Menikmati sarapan pagi bersama keluarga di AEON

Sarapan pagi bersama keluarga di AEON Rawang.

Hari ini saya bercuti kerana membawa baby Aslah ke hospital Sungai Buloh untuk membuat pemeriksaan susulan untuk penyembuhan bisul yang dialami. Selepas pemeriksaan saya menunju ke Rawang untuk menikmati sarapan pagi bersama keluarga di AEON.

Membawa baby Aslah merawat penyakit bisul dengan rawatan tradisional cina.

Saya telah menerima berita baik daripada doktor yang menyelia kes bisul baby Aslah. Menurut doktor, kami tidak perlu lagi  membuat lawatan susulan selepas ini. Walaubagaimana pun beliau tidak menolak penyakit bisul boleh berulang pada masa akan datang.

Sebelum itu baby Aslah telah dibawa rawatan tradisional oleh seorang wanita cina tua mengelar dirinya ‘Bibik‘ mempunyai kemahiran mematikan bisul dengan teknik yang digelar ‘rawatan tarik urat’ di kampung isteri saya yang  terletak di Melaka. Kesempatan melawat pakcik saya yang baru menjalani pembedahan diambil untuk membawa baby Aslah menerima ‘rawatan tarik urat’. Setelah 2 hari menerima rawatan tersebut menampakkan kesan yang positif. Saya tertanya-tanya perbedaan teknik rawatan tradisional dan perubatan moden?

Saya terkejut ‘rawatan tarik urat’ ini adalah percuma dan tidak ada sebarang pembayaran dikenakan kepada pesakit. Ia adalah bantuan ikhlas Bibik membantu pesakit yang mengalami masalah bisul. Testimonial dari pesakit bisul mereka tidak perlu membuat pembedahan kerana bisul tersebut berjaya dimatikan oleh kaedah ini. Saya sendiri sukar percaya kerana melalui kaedah ini beliau dapat membaca tingkah laku dan apa yang disebutkan semuanya betul mengenai baby Aslah. Beliau tidak mengunakan jampi mentera atau perkara yang meragukan dengan hanya merasai urat di belakang baby Aslah sahaja. Kaedah merawat adalah sebelum matahari naik dan selepas matahri turun. Semasa melakukan ‘rawatan tarik urat’ terdengar beberapa bunyi seperti letupan dihasilkan.

********************

Menikmati sarapan pagi bersama keluarga ‘price less’

Sarapan pagi dengan membeli roti di LaBoheme

Sarapan pagi dengan membeli roti di LaBoheme

Baby Aslah berperangai baik didalam troli AEON

Baby Aslah berperangai baik didalam troli AEON

Antara juadah dan roti untuk sarapan pagi

Air minuman kopi O dari kopi susu panas.

air kopi O dan kopi susu bersama straw unik

air kopi O dan kopi susu bersama straw unik

Air kopi dan straw unik

Air kopi dan straw unik boleh sedut air panas

Gelagat anak-anak ketika bersarapan pagi di AEON.

Baby Aslah makan roti

Abang Long dan abang Ngah kongsi air kopi susu

Gambar diatas diambil mengunakan telefon bimbit Nokia  Xpress

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Ummi Hanie May 6, 2012 at 10:51 am

    rawatan tarik urat.. mcm biasa dengar… mcmmana bisulnya skrg?

    seronok kan dpt keluar rumah sekeluarga. menarik pula straw khas utk minum air panas tu. mana nk cari ye? ;)

  • sadiq May 5, 2012 at 5:57 pm

    adeh..meleleh air liur tgk mknn..hehe=)

  • cik tom May 3, 2012 at 3:18 pm

    menarik juga dgr rawatan tarik urat tue..1st time dgr…
    sedap2 tgk makann..terliur plk tgh lapar2 ni..
    cik tom recently posted..Panduan Analisis Teknikal Emas dan Perak versi PREMIUMMy Profile

  • Norasikin May 2, 2012 at 6:51 pm

    Saya pun tak pernah dengar rawatan tarik urat. kalau tarik duit tu banyak

  • Nurul May 2, 2012 at 4:48 pm

    sedapnya makanan… lapar perut ni..

