Kumpul mata ganjaran Green Clubcard Points Tesco dengan beg hijau.
Pihak Tesco akan memberikan 1 mata ganjaran untuk beg plastik yang dibawa sendiri dan 2 mata ganjaran Green Clubcard untuk mengunakan beg hijau guna semula Tesco. Bermula 2011 pasaraya tidak lagi membekalkan beg plastik pada hari Sabtu dan pelanggan perlu membayar 20sen setiap beg jika mereka mahu. Aku sudah lama mengamalkan dengan membawa beg guna semula setiap kali membeli barang dengan menyediakan 2 bag yang senantiasa berada didalam bonet kereta.
2 Mata ganjaran Green Clubcard Points untuk beg hijau guna semula Tesco edisi Transformers
Beg Hijau guna semula Tesco hadir dengan 2 variasi
Baru-baru ini ketika hendak membayar barangan runcit, isteriku tertarik dengan beg hijau guna semula Tesco edisi Transformer Dark of The Moon. Setiap kali mengunakan beg hijau guna semula Tesco ini akan diberikan 2 mata ganjaran Green Clubcard Points yang hadir 2 variasi iaitu gambar figura aksi Bumblebee Koning dan Optimus Prime dari Autobots. Aku membeli kedua-duanya, pertama aku akan dapat mata ganjaran Green Clubcard Points setiap kali mengunakannya dan yang kedua lakaran gambar figura Transformes Dark of The Moon memang cantik.
2 mata ganjaran setiap kali guna beg hijau Tesco
[ad#nuffnang]
Hari ini surat khabar Metro Ahad melaporkan:
Dana Hidupan Liar Sedunia-Malaysia, percaya plastik yang dibuang ke dalam laut merupakan salah satu punca menyebabkan penyu mati. Ini kerana plastik yang dibuang ke laut dan terapung-apung di permukaan air itu disangka oleh penyu sebagai obor-obor, makanannya
Kita boleh lihat akibatnya jika sikap acuh tidak acuh akan pengunaan beg plastik akan merosakkan alam dan kehidupan liar. Keperihatinan untuk mengunakan semula beg hijau secara tidak langsung menunjukkan tanda sokongan menghijaukan bumi walau dilihat sumbangan ini kecil tapi ia adalah langkah besar penjagaan rumah hijau. Beg hijau guna semula Tesco edisi Transfomers Dark of The Moon boleh dibeli pada harga RM3.90 sahaja, sambil membeli belah dapat mata ganjaran Green Clubcard Points.

just my opinion.. penggunaan plastik sememangnya mendatang kesan yang tak elok kepada alam sekitar. lagi-lagi kalau plastik dari jenis tak terbiodegradasi (eh betul ke ejaan ni?).. tapi lagi malang sekali buat alam sekitar bila yang guna ni adalah dari tangan-tangan manusia yang tak cukup akal.. buat ikut suka2 hati
sabree hussin recently posted..Apa Yang Blogger Dapat Apabila Menulis FREE?
Kesedaran bermula dari kita kalau hendak kerajaan dan agensi berkempen serta memberi kesedaran tidak akan memberi kesan. Janganlah sampai suatu hari akan dilaksanakan undang-undang baru hendak berdisiplin
bEe pun ada tp beli kat giant kaler biru janji ada lambang pokok
Laa.. xthu pun ada menda ni
nk jugak ;(
Boleh sahaja cuma perlu pergi ke Tesco dan beg hijau edisi khas ini berada di setiap kaunter pembayaran
Memang cantik. Anak Kak Long terus suruh beli bila nampak beg tu.
Oh ye ker. Harap saya tidak membawa negatif buruk
kalau kat carefour…carefour sediakan kotak terpakai percuma untuk menyokomg bumi hijau…Tesco jarang shopping r
Pasar raya besar giat berkempen bila pula kedai runcit hendak mengambil inisiatif yang sama?
lawa pulak beg tu bro..
Mus recently posted..Hahaha.. Terpaksa Sengaja Buang Angin Tepi Jalan
Selalu juga gi tesco ni sbb depat rumah. Yang best tentu lah dpt kumpul point. Yg tak best, orang sentiasa ramai. kalu sya pegi waktu pagi (time org kerja) pun org ramai. Sya pun sentiasa simpan beg hijau & plastik ni dlm bonet kereta.
Elok jika semua ada kesedaran mengenai pemuliharaan alam. Walaupun sumbangan kecil tapi ia beri impak besar kepada kesan rumah hijau
hari ni 27-28/7/11, tesco ada buat Bonus Day. Sya dah gi shoping dah..hehe.. (mekar tlng promote kat blog org.sory tuan rumah!)
