Home made air soya segar

Home made air soya segar dan sedap.

Ketika melakukan blog walking, rata-rata sahabat blogger sudah mula berkongsi resepi biskut Raya di blog mereka. Saya ini hendak menunaikan janji berkongsi resepi Home Made air soya segar yang boleh dibuat sendiri yang pasti kebersihan lebih terjamin. Inilah baru dikatakan ‘Janji ditepati’.

Sebenarnya tidaklah susah hendak menyediakan air soya kerana bahan utama adalah kacang soya itu sendiri yang boleh dibeli dari dikedai runcit didalam bentuk paket kecil. Ditempat saya, 1kg kacang soya dijual pada harga RM3.60. Saya belajar membuat produk berasaskan soya setelah menghadiri kursus anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Ada beberapa cara untuk penyediaan air soya samada secara manual atau mengunakan mesin pembuat air soya. Panduan yang ingin dikongsikan adalah cara manual.

Bahan-bahan untuk membuat home made  air soya segar*.

  1. Kacang soya 500g
  2. Air 5 liter

Pemanis

  1. Gula 1kg
  2. Air 2 liter
  3. Daun pandan

*senarai bahan-bahan yang diberikan sebagai panduan sahaja.

Rendam kacang soya selama 4-6jam sahaja sudah memadai nanti air soya yang dihasilkan tidak akan bertahan lama dan cepat basi. Pastikan air rendaman sampai paras bekas dan tidak kering semasa proses rendaman berlaku.

kacang soya

kacang soya

Selepas proses rendaman kacang soya tus kan air dan bersihkan kulit kacang soya yang tertanggal.

membuang kulit kacang soya

membuang kulit kacang soya

membuang kulit kacang soya

Kacang soya yang telah dibersihkan akan dikisar dengan mengambil sedikit bahagian air 5 liter untuk memudahkan proses mengisar.

kisar kacang soya

kisar kacang soya

Kacang soya yang telah dikisar akan ditapis. Tapisan ini boleh dilakukan 2-3 kali kerana boleh dirasakan kelikatan air soya ini.

tapis kacang soya yang dikisar

perah kacang soya yang dikisar

hampas kacang soya

Air soya yang ditapis dengan sekali lagi akan ditapis semula untuk memastikan tiada hampas kisar dan baki 5 air liter turut dituangkan ke dalam periuk.

Masak air soya ini dengan api sederhana dan dikacau secara perlahan bagi mengelakkan kerak terjadi.

tuang air soya ke dalam periuk

kacau air soya

Penyediaan pemanis

Bagi pemanis boleh dimasak bahan-bahan gula, air dan pandan sekali. Masak sehingga gula larut.

Hidang air soya dengan mencampurkan pemanis mengikut rasa. Home made air soya yang dihasilkan lebih terasa pekat dan sedap berbanding yang dibeli.

anak-anak menunjukkan signal bagus

Puas hati apabila anak-anak memberikan signal bagus untuk home made air soya dihasilkan sedap.

AkuBiomed: Bolehlah dihindangkan sebagai minuman berbuka puasa samada panas atau sejuk.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • d0d0l January 28, 2013 at 7:30 pm

    baru lepas beli kacang soya mentah. tjumpa blog nie ms gugel kat tenet cara2 buat air kacang soya :p tQ atas pkongsian teknik ini
    d0d0l recently posted..Bila bateri kong… fulus pun melayang²…My Profile

  • Mekar September 9, 2012 at 12:27 am

    Selalu gak buat sendiri. mudah je kan. tapi agak leceh
    Mekar recently posted..Santai Raya di Ulu Chepor, ChemorMy Profile

  • lepakk.com August 20, 2012 at 11:05 am

    Wah perkongsian yang hebat… bleh cuba ni (untuk bisnes jela..kalau nak minum baik beli )

  • Khidhir August 16, 2012 at 12:27 pm

    wah. hebat. boleh buat bisnes camni
    Khidhir recently posted..2 User Profile Dalam 1 FirefoxMy Profile

