Model baharu Proton Preve’ bukan sekadar nama

Proton Preve’ baharu membina keyakinan pelanggan.

Model terbaharu Proton yang diberi nama kod P3-2A1 sudah mendapat nama sebagai Proton Preve’. Maksud Preve’ (disebut Prae-vae) ia dipinjamkan daripada bahasa Sepanyol membawa maksud ‘memperuntukkan’ diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’ . Membuktikan keupayaan Proton selama 27 tahun untuk melahirkan model yang boleh diangkat sebagai produk bertaraf global setanding dengan jenama kereta terkemuka lain.

Model baharu Proton Preve'

Semuanya bermula dengan enjin CAMPRO yang dibangunkan jurutera anak tempatan dan kepakaran Lotus.

Saya masih ingat lagi rakan sekerja saya ingin membeli kereta Proton spesifikasi UK(model untuk eksport) kerana menurut beliau ia adalah lebih berkualiti daripada model Proton yang dipasarkan untuk pasaran tempatan. Beliau sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk mendapat model Proton untuk spesifikasi eksport.

Kereta pertama saya adalah Proton Iswara 1.3 liter, saya beli pada tahun 2000 boleh dikatakan lasak ada yang memanggilnya kereta kebal kerana model paling banyak digunakan sebagai kereta teksi. Saya akui enjinnya lasak cuma masalah yang saya alami adalah pintu cermin kuasa mudah rosak kerana dimasuki air dan badan kereta berkarat hingga menampakkan bintikkan seperti jerawat.

Kemudian saya menukar kepada model Proton Gen 2 yang dikuasakan oleh enjin CAMPRO 1.6 liter dibangunkan hasil gabungan kerjasama tenaga tenaga pakar dari Lotus dan jurutera anak anak tempatan Proton. Selama saya gunakan Proton Gen 2 tidak ada masalah daripada enjin walaupun ada yang mengadu kekurangan kuasa ketika memotong dan naik bukit dengan pihak Proton berusaha untuk membaiki model keluaran mereka dengan memperkenalkan enjin CAMPRO yang dinaik taraf dengan ditambah dengan Intake Air-Fuel Module(IAFM) dan Cam Profile Switching(CPS).  Saya tidak mahu menyentuh kualiti kerana saya percaya pihak Proton berusaha untuk membaiki kualiti aksesori dari semasa ke semasa cuma tahun model saya beli tidak mendapat jaminan sebaik model-model terbaharu sehingga 5 tahun jaminan.

Proton Preve' bentuk luaran

Proton Preve' bentuk luaran

Proton Preve' bentuk luaran

Selepas itu saya melihat model-model keluaran terbaharu Proton mengunakan enjin CAMPRO dengan IAFM, CPS, CVT dan CFE. Bayangkan enjin kuasa CAMPRO 1.6 liter mampu menghamburkan kuasa enjin 2.0 liter selain menjimatkan minyak. Pengguna seperti saya mahukan enjin berkuasa, kos penyelenggaraan rendah dan jimat  pengunaan minyak. Kalau ada ciri-ciri Green Engine akan menjadi pilihan saya.

Proton Preve' paparan

Proton Preve' bentuk dalaman

Keluasa kabin Proton Preve'

Kos pembangunan Proton Preve’ membabitkan perbelanjaan sebanyak RM450 juta dan model Proton Preve’ akan diletakkan didalam segmen C sebaris dengan  jenama asing seperti Honda Civic 1.8 , Toyota Altis 2.0 dan the Kia Forte 1.6Proton Preve’ masih mengekalkan enjin CAMPRO 1.6 liter ditawarkan dengan 3 varian, 1.6 liter CFE (premium), 1.6 liter CVT (eksekutif) serta 1.6 liter manual. Enjin IAFM  telah di tala menepati pelepasan karbon Euro 4 Emission dan CFE dengan CVT menepati  Euro 5.

Hamburan kuasa enjin Proton Preve' bersamaan 2.0 liter

Ciri-ciri yang disuntik untuk model baharu Proton Preve’ akan memberikan kepuasan premium kepada pembeli tempatan dan bakal diterima pembeli baharu diperingkat antarabangsa.

p/s: Pengalaman ketika berada di Australia beberapa tahun dahulu bangga melihat model Proton meluncuri jalan raya di bandar Adelaide.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • lepakk.com September 25, 2012 at 9:56 am

    Better Persona dari Preve saya rasa..

