Kereta hibrid penyelesaian kenaikan harga minyak

Bajet 2011 menyentuh pemotongan cukai untuk kereta hibrid pada kadar 50 – 100%.

Aku terbaca di surat akhbar Harian Metro diruangan Bisnes mengenai kemungkinan lonjakkan penjualan kereta hybrid kesan pembentangan bajet 2011.  Pengecualian duti import sebanyak 100% untuk pemegang francais kereta hibrid dan 50% bagi kereta hibrid yang siap pasang(CBU ).

Harga kereta hibrid di Malaysia masih tinggi.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia(MAA) pengumuman pemotongan cukai bagi kereta hibrid didalam pembentangan bajet 2011 akan menggalakkan pengunaan kereta hibrid dan elektrik. Kita tunggu sejauh mana harga baru kereta hibrid mesra pembeli seperti yang dikatakan. Buat masa ini harga Honda Hybrid adalah RM129,980 manakala Toyota Prius pada harga RM175,000 bagi aku harganya belum cukup mesra pembeli macam aku ni.

kereta hibrid

Kereta hibrid Honda Civic Hybrid

Aku amat menyokong kalau harga kereta Hybrid  dijual pada harga mampu milik dan dapat dimiliki oleh semua peringkat golongan bukan golongan tertentu sahaja. Kalau boleh aku mahu menukar kereta yang mencemar alam kepada kereta yang lebih mesra alam dan dapat memberi penjimatan minyak.

Kereta hibrid Toyota Prius

Kereta hibrid Toyota Prius

Aku juga dengar dijangkakan harga tayar akan naik pada tahun 2011 disebabkan kekurangan stok komiditi dunia akibat permintaan tinggi getah mentah dunia. Buat masa ini belum ada teknologi getah sintetik yang dapat mengantikan penggunaan getah asli yang amat sesuai untuk pembuatan tayar.

Tak pun contohi Melaka menggunakan beca yang dijana tenaga solar untuk menjimatkan minyak ;-)

Beca Solar Melaka penganti masalah harga minyak

Beca Solar Melaka

 

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • charmont January 5, 2011 at 11:25 pm

    saya masih x faham..pemotongan cukai import 50%-100% tu untuk kereta baru sahaja ke? ataupun termasuk used car?

    Duti import aje yang ada pemotongan?
    Duti eksais etc. masih ade?

    • akubiomed January 5, 2011 at 11:59 pm

      Pemotongan cukai untuk kereta baru sahaja

  • fiezaradzi October 26, 2010 at 12:33 pm

    harga kete hibrid skg mmg lagi mahal dari kete tak hibrid.. jadi tak de duit nak beli.. huhu.. tgk je la.. setuju gak, patut dikurangkan cukai utk kete2 sebegini, supaya lebih ramai boleh beli..

    lau naik beca tu kat kl ni, hahaa.. awal2 pagi kena keluar, lau tidak tak sempat masuk opis.. hihi
    fiezaradzi recently posted..Ciri-ciri Lelaki IdamanMy Profile

  • zik October 25, 2010 at 12:10 am

    ish2… semua nak naik nie… wah pakai solar beca melaka tuh macam interesting jer… huhu
    zik recently posted..Silap target lah pulak!My Profile

  • Squtopus October 24, 2010 at 1:09 am

    Bila la Malaysia nak buat kereta hibrid sendiri atau aku tak tau mmg dah ade pun? Hehehe. Kalau dapat harga dalam RM40 – RM60k okla:).Kalau harga getah naik mendadak,ramai la anak muda kembali ke kampung dan berminat untuk menjadi penoreh sepenuh masa. Hehehe. Member aku kat kelantan masa getah naik satu ketika dulu, die pernah dapat RM2 – 3k sebulan hasil dari menoreh.Kalau betullah macam tu, engineer pun jelous dengar. hehehe
    Squtopus recently posted..Aliran Wang Masuk Mula KelihatanMy Profile

