Mari bermain Light Painting @ Light Graffiti

Percubaan pertama AkuBiomed bermain Light Painting @ Light Graffiti

Apa bila aku melawat sahabat blogger, saudara Mustaffa ada menulis entri mengenai Light Painting @ Light Graffiti yang dihasilkan beliau. Secara kebetulan Majalah 3 juga  ada menyiarkan tentang Light Grafitti yang dihasilkan HLG Hikarimoji Lights Graffiti. Mereka mengunakan kamera DSLR untuk menangkap imej Light Graffiti. Aku ada mencuba menghasilkan Light Graffiti tapi tanpa kamera DSLR. Percubaan pertama boleh tahan hasilnya walaupun tidak kemas.

Light Graffiti dengan kamera digital kompak Panasonic Lumic

Percaya tidak Light Graffiti yang dihasilkan mengunakan kamera digital kompak sahaja bukannya dari kamera DSLR. Kalau sebelum Light Graffiti dihasilkan dengan menangkap pergerakan imej cahaya dengan kamera DSLR. Kamera digital kompak yang aku guna adalah model Lumix DMC-FX55 keluaran Panasonic. Aku mencuba dengan beberapa setting dan hasilnya amat memuaskan walaupun baru pertama kali bermain dengan Light Graffiti ini. Kalau ada masa aku akan menghasilkan Light Graffiti dengan gaya yang berlainan. Terasa kembali ke zaman kanak-kanak apabila bermain lampu suluh dan kreativiti diperlukan untuk menghasilkan Light Graffiti.

Percubaan pertama Light Graffiti

Percubaan pertama Light Graffiti

Adik beradik koning versi Light Graffiti

Aksi adik beradik koning versi Light Graffiti

Koning Light Graffiti

Ejaan koning

AkuBiomed blog title dengan light Graffiti

Ejaan tajuk blog AkuBiomed

p/s: seronok bermain Light Graffiti. Kalau tidak percaya cubalah :-)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • aizuddin November 9, 2012 at 8:39 am

    Apa mode format camera yg bro pakai kat kompak kamera ni?

  • Hafizul October 30, 2012 at 11:29 pm

    memang menarik la kamera ni..baru tahu camera pun boleh buat mcm dalam photoshop..hehe
    Hafizul recently posted..Minta Jasa Baik Korang SemuaMy Profile

  • Melastik Bintang September 13, 2012 at 10:18 am

    Nice bro…menarik gak eksperimentasi yang bro buat ni….ada style la….

    Melastik Bintang

  • lepakk.com September 8, 2012 at 5:43 pm

    Wah kreatif…tahniah

  • wakiyuddin May 15, 2011 at 12:27 am

    salam ziarah… tahniah! teruskan2… hehe

    • akubiomed May 15, 2011 at 11:05 pm

      Terima kasih, nanti boleh membuat ekperimentasi

  • Noraini April 4, 2011 at 4:57 pm

    Tahniah.. walaupun percubaan menggunakan kamera digital kompak aje, hasilnya menakjubkan. Kalau dipraktikkan selalu mesti pro…

    • akubiomed May 15, 2011 at 11:04 pm

      Tidak mahu cuba mana tahu dapat menghasilkan seni yang luar jangkaan :-)

  • Ladfe Amir March 21, 2011 at 11:31 pm

    nanti aku pun nak try juga. pasti anak sulung aku happy sgt2

  • syahrilhafiz March 20, 2011 at 10:13 am

    alahai, kalau la ada sebijik kamera kan best..

  • Ali ridha March 19, 2011 at 9:31 pm

    boleh tak main macam pedang
    starwar tu…rasa nak cuba juga.
    bila waktu bosan tak tahu nak
    buat apa.hee..

    • akubiomed March 19, 2011 at 11:14 pm

      Boleh sahaja bro. Cuma perlu cari lampu LED warna

  • nuriz March 19, 2011 at 9:19 pm

    buat tutorial satu bro.mantop giler, tak pyh beli kamera dslr pu boleh buat ye..

    wajib buat tutorial ni hehehe

  • titan March 19, 2011 at 8:21 pm

    cara yang baik bila bosan kat bilik..kena cuba gak nih. mana kamera aku nih..

  • nash March 19, 2011 at 3:30 pm

    wow! menarik la kamera tu.. ade efek light graffiti laa
    henset aku punye kamera bile la nak ade.. hahahhahaa
    ceh… ade gak nama ‘KONING’ tuh.. :P
    nash recently posted..Facebook page yang pelik-pelik dan ade Artis add fb aku!My Profile

    • akubiomed March 19, 2011 at 4:09 pm

      Ada handphone yang high spec boleh juga hasilkan Light Graffiti.