    • lepakk.com August 20, 2012 at 11:06 am

      Kaya la pasni dgn bisnes air soya pulak

  • auc dot com August 15, 2012 at 5:53 am

    dulu rajin jg buat, le ni malas la pulak :)

  • Jebeng Otai™ August 14, 2012 at 8:42 pm

    3 tester yg bertauliah ni..kompem sedap..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Tips Selesai Masalah ReplytocomMy Profile

    • akubiomed August 15, 2012 at 12:10 am

      Kalau 3 tukang rasa tidak lulus tak tahu lag lagi. :-)

  • Norasikin August 14, 2012 at 3:41 pm

    Dulu masa pegang tunas bistari, saya jual air soya dalam botol air mineral 500ml. Satu hari, kena buat 25L air soya secara manual.

    • akubiomed August 15, 2012 at 12:29 am

      Proses memerah secara mengunakan tangan adalah dugaan.

    • lepakk.com August 20, 2012 at 11:07 am

      Oh yeke… apesal x buka bisnes Soya Norasikin je?

  • suri August 14, 2012 at 12:46 pm

    hro raya blh buat lgi heeee dah ada sesi juma lgi nie..eh bro ada dpt email saya?

    • akubiomed August 15, 2012 at 12:37 am

      Email yang mana satu Suri?

  • suri August 14, 2012 at 12:28 pm

    hro raya blh buat lgi heeee

  • suri August 14, 2012 at 12:17 pm

    sedapnya buat sndri jimat wang mengalir ke penjual

  • nuriz August 14, 2012 at 12:16 pm

    bukan senang orang nak bagi ilmu ni..pasni buleh lah nak try2 buat.. terima kasih
    nuriz recently posted..Kad Raya versi FacebookMy Profile

    • akubiomed August 15, 2012 at 12:38 am

      Penyediaan soya yang saya berikan tidak mengunakan bahan pengawet. Mungkin diluar sana ada cara untuk membuat ais soya tahan lama.

  • ProfHariz August 14, 2012 at 10:54 am

    Terbaiklah bro. Rajin bro buat sendiri ye. Boleh meniaga lepas ni

    • lepakk.com August 20, 2012 at 11:08 am

      Tu le pasal… hebat betul..

  • Kamal Mustafa August 14, 2012 at 8:32 am

    Memang elok dan lebih baik buat sendiri daripada beli. Suko tengok anak2 gembira. Air tangan ayahlah katakan.
    Kamal Mustafa recently posted..Iklan Petronas Raya 2012 – Stranger (Full Version)My Profile

  • Leeza dayasari August 14, 2012 at 8:07 am

    buat sendiri. waaa… good info ni.
    tapi rajin ker diri ini nk buat. aiyaaaaaaaa

    • akubiomed August 15, 2012 at 12:41 am

      Tak susah hendak buat. Bolehlah cuba. :-)

  • Nur August 14, 2012 at 5:52 am

    Terima kasih kerana berkongsi resepi.. mana tahu ada kerajinan nak buat sendiri.. Setakat ni kuih raya, belum decide nak buat berapa jenis.. Bergantung pada masa dan kerajinan.. :)

  • boni kacak August 14, 2012 at 3:29 am

    wah.. nak try buat ler..

    • akubiomed August 15, 2012 at 12:43 am

      Saya bimbang bro Boni buat air soya. Lain jadinya nanti. :-)

    • lepakk.com August 20, 2012 at 11:09 am

      Try je bro..pastu bgtau kami jadi mcmana

  • Hairul Hissam August 14, 2012 at 1:30 am

    kalo buat air soya ini. bila nak memerah je yg leceh sikit. boleh terkeluar urat2 bila nak memerahnya… :D

    • akubiomed August 15, 2012 at 12:50 am

      Semasa kursus belajar air soya hanya 2 lelaki sahaja. Jadi urusan memerah soya diberikan kepada kami. :-)

  • Ezad Skytech August 14, 2012 at 12:51 am

    buat sendiri lagi terasa nikmatnya air soya ni..:D

    • akubiomed August 15, 2012 at 12:53 am

      Orang bujang seperti Ezad pun boleh mengunakan Tepung Magik untuk mengoreng.