  • tehr October 23, 2010 at 9:43 pm

    minat gak nak beli satu kalau kena dg harganya
    tehr recently posted..Tangisan Ibu Dan AnakMy Profile

  • Ismail N October 23, 2010 at 8:19 pm

    Rasanya kenaikkan harga minyak memang tak boleh dielak. Konsep demand dan supply dalam ekonomi boleh jelaskan hal ini. Cara terbaik adalah memperbaiki pengangkutan awam dan jalanraya. Kemudahan awam seperti sekolah, klinik, taman asuhan berdekatan boleh mengurangkan penggunaan minyak yang tinggi.
    Saya pun tak pernah try kereta hybrid ni. Kereta Prius tu cuma kenal sebab Will Ferrall guna dlm cerita “The Other Guys” . :D . Probably ia boleh bantu dari segi enviroment. Dari segi mengantikan kereta petrol – not too sure. Maybe akan datang bila teknologi berkembang dan kos pembinaan dan maintenance kereta begini jadi rendah, kita akan kurag gunakan kereta petrol dan diesel.
    Ismail N recently posted..Wayne RooneyMy Profile

    • akubiomed October 23, 2010 at 10:02 pm

      Wah bro, komen berbunyi macam pakar ekonomi. Saya setuju dengan pendapat bro kalau semua itu dipenuhi sekurang-kurang orang tak rasa perlu guna kenderaan sendiri jika negara mempunyai rangkaian pengangkutan cekap. Saya pernah nyaris terlepas naik flight balik ke Malaysia ketika di German gara-gara salah naik train. Kalau tak beraya dekat German

  • etomyam October 23, 2010 at 7:10 pm

    wah tak tahu pun kat melaka ada solar beca hehe :D
    etomyam recently posted..Blog Syok SendiriMy Profile

    • akubiomed October 23, 2010 at 10:04 pm

      Saya pernah naik beca ke sekolah rendah pada masa itu saya sekeluarga ikut bapa saya sambung belajar di USM Penang.

  • donny October 23, 2010 at 6:29 pm

    keta ni dapat kurangkan masalah pencemaran..bagus

  • Hadi Rofiee October 23, 2010 at 4:36 pm

    Rasanya harga itu masih tinggi bg kebanyakan orang. :eek:

  • zuriey October 23, 2010 at 1:54 pm

    agak-agaknya berapa ye harganya lepas takde cukai.. geram lak rasanya..macam nak beli je
    zuriey recently posted..Menang ALL IN ONE GiveawayMy Profile

  • Zezebel October 23, 2010 at 1:46 pm

    bertambah teruk la keadaan di tempat kerja saya yang bergantung dengan generator sebagai sumber elektrik itu kelak. every month kami guna 10k L diesel…..
    Zezebel recently posted..I got a crushMy Profile

  • brutalsolo October 23, 2010 at 1:49 am

    tukar kerajaan masa pilihan raya ..minyak akan turun
    brutalsolo recently posted..DI SEBALIK TEMBOK YANG RUNTUHMy Profile

    • akubiomed October 23, 2010 at 9:56 am

      Bertukar kerajaan bukan penyelesaian penurunan minyak kita kena ingat sumber alam ini makin lama makin susut. Kena cari sumber alternatif yang lebih murah dan tidak memudaratkan alam

    • Panduan Buah Pinggang Sihat November 26, 2010 at 10:56 pm

      Setuju sangat-sangat.Kereta hybrid memang bagus,tapi mampukah gologan biasa macam saya ni mampu memilikinya?
      Panduan Buah Pinggang Sihat recently posted..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian DarahMy Profile

  • nash October 23, 2010 at 1:31 am

    taw xper..setuju…baik gne kereta hibrid nie..walaupon aku nie xfaham sgt pasal kereta hibrid nie,tapi aku tahu kereta cmnie mmgla bagus kerana xgne minyak kan? mesra alam nie :)
    nash recently posted..Pengertian Sebenar SeksiMy Profile

Trackbacks