X
    Categories Public Gold

Kesan selepas menghadiri Seminar Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda

Semalam saya telah menghadiri Seminar di anjuran Public Gold cawangan Petaling Jaya yang bertajuk “Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda. Saya boleh dikatakan antara terawal kerana seminar bermula jam 8.30malam dan sempat bersolat jemaah di masjid Al-Husna Bandar Sunway. Saya perlu menempuh perjalanan lebih 45 minit untuk sampai jadi perlu mencari lokasi masjid berdekatan dengan lokasi seminar.

Apa yang saya kongsikan didalam seminar ke sini mungkin agak berbeza didalam seminar ia tetapi tidak menghalang untuk saya berkongsi point penting untuk yang terbaca blog post ini akan celik mengenai emas.

Berguru dari mereka yang berjaya jika ingin berjaya seperti mereka.

Encik Mohd Zulkifli Shafie adalah penyampai seminar mengenai emas pada malam tersebut. Beliau merupakan seorang Master Dealer Public Gold dan juga penulis blog MohdZulkifli.Com sejak tahun 2008 lagi. Apa yang menarik adalah kesedaran beliau menabung emas dan bebas hutang pada usia muda iaitu 27 tahun. Bagaimana pula kita? Masih berhutang dan bekerja untuk membayar hutang setiap bulan selepas menerima gaji bulan.

Saya mula ingin tahu mengenai penabungan emas apabila secara tidak sengaja terbeli ebook Rahsia Usahawan Emas di Klikjer. Dari titik tolak tersebut terus mencari maklumat mengenai simpanan emas ini. Sudah menjadi sifat saya sentiasa ingin tahu akan mencari sehingga dapat jawapan.

Tanpa banyak soal membeli 1gm emas Gold Accumulation Program (GAP).

Siapa sangka tanpa banyak soal saya terus membeli 1gm emas Gold Accumulation Program (GAP) erkesan membaca ebook tersebut dan seterusnya menjadi dealer Public Gold. Walaupun banyak informasi yang boleh dicari dengan mengunakan Google tetapi guru yang paling baik adalah dapat berguru dengan mereka yang arif. Memang bertepatan dapat mendengar sendiri penerangan  dari en. Zulkifli sendiri dan pada sama boleh bertanya secara terus dari beliau.

Kosongkan fikiran supaya mudah untuk menerima.

Saya berasa bertuah kerana sebelum hadir ke seminar saya telah kosongkan fikiran saya supaya dapat menerima apa yang ingin disampaikan. Jika awal-awal lagi sudah berasa bagus dan berasa hebat tentu banyak didalam diri saya akan memberontak dan menentang dengan maklumat yang bakal disampaikan.

Kehadiran mahasiswa ke Seminar Simpanan Emas menimbulkan persoalan.

Kehadiran anak-anak muda yang masih menuntut di universiti ke seminar ini menimbulkan persoalan kepada saya jika nak dibandingkan saya sudah berkerjaya dan mempunyai pendapatan setiap bulan. Mahasiswa ini tentu mengharapkan yuran pengajian dan elaun sara hidup. Bagaimana mereka boleh mempunyai kesedaran menabung emas pada usia muda dan dari mana datangnya sumber duit untuk membeli emas? Jadi jangan pandang rendah kemampuan mereka ini untuk menyimpan emas kerana kita yang berpendapatan tetap belum tentu mampu membeli emas.

Adik Irfan Amsyar mengumpul dan jual kotak buruk yang dikutip dari kedai orang tuanya dan kedai berdekatan mampu jana pendapatan RM84 sebulan. Duit tersebut beliau beli dinar perak. – Kredit FB Mohd Shukor Nor Hafiza

Penyusutan nilai wang kertas @ wang fiat.

En Zulkifli bermula kebocoran wang disebabkan 3 perkara iaitu emosi, ekonomi dan politik. Emosi yang dimaksudkan oleh nafsu untuk berboros kerana wang kertas ini mudah untuk dibelanjakan tanpa sedar. Faktor kedaulatan dan kestabilan sesebuah negara terkesan daripada kestabilan ekonomi dan politik. Contoh paling mudah kalau sesebuah negara didalam kancah peperangan sudah tentu akan mengugat kestabilan politik dan ekonomi menyebabkan nilai matawang sesebuah akan jatuh. Lihat negara-negara yang berperang di Afrika dan Timur Tengah menyebabkan rakyat perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membeli keperluan harian.

