Pelajaran seks disekolah bersediakah kita dari segi mental

Pendidikan PEERS akan dilaksanakan disekolah pada tahun 2011

Aku sebenarnya hari ini mahu tulis yang manis-manis sahaja dan yang ringan-ringan sahaja tapi tidak boleh kerana ketika aku berdebar-debar menanti pengomen yang ke-100 untuk entri ‘Dah 100 blog Akubiomed’.

Aku menerima e-mail yang aku langgan melalui feedburner untuk blog Nas’ Letters yang bertajuk ‘Subjek Pendidikan Seks kurang wajar diajarkan di peringkat sekolah’ memang menarik perhatian aku yang berumur sebaya David Beckham. Aku memang  perasan hormon aku pun berubah seiring mengikut umur. Tiba- tiba mood aku hilang untuk menulis seperti yang telah dirancang apabila mengenangkan entri Nas’ Letters dan berita-berita gelagat anak-anak yang belum baligh di dada akhbar dan blog tempatan. Terbaru rakaman aksi video didalam telefon bimbit.

Aku memang rasa agak bimbang apabila Kementerian Pendidikan mula mengarahkan subjek pendidikan seks yang dikenali ‘Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial(PEERS)’ seawal tahun satu. Sekali lagi beban diletakkan pada bahu pihak sekolah antara kebimbangan aku adahlah adakah cikgu-cikgu ini bersedia dari segi mental apabila anak-anak ini menanyakan soalan-soalan yang mencabar minda. Kadang-kadang aku sendiri pun mati akal apabila anak kecil aku bertanya soalan yang tidak terlintas dibenak aku ini. Sebagai ibupaba aku memang berasa gusar kerana tidak ada maklumat yang diketahui mengenai subjek yang bakal diperkenalkan nanti.

Memang mudah dengan mengajar subjek berkenaan di sekolah semua pihak boleh lepas tangan dan aku bimbang ia menjadi sekadar info ilmiah yang sepatutnya diterjemahkan dari segi perbuatan mengelak terjebak aktiviti-aktiviti kurang sehat. Aku merasa tanggungjawab ini perlu dipikul bersama bukan sekelompok golongan tertentu sahaja. Melihat sahaja kempen-kempen seperti kempen keselamatan jalan raya kenapa ia tidak melekat dibenak pemandu-pemanndu Malaysia dan masih lagi kemalangan jalan raya masih mencatatkan kemalangan tertinggi setiap perayaan.

Bencana Tsunami menyedarkan masyarakat Aceh

Aku pernah bertanya seorang sahabat yang berasal dari Aceh ketika membuat lawatan sambil belajar ditempat aku bekerja selama seminggu. Menurut beliau sejak peristiwa Tsunami melanda memang ada perubahan dan kesedaran masyarakat Aceh secara amnya selepas dilanda musibah dari Allah. Aku berkata bahawa aku mengkagumi perlaksanaan undang-undang Syariah disana beliau mempunyai pendapatnya sendiri. Beliau memang bersetuju memang bagus perlaksanaan seperti pematuhan menutup aurat dan larangan pemakaian pakaian menampakkan susuk badan tetapi sahabat Aceh ini mengharapkan ia lebih dari itu kerana ajaran islam mengajar supaya mematuhi apa yang direncanakan dan kerana takutkan Allah bukannya kerana undang-undang atau denda. Jadi sahabat Aceh ini mengharapkan kesedaran dan keimanan dibentuk dari dalam diri dan bukannya selain dari Allah. Aku memang terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh sahabat dari Aceh. Aku mula bertanya pada diriku adakah aku cukup protective kepada anak-anak aku macam cerita Papadom?

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • black caiman January 9, 2011 at 4:14 pm

    Berikan tanggungjawab mengajar subjek ni pada guru2 aliran sekolah agama

  • Ali ridha December 24, 2010 at 11:42 pm

    kaedah ni belum tentu berkesan.

  • Ali ridha December 24, 2010 at 11:16 pm

    bukankah kita ni dah cukup ilmu.