  • titan August 14, 2012 at 12:42 am

    hoho..ko jual kat pasar malam..konfirm ada 10 orang paling sikit yang beli..
    titan recently posted..Cek ke 16 dari NuffnangMy Profile

    • lepakk.com August 20, 2012 at 11:10 am

      Boleh jadi top 5 Air Soya #malaysia hahaha

  • Ummi Hanie August 13, 2012 at 10:34 pm

    selain boleh buat bisnes, boleh juga cuba2 tulis ebook cara buat air soya yg sedap ;)

    • akubiomed August 13, 2012 at 10:47 pm

      Saya tidak mengunakan sebarang pengawit jadi ketahana air soya mungkin tidak lama. Jadi kalau hendak tulis ebook mengenai pembuatan air soya untuk komersial macam tidak sesuai sahaja.

  • Ummi Hanie August 13, 2012 at 10:34 pm

    semangatnya tengok anak2 gembira minum air soya hasil tgn ayah sendiri… tambah2 abg koning tu ;)

    • akubiomed August 13, 2012 at 10:49 pm

      Betul tuh. Anak-anak suka minum air soya. Saya belum kesempatan untuk membuat taufufa yang agak mencabar.

  • Ummi Hanie August 13, 2012 at 10:19 pm

    rajinnyeee tuan blog bikin air soya… tmbh2 syg sang isteri…

    pengakuan jujur; sy tak pass lagi buat air soya… huuuuu~

    dan hampir tiap2 hari juga ni berbuka dgn air soya kotak… ;)

    • akubiomed August 13, 2012 at 10:46 pm

      Mungkin rendam kacang soya terlalu lama. Dicadangkan rendah 4-6jam sahaja. Kalau dirumah ini tidak sempat simpan untuk esok sudah habis. Memang laku selalu. :-)

  • papa mifz August 13, 2012 at 6:06 pm

    boleh buat bisnes nih kan bro…cuba lah mana tau masyuk…:)

  • Bro Framestone August 13, 2012 at 4:45 pm

    Eh.. Terasa macam nak berbuka dekat rumah mu…

    Bagi direction plz.. Nak melawat, itu pun jika dihidangkan air soya nie la ek…

    5 liter tue berapa kali minum baru habis ek
    Bro Framestone recently posted..Bersama Rakan Blogger : Dkna AbzaMy Profile

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:41 pm

      Tanjung malim dengan kawasan saya tinggal tidaklah jauh.:-)

    • lepakk.com August 20, 2012 at 11:11 am

      Nak ikut gak

  • hafidz August 13, 2012 at 2:51 pm

    amboi sedapnya. nak sikit hehe :P
    hafidz recently posted..Video: Pesawat – Menjelang SyawalMy Profile

  • Tirana Aduka August 13, 2012 at 2:14 pm

    Assalamualaikum wbth…

    Wah rajinnyako bro…… soya madein akubiomed 1…nakorder nie…

  • sw33tdarling August 13, 2012 at 2:08 pm

    puasa tahun ni, saya langsung tak kongsi menu berbuka sebab rasanya 2kali jer memasak untuk berbuka.. selebihnya berbuka di kampung, adik yang memasak. Di KL, hubby yang masak…

    Air soya, dulu masa kecik2, mak selalu buat masa mengandungkan adik. nak suruh putih… hehehhee

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:44 pm

      Ada juga diamalkan oleh isteri semasa mengandung dahulu.:-)

    • lepakk.com August 20, 2012 at 11:11 am

      Oh yeke..kalau x banyak la resepi kami boleh buat

  • hidayah August 13, 2012 at 1:09 pm

    fuhhh…terasa macam..
    (beli je lah..senang :) hehe..)

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:45 pm

      Kalau beli memanglah senang. Ada mesin buat soya lagi senang.

  • Zida August 13, 2012 at 12:58 pm

    ala comelnya model 3 orang tu, dulu mak rajin la buat masa kitorang kecik-kecik tapi bila semua dah besar, mak pun makin busy dah tak pernah buat dah. sekarang beli je…

    nak try buat kat mesir la! (eh tapi ada ke kacang soya kat sana -.-)

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:46 pm

      Tak tahu lah pula kalau soya ada dijual di Mesir. Mungkin boleh cari dekat sana kot.
      Tahun ini tak balik Raya di Malaysia?