  • MDHAFiZ.NET March 19, 2011 at 8:00 am

    ilmu baru nih….kt sini xde tengok tv laa…hahaha..

  • kelkid March 18, 2011 at 11:45 pm

    macam mana nak buat?

  • luthfimy March 18, 2011 at 7:23 pm

    Serius bro smart. Haritu ada tengok kat majalah tiga

    • akubiomed March 19, 2011 at 12:37 am

      Godek-godek setting Panasonic Lumix menjadi pula :-)

  • Amirez March 18, 2011 at 7:07 pm

    nice :) memang tak sangka guna kamera kompak pun bleh buat rupanya. nanti buatlah tutorial. tengok juga kat majalah tiga hari tu

    • akubiomed March 19, 2011 at 12:36 am

      Saya akan usahakan tutorial dan merancang hendak buat entri khas untuk link kepada Light Graffiti yang mengunakan kamera kompak digital

  • aimannajmy March 18, 2011 at 6:58 pm

    wah kamera biasa pun boleh ye… selama ni dok ingat DLSR ja yang mampu hehe (naive pasal kamera)

    • akubiomed March 19, 2011 at 12:33 am

      Kamera kompak digital ada night mode jadi boleh guna untuk menghasilkan Light Graffiti

  • Mus March 18, 2011 at 6:28 pm

    terbaik dari ladang!!
    Mus recently posted..Cintaku Pada Si Pembancuh Milo PanasMy Profile

    • akubiomed March 19, 2011 at 12:31 am

      Terima kasih. Bro telah memberi inspirasi untuk mencuba Light Graffitt. Sekarang aktiviti ini menjadi kegilaan saya :-)

  • Cabaran SEO March 18, 2011 at 5:06 pm

    wah… bestnya… nanti nak test ajak member buat jugak la… pakai kamera digital biasa je kot… sbb tak dslr :-)

    cantik gambar 3 beradik tu… cam ne nak buat jadi bentuk orang tu…? :-D

    • akubiomed March 19, 2011 at 12:21 am

      Rakan sepejabat pun sudah mula buah ekperimentasi. Not bad juga Light Graffiti yang dihasilkan

  • huda yunus March 18, 2011 at 12:01 pm

    as-salam…cantex light painting awak…camne awak buat eh? maksd sy, awak setting digital compact tue kpd mode aper? sy nak try buat, tapi tak twu camne..huhu…

    • akubiomed March 18, 2011 at 2:55 pm

      Bergantung jenis kamera kompak digital. Boleh letak set manual pilih night mode, firework mode. Set ISO tinggi.

  • daus March 18, 2011 at 10:24 am

    fuyoo, jadi tu.. nnti nk try buat jgk lah

  • mim March 18, 2011 at 7:45 am

    huah ! nak try tp mmg x reti sgt sgt sgt . btw , tq for visiting my blog . appreciate that ;)

  • dnoBiz March 18, 2011 at 2:19 am

    Aku satu memang buntu dengan apa yang bro tulis ni..
    taksabar nak tunggu ttr untuk light painting ni heheh
    dnoBiz recently posted..Radiasi – Dari Bencana alam bertukar Krisis NuklearMy Profile

  • suri March 17, 2011 at 11:47 pm

    sakit pula mata yang memandang hee..

  • zik March 17, 2011 at 11:06 pm

    wah bestnya… takda kamera lah pulak.. kena sambar satu nie.. bulan depan kot.. , bukan senang nak buat tuh.. kena teliti.. masa tengok majalah tiga tuh.. cantik jer deme buat..
    zik recently posted..Perniagaan yang mengalami inovasi- bagaimanaMy Profile

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:52 pm

      Kreativiti pun memainkan peranan juga. Saya main hentam untuk percubaan pertama ini :-)

  • Aimi AZ March 17, 2011 at 9:37 pm

    Bestnye. especially gambar bertiga tu. :P syabas!

  • hazman aka species1980 March 17, 2011 at 7:42 pm

    Penghasilan imej yang amat dasat laaa…. mohon buat tutorial…pasti dapat beri manfaat kepada pembaca dan peminat seni fotografi….

