Lempeng pisang untuk minum petang

Lempeng pisang antara makanan tradisional Melayu.

Petang ini isteri menyediakan Lempeng pisang untuk minum petang kami anak beranak. Kalau minggu lepas kami anak beranak makan Cucur Kodok sebagai minum petang. Dulu cara ibu saya membuat Lempeng pisang dimakan dengan cicah kelapa parut. Kali ini isteri saya menyediakan Lempeng pisang cara negeri Perak.

Lempeng Pisang cara Perak berinti kelapa parut.

Lempeng pisangLempeng pisang

Kalau cara ibu saya buat Lempeng pisang di makan dengan cicah Kelapa parut. Kalau di sebelah negeri Perak agak berbeza sedikit cara penyediaan Lempeng Pisangnya dengan berinti Kelapa parut. Rasanya tetap sama cuma cara penyedian Lempeng pisang sedikit berbeza.

Lempeng pisang

Lempeng Pisang boleh disediakan untuk minum petang bersama keluarga dan cara penyedian tidaklah susah. Cuma masalah hendak mencari daun pisang agak susah sedikit kecuali kalau ada tanam pokok pisang di halaman rumah.

p/s: Selamat minum petang bersama keluarga tercinta.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • cik tom February 19, 2012 at 10:37 pm

    1st time tgk lempeng camtu..huhu

  • hafizmd February 17, 2012 at 8:04 am

    ooo…ini kira versi peraklah ni…nampak menarik sbb kalau terengganu punya versi, just letak kelapa parut tu jer..pisang takde…

    cicah ngn kelapapun baru dgr hari ni…sodapnye!

    p/s-ikhlas dari penggemar cekodok pisang…hehee

  • Izwan February 16, 2012 at 4:19 pm

    background putih je bro.. shoot lempeng kat mini studio gak ke? hehe.. sedap ahh,saya makan lempeng pisang pun tak gelap camni kalernya.. menarik gak..
    Izwan recently posted..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali BlogMy Profile

  • chii February 15, 2012 at 1:59 pm

    ingtkan chii sorang je…ramai lg yg x pernah mkn lempeng pisang…
    tp kalo mkn tgh panas2..mmg sgt menyelerakan..di cicah plak ngan sambal tumis..perghh

  • eiela February 14, 2012 at 6:36 pm

    saya tak pernah makan lempeng pisang. mak tak pernah buat. lenyek2 letak atas daun ke mcm lepat tuh?
    eiela recently posted..Lima Kali LegaMy Profile

  • nuriz February 14, 2012 at 6:28 pm

    tak penah makan lagi cara lempeng ada inti tu , sedap nampak :)
    nuriz recently posted..Sinopsis Adnan Sempit 2 dan TrailerMy Profile

  • kimmie February 14, 2012 at 4:53 pm

    tak pernah makan lempeng pisang, biasa makan lempeng kosong je, cicah dengan kuah gulai :)

  • iza February 14, 2012 at 4:48 pm

    Assalam…
    Kalau di Kedah mungkin panggil “Peknga” kot atau tempek kat belanga jadi tak perlu daun2 pisang tu semua…

  • Sya Isya February 14, 2012 at 2:14 am

    ohh…. tak pernah tahu pula lempeng pisang stail gini wujud. Huhhu…Teringin juga nak rasa. Pos kat Sya, boleh? :D
    Sya Isya recently posted..CERITA KISAH INFO TERLARIS MASA KINIMy Profile

    • akubiomed February 14, 2012 at 3:44 pm

      Amboi, Lempeng pisang pun perlu pos. :-)

  • zulkbo February 13, 2012 at 11:17 pm

    salam..
    sedap berlempeng nih
    tapi saya kurang suka
    yang ada nyok..he he
    zulkbo recently posted..Senarai Penuh Pemenang Anugerah Grammy (Award) 54 | 2012My Profile

  • ciksembang February 13, 2012 at 10:56 pm

    orang negeri pun sama macam perak ni..kat seremban ni mmg ada kedai yg jual lempeng panas utk minum petang

    • akubiomed February 14, 2012 at 3:47 pm

      Tidak salah saya di Perak ada dijual Lempeng pisang di gerai. Mungkin orang Perak yang membaca blog ini boleh mengesahkan. :-)

  • piah becok February 13, 2012 at 6:15 pm

    ooo macam sedap je. salu kita makan lempeng pisang goreng gitu je. takde bungkus dengan daun pisang ke apa. tak pun buat cekodok pisang je. haha

    • akubiomed February 14, 2012 at 3:48 pm

      Daun pisang sebagai pelapik ketika di bakar sahaja kalau tidak nanti melekat di plate besi.