  • wahida August 13, 2012 at 12:44 pm

    dulu suka giler minum air soya, tapi sejak kawen, hubby dan anak2 tak suka minum soya, saya pun dah jarang minum, kalau teringin, baru beli air kotak soya tu..

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:47 pm

      Kalau macam itu lebih baik air soya kotak sahaja.:-)

  • Hafizul August 13, 2012 at 10:40 am

    Wahhhh menarik…buat air siya sendiri..rupa nya senang jer..aku ingtkan susah..hehe
    Hafizul recently posted..Lara Cinta RayaMy Profile

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:48 pm

      Tak susah boleh cuba sendiri.:-)

  • Bro Zulkbo August 13, 2012 at 7:14 am

    salam..
    erkk..selalu minum boleh
    licin kulit nih..he he

    baru sekali je minum
    bulan puasa nih..itupun
    soya + cincau
    Bro Zulkbo recently posted..Pagi Besok Nak Cari Kayu..Nak Cari KayuMy Profile

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:49 pm

      Produi SKII kan berasaskan kacang soya.:-)

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:50 pm

      Produk SKII kan berasaskan dari kacang soya.:-)

  • sweet August 13, 2012 at 1:29 am

    tak gemar air soya :(

  • smp3lembang August 13, 2012 at 12:51 am

    ini musti high kualiti karena handmade kalau yang banyak dipasaran musti guna bahan pengawet supaya bisa tahan lama
    smp3lembang recently posted..Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 HMy Profile

    • akubiomed August 13, 2012 at 5:52 pm

      Kacang soya yang berkualiti harus dibeli keluaran negara Kanada lebih sedap.

  • Mama Murai August 13, 2012 at 12:16 am

    Teringat dengan gelagat anak-anak dan cik abang kita bila sesi memasak soya. Selalunya hidangan soya suami juga pekat tetapi yang tak bestnya, soya tu mudah basi. Ada sesiapa tau, macam mana nak bagi air soya tu tahan lebih lama? :)

    • akubiomed August 13, 2012 at 12:25 am

      Apa yang saya belajar mengenai buat soya adalah tidak meletakkan bahan pengawet supaya bertahan lama. Mungkin proses rendaman kacang soya terlalu lama. Proses rendaman yang dicadangkan diantara 4-6jam. Setakat ini saya tidak mengalami soya basi.

      Anak-anak memanglah mengadap ketika saya menyediakan air soya ini tetapi tidaklah ditunjukkan didalam gambar. Ada yang hampir masukkan kepala dalam periuk ketika proses memerah air soya. :-)

    • lepakk.com August 20, 2012 at 11:13 am

      Wah ramai rupanya rajin buat soya sendiri

  • keretahitam August 12, 2012 at 11:52 pm

    apa pun air tangan bapa yang buat mesti dapat berkat anak yang meminumnya…kena cuba sendiri ni…

    • akubiomed August 13, 2012 at 12:26 am

      Insyallah proses pembuatan yang ikhlas akan memberi kesan kebaikkan.

    • akubiomed August 13, 2012 at 10:50 pm

      Insyallah dengan ikhlasan tentu ada kebaikkan.

  • daddydee August 12, 2012 at 11:44 pm

    terbaik lah tuan…Nanti boleh try ni…

    Thanks…

    • akubiomed August 13, 2012 at 12:26 am

      Boleh cuba sendiri. Ia tidaklah susah.

    • akubiomed August 13, 2012 at 10:50 pm

      Boleh cuba bro tak susah pembuatan air soya ini.

  • Shahrul August 12, 2012 at 8:23 pm

    buleh try ni lain kali…
    Shahrul recently posted..Aura Hari Raya Semakin TerasaMy Profile

  • maszull August 12, 2012 at 6:50 pm

    assalamualaikum akubiomed….bestnya kalau dapat buat air soya sendiri memang puas hati n berbaloi2 bila meminumnya….buatan sendiri la katakan…:)

    • akubiomed August 13, 2012 at 12:27 am

      W’salam. Apa yang saya boleh maklumkan air soya terasa lebih pekat dan sedap diminum.

