Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu

Selamat hari ibu. Kasih mu tiada galang gantinya

Tiada wang atau ungkapan yang dapat mengantikan kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah berbelah bahagi menyayangi anak-anaknya. Kadang kala kita terlupa yang kita ini pernah menguris hati ibu samada secara zahir atau perlakuan kita. Tahu tak kita tidak boleh mengucapkan walaupun perkataan ‘Ah’ sekali pun telah dianggap menderhaka. Takut mendengar menderhaka kepada ibu tidak akan dapat cium syurga.

Apabila sudah berumah tangga mempunyai isteri dan anak, dapat memahami berapa susah tugas yang dipikul oleh seorang isteri dan juga ibu yang melayan karenah anak-anak. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu. Anak-anak pula semuanya lelaki lagi huru-hara bak tongkang pecah. Si ibu bijak menjadi orang tengah jika ada pergaduhan antara adik beradik dan merotan jika perlu, bukanlah tujuan mendera tetapi untuk mendidik dan mendisiplin anak itu.

Benar ungkapan mengenai ibu, ‘si ibu boleh menjaga anak 10 orang tetapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu’. Sementara ibu kita masa ada di muka bumi ini dampinglah mereka dan ambil berat tentang mereka. Wang ringgit bukanlah yang diharapkan oleh seorang ibu tetapi adalah tumpahnya kasih sayang seorang anak. Ibu tidak akan senang duduk jika mengetahui si anak akan pulang. Masa ini adalah masih paling si ibu akan bersusah payah menyediakan menu kegemaran si anak dan merasa puas si anak dapat menikmati hasil tangan sendiri. Selalulah berdoa untuk orang tua setiap kali lepas solat 5 waktu. Hanya doa anak yang soleh bekalan untuk orang tua jika tiada lagi di dunia ini.

Famili AkuBiomed

Aku dapat merasakan isteriku adalah paling sedih sempena sambutan hari Ibu esok (8 Mei 2011) kerana ibunya telah di jemput ilahi tahun lepas. Semasa ibu mertua aku ada boleh dikatakan setiap hari isteriku menelefon ibunya untuk bertanya khabar. Isteriku pernah berpesan kepada aku selalulah ambil berat kepada ibu sendiri jika sudah tiada nanti tidak berguna sesal dikemudian hari. Jari aku tidak dapat meneruskan untuk menaip lagi kerana kelopak mata sudah mula mempunyai tanda-tanda terbitnya air mata. Cukup setakat ini dahulu. Selamat hari ibu. Halal makan minum dan ampuni segala dosa si anak ini.

Mekar komentator yang ke 8,888

Tanniah kepada Mekar kerana beliau adalah komentator yang ke 8,888 untuk blog AkuBiomed.

p/s: Selamat hari ibu kepada blogger wanita yang berkunjung ke blog ini.

122 thoughts on “Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu”

  1. Pingback: Pembuangan bayi
  2. Pingback: Ringkasan statistik prestasi blog AkuBiomed 2011
  3. tu lah anak yg tak mengenang budi yg sanggup menconteng arang di muka ibu bertaubat lah jaga lah mereka sebaik yg mungkin……

    [Reply]

  4. Pingback: Presiden dan Perdana Menteri Wanita
  5. Selamat hari ibu buat semua para ibu. Saya dah jauh dari ibu, kdg2 rasa rindu pula…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Oh kesian. Nanti Zezebel selalulah telefon ibu.

    [Reply]

    suri Reply:

    zezebel sabarlah nanti ada masa cuti panjang bolehlah ke sana hee..kalau rindu boleh sahaja call mereka tanya khabar

    [Reply]

  6. benar apa yang di kata bro,
    kalau dia tahu anak2nya nak pulang
    memang tak senang duduk… :D

    [Reply]

    suri Reply:

    padin segala macam benda dlm fikiran dia nak masak hee..apa lagi makan kegemaran anknya2

    [Reply]

  7. Artikel yang berjaya menyentuh hati. Aku sangat tentang kata-kata ini: “…Ibu tidak akan senang duduk jika mengetahui si anak akan pulang.”. Hal ini kerana aku perasan ia juga berlaku kepada emak aku apabila adik2 yang belajar jauh akan pulang ke rumah. :-)

    i’Allah, aku tidak akan mempersia2kan ayah dan ibu. Ameen.
    Hadi Rofiee recently posted…Ilmu dan amalMy Profile

    [Reply]

  8. Pingback: Ke Pulau Langkawi mencari Daim
  9. Masih belum terlewat mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu2 semua.

    Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan buat arwah ibu sya yg telah meninggal sejak saya masih kecil lagi. Saya juga tidak memiliki ibu mertua spti org lain kerana beliau juga telah meninggalkan alam ini sebelum saya bernikah dengan mr suami. Walaupun tidak sempat mengenali tetapi kedua-duanya tetap di hati. Hanya doa yg sya panjatkan. Amin.
    MEKAR recently posted…Resipi Macaroni with Chicken and Mushroom SauceMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Al Fatihah. Tidak pernah kenal ibu sendiri dan sebelah mertua :-(. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada Mekar

    [Reply]

  10. Ibu, bapa serta guru adalah insan yang akan sentiasa kekal dalam ingatan dan hati kita. Ibu sememangnya insan yang sentiasa inginkan kebaikan pada anak2nya. Bahkan ibu sanggup berkorban nyawa untuk kebahagiaan dan keselamatan anK2nya
    ladfe amir recently posted…Live Blogging Makhluk HitamMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada yang menjadi ibu tanpa kerelaan sanggup membuang anak itu yang terasa sedih sangat

    [Reply]

  11. Hanya doa seorang anak saja yang aku dapat berikan kepada ibuku buat masa ini. Nak bagi yang belum mampu lagi.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidak apa doa seorang anak lebih afdal

    [Reply]

  12. aik… 2 entri sebulan lagi ke bro? keh keh keh.. update sikit ler.. tempek gambar abang koning pun alright gak…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bukan tidak mahu tulis entri baru cuma masa agak terhad. Kalau semua kembali normal tidak menjadi masalah untuk tulis entri dengan kerap. Kalau letak gambar Abang Koning nanti orang bosan pula :-)

    [Reply]

    MEKAR Reply:

    tumpang menyampuk… Abang koning tu sape ? hehe
    MEKAR recently posted…Resipi Macaroni with Chicken and Mushroom SauceMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Abang Koning sudah menjadi trademark untuk blog ini. Banyak cerita Abang Koning saya abadikan didalam blog. Kalau ada kelapangan lawat entri archive saya :-)

    [Reply]

    MEKAR Reply:

    oh.. begitu kisahnya. InsyaAllah bila ada kelapangan. Nak jalan2 kat tempat lain lagi nih hehe

    [Reply]

  13. assalamualaikum semua,
    lama benar tak komen kat blog2 sahabat.
    Hilangnya seorang ibu tak dpt digambarkan dgn kata2 spt yg isteri dan saya alami, hargailah ibu kpd sesiapa yg masih mempunyai ibu.
    Sampai satu takat kita rasa kita terpanggil2 ibu kita yg dah tiada disebabkan dah terlalu biasa panggil ibu.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Selamat kembali online. Lama juga menyepi? Selamat Hari Ibu kepada CikSembang

    [Reply]

  14. Bro, aku baca pun ade juga rasa2 bergenang…huuu…mmg kalah kalau baca@cerita bab2 ibu ini…

    Selamat hari ibu buat semua ibu2…hanya Allah saja yg mampu membalas jasa ibu2 kita…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sama-samalah kita doakan kesejahteraan kedua ibubapa kita

    [Reply]

    suri Reply:

    harap mereka sihat jika tiada layarkan doa untuk mereka ya

    [Reply]

    suri Reply:

    sebab pengrobanan mrka dlm mjga kita tak pernh jemu :)

    [Reply]

  15. cukuplah dari jauh bertanya khbar..sesekli balik kg jua..rasanya nak berpish dgn ibu punyalah seksa..sb dari kecil ibu mjaga..mmbli sepenuh dijawa.

    selamat hari ibu :)

    [Reply]

  16. Kdg2 ibu pun tak minta kita menjaga dia.. sekadar hubungi ibubapa walau di mana aje telah menggembirakan hati ibubapa :-)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sekarang sudah mudah untuk menghubungi orang tua ada web cam, telefon video 3g, telefon dan macam-macam lagi

    [Reply]

  17. SELAMAT HARI IBU JUGA :-)
    Mmg benar seorg ibu boleh menjaga 10anak & 10anak tak pasti boleh menjaga seorg ibu.

    Sbnrnye, (mcm bEe yg tlh bergelar ibu ni)… utk menjaga arwah emak dulu mmg susah sedikit. Sbb sbg seorg wanita yg tlh bersuami, ada anak, bekerja & masih punya ibubapa bEe ada byk t/jwb perlu digalas. Lagi satu, bila menjaga anak sekurang2nya bila marah @ jentik anak cuma akan nangis & rajuk tak pjg. Mcm org tua, hati sgt sensitif… & kita sbg anak perlu byk main emosi…

    Apa2pun… IBU hanyalah satu dlm dunia & tiada gantinya apabila ibu tiada… :-) Sayangi ibu sementara ada

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau ada peluang jaga orang tua kita. Macam orang tua saya membawa nenek saya yang uzur tinggal bersama sehingga dihujung hayat.