  • adamfaiz February 13, 2012 at 5:25 pm

    Aku makan lempeng biasa je… cicah dengan kuah masak lomak cili api semalam punyo… fuhhh!!
    adamfaiz recently posted..2500 Sebulan, 83 SehariMy Profile

  • Yas February 13, 2012 at 5:00 pm

    yang ni aku pun belum pernah cuba bro….tetiba terasa nak gi beli pisang lak petang nih….:)

    #Nampak lazat bebeno tuuu….
    Yas recently posted..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali BlogMy Profile

  • pipoq February 13, 2012 at 4:32 pm

    memang layan kalu pekena lempeng pisang ni petang petang..kena lak ngan kopi o pekat, hari hujan lak tu..

    • akubiomed February 14, 2012 at 3:49 pm

      Orang Sarawak kata “nyaman” .:-)

  • suri February 13, 2012 at 2:43 pm

    jangan sesekli coba d tolk nnti rugi heee

  • suri February 13, 2012 at 2:39 pm

    untung ada yg mmbuat apa yg hidang mulut menyuakan sahaja…

  • wahida February 13, 2012 at 2:32 pm

    mak aiiiii…sodapnyo lah…dah la tak lunch lagi neh…

  • nizam February 13, 2012 at 1:39 pm

    tak pernah lagi makan lempeng pisang macam ni..hehehe…but nampak menarik la..

    • Tungku Moden February 13, 2012 at 2:22 pm

      Makan lempeng takpe..tapi kalau makan lempang memang xbest.Tapi jadi lapar plk tgk nih

      • nizam February 14, 2012 at 3:28 pm

        hahaha..makan lempang ya…tu memang tak best… :P

        • akubiomed February 14, 2012 at 3:43 pm

          Memang tidak best kalau terkena lempang. :-)

  • puanbee February 13, 2012 at 12:24 pm

    memang masaalah nak cari daun pisang tu ..

    tapi lempeng ni suka makan panas2 je bila dah sejuk jd tk sedap pula

  • madammondoq February 13, 2012 at 9:54 am

    tak suka lempeng pisang.. suka pisang goreng,…
    madammondoq recently posted..Untuk Peminat Tegar Bola : Euro 2012 ‘Unmissable’ di ASTROMy Profile

  • Dulu Lain Sekarang Lain February 13, 2012 at 9:51 am

    adehhh.. dah lama kawe tak jumpa makanan ni kat KK… Hmmm… kena selalu balik semenanjung cam nie :D

  • Amirez February 13, 2012 at 9:46 am

    tak pernah lagi makan lempeng pisang. tengok macam sedap. anak saya mesti suka, lagi2 ada pisang :)

  • Norizwan February 13, 2012 at 6:48 am

    lempeng pisang ni kalau dimasak ngan masakan ibu sendiri memang sedap sekali….:-)

  • zie fauzi February 13, 2012 at 3:07 am

    kurang sikit la lempeng pisang ni, tp kalu cucoq kodoq memang laju.. makan time panas2 sat ja habis…

  • bardboo February 13, 2012 at 2:13 am

    sedapnya…meh la hantar ke sini sikit..

  • isza February 13, 2012 at 1:12 am

    Lama x makan lempeng..
    teringat lempeng pisang air tangan arwah opah..

  • cikgu naman February 13, 2012 at 12:45 am

    dhla perut tengah menyanyi² nihhhhhhh..hehe

    paling senang lempeng kosong je kan?hihi

  • tehr February 13, 2012 at 12:36 am

    Wah, aku belum pernah cuba yg berinti kelapa parut ni
    Selalunya makan cicah kelapa je
    tehr recently posted..Pantun 10 Kerat | KeringMy Profile

  • Juan February 13, 2012 at 12:22 am

    serius saya dah lama x makan lempeng pisang nih, bro nak sikit boleh

  • titan February 13, 2012 at 12:19 am

    hehe..nak sikit..
    titan recently posted..Komisen kedua dari MetavertizerMy Profile

  • azmanisma February 13, 2012 at 12:11 am

    Sedap makan waktu petang,tambahan pulak makan rebut2 dgn anak…5 keping pun tak terasa. )

  • cmratu February 13, 2012 at 12:07 am

    Sedap ni.. lama dah tak rasa..
    cmratu recently posted..Selamat Pengantin Baru Abangku..My Profile

  • Ekspresi Ruang February 12, 2012 at 11:54 pm

    fuh, mmg terangkat mata tros segar dan rasa lapar bila tgk gmbr tu. huhu
    Ekspresi Ruang recently posted..Lid Sid Oleh Luka Or: Penahan Tudung Periuk Yang ‘Cute’?My Profile

  • azura February 12, 2012 at 11:43 pm

    eh eh macam betul pulak, memang lempeng pisang belah Perak bubuh kelapa parut dalam lempeng tapi itu belah Perak dah hala ke Selangor je kot…favorite saya tapi tak yah taruk inti kelapa sebab saya tak makan inti sangat…

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:48 pm

      Kalau cara emak saya tidak diletakkan kelapa parut didalam Lempeng pisang sebaliknya kelapa parut dibuah cicah.