  • Ali ridha December 24, 2010 at 11:15 pm

    apa langkah paling wajar.

  • farah December 21, 2010 at 11:18 am

    tak sempat kerajaan nak buat kelas pendidikan seks pun dah ade cikgu tusyen buat pendidikan seks kat pelajar dia…macam yang jadi pada…
    cume cara dan gaya je lain..(sebenarnya tak sure setuju ke tak kelas ni diadakan) mungkin kena tgk silibus dulu kot…:)

    • akubiomed December 22, 2010 at 1:01 am

      Itu yang kita tak sanggup dengar :-(

  • Anwar Osman December 21, 2010 at 10:07 am

    aku penah komen pasal kes nie kat blog sapa tah. mak ayah pun kena ajar juga.. apa cara nak jawab kat anak2 kalau soklan mcm2 nie. kalau semua nak serah bulat2 kat guru.. mmg x patut.

  • zik December 21, 2010 at 2:52 am

    peristiwa di acheh memberi peringatan kepada semua umat islam di dunia ini.. bukan di temapat itu sahaja..
    zik recently posted..Kompilasi trick video koleksi terbaik 2010!!My Profile

  • Bijen M. December 20, 2010 at 11:08 pm

    Makin banyak orang akan kahwin awal.
    He he he.

    • akubiomed December 20, 2010 at 11:13 pm

      Kalau kahwin kena bersedia dari segi mental dan pendidikan agama bukan sekadar zahir dan batin.

  • piah becok December 20, 2010 at 5:43 pm

    entri best. antara perkara yang saya sangat risau skrg.walaupun belum ade anak sendiri, tapi anak2 sedara da pandai bertanya macam2. adoi, ini tanggungjawab bersama. bukan hanya tanggungjawaba cikgu dan ibu bapa aje. semua kene amik peranan

    • akubiomed December 20, 2010 at 7:03 pm

      Terima kasih, sekurang-kurang entri ini mendapat perhatian. Walaupun belum mempunyai keluarga sendiri

  • hafizmd December 20, 2010 at 4:54 pm

    dalam soal ni..aku masih lagi sangsi dan tak yakin tntang pelaksanaan PEERS ni…apa yg aku tahu..walaupun ianya tidaklah 100% berkisar tntg seks…(ianya tntg cara sentuhan, kawalan emosi, anggota tubuh badan dll), tapi untuk seawal tahun 1 itu yg menggusarkan aku…

    setahu aku, ia akan dimulakan dgn 500,000 pelajar tahun 1 sebgai golongan perintis…

    nak tak nak…mesti ada golongan yg terpaksa menjadi “bahan uji”…
    hafizmd recently posted..2 kali tapi tiada hasil…My Profile

    • akubiomed December 20, 2010 at 5:10 pm

      Anak saya bakal menghadiri tahun 1 pada tahun 2011. Saya kena buat persediaan soalan yang bakal ditanya selepas menghadiri kelas PEERS nanti. Err.. bersediakah saya?

  • Kamal Mustafa December 20, 2010 at 3:01 pm

    Kalau tak salah,pendiddikan seks nie akan diajar secara berasingan kan.kalau tak silaplahkan.Cara macam nie boleh jadi berkesan sikit.kalau ada sesi soalan pelajar tak malu bertanya.Coz masa sekolah dulu dalam mata pelajaran sains.member-member tersipu2 nak tanya soalan.
    Kamal Mustafa recently posted..Kamal Journal – Semoga Bahagia Ke Anak CucuMy Profile

    • akubiomed December 20, 2010 at 3:50 pm

      Setuju juga pelajar dikumpulankan mengikut jantina supaya dapat berbincang tapi anak-anak remaja tidak selesa berbincang hal sebegini dengan orang dewasa. Mereka lebih selesa bertanyakan dengan rakan sebaya

  • eLLy December 20, 2010 at 1:03 pm

    emm susah nak komen ade kelebihan dan keburukan nye.. tapi yg paling penting didikan Agama !!