      • Ummi Hanie August 13, 2012 at 10:31 pm

        serik lepas buat, basi pula… tak sedap :p

    • akubiomed August 13, 2012 at 10:52 pm

      Tahap kepuasan berbeza kalau air soya hasil buatan sendiri. :-)

  • errah August 12, 2012 at 6:39 pm

    bagusnya bt sendiri..kita punya feveret ni..hri ni pon soya lg..hihi..tp xrjin nk bt sendiri..ingt susah rpnye sng je

    • akubiomed August 13, 2012 at 10:53 pm

      Kalau guna mesin air soya lagi senang. :-)

  • nurmisnan August 12, 2012 at 6:16 pm

    alamak.. sodapnya air soya.. selalunya kalau nak raya tempah dgn
    sahabat mak. murah dan pekat rasanya..
    nurmisnan recently posted..Khasiat daun kaduk merawat demam malariaMy Profile

  • budak felda August 12, 2012 at 6:03 pm

    bro, dah boleh buka gerai ramadhan tahun depan nie..;:)

    • akubiomed August 12, 2012 at 6:06 pm

      Meniaga air soya ini sebenarnya menguntungkan. Masakan adik ipar dikampung kalau meniaga air soya ketika bulan Ramadhan memang laku.

      • budak felda August 13, 2012 at 2:56 pm

        memangbetul soya mmg dicari utk juadahberbuka wajib katanyer…hehehe

  • anif August 12, 2012 at 5:47 pm

    Bila buat sendiri, semuanya dalam kawalan. :D
    anif recently posted..Persiapan Hari Raya 2012 #1My Profile

    • akubiomed August 12, 2012 at 5:55 pm

      Betul tuh bro. Air soya yang dihasilkan lebih pekat dan kemanisan boleh dikawal mengikut selera.

      • adamfaiz August 13, 2012 at 11:04 am

        sedapnya nampak… kalau datang beraya dapat minum air soya ni tak?

  • maza August 12, 2012 at 5:31 pm

    wah! budak2 tu panjang2 jari jempolnya menunjukkan tanda bagus.. adakah disebbkan takut kat abah mereka? hahaha

    anyway tutorila yg baik sekali ni…
    terasa mahu mencubanya.. nanti kena cari kedai india di seksyen 4, kalau2 dia ada jual kacang soya fresh gitew.. hehehe

    thanks

    • akubiomed August 12, 2012 at 5:35 pm

      Kalau hendak penghasilan air soya yang berkualiti dapatkan kacang soya yang diimport dari negara Kanada.

    • anif August 12, 2012 at 5:46 pm

      Haha.. Tak tunjuk tanda jempol potong duit raya! :D

  • azman August 12, 2012 at 5:28 pm

    Petang ni pun wife tgh buat air soya sendiri…tapi letak halia,supaya rasa tak melekat sgt… (chinesee style) letak halia.

    • akubiomed August 12, 2012 at 5:36 pm

      Belum pernah mencuba letak halia. Terima kasih berkongsi tip penambah perisa.

    • budak felda August 13, 2012 at 2:57 pm

      Letak halia…belum pernah rasa lagi soya + halia….tentu ada kesannyer..

  • sweetkurma August 12, 2012 at 4:36 pm

    wahhh azrin rajinnya….macam best dan sedap jer…jadi teringin nih huhu

    • akubiomed August 12, 2012 at 4:43 pm

      Buat air soya untuk minuman seisi keluarga. Anak-anak suka minum air soya. Lagi pun saya sudah ada mesin buat air soya lagi mudah.

      • Ummi Hanie August 13, 2012 at 10:33 pm

        bagus ibu mengandung minum air soya byk2, org kata nnti bayi yg lahir tu cantik kulitnya.. wallahua’lam

    • budak felda August 13, 2012 at 2:58 pm

      teringin dah boleh order kak SK…nanti kang kempunan