  • adele February 12, 2012 at 11:04 pm

    em, kami sekeluarga pun mkn lempeng pisang ada kelapa kt tengah..x sangka lah plak org Perak mkn cra mcm ni jgk..huhu

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:48 pm

      Adele pandai buat Lempeng pisang? :-)

      • adele February 12, 2012 at 11:54 pm

        mestilah pandai..jgn x pcy plak.. :P

        • akubiomed February 12, 2012 at 11:59 pm

          Untung bakal suami yang ada Korean look dapat isteri yang pandai buat Cucur kodok dan Lempeng pisang. :-)

  • Shasha Catering February 12, 2012 at 10:14 pm

    Macamana cara buat lempeng pisang style Perak ni?
    Menarik kalau dapat dikongsikan ;)
    Shasha Catering recently posted..Kerap Bersenam Untuk KesihatanMy Profile

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:46 pm

      Antara 2 lampisan Lempeng Pisang ditaburkan dengan parut kelapa kemudian kedua-dua lapisan ditekap sebelum dibakar attas dapur.

  • Mus February 12, 2012 at 10:11 pm

    memang betul tu.. daun pisang susah nak cari.. kena beli jugak..
    Mus recently posted..Ikan Bilis Di Papar Berkualiti TinggiMy Profile

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:53 pm

      Nasib baiklah jiran ada tanam pokok pisang boleh mintan daun pisang sedikit. :-)

  • LadyBird February 12, 2012 at 10:06 pm

    buat lempeng gune daun pisang ek?

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:45 pm

      Daun pisang digunakan untuk melapik Lempeng pisang ketika dipanaskan atas dapur.

  • auc dot com February 12, 2012 at 9:42 pm

    pergggghhhh menyelerakan
    kat belakang rumah sy byk pokok pisang saya tanam :)

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:51 pm

      Saya adalah tanah sekankang kera di depan dan dibelakang rumah tanam pokok buah-buahan tetapi tidak pokok pisang.

  • Miss Yati February 12, 2012 at 9:35 pm

    Yati suka menikmati minum petang pada hujung minggu. Terasa sangat tenang dan damai. Maklumlah hari biasa, mana sempat nak bersandar di kerusi sambil minum dan makan :D

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:51 pm

      Minum petang anak beranak sahaja. :-)

  • nurmisnan February 12, 2012 at 9:05 pm

    Alhamdulillah.. sodapnya brother. Orang pahang pun mkn lempeng pisang
    cicah kelapa parut. Kalau buat cekodok pisang pun + kelapa parut = superb.
    nurmisnan recently posted..Valentine day itu haram – Wanita Hari IniMy Profile

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:49 pm

      Memang superb ada rasa masam, manis dan masin. Semuanya cukup rasa. :-)

  • apaajanews February 12, 2012 at 8:39 pm

    yang ni memang favourite…bro…ada kelapa parut lagi…fuuuhhh tu yang sodap tu
    apaajanews recently posted..MELAWAT MUZIUM TUDM KLMy Profile

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:57 pm

      Bila sudah makan Lempeng pisang tidak ingat dah. :-)

  • padin February 12, 2012 at 8:08 pm

    walaweh bro.. memang membangkitkan selera nih, dah lama tak pekena lempeng pisang.. kena pulak inti kelapa parut tu di tambah sikit garam, berlawan dengan rasa pisang, phewww

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:56 pm

      Bila sudah berumah tangga nanti boleh minta isteri tersayang buatkan yer. :-)

  • maza February 12, 2012 at 8:07 pm

    aderkk… kecur sudah.. huhuhu

    esok pagi2 giliran maza lak bikin kecur semua org..
    makanan istimewa akan dipaparkan di blog sana.. tungguuuuu!!

    huhuhu

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:54 pm

      Nak tahu juga apa yang bakal disediakan oleh bro Maza. :-)

      • suri February 13, 2012 at 2:24 pm

        bro maza ke atau isteri dia turun ke medan dapoh heee

  • anif February 12, 2012 at 7:59 pm

    Hidangan minum petang yang sangat istimewa. :D
    anif recently posted..R.I.P Whitney Houstan 1963 – 2012My Profile

    • akubiomed February 12, 2012 at 11:55 pm

      Hidangan minum petang yang ringkas dan cepat.

      • neo February 13, 2012 at 10:21 am

        time hujan lg ok ni bro :)

        • suri February 13, 2012 at 2:36 pm

          ipoh ptg smlm hujan mujur dpt rempit senam di taman botani, ipoh heee