Memang dah merancang malam ini hendak pergi beli barang dapur. Semalam dah dapat SMS dari Tesco akan dibawa beg hijau
perggghhh cantik tu…hari gak aku per gi hahah
Kalau ada stok bernasib baiklah bro
Teringat aku masa g maiden baru2 ni.. Ada pelanggan tu dapat kotak nak isi brg yang diorg beli, agaknya penuh sgt, dalam tong sampah depan maiden diorg cari plastik…hu3
Jai recently posted..Cara Tukar Facebook Chat Box Kepada Versi Lama
Walaupun cuba memberi pengajaran akibatnya susah diri sendiri kerana tidak beg untuk membawa barangan runcit
Sokong penggunaan beg hijau, sekarang ni beli vico yang pek besar tu pun dapat percuma beg hijau. Suka pulak rasa dapat kumpul banyak-banyak. Jadi boleh guna bila nak shopping nanti.
Sebenarnya ia adalah ide kreatif supaya mengalakkan masyarakat mengunakan beg hijau. Emak saya membuat beg guni dari makanan kucing untuk dijadikan beg hijau. Apabila dah siap jadi beg hijau cantik pula tuh
kalau boleh
kerajaan kenakan cukai yang tinggi terhadap beg plastik ni
biar je pekedai dan pengguna tak mampu nak sediakan
kalau kilang bek kertas pula, jangan kenakan cukai langsung
kalau boleh bagi je subsidi banyak2
hehe
Kalau semua nak kena penguat kuasaan undang-undang payahlah. Biarlah kesedaran itu hadir dari dalam hati
Perghhh.. cantik cantik ehhh.. Bila ler Tesco nak bukak kat KK nie.. Giants tu bukan bagi apa2 sgt pon!
Saya dah lama tidak pergi Giant dan tidak pasti sokongan mereka mengenai tiada beg plastik pada hari Sabtu. Setahu saya Tesco dan Maidin telah melaksanakan peraturan ini
ada buat gak di Giants tapi takde beg Trannsformers erkkkk
Uishh.. robot tu pakej sekali ke.. ?
mengenai bag plastik ni.. kerajaan mmg banyak buat program kesedaran.. tetapi mentality sesetengah org yang nak ambil jln mudaj tu lah yg mengagalkan usaha kerjaan ni.. semoga kita juga bersama berkempen tetang penggunaan bag plastik ini..
p/s: kalo kedai runcit tu mmg ssh la nak berkempen sebabnya.. diorg masih lagi ramai menggunakannya..
Transformers Bumblebee koning bukan sebahagian dari pakej pembelian itu beli asing. Mengenai kedai runcit kita perlu mendidik diri kita.
salam..
nak rembat satu blh gak ni harap stok mash ada
Satu beg hijau edisi khas filem Transformers ini berharga RM3.90 sahaja
transformers punya pasal, RM 39 pon tak ape…
hehehe.. maza tak singgah tesco lama dah…. bertahun juga lah..
skrg ni lepak kat Giant jerk.. boleh?
ahaks
He..hee.. Tesco atau Giant tidak penting. Yang penting adalah pengunaan beg hijau
dekat 7 11 pun sama jugak , hari sabtu memang tak pakai plastik… lepas nih kena pakai bakul sendiri lah … lebih efektif… huhu
myzons recently posted..Filem Gundam life action telah disiapkan!!
Kalau bakul yang jenis boleh lipat dan beroda pun okay juga
oh dear… bestnya dapat BB dgn optimus..
mau jugak tapi sayang aku tak belanja TESCO..
pasal orang yahudi punya…
apapun tesco memang bijak pikat pelanggan dgn
cara begini… bagus tuh.
nurmisnan recently posted..Kebaikan dan keburukan gel sanitizer tangan
Saya hormati kerana mempunyai pendirian yang tegas. Apa yang saya hendak cuba sampaikan adalah pemuliharaan alam dengan mengurangkan pengunaan plastik didalam kehidupan seharian kita
Tapi kan cik nurmisnan, kebanyakkan orang kita bekerja dan cari rezeki di Tesco tuu…
kesian kaum penyu.. manusia memang ade yg tak bijak. hilang mood bercuti di pulau pangkor bila tengok ada sampah yg dibuang merata-rata. di mana2 pon same je..
Kalau sudah sampah merata tentu semak dimata. Plastik ambil masa untuk menguraikan kecuali yang jenis bio-degrasi
Bagus tu.. Usaha mengurangkan penggunaan beg plastik memang perlu disokong sepenuhnya. Tahniah kerana usaha sedemikian.
anif recently posted..Amy Winehouse & 27 Club
masaalahnya kawe asyik lupa bawak beg sendiri bro… Kalau shopping utk one week cam ner?
Beli troli yang boleh lipat dan beroda. Senang. Saya setakat ini guna 2 beg hijau guna semula cukup untuk membawa barang runcit berbelanja untuk seminggu.