  • Jebeng Otai™ May 2, 2012 at 4:37 pm

    sy penah jugak kene bisul..bersaiz agak besar..sy beli ubat kat sensei..mmg mujarab…sehari semalam pakai bisul tu dah pecah..

    p/s : sy penah terbaca satu artikel ttg rawatan tradisional ni..ia tidak boleh dipatenkan sbb ianya menggunakan bahan semulajadi sbb tu harganya murah..berbeza rawatan moden yg mahal sbb dipatenkan..lebih kepada bisnes dri merawat…x tahu samada ianya benar @ x.. :)

  • yas May 2, 2012 at 12:41 pm

    Kongsi lagi la teknik tarik urat tu bro…rasanya ramai gak yg berminat nih
    yas recently posted..Wordless Wednesday – Komando vs Suri RumahMy Profile

  • tehr May 2, 2012 at 1:12 am

    pertama kali aku dengar rawatan tarik urat ni
    rawatan cara tradisional ni kadang2 macam tak logik je
    tapi memang berkesan

  • kulanz May 2, 2012 at 12:29 am

    best makan-makan bersama family
    hujung minggu tu kami sarapan kedai mamak layan roti kosong :D

  • KiD May 1, 2012 at 9:54 pm

    terbaaekkk lah bro.. memang rileks santai
    KiD recently posted..JUZ KOL DAY!My Profile

  • auc dot com May 1, 2012 at 7:48 pm

    menarik teknik perubatab bibik tu, dh sihat, baru best jalan2 makan2 dgn keluarga :)

    • KiD May 1, 2012 at 9:58 pm

      kalaau aku ada bisu, nanti kita cari eh
      KiD recently posted..Apa kerja gila yang anda pernah buat?My Profile

      • akubiomed May 1, 2012 at 11:41 pm

        Yang penting ikhtiar. Ubat kedai Sensei pun mujarab juga. Macam anak saya tidak boleh tampal ubat Sensei kerana terletak berhampiran dubur.

    • akubiomed May 1, 2012 at 11:43 pm

      Kesian melihat baby Aslah menangis setiap kali buang air besar kerana bekas bisul berhampiran dubur.

  • izwanyusof May 1, 2012 at 7:07 pm

    pakai handset nokia? ingatkan pakai 600D.. mantap editing bro.. naik colour.. hehe
    izwanyusof recently posted..Diskspace Limit,Defacement,Blogging dan PhotographyMy Profile

  • Mus May 1, 2012 at 5:27 pm

    seronok dapat bersarapan bersama keluarga tersayang
    Mus recently posted..“Tiada Seuniknya” Tema Pertandingan Fotografi Sempena Pesta Kaul Mukah 2012My Profile

  • Kamal Mustafa May 1, 2012 at 5:15 pm

    takdo sapo pun buat kek bro Azrin, KM cuma inform yang KM sarapan di rumah aje. kek = di :-)
    Kamal Mustafa recently posted..Selamat Hari Pekerja 2012My Profile

  • titan May 1, 2012 at 4:46 pm

    teringat aku masa kena bisul kat pinggang. satu badan menderita..huh..
    titan recently posted..Komisen ke 7 dari BidvertiserMy Profile

  • Amirez May 1, 2012 at 4:03 pm

    macam pernah dengar rawatan tarik urat tapi tak pernah tengok depan mata lagi. Melaka area mana tu? mana tahu diperlukan nanti. baguslah Bibik buat secara percuma, kerja amal :)

    • akubiomed May 1, 2012 at 5:19 pm

      Bibik ini tinggal di Bukit Rambai, Melaka.

  • kimmie May 1, 2012 at 3:25 pm

    seronok dapat bersarapan bersama keluarga. Semoga baby Aslah terus sihat dan comel sentiasa :)

  • Azman Ishak May 1, 2012 at 2:03 pm

    uih cam menarik.. kat melaka ye bro? nanti kalau berhadapan dengan masalah ni boleh la carik alamat kat bro ye. dulu masa kecik, amirul penah kene bisul, saya ingat macam jerawat biasa.. picit sampai keluar mata.. hahaha.. lepas tu, terus baik… bawak pergi hospital, cuci luka.. then admited 2 hari. baru bleh release lepas doktor kata, mata bisul dah tadek.

    dia tak tau.. padahal aku dah picit sebelum tu. pasal nampak macam dah masah. mujur tak besar. tapi kesian gak la. masa tu amirul kecik lagi.

    • akubiomed May 1, 2012 at 5:20 pm

      Okay kalau dapat keluarkan mata. Anak saya langsung tidak ada mata dan jauh ke dalam didalam daging. Kesian hendak picit meraung-raung menjerit sebab itu saya bawa rawatan tradisional dan moden.

  • pipoq May 1, 2012 at 12:05 pm

    pertama kali dengar rawatan tarik urat tu..

  • Cikgu Hairul May 1, 2012 at 11:12 am

    Dah pukul 11.. saya terus makan tengahari je la. Sarapan tengahari namanya.

  • Kamal Mustafa May 1, 2012 at 10:43 am

    km sarapan kek rmh ajo.
    Kamal Mustafa recently posted..Wordless Wednesday 40 – Masjid Kristal, Terengganu.My Profile

  • Hazmin Hamudin May 1, 2012 at 10:23 am

    Alhamdulillah… Sudah tidak payah lagi berulang alik ke hospital. Pertama kali mendengar rawatan tarik urat ni. Bila tengok gambar sarapan ni, terasa lapar betul la… Hehe

  • cikmin May 1, 2012 at 10:14 am

    Salam AB,

    Alhamdulillah…baby aslah tak perlu buat rawatan susulan dah..rawatan tarik urat tu cikmin pernah buat di beijing ari tu..di pusat herba dari tibet..memang terdengar satu letupan kecil dan kita sendiri pun merasa mcm ada aliran letrik..menurut doktor yg buat tu..katanya tujuannya tuk cikmin menerima rawatan herba dari sana..tapi sayangnya cikmin tak berhasrat nak buat sebab kosnya cecah 6k jugak masa tu..hihi..

  • benjy May 1, 2012 at 10:11 am

    Wow ! dashyat betu cara rawatan tu …. Percuma ? … emmm ia kerja amal yang patut di contohi oleh lain2 pakar :D
    benjy recently posted..PENETAPAN KADAR GAJI MINIMA SEKTOR SWASTA DI MALAYSIAMy Profile

  • benjy May 1, 2012 at 10:10 am

    Aeon adalah jenama pilihan Malaysia dan juga pemenang Putra Awards Gold …. sarapan pagi yang menyelerakan :D
    benjy recently posted..PENETAPAN KADAR GAJI MINIMA SEKTOR SWASTA DI MALAYSIAMy Profile

  • yanmie May 1, 2012 at 10:06 am

    Salam,

    Baby Aslah duduk dalam troli aje ke? mana aci heheee, seronok kan dapat keluar jalan makan2 dengan anak bini.

    oh sempoi betul panggil bibik je :D

  • nizamghazi May 1, 2012 at 9:41 am

    Tak dapat bayangkan bagaimana rawatan tarik urat tu.
    Adakah bisul itu akan pecah dan pop! aaw!
    AEON? AEON credit ke?
    Pagi2 ni memang terasa kelaparan since anak2 comel di atas menjamah sesuatu yang enak.

    • akubiomed May 1, 2012 at 11:38 am

      Bunyi meletup dikawasan yang diurut dibelakan badan dengan ini dapat memutuskan akar bisul menurut Bibik yang merawat anak saya.

  • bardboo May 1, 2012 at 7:47 am

    orang cina tapi panggilannya bibik..pelik plak rasanya….bunyi letupan tu kuat ke? first time ni tahu tentang rawatan tarik urat..
    bardboo recently posted..Apa Kata Mereka? Dan Pemenangnya Jatuh Kepada…My Profile

    • akubiomed May 1, 2012 at 11:40 am

      Boleh dengar letupan ditempat yang diurut.

      Memanggil dirinya dengan gelaran Bibik mungkin sudah lama duduk didalam komuniti Melayu. Inilah kekurangan yang ada pada masyarakat bandar. Bangsa Cina, India dan Melayu boleh hidup didalam harmonis di kampung.

  • Ammar May 1, 2012 at 1:31 am

    Pergh!!!! Best gila makanan tu

    • akubiomed May 1, 2012 at 11:41 am

      Makan roti dengan air kopi panas memang sedap. :-)

  • azmanisma May 1, 2012 at 12:57 am

    pelik gak bunyi tu..tarik urat,untuk sakit lain boleh ker?

    • Hazmin Hamudin May 1, 2012 at 10:24 am

      Tu la.. Kalau boleh untuk rawatan lain selain bisul, mesti ramai yang nak mencubanya.

    • akubiomed May 1, 2012 at 11:42 am

      Menurut Bibik, Baby Aslah mempunyai ketahanan tidak sakit ketika melakukan rawatan tarik urat.

    • akubiomed May 1, 2012 at 11:53 am

      Saya tidak berapa pasti tetapi ada saya turut mendapatkan rawatan Bibik untuk merawati jerawat dimuka.

  • Shahrul May 1, 2012 at 12:30 am

    tak pernah dengar pulak rawatan tarik urat ni…boleh la cuba kalau2 terkena lepas ni
    Shahrul recently posted..Google vs Microsoft: Google Drive Bakal Jatuhkan Microsoft OfficeMy Profile

    • akubiomed May 1, 2012 at 11:54 am

      Yang penting ikhtiar untuk merawat penyakit kerana setiap penyakit ada penawarnya.