mmg langsung x letak iklan..
    blog niche saya mmg penuh iklan :)
    Mus recently posted..Regatta Lepa Semporna 2012My Profile

  • Hazmin Hamudin April 14, 2012 at 10:28 pm

    Tahniah… Setelah penat lelah membangunkan blog, akhirnya membuahkan hasil… Semoga terus maju…

    • Datin Tyka June 10, 2013 at 10:19 am

      tak ada la sia sia kan… ramai tak percaya blog boleh buat duit

Trackbacks