    • akubiomed December 20, 2010 at 2:46 pm

      Kita lihat bagaimana impak kalau ia dapat mengurangkan gejala sosial ia dianggap satu pencapaian. Kalau gagal kena perbaiki modul supaya ia berkesan

  • encik luthfi December 20, 2010 at 11:43 am

    taknak la nanti sebab pengajaran matapelajaran ni banyak je video 3gp melayu kat pasaran gelap

    • akubiomed December 20, 2010 at 2:50 pm

      Pasaran gelap. Sekarang mudah sangat nak dapat tak

  • zuriey December 20, 2010 at 11:00 am

    budak2 sekarang memang suka mencuba. selagi kita ambil berat dan spend masa dgn anak2, insyaallah diorang akan menjadi nanti

    • akubiomed December 20, 2010 at 11:09 am

      Hmm boleh buat perbincangan dengan anak-anak tapi apa mukadimah nak cerita pada anak-anak?

  • Ladfe Amir December 20, 2010 at 9:53 am

    biar kita ambil dari sudut yg positif.

    tapi remaja ni suka mencuba. yg buruk2 cepat aje dicubanya.

    entahlah

    • akubiomed December 20, 2010 at 9:59 am

      Itu yang heran. Makin dilarang makin nak buat.

  • .encik.SEDAP.™ December 20, 2010 at 4:41 am

    taboo. ibu bapa pun malu nak ajar kat rumah. abis tu sape lagi? porno?

    • akubiomed December 20, 2010 at 10:01 am

      Memang pun saya pun terkedu kalau anak tanya bab-bab seks ni

  • tehr December 20, 2010 at 1:49 am

    ibu bapa perlu bertanggung jawab atas kelakuan anak2
    walau pun pelajaran ini diajar di sekolah, pemantauan dari ibu bapa masih sangat perlu

    • sazali yusof December 20, 2010 at 2:46 am

      setuju.. ibu-bapa pun kena pantau.. x boleh harap 100% pada guru.. sebab budak-budak sekarang ni cakap mak bapak baru nak dengar..

  • intankuterpilih December 20, 2010 at 12:04 am

    samalah juga, aku sangat2 risau untuk anak2 yang akan datang ni, adakah aku berjaya menjadi seorang ibu yang mampu didik anak agar menjadi seorang manusia??
    lagi 1, tentang pembelajaran seks sedari sekolah rendah, aku takut anak2 ni akan lagi advance dan mereka akan cuba untuk buat eksperimen pula di sekolah…adoyai…

    • akubiomed December 20, 2010 at 12:33 am

      Kerisauan itu perlu ada daripada buat tutup mata sahaja

  • cik tom December 19, 2010 at 11:16 pm

    cik tom rs malaysia belum bersedia utk pendidikan seks..bmbg disalah guna…cik tom ade artikel seorg blogger yg cerita kat egypt penah buat dah pend. seks tp telah dibubarkan..tak tahu kenapa..so rsnya kalo dah bubar mesti ade prob kan..cik tom rs lebih baik tingkatkan pend. agama dr pend, seks…kerana malaysia ialah negara islam dan rata2 yg bermalasah tue pun mmg org islam…

    biomed..terima kasih ye bg tips psl domain n hosting tue…kalo cik tom nak belajar psl hosting..kat mana mudah faham ye..berminat..tp xjupe lg tutorial yg mudah faham..terima kasih..

    • akubiomed December 19, 2010 at 11:56 pm

      Saya dulu belajar sendiri melalui e-book

      • cik tom December 23, 2010 at 3:07 am

        oh melalui e-book..tq

  • mohamadazhan December 19, 2010 at 10:46 pm

    lepas ni ramai cikgu nak tukar opsyen pendidikan seks.hehe. Muhyidin jadi mentor kpd guru2 kot!