Faktor utama yang menentukan masa depan kewangan kita buka ekonomi tetapi psikologi-Jim Rohn

Zaman sekarang semua kos naik tidak ada yang turun?

Teringat kepada zaman saya sekolah rendah dahulu diberi duit sebanyak 30sen. Sekitar 80an semasa waktu rehat sekolah, saya boleh membeli 20sen kuih cucur udang yang boleh dimakan kenyang dan secawan air berharga 10sen. Ramai yang bersetuju amat mustahil boleh belanja 30sen zaman ini. Kalau dibeli 30sen kepada anak kita tentu anak tidak mahu kerana tidak cukup untuk beli apa-apa. Air secawan disekolah rendah anak saya berharga 50sen dan anak saya di sekolah menengah pula secawan berharga seringgit. Kalau emas kita simpan 1gm tetapi akan kekal 1 gam sampai bila dan harganya pula akan semakin tinggi.

Menyimpan emas akan dapat pendapatan tiap-tiap bulan itu Skim Cepat Lingkup.

Ini persoalan bermain dikepala saya, kalau saya menyimpan emas bila harga nak naik? Kalau boleh hari ini beli emas esok harga naik dan mahu untung berkali ganda. Ini adalah fahaman silap kerana simpan emas tidak akan beri pendapatan setiap bulan seperti rumah sewa. Berbalik tujuan asal membeli emas adalah untuk mengelakkan kebocoran kewangan berbanding wang kertas mudah kita untuk berbelanja. Kalau ada duit RM50 didalam tangan juga akan habis dan kalau ada RM100 juga akan habis. Kalau ada emas dalam tangan nak buat apa? Saya biarkan rakan-rakan jawab sendiri.

Kalau ada yang mengatakan melabur emas boleh dapat income tetap tiap-tiap itu namanya Skim Cepat Lingkup kerana membeli emas tidak akan hasil bulanan. Simpan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang 2 tahun barulah nampak hasilnya.

kekayaan bukan berapa banyak income yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita simpan – Zulkifli

Buat simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan seawal yang mungkin.

Encik Zukfili menyarankan supaya mempunyai simpanan merupakan tabung kecemasan 3 bulan pendapatan. Ia perkara yang sukar dilaksana tapi tidak mustahil. Sudah menjadi lumrah setiap kali nak masuk gaji didalam kepala sudah berangan nak beli apa dan belanja apa. Walhal duit belum masuk lagi dalam akaun bank sudah berangan-angan untuk berbelanja. Jadi perkara pertama kali perlu buat apabila terima gaji adalah asingkan duit untuk dimasukkan ke dalam kecemasan ini. Kalau belum ada usahakan simpanan kecemasan ini.

Bagaimana hendak mulakan menyimpan emas pada modal rendah?

Boleh menabung emas RM100 atau 1gm dengan emas Gold Accumulation Program (GAP). Ramai yang mengesyorkan beli ketika harga murah dan jual pada harga murah. Masalahnya bila harga emas murah kata encik Zulkifli? Ada 3 jenis orang yang membeli emas iaitu menyimpan, melabur dan menjual. Bagi yang menyimpan membeli emas tidak kisah pada harga murah dan mahal. Ada duit akan beli emas untuk simpan kerana tujuan beli emas adalah untuk menyimpan. Manakala pelabur emas adalah mereka yang terlibat aktviti mengaut untuk dengan bermain pasaran emas. Bagi mereka jumlah emas tidak penting tetapi membuat urusan jual beli untuk dapatkan keuntungan. Yang menjual pula membuat keuntungan dengan menjadi penjual @ peniaga emas. Jadi kenal pasti tujuan membeli emas sebagai penyimpan, pelabur atau penjual?

Motivasi untuk mula membeli emas.

Rasa susah sangat hendak membeli emas tetapi tahu tak? Boleh membeli emas 1gm dengan akaun GAP buat permulaan bak kata encik Zulkifli sebagai motivasi untuk mula menabung emas. Lihat sendiri dan rasa berat emas tersebut mungkin dapat membakar semangat menambah emas lagi. Apabila sudah beli emasiboleh buat benchmark semakan harga untuk pembelian akan datang.

