Membidik di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 kurang kepuasan.

Hari ini saya mempunyai misi untuk membawa famili ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 dan Proton Power 0f 1 di Stadium Bukit JalilPesta Belon Udara Panas Putrajaya yang berlangsung di Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya. Harapan saya tinggi untuk melihat pelbagai bentuk belon udara panas  ternyata meleset kerana yang kelihatan adalah belon-belon udara panas yang berbentuk standard. Rancang perjalanan dengan melihat jadual Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012.

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Banner Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Antara belon udara panas di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Harga untuk menaiki belon panas adalah RM10 untuk dewasa. Saya mengharap akan ada pelbagai bentuk belon udara panas tetapi jangkaan saya meleset mungkin bukan masa kemuncak tak akan saya hendak tunggu pula. :-(

Wall climbing pun turut ada. Jika sesiapa meminati Extreme Sport dan suka sukan yang menguji fizikal boleh mencuba. Kekuatan otot tangan dan kaki diperlukan.

Wall climbing di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Kenderaan 2 tayar Segway pun ada. Ada yang berani cuba?

SEG di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Antara halangan yang boleh dilalui ketika menaiki Segway.

SEG di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Zorb ball boleh menyebabkan muntah kalau tidak biasa dan gagal mengimbangi.

Zorb ball di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Zorb ball di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Zorb ball di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Zorb ball atas air.

Zorb ball di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Zorb ball di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

Belon-belon hidrogen untuk kanak-kanak dijual pada harga RM10. Belon Angry Bird, Upin-ipin, Mickey mouse dan Ultraman sedia untuk dipilih,

Belon-belon

Belon-belon

Belon dan bola-bola

Payung berwarna pelangi antara dijual. Tidak dinafikan cuaca agak panas ketika mengunjungi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012.

Payung warna pelangi

Ingatkan pokok Bonsai hidup rupanya pokok Bonsai plastik jawabnya segar sepanjang tahun tidak perlu siram air dan menjaganya pun mudah. :-)

Pokok Bonsai plastik

Deretan mainan robot berwarna-warni mengamik perhatian anak kecil. :-)

Robot mainan

Robot mainan

Mainan kanak-kanak

Pistol belon yang dijual pada harga RM15.

Pistol belon

Buih-buih belon

Buih-buih belon

Baby Aslah main buih-buih belon

Comel anak ini main buih-buih belon

p/s: Saya tidak lama berada di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 terus ke Stadium Bukit Jalil

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Hafizul October 29, 2012 at 11:48 pm

    akhirnya dapat jugak tgok gambar-gamabr nih..memang colorfull…pandai betul akubiomed ni bidik gambar..hehe
    Hafizul recently posted..Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini TerfikirMy Profile

  • Hafizul October 29, 2012 at 11:43 pm

    emm slow sgt laine kat rumah..tak boleh nak tgok gambar..rugi2…

  • Jebeng Otai™ March 30, 2012 at 11:05 pm

    mmg menarik dan cantik.. :)

    • Hafizul October 29, 2012 at 11:43 pm

      ruginya sy tak leh nak tgok..hehe

  • Naziman March 23, 2012 at 12:34 pm

    belon udara, zorb ball, 2 tayar segway, wall climbing, semua saya tak pernah cuba. nak cuba la, nampak macam best tapi tak tahu bila ada peluang begitu.
    Naziman recently posted..Perubahan naziman.com dulu dan sekarangMy Profile

  • Ladfe Amir March 22, 2012 at 10:15 am

    tak berkesempatan pergi kerana menjenguk anak di kampung

    • akubiomed March 22, 2012 at 10:03 pm

      Tahun lepas saya tidak pergi dan baru pertama pergi untuk tahun ini.

  • bardboo March 20, 2012 at 8:46 am

    ramai rakan2 blogger yang udpate pasal pesta belon udara panas ni..jelesnya..saya tak berkesempatan untuk pergi..
    bardboo recently posted..Homebirth dan Waterbirth. Apa Pandangan Anda?My Profile

  • kulanz March 20, 2012 at 1:08 am

    acara yang meriah.. sayangnya yang jauh macam kami ni memang tiada peluang nak datang.. apapun, dapat tengok gambar yang cantik dah puas hati

  • suri March 19, 2012 at 3:09 pm

    penuh di sulami dg warna warni…

    • Hafizul October 29, 2012 at 11:44 pm

      hehe..betul ke??ruginya sy tak leh nk tgok..huhu

  • khirul March 19, 2012 at 10:00 am

    dh abis ker?

  • puanbee March 19, 2012 at 9:29 am

    cantik2 semua gambar , tk pergi pun ..saya ada program lain ..