  • dnoBiz December 19, 2010 at 9:30 pm

    aku buat masa ni tak mampu nak komen apa apa sebab aku tak tahu lagi apa silibus yang disediakan oleh kementerian,
    Ps : tengah tunggu rakaman soal jawab yang bincang kan tentang ni dari kawan aku, sebab tak sempat nak tengok malam tu :D

  • sw33tdarling.com December 19, 2010 at 9:04 pm

    masa sekolah dulu, excited betul bila masuk Form 3 sebab tahu akan ada satu pelajaran yang menarik di dalam matapelajaran Sains…

    itu mmg naluri setiap kanak2 yang meningkat remaja… kita takboleh nak sangkal.. so lagi awal pendidikan ini diadakan, rasanya pencegahan awal akan dapat dibuat

    • akubiomed December 19, 2010 at 10:30 pm

      Tumpuan diberikan pelajar perempuan dan fasilitator mesti seorang cikgu wanita supaya mesej dapat disampaikan kerana golongan remaja perempuan lebih terdedah kepada gejala kurang sehat. Harapan mereka dapat menjaga diri dan mengelakkan diri dari terlibat aktiviti kurang sehat. Perbincangan kelas khas perlu diadakan untuk mereka

  • abby kamil December 19, 2010 at 3:33 pm

    tak perlu ajar di sekolah. budak budak belajar dalam tv je. hehe

    • akubiomed December 19, 2010 at 3:44 pm

      Maksud B didalam rancangan tv pendidikan.

      • abby kamil December 19, 2010 at 4:22 pm

        hehe. iye iye. dulu masa form 3 belajar pasal seks pun budak budak dah tersipu sipu malu.

        nasib baik dulu sekolah perempuan. haha

        • akubiomed December 19, 2010 at 5:07 pm

          Bukan setakat itu sahaja cikgu pun tersipu-sipu apabila bab sistem pembiakan mesti kena bab tuh kena skip

          • hafizmd December 20, 2010 at 4:51 pm

            aku tetap belajar bab pembiakan tuh…tapi tak sampai 2 hari…dah habis bab… :D
            hafizmd recently posted..2 kali tapi tiada hasil…My Profile

    • dnoBiz December 20, 2010 at 2:30 pm

      tu yang risau tu…,
      kalau yang jenis cukup bimbingan ok la,
      tapi kalau yang jenis mak bapak pun tak kisah masak gak
      dnoBiz recently posted..Top Up BandWith – Bandwith dnoBiz sudah kehabisanrullaziMy Profile

  • zulkbo December 19, 2010 at 3:15 pm

    However, before we apply the subject in our schools, it must be tightened strongly with Islamic values which imply more on building good moral values (Akhlak).Teachers involved must attend the subject’s workshops to make sure there is no misunderstanding on this subject. The title also can be change into something catchier and well mannered. Thus, I am not suggesting we copy hundred percent from the west. We must have our own mould and be proud of it. This issue is not just a Malay Muslim issue; in fact this is the national issue, nothing wrong to apply Islamic moral on it, because it is universal and everybody can accept good moral values.

    http://www.zulkbo.com/2010/09/see-sex-education-in-positive-side.html

    • akubiomed December 19, 2010 at 3:30 pm

      Terima kasih abang zulkbo. Apa yang diharapkan ibubapa muda seperti saya ada pedoman kerana bukan mudah hendak mendidik anak-anak kalau peringkat acuan sudah silap bagaimanana hasilnya nanti.

      Terus terang ketika disekolah dahulu tidak ada pendidikan seks diterapkan dan pada zaman itu pun sudah terdedah dengan budaya barat kalau nak dibandingkan penapisan zaman sekarang dah dahulu memang berbeza.

      • hafizmd December 20, 2010 at 4:50 pm

        itu yg dirisaukan…tiada pendedahan(@mungkin kita terlepas pandang) tentang apa subjek yg bakal diajar nanti…

  • sazuwi December 19, 2010 at 3:07 pm

    yang nak mengajar tue kener ar pro..
    pandai manipulate keadaan..
    harap silibus yang dijalankan tue mmg betul2 kuat dan ikut adab2 negara kiter nie..