Simpan emas 1 gram setiap bulan untuk simpanan tabung pendidikan anak-anak sehingga 18 tahun. Tidaklah perlu risau duit perbelanjaan pengajian anak-anak kerana simpanan emas tersebut boleh dicairkan kepada tunai.

Harap perkongsian panjang lebar mengenai emas ini dapat memberikan motivasi untuk menabung emas.

Jika ada rakan-rakan dari Singapura atau Indonesia ini membuka akaun Gold Accumulation Program(GAP)  perlukan Introducer ketika mendaftar. Boleh isi nombor PG saya iaitu PG00069417.

Contoh gambar dibawah.

 

——————————————————————————-

Isi maklumat dibawah jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Public Gold.

Comments

comments

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (25)

  • Pendapat kawe,,,
    Kebanyakkan transaksi jual beli EMAS JONGKONG, yg untung banyak ialah DEALER,,, Pembeli punyai RISIKO yg besar,,,
    Betu EMAS instrument terbaik utk menahan dari kemelesetan nilai wang, tetapi bagi kawe EMAS BARANG KEMAS adalah yg sebaiknya,,,
    Nak beli JONGKONG EMAS boleh, pastikan DUIT ANDA terlalu banyak dan sudah penuh simpan di TABUNG HAJI, ASB, UNIT TRUST etc.
    Pandangan kawe sahaja...

    • Saya bersetuju. Berniaga melibatkan keuntungan. Kalau beli emas untuk simpan dalam jangka masa panjang sudah tentu akan untung ketika beli. Sebab itu ditekankan mempunyai tabung simpanan tabung kecemasan sekurang-kurang 3 bulan atau lebih dan pada peringkat usia muda perlu mula merancang kewangan dengan pelbagai cara seperti menyimpan di bank, unit amanah, menabung emas dan sebagainya.

      Pengurusan kewangan penting supaya tidak berlaku kebocoran atau berbelanja diluar kemampuan. Membeli emas nak tunggu harga rendah atau beli ada duit mungkin tidak terjadi. Peluang untuk menabung pada kos rendah dengan membeli emas kadar yang termampu.

      Begitu ada beberapa skim yang mendapat kelulusan Bank Negara juga menawarkan perkara yang sama dan tidak ada beza memberi sedikit komisen kepada promoter. Salah satunya Skim Pesaraan Swasta(PRS) boleh bermula dengan RM100 yang mana saya buat potongan gaji setiap bulan selain tidak bergantung simpanan KWSP semata-mata tidak mungkin dapat menampung ketika bersara nanti.

    • Suka cara beliau menguruskan kewangan dan kemudiannya selepas bebas hutang, beliau guna duit lebihan dengan menyimpan emas nak elakkan kebocoran tunai.

  • Saya suka simpan emas perhiasan je. Selain boleh dipakai & senang untuk dicairkan pada bila2 masa.

    Cuma emas perhiasan nie ada upah bergantung design yang kita minat. Kena pandai buat calculation semasa membeli.

    Emas bar/ Coin bar lebih kepada personal collection. Part of my hobbies

  • Alhamdulillah saya pun dah ada kesedaran menyimpan emas walaupun sedikit terlambat.. Tapi lebih baik dari tak buat kan..

    • Ya, tidak terlambat untuk menyimpan emas. Nak tunggu harga emas turun tidak tahu bila biasanya kita akan beli emas pada harga mahal.

      Sekarang ini dengan Public Gold boleh mula simpan emas serendah RM100 atau 1gm emas dengan Gold Accumulation Program(GAP). Boleh buka akaun bersama anak-anak dan ibubapa untuk menabung tabung pendidikan sehingga umur 18 tahun. Sudah tentu ketika nilai emas lebih mencukupi untuk membiayai pendidikan.

      Setiap emas GAP yang dibeli disokong 100% dengan emas fizikal. Setiap pembelian tidak dikenakan GST.

  • saya pun join juga tim emas ni. alhamdulillah sedar tak sedar banyak juga dah menabung, termasuk beli barang kemas. saya celik ems sejak kecil sbb mak selalu belikan, even yang mak belikan sebelum ini pun mmg banyak dah. cuma baru celik emas utk simpan banyak2 start hujung tahun lepas. termasuk tabungan utk anak2 dan tujuan2 lain.