  • Kujie March 19, 2012 at 8:40 am

    kami pergi malam..saja utk tgok kelainan
    puashati sebab dpt port best dpt rakan bunga api dgn jelas

  • cikgu naman March 19, 2012 at 12:48 am

    saya juga terlepas pada hari Sabtu..rupanya belon² dilepaskan awal..sebelum pukul 8 lagi

    jadi pagi² ahad ke sana lagi, sempatlah ambil gambar² belon yg pelbagai tu

    • akubiomed March 19, 2012 at 12:57 am

      Bro dekat boleh pergi 2 kali. Saya dari Rawang tidak sempat. :-)

  • chii March 19, 2012 at 12:15 am

    seronok baby aslah dpt main belon..

    ermm..bestnya dpt g sana..chii x berpeluang.tp ada yang kata..waktu malam ada letupan bunga api..cantik…

  • Norasikin March 18, 2012 at 11:28 pm

    Rasa mcm nak komen tiap-tiap gambar yg ada tu tp sekarang ni jiwa tengah kacau. Cuma membebel dalam hati je

  • yanmie March 18, 2012 at 10:38 pm

    Salam,

    Wahhh cantik2 semua gambar kat entry ni, tadi petang tak jadi pergi sebab cuaca kat klang ni renyai dan mendung, risau plak sampai putrajaya hujan, so tak pergilah, takpe next year lah kot huhuhu

    • akubiomed March 19, 2012 at 12:18 am

      Tak apa jika ada rezeki tahun depan pula. Isteri beriya-iya mengajak untuk merasai naik belon udara panas.

    • Hafizul October 29, 2012 at 11:45 pm

      next year buat kat jerteh pulak kot..hehehe

  • tehr March 18, 2012 at 8:40 pm

    Gambar kedua akhir tu comel sungguh
    tehr recently posted..Peraturan Kemasan Diri PelajarMy Profile

    • akubiomed March 19, 2012 at 12:18 am

      Baby Aslah leka main buih belon. :-)

  • titan March 18, 2012 at 7:43 pm

    pehh..sonok aku tengok gambar-gambar nih.. :)
    titan recently posted..Komisen kedua dari BuatCoklat.comMy Profile

  • syahrilhafiz March 18, 2012 at 7:15 pm

    bestnya kalau dia buat kat area utara, konfirm nak pi..
    kalau waktu kemuncak rasa, tak dak chan dah kot nak snap2 gambar macam ni.. :)

    • akubiomed March 19, 2012 at 12:19 am

      Masalah utama adalah untuk mendapat tempat letak kereta. Perlu datang awal jawabnya.

  • Kamal Mustafa March 18, 2012 at 6:47 pm

    Wah…seronoknya. KM belum pernah berpeluang poie kat even nie. Plus cantik gambar
    Kamal Mustafa recently posted..Lelaki Kacak Bukan Hanya Pada Rupa.My Profile

    • akubiomed March 19, 2012 at 12:20 am

      Macam-macam permainan yang boleh disertai selain naik belon udara panas dan helikopter.

  • LadyBird March 18, 2012 at 4:28 pm

    trgn nk tgk dgn mt kpl sdri.. gmbr2 ni lagi membuat ht teruja.. cantiklah gmbr abg bio medik ni ambik..

    • chii March 19, 2012 at 12:16 am

      kan kan..dgn kaler nya..mmg wat teruja..mcm nak pegi..tp sayangnya..da abih da event ni >__<

    • akubiomed March 19, 2012 at 12:21 am

      Terima kasih. Gambar ini tatapan kepada blogger yang tidak dapat mengunjugi pesta belon udara panas.

  • BG March 18, 2012 at 4:08 pm

    Nice! Semalam sempat tengok bunga api… Cantik!

    • akubiomed March 18, 2012 at 4:12 pm

      Saya tidak tunggu sampai malam walaupun ada hajat untuk melihat pertunjukkan bunga api.

  • Aya March 18, 2012 at 3:50 pm

    wow bestnya…. teringinnya nak tengok balon panas depan mata… huhu

    • akubiomed March 18, 2012 at 4:09 pm

      Kalau berdekatan dengan Putrajaya boleh pergi melihat belon udara panas.

  • Norizwan March 18, 2012 at 3:39 pm

    sungguh menarik sekali…:)saya sendiri duduk putrajaya…tapi pergi pun huhu…banyak aktiviti kenduri kahwin…

    • akubiomed March 18, 2012 at 4:10 pm

      Selalu yang dekat tidak akan pergi manakala orang jauh dah sampai. :-)

      • suri March 19, 2012 at 3:09 pm

        yg dekat akan ckp lain kali mash ada masa lagi utk aku pergi hee..

  • MohdLuthfi March 18, 2012 at 3:23 pm

    untunglah… saya dah 2x teringin nak pg.. tak pegi jugak

    • akubiomed March 18, 2012 at 4:10 pm

      Tak apa tahun hadapan akan ada lagi boleh turun dari utara.

      • suri March 19, 2012 at 3:10 pm

        saya nak pergi entah bil akan dapat ke sana tidak pula tahu hurm…

  • pipoq March 18, 2012 at 12:48 pm

    asalkan ada event je, mesti jadi harga tak terkawal kaw kaw..mentang mentang la pengunjung takde pilihan bila nak membeli atau dipaksa beli oleh anak anak..patutnya pihak berkenaan kena buat satu garis panduan untuk peniaga yang menyertai mane mane event pun..penganjur event pulak tak perlu letakkan harga sewa tapak yang mahal untuk peniaga..

    • akubiomed March 18, 2012 at 3:33 pm

      Saya mengagak tapak sewa mahal jadi barang yang dijual turut naik sama.

      • suri March 19, 2012 at 3:11 pm

        klu bgtu sy nak pi sana sblum ni kna bawa bekal dri rumah atau bli makn ringan anak2 kat mana2 kedai rasa murha sblum nak pi ke sana hee…

        harga air mineral terkadang blh mahal huu

  • sabree hussin March 18, 2012 at 10:42 am

    dalam banyak2 tu saya suka belon yang atas air tu.. nampak macam best sebab tak pernah cuba lagi
    sabree hussin recently posted..Berhenti Kerja Untuk Jadi KayaMy Profile

    • akubiomed March 18, 2012 at 3:35 pm

      Bolehlah cuba main bola Zorb ini. :-)

  • anif March 18, 2012 at 2:15 am

    Rugilah orang di selatan! Nak ke sana jauh pula. Mujur ada blog ni :D
    anif recently posted..2 Sistem Pengurusan Komen Dalam Satu Blog!My Profile

    • akubiomed March 18, 2012 at 8:14 am

      Pesta layang-layang antarabangsa tempoh hari buat di Johor saya tidak dapat turun.

  • muazfaris March 18, 2012 at 12:56 am

    gambar tu agak kekuningan sikit la.. hehe.. btw, ni mesti cari balloon yg cake tu kan..hehe

    • akubiomed March 18, 2012 at 8:15 am

      Jurugambar amatur masih lagi didalam proses pembelajaran. :-)

  • Yas March 18, 2012 at 12:30 am

    Pehh…meriah gak kt Putrajaya tu …macam2 ado…err bro sampai Bukit Jalil kul bape? Tak jumpa lak kita?
    Yas recently posted..JUARA RAJA LAWAK EDISI KE 6 2012 – PANDANGAN AKUMy Profile

    • akubiomed March 18, 2012 at 12:38 am

      Saya sampai didalam waktu tengahari beberapa kali saya pergi pusing-pusing dekat bahagian clay tapi hampa tak jumpa bro.

      • chii March 19, 2012 at 12:18 am

        chii pun x jumpa bro yas gak…pusing2 2 kali…takut terlepas pandang..tp x jmpa gak

  • kakyong March 18, 2012 at 12:09 am

    cantik2 lah gambar2 yg diambil…

    menarik nya naik belon/bola atas air tu…

    mahal bebenor belon upin ipin tu yer.. kat tempat kami di pasar malam jual rm5 jer.. itupun suami tak berhajat nak beli.. siap kabo kat anak2, kalo beli belon, x leh beli buah… hehhe..

    • akubiomed March 18, 2012 at 12:14 am

      Kak Yong dah namanya Putrajaya dan harganya pun ikut tempat. Sabar sajalah. :-)

  • Mus March 17, 2012 at 11:50 pm

    seronok tengok gambar dalam entri ni, warna-warni..
    Mus recently posted..RM8,000.00 Untuk Direbuti Pada Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) 2012My Profile

  • azura March 17, 2012 at 11:21 pm

    saya tak pernah lagi pergi tengok belon panas dekat Putrajaya..mahal belon RM10…

  • nurmisnan March 17, 2012 at 10:42 pm

    wahhh bestnyer.. bagus buat aktiviti begini utk anak2 tgh cuti
    sekolah.. lagi2 dapat naik segway.. memang jgn bagi kat aku ler..
    berapa bayar tuh berapa? Masa main kat Spore dulu aku kena
    bayar 1/2 jam SGD30.. Oklah..

    Syarah main sampai terbabas.. sian dia.. hik3
    nurmisnan recently posted..Sehari melayan Tum Tum n JellyMy Profile

    • akubiomed March 17, 2012 at 11:08 pm

      SEG dekat Pesta belon udara panas Putrajaya cuma RM15.

Trackbacks