  • gadisgula2 December 19, 2010 at 2:44 pm

    makin banyaklah ibu bapa muda kat malaysia ni nanty~

    • akubiomed December 19, 2010 at 3:08 pm

      Biar anak yang dilahirkan ber binkan ayah yang sah

  • suffer8zine December 19, 2010 at 2:41 pm

    harap yang mengajar tu berjaya la ye,

    Terkini : 5 Tandatangan Termahal Di Dunia

    • akubiomed December 19, 2010 at 3:39 pm

      Memang satu cabaran yang perlu dipikul sebagai seorang cikgu tapi saya tetap merasakan tanggungjawab terletak dibahu ibubapa

  • adele December 19, 2010 at 2:35 pm

    baru2 ni sy menyertai seminar syariah dan undang2..terharu rasanya perjuangan ketua hakim syarie Y.A.A. Datuk Sheikh Gazali memperjuangakan mahkamah syariah di Malaysia. Tengok pada rupanya terpancar akan sepanjang usianya hanyalah memperjuangkan mahkamah syariah. Tapi ada pihak yang menghalang menyebabkan mahkamah syariah tidak akan mampu utk ke hadapan. Bagaimana nak memperkasakan undang2 syariah jika mahkamah syariah sendiri tidak diberi peluang untuk diperkasakan. Tunggu sajalah bala Allah di negara ini..Semoga Allah melindungi kita semua :-(

    • akubiomed December 19, 2010 at 3:07 pm

      Bala tidak kenal seseorang itu beriman atau sebaliknya. Kalau yang alim ulamak tidak menegur pun turut kena tempiasnya apalagi yang jahil

      • tengkorak emas December 19, 2010 at 3:37 pm

        tentang mahkamah syariah tu, memang sedang diperkasakan, tapi memandangkan ada konflik tertentu dgn mahkamah sivil, dan apabila org tidak mempersetujui mahkamah syariah, mereka pergi pada sivil…misalnya dalam kes harta

        • hafizmd December 20, 2010 at 4:49 pm

          dan yg terbaru…ade pulak golongan yg nak peguam bukan islam menjadi peguam syariah…dan alhamdulillah…ianya ditolak…
          hafizmd recently posted..2 kali tapi tiada hasil…My Profile

  • puteri December 19, 2010 at 2:25 pm

    makin banyak tugas guru selepas ini.

    takut juga lebih banyak pula budak yang ‘dewasa’ lebih awal dari yang sepatutnya….

    • akubiomed December 19, 2010 at 3:09 pm

      Sebenar cabaran kepada ibubapa seperti saya yang mempunyai anak-anak kecil memang terus terang saya bimbang

      • adamfaiz December 19, 2010 at 7:02 pm

        aku pun risau gak ni…moga keluarga kita diselamatkan dari gejala tak sihat..

      • Panduan Buah Pinggang Sihat December 19, 2010 at 10:56 pm

        Saya pun turut bimbang bila nak diperkenalkan subjek begini.Takut cara pengajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga.Akhirnya ibu bapalah yang akan kena tempiasnya.

        • akubiomed December 19, 2010 at 11:58 pm

          Saya rasa tanggungjawab ini perlu digalas dibahu ibubapa. Manakala ibubapa perlu ada pendoman dan tempat rujukan supaya permasalahan dapat diselesaikan. Angensi kerajaan boleh menyediakan pusat kaunseling untuk famili

      • hafizmd December 20, 2010 at 4:47 pm

        sama aku bro…aku cukup bimbang dgn mcam2 benda yang bakal anak2 kita hadapi…nak tak nak…kita kena persiapkan diri kita sebagai ibubapa…risau juga ni
        hafizmd recently posted..2 kali tapi tiada hasil…My Profile

Trackbacks
  • [...] Krismas tidak kemana-mana hanya pergi beli kelengkapan baju sekolah anak-anak di Sungai Udang Melaka. Kelajuan talian broadband Celcom 3G pun tidak memihak kepada aku [...]