  • faris May 1, 2012 at 1:31 am

    aku bangga dgn jurutera yang btgkus lumus reka kereta ni…bangga aku jdi rkyat malaysia

  • Nur April 18, 2012 at 5:08 am

    Mesti seronokkan dapat melawat negara orang.. Boleh tahan juga design baru dari Proton..
    p/s : Nak tanya sikit, takde ke entri lawatan ke Australia?? Atau mungkin saya terlepas entri tu.. :D

  • izwanyusof April 15, 2012 at 3:37 am

    masih belum dapat tengok kereta ni live on road lagi..
    izwanyusof recently posted..Buat Sebaran Beretika Berita Gempa Bumi 11 April SumateraMy Profile

  • Ladfe Amir April 10, 2012 at 11:19 pm

    masih belum berkesempatan untuk guna Proton . tapi saya juga pengguna kereta nasional yg satu lagi iaitu Produa

  • Norasikin April 10, 2012 at 10:09 pm

    Kereta nasional tetap menjadi pilihan saya kerana saya bangga menjadi rakyat Malaysia

  • aimannajmy April 10, 2012 at 10:07 pm

    mak aih sekali pandang iras2 bumblebee dicat kaler kalbu.. 2 kali pandang tak sama dah la huhu.. proton must improve in term of long term reliability

  • dzuandiey April 10, 2012 at 7:05 pm

    serius cantk…lepas ni penuh la kat jalan2…hahaha…nak pakai x mampu lg…

  • Erin April 10, 2012 at 12:06 pm

    Tumpang tanya, dengar citer harga die melampau sgt yek??Betul ke??

    • dzuandiey April 10, 2012 at 7:06 pm

      lebih kurang inspira jer…

      • Erin April 11, 2012 at 1:02 pm

        so memang agak mahal la kan???over 90k..

        • akubiomed April 11, 2012 at 4:44 pm

          Tak sampai 90k kalau harga sebegitu baik ambik Honda Hibrid. Harga boleh dikata berpatutan untuk kereta segmen C yang sebaris dengan Honda City dan Kia Forte.

  • shoutvoc April 9, 2012 at 11:12 pm

    good mr akubiomed…support local product..sape lagi nak support kalo bukan kite rakyat Malaysia ni..harap2 kerete ni sale mantap la

  • Naziman April 9, 2012 at 10:28 pm

    akubiomed ni macam peminat setia proton pula. hehe. design preve memang stylo la. nama pun ingat dari india tadi. hoho. harap keluaran kali dapat menukar pandangan pengguna yang banyak tidak suka pada proton.
    Naziman recently posted..Promosi Celcom banyak menipu dan tak kacak Part 2My Profile

  • neo April 9, 2012 at 7:09 pm

    cantik design dia kan…harap proton bejaya dgn keluaran ni & berbaloi dgn harga

    • dzuandiey April 10, 2012 at 7:06 pm

      depan dia nmpak klasik ckit..tp overal, mmg cntik…

  • Kak Long Mawar Merah April 9, 2012 at 5:57 pm

    Nampak cantik juga ni.

  • Datin Tyka April 9, 2012 at 5:35 pm

    cantik juga rupa dan wajahnya.
    nanti dah habis belajar, nak beli kereta ini.
    harap harap dapat positive comment for this car.

  • nuriz April 9, 2012 at 5:01 pm

    wah bro biomed memang pengguna proton setia ye..hehehe
    nuriz recently posted..Corat Coret ABPBH 2011 8 April -Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011My Profile

    • dzuandiey April 10, 2012 at 7:06 pm

      lepas ni preve pula la…hahaha

  • SuhairiDotCom April 9, 2012 at 10:15 am

    Alhamdulillah Proton makin maju lagi. Harapan +ve pada QC dorg kali ni.

  • Bro Zulkbo April 9, 2012 at 1:13 am

    salam..
    tahniah kerana pengguna setia Proton..
    saya beralih dari Proton ke Toyota kereta
    Jepun selepas, Proton Iswara model 1998
    saya selalu meragam..alhamdulillah..sejak
    menggunakan Toyota, alah membeli menang
    memakai..dengan kos alat ganti yang murah
    selain kos penyelenggaraan yang berpatutan
    tapi tahan lama.
    Bro Zulkbo recently posted..Keputusan Pemenang (ABPBH-25) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011My Profile

    • dzuandiey April 10, 2012 at 7:08 pm

      berpuas hati dgn toyota…

  • benjy April 9, 2012 at 12:53 am

    Ikut hati macam nak tukar kereta je … tetapi masalah utama ongkosnya tak der … hehehehe :D
    benjy recently posted..SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) KE-25My Profile

  • benjy April 9, 2012 at 12:52 am

    Dashyat kereta ni … tengok dari tepi macam kompak je … bentuk ala-ala Honda City baru … :D
    benjy recently posted..SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) KE-25My Profile

  • amirulfaiz April 8, 2012 at 11:50 pm

    Yeah, nampak bertenaga kereta proton yang baru ini. Hmm, saya tunggu sampai kereta sekarang lunyai, baru plan tukar kereta. :)

  • azmanisma April 8, 2012 at 11:16 pm

    Mmg cantik nampak kemas…sebaris dgn kereta honda,toyota dll.