    • Ya, kesedaran untuk menyimpan emas perlu ada selain menyimpan wang tunai kerana jumlah emas kita beli akan kekal selama-lamanya berbanding duit akan susut nilai disebabkan inflasi dan sebagainya.

      Sekarang ini dengan Public Gold boleh mula simpan emas serendah RM100 atau 1gm emas dengan Gold Accumulation Program(GAP). Boleh buka akaun bersama anak-anak dan ibubapa untuk menabung tabung pendidikan sehingga umur 18 tahun. Sudah tentu ketika nilai emas lebih mencukupi untuk membiayai pendidikan.

      Setiap emas GAP yang dibeli disokong 100% dengan emas fizikal.Setiap pembelian tidak dikenakan GST.

      • oo baru saya tahu apa tu GAP. thanks ya. rasa lebih baik cara ini daripada simpan semua dalam TH yang skrg pun rasa dah tak selamat. U know what i mean

        • Kalau beli emas Gold Accumulation Program(GAP) lebih murah berbanding emas jongkong atau dinar kerana ada kos pembuatan termasuk dicampur dengan harga emas sekali. Lagi pun lebih senang menabung emas dengan akaun GAP serendah RM100 atau 1g emas. Jadi tidak perlu bimbang penyimpanan dan emas boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan tinggal baki 1g. Boleh tambah emas tidak kira waktu maksudnya boleh beli 24jam.

  • Alhamdulillah dah makin ramai celik simpanan emas ni sekarang

    Saya seorang yang sangat bertuah sebab berjumpa secara personal dengan Tuan Zulkifli ni dan penerangannya sangat bagus. So, saya memang amalkan simpan setiap bulan 1g untuk pendidikan anak pada masa depan

  • Salam ukhuwah tuan. Bila dapat tau encik Zulkifli menabung dan bebas hutang pada usia 27 tahun pasti ramai orang tertanya-tanya. Dengan menyimpan emas serendah 1 gram setiap kita telah pun membina jambatan aset.

    • Salah satu cara nak selesaikan hutang diusia muda yang kongsikan oleh encik Zulkifli adalah mengamal kehidupan dibawah kemampuan. Bukan bermaksud menjadi seorang kedekut.

  • mmg setuju kesedaran menyimpan emas ni penting, cuma bolehkah ianya di pajak di al rahnu utnk kegunaan kecemasan dsb?

    • Emas Public Gold boleh dipajak semua Al Rahnu tanpa buka seal kerana ada pengesahan ketulenan 999.9 @ 24karat The London Bullion Market Association(LBMA) jadi spread rendah berbanding dengan emas jenama lain. Kalau jenama lain perlu buka seal untuk diuji ketulenan akan menyebabkan kerugian.

  • Kalau beli emas ni, kita tak dapat pegang la emas tu ye? Cuma atas kertas je? Teruk jugak kalau nak simpan sendiri. Tapi nampak banyak orang jual online siap bawak jalan emas tu lagi. Ada yg kena rompak lak tu.

    • Membeli emas ada dua jenis iaitu membeli dengan dapat emas fizikal dan pelaburan emas melalui akaun simpanan.

      Antara bank-bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas ialah:
      1. Public Bank : Gold Investment Account (PBGIA)
      2. Maybank : Gold Investment Account (MGIA). Pemb
      3. Kuwait Finance House: Gold Investment Account (KFHGIA-i)
      4. UOB Bank : Akaun Simpanan Emas
      5. CIMB Bank : Akaun Simpanan Emas
      6. Al-Rajhi Bank: Gold-i
      7. Standard Chartered: Pelaburan Emas Matawang Premium
      8. HSBC : Akaun Simpanan Emas
      9. RHB Bank: Akaun Pelaburan Logam Berharga Berbilang Matawang.

      Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas patuh syariah salah satunya Kuwait Finance House Malaysia (KFH) yang menawarkan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas yang dinamakan Kuwait Finance House Gold
      Account (KFH Gold Account-i). KFH Gold Account-i adalah pelaburan emas yang patuh syariah dan menawarkan emas fizikal kepada pelabur. Boleh bermula serendah 10gm emas dengan ketulenan emas 99.50%

      Gold Accumulation Program(GAP) pula boleh bermula serendah 1gm emas yang ditawarkan oleh Public Gold dengan ketulenan 999.9%