  • yurn March 17, 2011 at 7:22 pm

    canggih-canggih…

    • suri March 17, 2011 at 11:48 pm

      mata silau…

      bro ada toturialnya heee.. kami nak tahu gak.. :)

  • dhiyakira March 17, 2011 at 6:08 pm

    how impress me…gud j0b =)..rase nak try lah nanti heheh

  • akubiomed March 17, 2011 at 5:19 pm

    Saya ada memberi tip kepada kawan di pejabat. Dia mengunakan digital kamera kompak model Samsung S760 dan imej Light Graffiti berjaya dirakam.

    Ini menunujukkan Digital kamera kompak berkemampuan menghasilkan seni Light Painting dan light Graffiti juga.

    • akubiomed March 18, 2011 at 10:08 am

      Kamera Nikon Coolpix L21 pun boleh Light Graffiti dengan mengunakan mode Fireworks.

  • tehr March 17, 2011 at 4:51 pm

    heran aku dengan orang2 kreatif ni
    hehe

    aku belum berjaya buat lagi
    huhu

  • HANIF March 17, 2011 at 4:25 pm

    Uhhh!!! bolehjugak yekkk..
    Thanks lawat blog I

  • fyna March 17, 2011 at 3:56 pm

    waaaaaaaaaa…
    gud try….

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:38 pm

      Terima kasih. Walaupun tidak berapa kemas tapi saya sudah dapat setting pada kamera untuk menghasilkan Light Graffiti

  • Lan Bingka March 17, 2011 at 3:04 pm

    guna kompak pun bleh ye.. nanti saya nak cuba

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:29 pm

      Percubaan pertama menjadi memang tidak sangka langsung

  • sw33tdarling March 17, 2011 at 1:50 pm

    1st jugak tgk benda ni… buat laa tutor…

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:26 pm

      Boleh cuba nanti pada kamera kompak digital Panasonic Lumix nanti :-)

  • abby kamil March 17, 2011 at 1:09 pm

    saye de tgk kt majalah 3 hari tu

    hebatnye! hebatnye! hebatnye!

    suke!

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:09 pm

      Biasa-biasa sahaja, pakai kamera pun murah bukan kamera DSLR pun

  • eLLy March 17, 2011 at 11:58 am

    lepas nie Amy sweetdarling boleh la cuba..
    saye tak de lumix :(

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:07 pm

      Yer lah kawan baru sahaja beli kamera kompak digital Panasonic Lumix warna unggu. Nanti entri akan datang saya akan kongsi setting pada Panasonic Lumix

  • maza March 17, 2011 at 10:56 am

    entahnya.. meh ler kongsi camner nak buat tu…huhuhu

    maza tak pernah cuba lagi ni.. ingat mau cubalah.. hehehe

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:04 pm

      Maza punya snap shot lagi hebat saya pun respect dengan kemahiran yang ada pada Maza. Seganlah ha..ha…

  • chii March 17, 2011 at 10:56 am

    seriusly chii ske ngan teknik ni..mmg time tgk majalah tv bbrp minggu lepas..rasa macam..arghh jeles sungguh..

    skrg ni da macam2 teknik dlm fotografi..tp wat masa ni tak berpeluang lg nk buat…

    hurm…menarik..nk ar try test nnt :D

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:03 pm

      Itulah yang terjadi kepada saya, kamera kompak digital Panasonic Lumix ini saya sudah berusia 3 tahun tapi banyak features yang tidak guna sepenuhnya lagi.

      Sekarang ini kalau ambil gambar sudah pun pada mode manual dan tidak lagi mengunakan mode auto.

      • chii March 18, 2011 at 12:17 am

        hehehe..normal la tu…chii sendiri pun x abih lg xplore camera..takat ni kalo nk cantik kan pic..just edit di PS je..mungkin pasni da leh start gunakan apa yg ada di cam itu sendiri :)

  • afique March 17, 2011 at 9:30 am

    selama ni ingat kene guna dslr. rupanya pakai camera biasa yang mempunyai setting tertentu pon boleh yee. balik ni nak godek setting camera la. hehe :P

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:58 pm

      Godek jangan tidak godek nanti sama-sama boleh kongsi hasil seni Light Graffiti semasa blogger yang mempunyai minat yang sama

  • Zala Wajik March 17, 2011 at 9:06 am

    takde kamera langsung nak cuba, hua3

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:52 pm

      Kamera kompak digital pun sudah dijual pada harga yang berpatutan berbanging semasa zaman saya beli digital kamera Kodak 1 Megapiksel pada RM1500

  • PakarBuahPinggang March 17, 2011 at 8:50 am

    Salam bro,ramai yang minta buatkan tutorial.Macam mana?Kena buat satu entry macam ni.
    PakarBuahPinggang recently posted..Rawatan Untuk Kegagalan Buah Pinggang &amp KomplikasinyaMy Profile

