Ebook panduan membaiki barang elektrik
Seringkali kita kebuntuan apabila barang elektrik dan elektronik dirumah rosak. Contoh mudah barang elektrik adalah mesin basuh. Apabila mesin basuh rosak di rumah tentu kita kebuntuan untuk membaikinya.
Kita terpaksa mengupah orang untuk membaikinya dan kosnya tentulah mahal. Biasanya caj terpaksa dikenakan untuk upah mengenal pasti masalah dan belum lagi kos membeli alat ganti yang perlu ditanggung oleh pemilik. Makcik-makcik diluar sana tentu akan terpikat jika korang pandai membaiki mesin basuh. Peluang untuk menjadi calon menantu adalah tinggi.
Menambahkan kemahiran membaiki untuk menambat hati majikan dan peluang kerjaya
Begitu juga mereka yang berlajar elektrik dan elektronik tentu mempunyai keinginan untuk memahirkan diri didalam teknik mengenal pasti masalah dan cara membaiki barangan elektronik. Teori sudah ada tetapi kenapa masih gagal mengenal pasti masalah sehingga ke tahap level komponen berbanding menukarkan kad atau modul. Perlu diingat kos menukar komponen lebih jimat berbanding menukar modul.
Percaya atau tidak. Menukar komponen semurah 50sen berbanding tukar modul.
Perkongsian pengalaman realiti dunia pekerjaan
Secara realiti didalam dunia pekerjaan kejuruteraan elektrik dan elektronik perlu mempunyai asas yang kukuh dan kemahiran tinggi. Ada yang tidak kenal komponen, tidak faham fungsi komponen elektronik dan tidak tahu guna multimeter. Ia adalah perkara asas dipelajari di Semeter pertama didalam pengajian eletrik dan elektronik.
Kalau asas ini tidak kukuh memang buntu apabila melihat sekeping papan litar elektronik @ PCB. Belum lagi fungsi barangan elektrik yang belum tentu kita faham inikan pula menerima sekeping papan litar elektronik untuk dibaiki. Tanpa buku panduan litar. Di mana kita hendak rujuk?
Lebih malang tidak tahu bagaimana hendak mula.
Tak akan hendak tukar semua komponen?
Kalau ada berpuluh komponen? Mampukah kita?
Berdasar pengalaman saya pernah menjadi panel temuduga mendapati pelajar kita kekurangan kemahiran walaupun dari segi teori agak bagus. Maaf jika saya banding lepasan ijazah dan diploma. Lepasan diploma lebih mudah mendapat kerja kerana mereka lebih berkemahiran berbanding lepasan ijazah mempunyai pengetahuan teori. Banyak effort perlu dilakukan selain praktikal dimakmal dan projek akhir tahun sahaja tidak mencukupi. Kemahiran tidak boleh berlajar melalui pembacaan ia perlu dipraktikkan. “Practice make perfect”
Analogi mudah. Walaupun tahu secara teori memandu tetapi tidak berguna selagi tidak memandu kenderaan.
Bagaimana hendak menekan minyak.
Bagaimana hendak menukar gear.
Bagaimana hendak memberhentikan kereta.
Contoh:
Secara teori kita tahu transistor ada 2 jenis iaitu silicon dan germanium.
Secara teori transistor jenis silicon mula beroperasi pada 0.7V manakala transistor jenis germanium mula beroperasi pada 0.4V
Soalan:
Korang tahu tak macam mana hendak mengetahui transistor ini masih elok atau pun sudah rosak?
Dari segi fizikal tidak nampak komponen transistor ini pecah atau terbakar.
Tahu tak spesifikasi transistor silicon dan transistor germanium dikatakan masih baik?
“Replacement technique” untuk komponen elektronik yang telah dihentikan pengeluarannya.
Bagaimana hendak buat pengantian transistor yang rosak jika komponen asal tidak lagi dikilang? Sebenarnya boleh jika kita tahu spesfikasi untuk menganti.
Tahu tak mengunakan digital multimeter untuk memeriksa transistor?
Pada mode mana pada digital multimeter untuk diset bagi memeriksa transistor?
Soalan-soalan diatas adalah soalan yang sering ditanya pada calon-calon temuduga. Mengigil memegang probe untuk memeriksa komponen transistor.
Menambat hati pelanggan dengan kemahiran membaiki barangan elektrik dan elektronik
Didalam dunia pekerjaan sebenar kemahiran adalah diutamakan jika mempunyai teori yang bagus tiada guna kalau gagal menyelesaikan masalah sudah tentu tidak memuas hati pelanggan. Masa dan wang adalah faktor utama didalam menyediakan perkhidmatan. Apa yang saya kongsikan adalah dari pengalaman sebenar didalam industri. Kita tidak boleh beri alasan itu dan ini semata-mata untuk memberi lebih masa menyelesaikan membaiki barangan elektrik dan elektronik.
Sudah ada panduan membaiki barang elektrik dan elektronik ini telah diterbitkan didalam versi ebook bahasa Melayu. 3 versi ebook boleh dipelajari secara berperingkat.
- E001 –Asas Elektronik Repair RM35
- E002- Teknik Pengujian dan verifikasi elektronik komponen 1 RM55
- E003- Teknik Pengujian dan verifikasi elektronik komponen 2 RM55
- E006 –Teknik Pengujian dan baik pulih Switching Mode Power Supply- Asas *** RM60
Panduan ebook ini ditulis oleh Ismadi Ismail yang mempunyai pengalaman melebihi 15 tahun didalam membaiki barangan elektrik dan elektronik. Beliau telah membangunkan “teknik membaiki” @ repair technique” hasil pengalaman beliau bekerja dikilang dan biomedikal. Teknik ini proven telah membantu ramai mereka yang pernah mendapat latihan yang dianjurkan oleh beliau.
Saya sangat syor bagi mereka yang mempunyai sijil, diploma dan ijazah didalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan juga mereka yang masih didalam pengajian untuk mendapatkan 4 ebook diatas. Ia sangat membantu dan memantapkan kemahiran selain buku ini diterang secara terperinci didalam bahasa Melayu. Bagi yang bermasalah memahami didalam bahasa Inggeris.
Boleh dapatkan ebook ini di >>Mudah Repair<< SEKARANG!
Sedikit tips saya boleh kongsikan untuk meningkatkan kemahiran adalah menanam minat untuk membuat mini projek. Zaman saya dahulu banyak buku koleksi projek. Bahagian kami suka bina adalah amplifier. Kami berlawan-lawan amplifier siapa yang paling power.
Betul tu, keupayaan memahami perkara basic dalam elektronik sangat membantu terutamanya macam bidang saya yang lebih kepada research. Tak tahu fungsi dan aplikasi komponen dengan betul, jenuh tu nak troubleshoot bila output dari circuit tak keluar kat meter..
panduan mcm ni la yg saya suka, susah nak caro org yg nak share ilmu macam ni
Wahhhh bagus lahhh…Dah ada panduan ni, leh jimatkan kos dahhh…
Sangat betul..
Sekecil-kecil kapasistor pun kena tau function dia..
Disebabkan kapasistor rosak satu je semua rosak..
Dan suami saya memang tahu menahu hal repair nie..
Memang senang sikit la tak kuar duit nak upah orang..
Dan benda nie boleh belajar jugak..
aishh..lampu mentol rosak plak..
bini dah bising suruh ganti..
Hah, isteri dah panggil tukar mentol terbakar. 🙂
sering juga godek2 baiki barang elektrik
selalunya bahagian asas yang mudah2 saja
Senang kalau ada pengetahuan asas seperti tukar lampu dirumah.
mentol dah biasa tukar
sekarang ni ada satu periuk nasi rosak
kalau la dapat baiki sendiri, jimat juga tu
teringat masa belajar dulu. ambil course electronic. buat projek. dengan yakin bila nak test projek tue… tup.. tup bila test, meletup. ada komponen yang salah letak. black out floor tue. hahaha… tapi memang best kalau boleh taw serba sedikit pasal electrical nih.
Perkara biasa berlaku kepada penuntut elektrik dan elektronik. 🙂
Selamat la bayar upah orang repair mesin basuh ngan brg elektrik lain sbb en suami blh jd McGyver gitu 🙂
Bagus ada kebolehan membaiki mesin basuh. 🙂
Bila bertambah ilmu dan kemahiran, bertambahlah nilai harga diri. 🙂
tak pernah baiki barang letrik sendiri, tapi rasanya macam best pulak bila boleh baiki sendiri
Naik baiki sendiri perlu ada pentahuan dan tahu apa yang perlu dilakukan. “Safety first”.
bab baiki membaiki ni… selalu lambat… kadang2 lampu rosak kena tunggu 2-3 hari barulah engineer rumah nak bertindak..sabar aje la..tapi janji ada org nak baiki
Betultak kalau saya kata kalau pandai membaiki barangan elektrik akan disukai? 🙂
hantar kedai selalu lambat siap lambat dapatkan tak suka bab nak menunggu-nunggu ini
Banyak faktor kelewatan. Kemungkinan menunggu stok alat ganti atau banyak kerosakkan.
tentu lebih jimat jika kita boleh baiki sendiri barang elektrik
Sudah tentu jimat kalau lakukan sendiri tetapi mesti berilmu dan tahu apa yang hendak dilakukan.
belajar dulu dari buku, dah ada kemahiran nanti boleh bukak kedai sendirilah…
Belajar dan praktik barulah dapat pengalaman dan kemahiran.
Kadang-kadang kena try and error jugak. Kena berani mati dan belajar dari kesilapan. Hehe. saya main redah je baiki barang eletrik ni.
Tetap ada risiko try and error. Samada masalah selesai atau menambah masalah. 🙂
Suami pernah try error baiki mesin basuh pasal keluar simbol ER.check internet tulis tak tutup kemas.Last-last buka tengok ada kabel terputus.Beli kabel n buat jumper.Cuma hati-hati dan pastikan power dia turn off dulu.
Berbaloi bukan buat sendiri. Perlu berhati-hati apabila membaiki barangan elektrik. Bahaya tetap ada. Pengetahuan keselamatan adalah diutamakan sebelum melakukan pembaikan. “Safety First”.
Saya agak fobia dengan elektrik
Sebab perlu ada bidang yang memerlukan seseorang melakukan sesuatu bidang kerja samada berisiko rendah atau tinggi.
semua di hujung jari ya
Teori dan praktikal mesti beriringan kalau tidak tak jadi apa-apa. Ibarat tikus membaiki labu jadinya.
siap ada ebook. sekarang takde alasan tak reti lagi kan
Panduan yang dikongsikan sangatlah berguna berdasarkan pengalaman. Ada tips yang dikongsi tidak terdapat didalam buku ilmiah hanya diraih melalui pengalaman.
Wah.. Siap ada ebook lagi. Sekarang ni macam-macam ebook yang ada. Nak bermadu pun ada ebook. Hehehe
Kalau dahulu buku rujukan panduan didalam bentuk cetakan sekarang ini lebih mudah bentuk digital. Senang hendak dibaca mengunakan Smartphone, Table dan PC. Saya sendiri simpan Service Manual didalam bentuk digital didalam Smartphone. Amat mustahil hendak bawa buku yang tebal. 🙂