    [Reply]

  18. Selmat hari ibu…

    Tak lama lagi hari bapa pula menjelma

    [Reply]

    suri Reply:

    ya itu sudha pasti…tapi hari anak jer tak der…heeee

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Hari anak cuma sambut hari lahir sahaja :-)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bila pula Hari Bapa?

    [Reply]

    suri Reply:

    bulan depan kan heeee…

    [Reply]

  19. Sedih baca artikel kau bro.
    Ibu tak harapkan kita curahkan harta bertimbun-timbun kepadanya tapi cukuplah kita jadi anak yang soleh. Dapat mendoakan mereka di alam barzakh kelak.

    Selamat hari ibu buat semua.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Setuju kalau dapat menjadi anak yang soleh, taat kedua ibubapanya dan selalu mendoakan kesejahteraan orang tuanya

    [Reply]

  20. saya sayang mak saya. tapi saya malu nak wish selamat hari ibu. sebab mak saya garang. hahahahhhaa.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Garang ibu bersebab dan yang selalu kena marah adalah yang paling disayangi

    [Reply]

  21. tak ada yang sama dengan ibu kita, kan?
    selamat hari ibu untuk semua

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada ibu angkat yang sangat baik kepada anak yang diambil untuk dijadikan sebahagian keluarganya

    [Reply]

  22. Saya pun kini berjauhan dgn ibu saya. Jadi, klu berkesempatan,kami akan video cam bagi mak tgk saya dan anak2.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sekarang dah muda macam-macam alternatif kita boleh gunakan salah satunya web cam :-)

    [Reply]

  23. selama hari ibu kepada semua Ibu….
    wah bro komen dah masuk fasa angka bertuah tu… tahniah tahniah
    dnoBiz recently posted…Kera HIV – Awas Dengan Kera BandarMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Terima kasih bro. Memang berdebar menunggu angka komen bak kata orang Cina ada ong. Ha..ha..

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    ong dan menuju ketahap yang lebih baik :D
    dnoBiz recently posted…Al-Fatihah – Pelakon Aimi Jarr Meninggal DuniaMy Profile

    [Reply]

  24. Ustazah Kak Jie tak bagi cakap mcm ni “ibu boleh menjaga anak 10 orang tetapi belum tentu 10 anak boleh menjaga seorang ibu” kerana anak itu tanggungjawap didikan ibubapa , kalau 10 anak yg ‘gagal’ menjada ibubapa mereka itu bermaksud ada yang tak kena semasa ibubapa mendidik anak mereka.
    Kujie recently posted…Kadar Baru Kompaun Saman TrafikMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Mungkin ada betul jika orang tua gagal mendidik anak dengan baik mungkin ada balasan.

    Ada kisah mengenai seorang pemuda pada zaman Nabi Musa ber ibubapakan babi tapi pemuda ini menjaga kedua orang tua dengan penuh sayang dan selalu memanjatkan doa agar Allah SWT mengampunkan dosa kedua ibubapanya.

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    betul gak tu..
    tapi mungkin untuk ibu ayat tu tak sesuai tapi kalau untuk anak rasanya ayat tu baik untuk dijadikan peringatan supaya kenang kesusahan ibu mereka…
    Ps : sekadar pandangan
    dnoBiz recently posted…Hukum Hudud – Qarinah sebagai ganti 4 SaksiMy Profile

    [Reply]

  25. Kasih ibu, kasih sejati.. selamat hari ibu bro…
    btw, congrats.. komen blog dah capai angka 8888.. ong tu :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sama-sama bro. Semasa lepas komen yang ke 6,666 macam jauh sahaja tapi tidak sangka cepat capai yang ke 8,888

    [Reply]

    bEe Reply:

    Byk tu dah 8888… Nombor cantek… :-)

    [Reply]

    MEKAR Reply:

    Harap TUAH 8888 menyebelahi mekar dalam dunia blogging ni :-)
    hehe macam telek nasib pulak!
    MEKAR recently posted…“Kelemahan” Roti Putih pada KesihatanMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Nombor ada Ong tuh :-)

    [Reply]

  26. wah mekar dapat jadi pengkomen ke 8888.. number bertuah tu.. tahniah..

    selagi ibu masih ada, balaslah jasa diorang sebelum terlambat…
    .
    Fitrihadi recently posted…Rahsia Aku Dapatkan Klik Yang Bersih Untuk Banner Iklan ChurpChurp Senang Dapat EarningMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Dalam tunggu pengomen yang ke 8,888 nyaris terlepas :-)

    [Reply]

    MEKAR Reply:

    Itu la. terkejut saya bila nampak “mataku” menempel di atas tu. Ada apa2 yg istimewa ke akubio dengan nombor 8,888 tu ?
    MEKAR recently posted…Resipi Macaroni with Chicken and Mushroom SauceMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya akan letakkan banner Mekar di blog ini dan tweet entri dari Mekar melalui Twitter

    [Reply]

  27. kasih ibu tak berbelah bahagi. hargai ibu selagi ada kan? mak saya kata, individu yang mempunyai ibu merupakan individu yang paling kaya kat dunia nih.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada benar juga yang dikatakan Eiela. Terima kasih keatas pesanan tersebut

    [Reply]

  28. sumanje baru pasang link akuboimed dalm blog sumanje…
    maaf lambat pasang..
    kalau tak keberatan link su balik kalau sudi..
    thanks

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidak ada masalah. Saya sudah letak link SuManje. Terima kasih kerana kurnia link ke blog ini

    [Reply]

  29. kelu lidah hendak terungkap..

    apa2 hal pun selamat hari ibu!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Selamat Hari Ibu kepada bro Maza

    [Reply]

    bEe Reply:

    @maza : nak leleh lah tu… hihihihi :-) Selamat Hari Ibu…

    @akubiomed : Selamat Hari Ibu utk wife… Sayangi wife & ibu selagi mereka ada ;)

    [Reply]

  30. kasih ibu mmg tiada galang gantinya..jasa mereka pada kita cukup besar..skrg aku mmg selalu bertanya khabar dgn emak w/pun tak lama..klu jumpa mesti peluk cium punya..hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Rapat sungguh hubungan bro dengan ibu

    [Reply]

  31. setuju dengan artikel ni, bila kita lihat raut wajah ibu, kita akan teringatkan pengorbanan dia da buat kat kita

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada juga yang tidak menghormati orang tua dengan menconteng arang di muka mereka. :-(

    [Reply]

  32. macam biasa, malam ni aku kena urut mak aku.Rutin harian. Itu aje yang aku mampu, nak beli banglo untuk mak aku..lom mampu lagi. haha..apapun, aku sayang mak aku.
    titan recently posted…Akupun blogger gakMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidak apa urut kaki emak. Saya tidak berpeluang untuk buat itu semua kerana duduk berjauhan.

    Ambil peluang mengurut kaki emak nanti dapat upah :-)

    [Reply]

  33. selamat hari ibu juga buat wife biomed n semua para ibu..

    mak chii sendiri sambut kt PD ngan adik..sempena rombongan cik kiah..ehehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tentu meriah apabila semua adik beradik dapat bersama :-)

    [Reply]

    bEe Reply:

    Sememangnya meriah bila berkumpul ramai2 satu tika dulu (masa arwah emak bEe ada lagi). Kalini, agak sayu skit sambutan Hari Ibu… :-(

    [Reply]

  34. sebolehnya bukan setahun sekali je baru kita nak menghargai atau mengucapkan ucapan istimewa buat ibu..kalo boleh setiap hari adalah hari ibu kerana tanpa ibu, siapalah kita sekarang ni..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Setuju bro. Datuk Dr Fadzilah Kamsah pernah berpesan jangan sekali menanti panggilan orang tua untuk pulang ke kampung

    [Reply]

    Mus Reply:

    ingat pada ibu masa senang atau susahnya..
    pendekan cerita.. setiap saat
    Mus recently posted…Kari Ikan Pari Menu Istimewa Hari IbuMy Profile

    [Reply]

    Hisyam Reply:

    Setiap hari adalah hari ibu.

    [Reply]

    adamfaiz Reply:

    “Kasihnya ibu membawa ke syurga…..”

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge