Kawasaki D-Tracker 150 berciri Motard masuk Malaysia

Kawasaki melancarkan Kawasaki D-Tracker 150 baharu.

Pelancaran  Kawasaki D-Tracker 150 berciri motard di hotel Impire Subang pada 8 Jun 2012 yang lalu. Saya telah dijemput oleh pihak Kawasaki untuk pelancaran motor baharu mula masuk pasaran Malaysia.

Pelancaran Kawasaki D-tracker 150 baharu

Pelancaran Kawasaki D-tracker 150 di hotel Empire Subang

Pelancaran Kawasaki berciri motard di hotel Empire Subang

Pendaftaran media

papan kenyataan elektronik

Emperor Ballroom Hotel Empire Subang

Sudah agak lama diperkatakan mengenai tarikh kemasukan Kawasaki berciri motard baharu ini dipasaran Malaysia. Akhirnya teka-teki sudah terjawab. :-)

 Barisan pengurusan Kawasaki Malaysia

Barisan pengurusan Kawasaki Malaysia

Kata aluan oleh En.Jeffrey Lim GM Kawasaki Malaysia

Pelancaran Kawasaki D-Tracker 150

Pelancaran Kawasaki D-Tracker 150

Model baharu motor scrambler ini mengunakan enjin yang sama digunakan pada Kawasaki KLX-150 iaitu enjin 4 lejang 1 silinder 144cc.  Kali ini hadir dengan 2 varian warna iaitu oren dan hijau untuk sedia dipilih. Rata-rata peminat motorcross tempatan memilih bentuk motard yang semakin mendapat tempat pemilik motorcross akan membuat pengubahsuaian agar motor mereka agar berbentuk motard.

Kawasaki D-Tracker 150 hijau

Kawasaki D-Tracker 150 oren

Motor ini mengunakan tayar radial sport bike untuk rim bersaiz 14 inci adalah motor dual sport yang sesuai untuk kegunaan atas jalan atau off road tidak kira ketika basah, kering atau permukaan tidak rata.

kawasaki dtracker green

kawasaki dtracker brake disk

kawasaki dtracker engine

kawasaki dtracker orange

kawasaki dtracker tail

kawasaki dtracker exhaust

kawasaki dtracker brake disc

kawasaki dtracker seat

kawasaki dtracker unitrack

kawasaki dtracker single arm

kawasaki dtracker engine

kawasaki dtracker orange

kawasaki dtracker front disc

kawasaki dtracker front disc

kawasaki dtracker headlight

Spesifikasi: Kawasaki D-Tracker 150

  • Enjin: Penyejuk udara, 4-lejang, 1 silinder, SOHC
  • Isipadu: 144 cm3
  • Gerek x Lejang: 58.0 x 54.4 mm
  • Nisbah mampatan: 9.5:1
  • Sistem bahan api: Karburator: KEIHIN NCV24
  • Penghidup: Penghidup tendang dan penghidup elektrik
  • Sistem pencucuh: DC-CDI
  • Transmisi: 5-kelajuan, pusingan
  • Klac: Cakera basah berbilang
  • Kerangka: Kerangka tiub, Semi-double cradle
  • Kuasa maksimum: 8.6 W @8,000 rpm
  • Tork maksimum: 12.0 Nm @6,500 rpm
  • Saspensi hadapan: Rahang teleskopik
  • Saspansi belakang: Swingarm (Uni-Trak)
  • Brek hadapan: Cakera tunggal 212 mm
  • Brek belakang: Cakera tunggal 156 mm
  • Tayar hadapa: 100/80-14M/C 48P
  • Tayar belakang: 120/80-14M/C 58P
  • P x L x T: 1,900 mm x 770 mm x 1,060 mm
  • Tinggi pelana: 810 mm
  • Berat: 109 kg
  • Isi tangki: 7 liter

Harga jualan RM9,689 tanpa cukai jalan. Untuk maklumat lanjut boleh layar laman Kawasaki Malaysia.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • shah March 1, 2013 at 5:23 pm

    MMg Syiok..kelmarin dakeluar…Alhamdulilah xmenyesal…

  • Broth3r J December 1, 2012 at 7:57 pm

    Sy da angkat warna orange…mmg best cuma skrg ni sy mau tukar sport rim 17″ ..jenama apa yg ada utk saiz (R)350 n (F)250 di kdai mn yg ada area KL/Sgor

  • norman November 16, 2012 at 8:59 pm

    Sudah beli :) ,
    warne hijau

    • akubiomed November 16, 2012 at 10:19 pm

      Tanniah. Macam mana prestasinya?

  • Hafizul October 30, 2012 at 12:06 pm

    bagi sy memang cukup sempurna dah..hehe
    Hafizul recently posted..Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini TerfikirMy Profile

  • desmond chong August 20, 2012 at 12:49 am

    mahal tak spare part dia? ingat nak beli satu nnt… warna orange! kedai mane yg best? area kl/selangor…

  • zik July 22, 2012 at 6:49 pm

    jalan bukit best nih…
    zik recently posted..Syyyyhhhh Yusuf TaiyoobMy Profile

  • Ebby Nasir July 17, 2012 at 8:56 am

    150cc tak perlu sejukan cecair. Tak perlu risaukan overheat. Performance parts dari luar ada jual sistem Oil Coolent utk model D-Tracker150 & KLX150 ni. Price tambah radiator oil coolant tu dlm RM1.6K.

  • puanbee June 22, 2012 at 4:33 pm

    cantiknya , dua2 kaler pun cantik berkenan le ..

  • puanbee June 22, 2012 at 4:31 pm

    kalau banyak duit boleh beli tuk suami satu hehe verangan ..

  • chii June 19, 2012 at 11:31 pm

    skali pandang..mcm moto kamen rider la plak..chii suka tgk kaler hijau..menarik sgt :)

    harga nya pun boleh tahan gak :D

    • akubiomed June 20, 2012 at 12:17 am

      Harganya padan dengan jenama dan kualiti pembuatan.

  • mrazydy June 19, 2012 at 10:57 pm

    boleh trade in 125 aku..ambil moto nilak..

  • Harian Post June 19, 2012 at 7:09 pm

    Mantap! Harga yang ditawarkan takdelah keterlaluan sangat kan hehe
    Harian Post recently posted..Kawasaki D-Tracker 150 Dilancarkan – Harga RM9,689My Profile

  • Dulu Lain Sekarang Lain June 19, 2012 at 7:17 am

    Ku lihat HIJAU… :D

  • suri June 18, 2012 at 12:31 pm

    uh seksinya gadis itu..tidak!!

  • wazy June 18, 2012 at 9:37 am

    Kawasaki KLX-150 ni memang ada keistimewaannya tersendiri,teringin nak beli satu la
    wazy recently posted..DrSneeZ Penawar Gejala Resdung,Selsema Dan Hidung SumbatMy Profile

  • Bro Zulkbo June 17, 2012 at 9:34 pm

    salam..
    Brommm..
    Brommm..
    alahai..lama dah tak bawa motor nih
    dah fobia Bro..tengok je la dari jauh :)

  • tehr June 16, 2012 at 11:42 pm

    warna hijau tu mengancam la, bro
    bila nak angkat sebijik?
    hehe
    tehr recently posted..Detik Masa BerlaluMy Profile

  • cik tom June 16, 2012 at 10:29 pm

    hebat bro biomed slalu dijmpt pergi event pelancaran yg best2..tahniah!
    nmpk cntk moto yang warna hijau..
    cik tom recently posted..Tips Cara Menang Contest OnlineMy Profile

  • Jebeng Otai™ June 16, 2012 at 9:14 pm

    mmg berbelah bahagi la.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Izara Aishah : Selamat Tinggal Lelaki KacakMy Profile

    • akubiomed June 17, 2012 at 12:55 am

      Kenapa berbelah bahagi tidak tahu hendak pilih warna yang mana satu?

  • MDHAFiZ.NET June 16, 2012 at 8:52 pm

    rasa terhormat pula kena jemput. .. boleh angkat sebijik ni. ..
    sy belum ada lesen lg.. . fobia bw motor sejak kecik.. .
    MDHAFiZ.NET recently posted..Permohonan Online Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)My Profile

    • akubiomed June 16, 2012 at 9:02 pm

      Serius bro tidak lesen menunggang motorsikal? Lesen kereta ada tak?

      • puanbee June 22, 2012 at 4:34 pm

        mcm tk percaya kan .

  • yas June 16, 2012 at 3:55 pm

    Waahh…dpt jemputan dr Kawasaki tu…entri berbayar ke bro? Tahniah!!!!
    yas recently posted..SEO LELAKI KACAKMy Profile

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:33 pm

      Tak adalah. Dapat goodies dari Kawasaki. Saya minat motor jadi tidak akan lepas peluang ini.

  • Juan June 16, 2012 at 3:35 pm

    kenapa tidak penyejukkan cecair

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:34 pm

      Soalan yang bagus tidak pula saya tanya ketika di majlis tersebut.

      • suri June 18, 2012 at 12:31 pm

        jadi sapa yg nak jawab tu heee

  • muazfaris June 16, 2012 at 1:35 pm

    waah best nye dpt gi event ni.. haha

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:35 pm

      Tesntulah bro terasa macam media pada hal blogger sahaja.:-)

  • hatiputera June 16, 2012 at 1:32 pm

    memang aku minat jenis macam nie tapi bila memandangkan harganya hampir mencecah RM10K,,maka jadilah angan-angan jeer.
    hatiputera recently posted..Top Scorers Euro 2012My Profile

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:37 pm

      Harganya mahal kerana reputasi dan jenama. Saya sendiri pernah mengunakan Kawasaki ZZR250 yang sudah berusia 10 tahun lebih masih mantap.

      • suri June 18, 2012 at 12:32 pm

        org pkai anak nampak bergaya mengalah org mudo heee

  • maza June 16, 2012 at 1:20 pm

    Wah!.. warna ijaw itew amat menarik sekali.. hehehhee

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:37 pm

      Warna hijau sudah sinonim dengan Kawasaki.

      • alan July 3, 2012 at 1:49 pm

        bro,kalau rim tukar saiz 17′ lagi cun tu tapi ade ape2 kesan sampingan tak pada enjin??

        • akubiomed July 4, 2012 at 1:14 am

          Dari segi maklumat teknikal saya tidak pasti penukaran saiz tayar yang lebih besar akan memberi kesan kepada enjin.

          • Ebby Nasir July 17, 2012 at 9:02 am

            Penukaran rim yg lebih besar tidak akan memberi kesan kepaa enjin. Kuasa pickup akan terjejas sedikit ekoran rim yg lebih berat. tetapi menjadikan motor lebih stabil ketika mengambil selekoh.

  • Manan Qayyim June 16, 2012 at 1:01 pm

    ganas, smart , bergaya…..
    Manan Qayyim recently posted..Dari Barat Burma, Ke Mana Hala..?My Profile

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:39 pm

      Kawasaki D-tracker adalah motor dual sport sesuai untuk on road dan off road.

  • Zarul Umbrella June 16, 2012 at 12:09 pm

    semart gak ,,,kalo ada duit lebih boleh beli ni

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:40 pm

      Saya berkenan untuk merasai motorcross ini.

  • Mus June 16, 2012 at 11:03 am

    wah.. cantik juga design nya..
    sesuai ni kalau di guna di sabah
    Mus recently posted..Orkestra Terbuka, Sunset Music Fest 2012 di The Tip of Borneo, KudatMy Profile

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:41 pm

      Memang sesuai sangat tetapi tayar perlu tukar uhtuk off road.

  • azman June 16, 2012 at 9:19 am

    Dah dekat nak sama harga motor RXZ…

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:43 pm

      Yamaha RXZ sudah sukar untuk dapat. Saya sendiri ada sebiji. Menurut pihak Kawasaki permintaan Kawasaki Ninja 150 meningkat. Dengar harga sudah cecah RM12k

  • Nur June 16, 2012 at 6:16 am

    Cantik design dia.. Wah harganya boleh tahan hampir mencecah RM10 ribu..

  • nurmisnan June 16, 2012 at 5:48 am

    hoho.. seriously i love motocross so much.. bila agaknya
    dapat membonceng.. Tgh membayangkan kalau dapat bonceng
    jalan kampung ada lekuk2 lumpuh.. hik3…
    nurmisnan recently posted..Marilah menanam tanaman di Syurga pulaMy Profile

    • akubiomed June 16, 2012 at 6:46 pm

      Oh tidak sangka minah rempit. Bila boleh ajak race?:-)

    • suri June 18, 2012 at 12:33 pm

      mesti akan jadi kerengga takut jatuh atas jalan heee

  • anif June 16, 2012 at 2:25 am

    Menarik ni. Dah tak payah nak convert KLX 150 jadi supermotard :D Yang ini dah siap dibuatkan!
    anif recently posted..Harga Nokia Lumia 900 DiumumkanMy Profile