  • nurmisnan April 8, 2012 at 10:31 pm

    memang smart preve nih.. mcm rasa2 nak trade ini plak
    yang lama tuh.. hik3
    nurmisnan recently posted..Dialog nenek dengan cucu perempuannya sebelum matiMy Profile

  • anif April 8, 2012 at 9:46 pm

    Harap model ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia.
    anif recently posted..Bila Difikirkan Semula Kita Tidaklah Semalang Seperti Yang DisangkaMy Profile

    • akubiomed April 9, 2012 at 12:47 am

      Proton Preve’ dikatakan tidak ada perbedaan untuk pembeli tempatan dan luar negara.

  • Norizwan April 8, 2012 at 9:28 pm

    skang dah ada keta….tambah aksesori mana perlu seperti Preve ini…menarik …:)

  • cik tom April 8, 2012 at 8:55 pm

    wah nmpk smart preve ni..ciri2 pn bagus..tp dh ada kete dah…hee

    • akubiomed April 9, 2012 at 12:45 am

      Nak buat macamana Ciktom sudah sambar kereta terlebih dahulu. :-)

  • ahmadyani April 8, 2012 at 8:15 pm

    Ruang dalamnya nampak luas.

    • akubiomed April 8, 2012 at 8:29 pm

      Luas ruang kabin Proton Preve’ ini.

  • titan April 8, 2012 at 8:00 pm

    huh..nasib la dah beli kereta. kalau tak, memang aku angkat preve ni..
    titan recently posted..Aku tak setuju mansuh PTPTN.My Profile

    • akubiomed April 8, 2012 at 8:29 pm

      Bro angkat sahaja Proton Preve’ sebagai kereta ke 2. :-)

  • auc dot com April 8, 2012 at 7:00 pm

    kome baru dpt emel dari proton suruh tarik semua entri berkaitan dgn preve ni, kalau nak siarpun gitu2 je
    x boleh lebih2, boleh disiarkan lebih preve di lancarkan nanti huhuhuh

    • akubiomed April 8, 2012 at 8:30 pm

      Mungkin pihak Proton ada info yang disampaikan tidak tepat dan mendahului sumber rasmi Proton.

  • kakyong April 8, 2012 at 6:30 pm

    bila bercerita tentang kereta proton… tetiba jd rindu pulak dgn tempat kerja lama yg merupakan perintis untuk wireharness (sistem wiring) kereta proton..

    • akubiomed April 8, 2012 at 8:28 pm

      Oh Kak Yong dahulu ada salah seorang kakitangan Proton?

      • kakyong April 8, 2012 at 8:53 pm

        bukan… sy kakyong kerja tu antara main vendor Proton..

  • nizamghazi April 8, 2012 at 6:18 pm

    Bercakap mengenai Proton, tadi pagi baru saja selesai ke pusat servis. Customer Services dorang nicelah :) – sorry lari tajuk.

    Mengenai Proton Preve designnya macam persona pun ada. Tapi body dia lebih nampak kukuh seperti Proton Waja. “Preve” nama yang unik.

    Harap one day saya akan pakai Honda. Baru ada quality life yang style. Tapi itu tak bermaksud saya perkecilkan Proton. Still proud with Proton. – sebab senang nk gi servis dan lebih murah. :)

    • akubiomed April 8, 2012 at 8:24 pm

      Terus terang untuk memiliki kereta jenama import masih belum lagi mampu. :-)

  • Azwan April 8, 2012 at 6:02 pm

    Baru aje angkat Saga FL tahun lepas. Cepat sangat lah pulak nak tukar kerete :(
    Azwan recently posted..Google … Kenapalah Engkau De-indexkan Blog AkuMy Profile

    • akubiomed April 8, 2012 at 8:27 pm

      Saga FL yang dikuasakan dengan enjin Campro 1.3 liter pun power juga ada IAFM dan CVT.

  • chii April 8, 2012 at 5:44 pm

    Erm..x.lama lg boleh la AB tuka gen 2 dgn model yg terbaru pula ye. Heheh
    chii recently posted..Spagetti Ala MelayuMy Profile

    • akubiomed April 8, 2012 at 8:24 pm

      Rasanya saya ini lebih sesuai dengan Proton Exora Bold sebab famili besar. :-)

  • pipoq April 8, 2012 at 4:47 pm

    bila tengok model Preve ni rasa tertarik jugak..