    • tengkorak emas March 17, 2011 at 3:50 pm

      ya betul tu bro, TE pun nak tau hehe

      • akubiomed March 17, 2011 at 10:50 pm

        Bro TE selalu berada di lautan boleh cuba buat Light Graffiti tentu menarik hasilnya nanti

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:49 pm

      Insyallah akan diusahakan pada masa akan datang. Saya pun belum habis membuat eksperimen lagi

  • Sabahan Bloggers Club March 17, 2011 at 7:53 am

    Takde buat tutorial step by step ke? Tak faham dengan binatang ni, camna nak buat?
    Sabahan Bloggers Club recently posted..New Blog Review PolicyMy Profile

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:46 pm

      Pada kamera kompak dgital ada night mode yang mana kita tidak pernah guna kerana kita akan guna auto mode apabila ambil gambar. Kena rajin godek feature yang ada padanya

  • adele March 17, 2011 at 7:25 am

    cantiknya..mmg ada mode light graffiti ke kt dlm kamera?

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:34 pm

      Kamera kompak digital saya tidak secanggih kamera DSLR. Cuma memerlukan beberapa setting night mode, Speed Shutter dan ISO

      • adele March 18, 2011 at 1:33 am

        tak dpt nak cuba..kamera dah hilang..tersalah letak..x jumpa smpai ke hari ni..mmg sedih

        • akubiomed March 18, 2011 at 10:23 am

          Adele kena cari balik nanti boleh cuba layan Light Graffiti untuk menghilangkan stress study. Orang muda biasanya lebih kreatif meluahkan seni :-)

  • FD March 17, 2011 at 7:17 am

    wow… hebat hebat… takkan xder tutorial nak buat camne.. kasi kat makwe satu :D :D
    FD recently posted..Robotstxt Selamatkan Gambar TutorialMy Profile

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:30 pm

      Insyallah saya akan usahakan pada masa entri akan datang

      • adamfaiz March 18, 2011 at 9:45 am

        Buat bro..jgn tak buat… boleh aku try nanti

  • decrewz March 17, 2011 at 4:19 am

    Baru 1st time Jai tengok mende ni.. Guna camere je?

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:23 pm

      Betul bro Jai guna kamera sahaja tapi kalau guna kamera DSLR lagi hebat kerana banyak setting yang boleh main

      • decrewz March 18, 2011 at 3:21 am

        jai igt org buat ni cuna effect dari photo editor macam PS tu..hu3. Teringin nak beli DSLR tapi x mampu lagi.. Kumpul2 dulu..he3

        • akubiomed March 18, 2011 at 10:21 am

          Gambar Light Graffiti saya ambil tidak diedit dengan PS.

          • decrewz March 19, 2011 at 4:50 am

            Barulah jai tahu… Sebelum ni ada tgk org buat… Bilalah blh angkat DSLR nih…hu3

          • akubiomed March 19, 2011 at 4:12 pm

            Jai kalau hendak panggil buat Light Graffiti untuk gambar sanding nanti boleh panggil saya :-)

  • Azuan March 17, 2011 at 1:18 am

    A’ah bro.. ari tu ada kelau dlm Majalah 3.. teruja tgk dorang buat.. mmg pro lah.. bro pun nnti blh jd pro gak ni…
    Azuan recently posted..Apple iPad 2 Malaysia Kini PercumaMy Profile

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:21 pm

      Saya pun ada menonton di Majalah 3. Percubaan Light Graffiti ini terdorong kerana saudara Mustafa :-)

  • kulanz March 17, 2011 at 1:00 am

    hasil yang menarik ni bro.. taniah
    mungkin nanti bro boleh kongsikan setting untuk ambik gambar light graffiti tu.. nanti bolehlah dicuba guna kamera compact..

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:18 pm

      Terima kasih. Nanti saya akan kongsi pada entri yang akan datang.

  • sazuwi March 17, 2011 at 12:42 am

    wah.. tak sangka boleh pakai compact kamera jer?
    ingatkan dslr jer yg mampu buat macam nie..
    stail gak bro..

    • akubiomed March 17, 2011 at 10:02 pm

      Saya hanya mencuba buat Light Graffiti dengan kamera digital kompak. Tidak sangka menjadi pula. Kalau ada sesiapa ingin menjadikan hobi terpulanglah

  • Ekspresi Ruang March 17, 2011 at 12:09 am

    mantap gile leh buat perkataan akubiomed tu!

Trackbacks