Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan A

Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan A untuk ke Separuh Akhir.

Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan A

Tanniah kepada pasukan skuad Harimau Muda bawah 23 tahun berjaya mengalahkan skuad Indonesia yang dikenali oleh Garuda. Gol Malaysia di jaringkan oleh Shahrul Azwari pada minit 17 pada masa pertama. Skuad Indonesia tidak menurunkan pemain kesebelasan utama atas alasan taktikal. Kemenangan 1 – 0 ke atas skuad Indonesia melayakkan Malaysia sebagai juara kumpulan A.

Skuad Singapura yang berjaya menewaskan skuad Thailand dengan 2 Р0 telah tersingkir kerana 2 pasukan kumpulan A teratas  iaitu Malaysia dan Indonesia telah layak ke Separuh Akhir. Malaysia bakal bertemu skuad Myamar dan Indonesia akan bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir.

Secara keseluruhan skuad Malaysia menguasai permainan walaupun pada penghujung masa pertama ada ringkasan data mengenai statistik penguasaan bola kedua-dua pasukan agak mengelirukan. Tanniah kepada skuad Harimau Muda kerana mempunyai pertahanan yang kental dan bermain dengan baik sekali. Ong Kim Swee jurulatih skuad Harimau Muda telah diarahkan supaya duduk di tempat penonton pada separuh masa ke 2.

Ulasan penuh antara pertemuan Malaysia vs Indonesia boleh didapati blog Zikrihusaini.

Separuh masa pertama aku terpaksa menonton Live Streaming kerana ahli keluarga memilih untuk menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Hanya selepas filem tersebut habis tayangan barulah aku dapat menonton permainan separuh masa ke 2.

30 total views, 1 views today

41 thoughts on “Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan A”

  1. Pingback: Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011
  2. salam..
    pasukan kita selangkah lagi
    ke perlawanan akhir kini
    setelah menang dengan Myanmar
    sebentar tadi..harapan lawan
    kita di akhir bukan Indonesia
    teruk kena provokasi nanti

    [Reply]

    Yas Reply:

    yup…insyaallah kita boleh!! Harimau Malaya bolehh…:)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Pingat perak sudah didalam genggaman. Skuad Harimau muda akan bertemu skuad Garuda pada final nanti.

    [Reply]

  3. Pemain2 muda mmg menunjukan peningakatan…terbaik. Ttp kelemahan2 yg ada tu perlu diperbaiki segera…penyerang juga diharap lebih peka dgn peluang yg ada

    [Reply]

  4. dari segi serangan dah ok. tapi penyudah kureng. kalau izzaq leh jadi something, aku yakin malaysia akan jadi pasukan penyerang yang paling menggerunkan. defend bermain dengan baik. tapi risau gak sebab boleh lambung kekadang terlepas gak bola tu..nasibla tak gol malam tadi..
    titan recently posted…Komisen ke 28 dari Paid-to-Promote.netMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Izzaq boleh pergi jauh dengan ketinggian dan kelincahan beliau akan matang dibahagian serangan.

    [Reply]

    Yas Reply:

    harap2 beliau dpt perbaiki kelemahan yg ada…:)

    [Reply]

  5. Memang berbaloi kemenangan nie di depan hampir 80 ribu penonton yg dok cerca Lagu Negaraku

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bagi saya skuad Harimau Muda mempunyai mental yang kuat bayangkan terpaksa naik dan balik sampai menaiki kereta perisai Barracuda ketika memasuki Stadium.

    [Reply]

  6. Mlm tadi kat kedai umah aku bukan main riuh indon ngan malaysia dok tengok bola.. Happening beb..he3. Lagi happening bila malaysia menang, penyokong indonesia diam… :)
    Jai recently posted…Jadual Separuh Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2011My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Pernah dahulu ketika membeli burger lari sekejap ke restoran berdekatan untuk mengetahui kedudukan Harimau Malaya ketika bermain di Piala AFF Suzuki tahun lepas.

    [Reply]

  7. garuda da kena baham dek harimau muda..cayalah..eheh..

    tahniah buat malaysia =)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Harimau sudah menunjukkan taringnya. :-)

    [Reply]

    chii Reply:

    heheh..tu yang kita mau..

    owh ye..kenapa dengan blog ni ya siang tadi..chii x boleh nak access..nasib baik ok da skrg ni =)
    chii recently posted…Kata Bijak Untuk Mengenal DiriMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Blog saya ada masalah tidak boleh akses pada waktu petang kerana ada masalah teknikal. Difahamkan ada pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan pengguna lain termasuk saya mengunakan server yang sama tidak dapat menampung beban. Pihak bantuan teknikal telah memperbaiki dan blog saya kembali boleh diakses.

    [Reply]

  8. tahniah malaysia !! mungkin indonesia ada simpan sikit strategi… tak tahulah macam mana kan.. kalau melihatkan perlawanan indonesia pun ada peluang keemasan.. tapi diaorng pu ntak manfaatkan sebaiknya… izzaq faris kalau dia tak tergelincir mungkin ada peluang.. cuma ramai yang dah dapat kad kuning pertama.. lawan myanmar nanti..jangan kena kad lagi buat baddrol bakhtiar, izzaq, dan fakri..
    10q cr link :-)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidak salah saya sudah 8 pemain Harimau Muda telah mempunyai kad kuning.

    [Reply]

  9. satu corak permainan yg aku rasa byk improve berbanding game2 sebelum ni…

    teruskan di semi final dan terus ke final dan terus menang sekali lagi..

    kita kasi diam itu peminat garuda!!!!!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Permainan Harimau Muda sudah nampak peningkatan.

    [Reply]

  10. tahniah Malaysia!!

    tapi cukup bengang bila Indon tak hormat kan pemain Malaysia sedang nyanyikan Negaraku!!

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    biarkanlah mereka yg memang kadang2 masih macam kurang tamadun (segelintir mereka)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Susah hendak cakap kalau sudah tidak ada timbul rasa hormat walaupun serumpun.

    [Reply]

  11. takpa la bro layan live streaming. yang penting kepuasan hati itu pasti terasa sebab Harimau Muda telah BERJAYA! :d

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sudah semestinya tidak mahu ketinggalan untuk menonton musuh tradisi bertembung.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge