Pakej Lengkap membuat Cakoi dan Donut daripada Hairul

Pakej Lengkap Membuat Cakoi dan Donut ala Dunkin Donuts.

Pakej Lengkap Membuat Cakoi dan Donut

Pada 13 Mac yang lalu saya telah menerima kiriman Pakej lengkap membuat Cakoi dan Donut daripada saudara Hairul yang seorang usahawan online dan juga pakar membuat Cakoi dan Donut yang lembut dan sedap.

Pakej lengkap membuat Cakoi dan Donut berbentuk ebook dimuatkan dalam sebuah CD. Senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk pembuatan Cakoi dan Donut disukat jadi mudah untuk penyediaan bahan-bahan biar pun baru pertama kali membuat Cakoi dan Donut.

Susunan tutorial dari peringkat penyedian bahan-bahan, pembuatan hinggalah penghasilan Cakoi dan Donut tersusun dan mudah dituruti. Pengunaan bahasa yang mudah untuk difahami dan turut diselitkan video untuk memudahkan proses pembelajaran. Tutorial berbentuk video akan memberi lebih kefahaman dan dapat melihat bagaimana Cakoi dan Donut dihasilkan secara visual.

Blogger Hairul mempunya pengalaman sebagai Chef
Blogger Hairul mempunya pengalaman sebagai Chef

Saudara Hairul juga tidak kedekut memberikan tip-tip dan pengalaman disetiap bab cara-cara untuk menjadikan Cakoi dan Donut yang bakal dihasilkan lembut, sedap dan bertahan lama. Jarang sekali saya melihat tip-tip sebegini dikongsikan kerana sesetengah tenaga pengajar merahsia bahan-bahan tertentu yang digunakan tetapi tidak saudara Hairul. Kadang-kadang apabila kita ikut resepi yang diberikan 100% tidak sama hasil seperti yang ditunjukkan jadi kita akan berasa tertipu.

Di pengakhiran ebook disertakan anggaran kos pembuatan untuk menghasilkan Cakoi dan Donut jadi mudah untuk kita mengetahui anggaran kos permulaan dan kos seunit membuat Cakoi dan Donut.

Klik banner untuk menempah pakej lengkap aneka Cakoi dan aneka Donut
Klik banner untuk menempah pakej lengkap aneka Cakoi dan aneka Donut

Setiap pembelian Pakej Lengkap Membuat Cakoi dan Donut ala Dunkin Donut akan diberikan resepi Karipap pusing secara percuma berupa resepi air tangan ibu Hairul Sendiri. Tidak sabar rasanya untuk membuat Cakoi dan Donut untuk dinikmati oleh famili ketika waktu minum petang.

Insyallah jika ada peluang saya akan menunjukkan hasil Cakoi dan Donut di blog ini nanti.

62 total views, 3 views today

28 thoughts on “Pakej Lengkap membuat Cakoi dan Donut daripada Hairul”

  1. Waah! Mr hairul.
    Blog dia best, banyak resepi.
    Saya kalau bagi resepi pun belum tentu boleh buat.
    Hanya tahu makan jerr ;)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Beliau rajin berkongsi resepi dan seorang yang bijak mengunakan bakat disaluran yang betul.

    [Reply]

  2. dekat tempat saya ni pun tak ramai orang yang tau buat cakoi yang sedap… rasa macam nak buat bisnes pulak tiba2 lepas baca artikel ni
    sabree hussin recently posted…5 + 6 Cara Menambahkan PendapatanMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Didalam pakej ini juga saudara Hairul ada menyediakan pengiraan kos membuat Cakoi dan Donut. Rasanya kalau bro buka gerai kuih dikedai runcit tempat bro memang sesuai sangat.

    [Reply]

  3. sebelum ni main makan ja cakoi. tak pernah pula terfikir nak buat sendiri. hehe. cakoi ni sedap. kalau kena dengan kuahnya, panas-panas lagi. puas hati.
    Naziman recently posted…Drama 2012 ‘King 2 Heart’My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Cakoi sedap makan semasa panas-panas saya akan cicah Cakoi dengan kuah Kaya.

    [Reply]

    Naziman
    Twitter:
    Reply:

    betul tu. kuah kaya yang sedap tu. dulu saya selalu beli kat bazar ja.
    Naziman recently posted…T-shirt Apple Red (Tempahan Universiti Malaya)My Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge