Pakai cermin mata bukan kerana kacak

Pakai cermin mata tiada kaitan dengan kacak.

Abang Long anak saya yang sulung mula mengadu masalah penglihatan. Saya sudah merasakan ada tanda-tanda kemungkinan anak teruna saya ini memerlukan cermin mata. Cikgu pun telah berpesan kepada anak saya supaya memberitahu ibubapa untuk membuat pemeriksaan mata.

cermin mata bingkai biru
cermin mata bingkai biru

Memakai cermin mata sejak tingkatan 4.

Saya mula memakai cermin mata ketika di tingkatan 4 kerana saya mengalami masalah rabun jauh dan lebih buruk lagi saya ada masalah silau. Apabila memandang lampu merah  seperti warna merah kelihatan kembang. Secara jujur saya tidak suka memakai cermin mata kerana terasa terkongkong di sebalik bingkai cermin mata.

Jom LIKE AkuBiomed

Lelaki kacak bercermin mata.

Orang selalu kata memakai cermin mata ini kelihatan kacak, macho dan maskulin untuk lelaki. Ada juga mengaitkan si pemakai cermin mata ini ulat buku. Terasa sakit hati apabila rakan-rakan mengejek si mata empat. :-) Berlainan pula kepada saya kalau tidak ada cermin mata macam orang buta yang meraba-raba rasanya tidak puas memandang sesuatu objek. Kurang satu nikmat penglihatan yang telah ditarik oleh Maha Kuasa.

baby aslah pakai cermin mata

Apabila tak nampak huruf O pun disebut huruf Q.

Saya membuat ujian ringkas dengan menguji abang long. Saya minta beliau berdiri lebih kurang 1.5 – 2 meter. Dengan menutup mata sebelah saya meminta beliau mula menyembut huruf pada surat khabar Harian Metro. Apabila tak nampak sampaikan huruf ‘O’ disebut huruf ‘Q’.

Saya telah bawa abang Long untuk pemeriksaan mata dan beliau telah disahkan mengalami masalah rabun dan silau. Pakej cermin mata untuk pelajar sekolah telah dipilih dan cermin mata berbingkai penuh menjadi pilihan.

anak memakai cermin mata
Abang long memakai cermin mata

AkuBiomed: Harap Abang Long tidak terganggu dengan masalah penglihatan ketika berlajar didalam kelas.

45 total views, 2 views today

83 thoughts on “Pakai cermin mata bukan kerana kacak”

  1. salam..
    tak best la bang Long nanti tak leh main bola..he he..
    saya pakai spek dari darjah 4 Bro..sekarang power
    nak kena pakai yang double fokus, jauh dekat paun rabun
    alahai..apa nak buat, alhamdulillah..masih menikmati
    nikmat mata yang masih ku kecapi :)

    [Reply]

  2. Kesian gak , kecil2 dah rabun.. aya dulu, umur 19 tahun, dah mula rabun, sebab bila study kat kelas,selalu duk dekat depan, dekat projektor..tu yang cepat rabun tu..huhu

    [Reply]

  3. Cari spek mata ibnu sina bro (plastik yg berlubang)…rega dia dlm rm60…aku dah test yg kengkawan beli, mmg bagus gak, lepas pakai je, test tgk jam nampak cerah semuanya….rasanya spek tu ada jual kt farmasi
    yas recently posted…Gambar Dan Video PM Malaysia, Najib Melawat GazaMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tak salah kedai Daiso RM5 ada jual pada harga RM5 sahaja. Macam-macam bentuk bingkai boleh dipilih.

    [Reply]

    yas Reply:

    RM5.00 Biar betul bro?
    yas recently posted…Wordless Wednesday – Makan Burger KingMy Profile

    [Reply]

  4. Cute je Abang Long pakai cermin mata.. Hehehe..
    Saya yang pakai since Form 2 ni, tak sabar nak kumpul duit nak buat lasik elokkan.. Bila lah akan mampu tu.. haiishh ;)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau ada duit lebih boleh buat rawatan Lasik.

    [Reply]

    KiD
    Twitter:
    Reply:

    brape yea kos buat lasik tu..?
    KiD recently posted…Ayam Dara KampungMy Profile

    [Reply]

  5. Mmg boleh menjejas minat belajar pada kanak2 jika ada masalah rabun tapi tak pakai cermin mata…..

    [Reply]

    suri Reply:

    jika ibu bapa ada peruntukan lebih rm segerlah buatakan cermin mata ank2..pendidikan mrka lagi penting dr segalanya..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau ada masalah penglihatan tentu ganggu tumpuan pembelajaran.

    [Reply]

  6. kena rajin makan carrot ni kata org2 tualah..

    [Reply]

    suri Reply:

    tak suka mkn karot tu tpi klu masakn syur camour sy makan gak heee bukan mkn tu nak dptkan mata cantik cam bunny ker?

    [Reply]

  7. sy pun masalah rabun jauh + silau..memula pakai memang rasa rimas..bila dah lama ni rasa tak lengkap pulak bila takde spek..

    anak2 murid sy pun ada beberapa orang yang bermasalah penglihatan..nak kena bagitau kat ibubapa diorang jugak ni..

    [Reply]

    suri Reply:

    itulah mesti pakai klu tak pakai rasa tak selesa kabur2 semacam sahaja

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Elok ibu bapa murid diberitahu nanti anak murid gagal beri tumpuan ketika belajar nanti.

    [Reply]

  8. Memang amat perlu cermin mata bila ada masalah ni. Kalau tak, masalah rabun bakal menjadi lebih tinggi nanti

    p.s. makin encemlah abg koning =)
    hafizmd recently posted…Akhlak Rasulullah SAW & Salam Maulidur RasulMy Profile

    [Reply]

    suri Reply:

    haaa makin segaklh melangkah ke sekolah..lagi jelaslah penglihatan nnti

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Harap masalah rabun jauh dan silau dapat diselesaikan dengan memakai cermin mata.

    [Reply]

  9. masa sy menuntut sem pertma sy mula rasa skit kepala..migren yang teruk. dan mulai buat cermin mata. btw sy tak pakai sangat2 tapi sejak keje di ipoh suami sllu ke kl sy terpaks anaik bas wajiba da cermin mata. skrg mau gak 2 tahun lebih sy betul2 serius pakai benda alah rimas ni. mual2 tak biasa lama2 ok..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya pernah mengalami sakit kepala melampau rupanya kuasa rabun jauh telah menurun.

    [Reply]

  10. saya mula beli cermin mata masa masuk matrik tapi jarang2 pakai.
    waktu raya tahun lepas baru rasa silau sangat,check2 silau dah tinggi, terpaksa beli cermin mata baru. tak best pun ada rasa..
    Izwan recently posted…Sepatutnya Berapa Kali Kena Update Blog?My Profile

    [Reply]

    suri Reply:

    mmg tak best tpi kna pakai. ada tv kata blh jer tak mau pakai cermin mata kena siapkan duit utk bt pembedaha tu berapa rm sy tak pasti.

    [Reply]

  11. mmg ramai kanak2 skrg ni pakai cermin mata…

    anak2 sy belum lg setakat ni… sy sndiri pakai spec mata ketika dlm darjah 5… dah sebati rasanya, baru ini je berjinak2 dgn contact lense pula ;) utk tampak lebih muda mungkin? ahaksss ~

    [Reply]

    suri Reply:

    uh berani pakai mata2 lawa tu hee…

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    hehe…ni yg nak kena try kanta mata jugak ni….hahaha
    hafizmd recently posted…Akhlak Rasulullah SAW & Salam Maulidur RasulMy Profile

    [Reply]

    suri Reply:

    bro blh pakai tapi kena alert jgn dh pakai kanta tu pstu time tdo tak taggalkan..tak cuci dg baik..semua kena teliti klu tak blh mengundang pada barah anak mata huuu…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidak minat pakai kanta lengkap kerana penjagaannya bagi saya agak leceh.

    [Reply]

  12. saya memakai cermin mata bila memandu dan keluar rumah sebab silau…tak tahan sangat kalau silau nie…(bukan berlagak pakai spek gelap, tapi nampak bergaya)

    [Reply]

    suri Reply:

    ada juga bawa kereta pakai cermin mata sb tak tahan panas huhu…

    [Reply]

  13. moga abang long dapat belajar dengan selesa . Ada sesetengah pelajar saya yang ada masalah penglihatan degil taknak pakai cermin mata, pastu apa yang cikgu tulis tak nampak

    [Reply]

    suri Reply:

    aik jgn2 kluga depa belum mampu nak belikn lgi kot huu…kena paham cikgu huhu sb sy tgok tak ramai anak2 murid skolh yang mampu bli bayangkan utk satu cermin mata dh seratus ke dua ratus lebih.klua da potogan harga tu blh urut dada jap..

    [Reply]

    suri Reply:

    sy harap anak bro akan selesa dg cerminmata barunya tu hee…mula2 mesti asyik nak tanggalkan shjakan sb tk biasa hee

    [Reply]

  14. Barangkali masalah keturunan ni.. Semoga beliau dapat membiasakan diri secepat mungkin.
    anif recently posted…Demam Bola – CAF Africa Cup of Nations 2013My Profile

    [Reply]

    Dkna Abza Reply:

    betul…faktor keturunan macam dkna..

    [Reply]

    suri Reply:

    apa boleh d kata kita dan cermin mata mmg tak blh d pisahkan..

    [Reply]

    suri Reply:

    mugkin juga hurm…tpi taklah sb sy tgok dlm adik bdik sy suri sorg jer yg pakai. tpi klu tgok anak2 kakak, dan abg sya rata2 anak sedara saya majoritinya pakai cermin mata huu…

    [Reply]

  15. saya skg kalau tak pakai cermin mata mmg tak leh jalan jauh lah bro – tambahan nak bawa kreta..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Macam mana hendak memandu kalau pandangan kabur.

    [Reply]

    suri Reply:

    sy rasa klu tka der cermin mata mmg sy tak akan berani kemana2..duduk satu tmpt sanggup sb rabun..lain kalau ada cermin mata nak rempit mana2 blh kt kawasan perumahan sy heee

    [Reply]

  16. Anak saya yg sulong pun baru 4 bulan pakai cermin mata.Bila dah darjah 3 baru dia kata dia tak nampak apa yg cikgu tulis.So pergi check baru tahu dia memang rabun jauh.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kita bimbang pembelajaran didalam kelas akan terjejas apabila ada masalah penglihatan.

    [Reply]

    suri Reply:

    rabun jauh lgi bhya ya…muda2 dh kena pakai cermin mata huhu…

    [Reply]

  17. hai bro,
    masa pakai cermin mata beberapa tahun yang lalu memang agak rimas tapi sekarang sudah biasa. Harap-harap anak bro dapat membiasakan diri dengan pemakaian cermin mata itu.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Budak-budak teruja sangat apabila dapat memakai cermin mata.

    [Reply]

    suri Reply:

    ha..teruja hee bgus dapat sesuaikan keadaan semasa

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge