MotoGP 10.10.10 – Lorenzo aku ingin melihat kamu ditabal World Champ

Lorenzo telah ditabal MotoGP World Champ pada 10.10.10.

lorenzo

Perancangan dengan rakan sekerja hendak menyaksikan MotoGP telah dirancang sejak sebelum bulan puasa. Masing-masing memberi idea cadangan termasuk berkonvoi dengan motorsikal ke SIC Sepang. Apabila sampai disaat-saat akhir ramai yang menarik diri tinggal 3 yang masih bersemangat menyaksikan acara MotoGP yang lebih menarik SIC Sepang menyaksikan sambutan ulang tahun yang ke 20.

“Jorge Lorenzo yang berasal dari Sepanyol merupakan juara 250cc pada musim MotoGP 2006 dan 2007″

Aku telah membuat persiapan termasuk membeli ear plug sebagai belajar dari pengajaran tahun lepas aku tidak dapat mengambil gambar semasa perlumbaan berlansung akibat kebingitan deruman enjin motor MotoGP. Tahun ini menyaksikan Jorge Lorenzo akan ditabalkan juara dunia jika dapat menghabiskan perlumbaan pada posisi 10. Pesaing senegara Jorge Lorenzo iaitu Dani Pedrosa dari Sepanyol tidak dapat berlumba kerana kecederaan semasa membuat ujian masa di litar Motegi Japan

Tahun ini menyaksikan kemalangan pelumba dari Jepun iaitu Shoya Tomizawa yang menyebabkan kematian pelumba bagi pelapis MotoGP. Kematian tragis dari negara matahari terbit telah ditangisi peminat-peminat MotoGP di seluruh dunia.

“Valentino Rossi akan meninggalkan Fiat Yamaha dan akan ke Ducati untuk bersama Nicky Haden bagi musim MotoGP 2011″

Manakala tahun ini menyaksikan Valentino Rossi antara pelumba yang aku minati terpaksa mengigit jari kerana gagal mempertahankan takhta juara dunia yang dimenangi tahun lepas akibat kemalangan di litar Mugello Itali menyaksikan Valentino Rossi terlepas beberapa perlumbaan.

Litar SIC telah menjadi saksi yang mana banyak juara dunia ditabalkan kerana pada pusingan ini mata setiap pelumba yang dikumpulkan sudah melayakkan pelumba ditabal sebagai juara dunia. Tahun 2011 menyaksikan beberapa pelumba melompat ke pasukan baru seperti Valentino Rossi akan ke pasukan Ducati dan akan bergandingan dengan Nickey Hayden mengantikan Casey Stoner berubah arah ke pasukan Honda. Manakala Ben Spies kelahiran Amerika merupakan bekas juara SBK dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 akan mengambil tempat Valentino Rossi dan akan bergandingan dengan Jorge Lorenzo didalam pasukan Fiat Yamaha.

One thought on “MotoGP 10.10.10 – Lorenzo aku ingin melihat kamu ditabal World Champ”

  1. Pingback: MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011 — AkuBiomed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge