Ulasan blog IntanKuTerpilih.

Aku sekali lagi telah di tag kali ini oleh IntankuTerpilih dan diharapkan ini adalah tag terakhir untuk 2010 yang bakal melabuhkan tirai didalam beberapa hari lagi. Ulasan blog ini adalah yang pertama pernah aku lakukan
Memandangkan IntanKuTerpilih telah menukar theme baru untuk blognya. Beliau telah meminta membuat analisa blog dan tip blog yang bertepatan dengan tajuk, ‘Good Friends Are Always Close To The Hearts’ . Terus terang aku pun masih lagi didalam proses pembelajaran dan mencari niche blog yang sesuai. Permainan SEO blog pun aku masih belum mahir lagi
Ini diantara soalan yang perlu dijawab
1. Apakah nama pena yang sesuai diberikan untuk IntanKuTerpilih?
Nama pena IntanKuTerpilih dipilih yang asalnya adalah pengunaan nickname yang digunakan ketika terlibat didalam forum yang beliau sertai.
2. Apakah perubahan yang perlu dibuat untuk IntanKuTerpilih?
Yang perlu diperbaiki

- Aku dapati gambar tidak diletak ALT untuk penerangan gambar yang digunakan kerana Google bot crawler tidak memahami kod jpeg. Satu kerugiaan kalau tidak meletakkan penerangan pada ALT.
- Link melebihi 100 kerana Google bot crawler membaca untuk 100 link yang pertama.
- Terlalu banyak DNS menyebabkan blog menjadi perlahan.
- Kurang widget yang tidak memberi kesan kebaikan kepada blog yang mana akan melembapkan blog

- Kurang jumlah pengomen. Disable gambar Avatar pengomen kerana ia melembapkan blog dan komen dari Intan sendiri.
- Saya rasa ENTRI TERKINI macam mengulang dengan apa yang sudah ada pada muka depan blog mungkin boleh tukar kepada entri yang paling hit.
- Buatkan satu muka baru khas untuk koleksi entri lama sekarang ini guna dropdown menu agak kurang sesuai

- Loading blog 9.7 saat berpunca dari sebab-sebab yang dinyatakan diatas
Yang sudah ada
- Nampaknya IntanKuTerpilih telah memasang kod Google Analyticalia sesuatu yang bagus untuk membuat analisa prestasi blog.
- Bilangan entri 5 untuk muka depan blog kalau terlalu banyak entri akan melembapkan blog.
- Tajuk entri untuk permalink pun sudah mesra SEO
Contoh: http://intankuterpilih.com/2010/12/pembubaran-bloglink-dan-exchange-link-intankuterpilih-com/
- Blog ini telah telah di index dengan enjin carian seperti Google Webmaster
- Pengunaan Header H1 dan H2 yang dilabel dengan baik
3. Apakah komen anda terhadap IntanKuTerpilih ?
Komen aku kepada Intan supaya jangan tergesa-gesa untuk memperbaiki semua sekali gus tapi buat pembaikan sedikit demi sedikit. Hati-hati ketika mengunakan gambar kerana ia menjadikan blog lembap. Saiz gambar boleh dikecilkan dengan mengunakan SMUST IT.

ringkas padat dan menarik bro

dnoBiz recently posted..Kereta terkena Ludah – Kanak Kanak Dibelasah hingga Lembik
panjang juga komennya..nanti leh komen blog saya lak
Saya bimbang juga nak komen blog orang kerana blog sendiri pun masih banyak yang perlu dibaiki
yg kat sidebar akubiomed tu ada W3C yg tanda right tu apa ek? untuk apa tu?
W3C dengan ayat mudah kod html mengikut standard format jangan risau sangat mengenai W3C validity
Assalaamu`alaikum
Waalaikumusalam warahmatullah Mama Murai
terima kasih akubiomed… sangat2 menghargai komen2 di atas… sebenarnya aku, eh ehem ehem… saya masih lagi kurang ilmu dalam wordpress dan SEO ni. yg berkenaan gambar tu pon masih blur lagi nak setting macamana. nak cari tutorial dari sehari ke sehari asik tak menyempat jerk.. segala teguran akan saya terima dengan hati terbuka. akan saya perbaiki sedikit demi sedikit…
(aduh, tak biasa sebenarnya bahasakan diri saya awak dengan org lelaki dlm dunia maya nie)
Kalau ada peluang cuba cari buku asas kod html ia akan membantu memahami blog dengan lebih baik. Sekarang lebih mudah dengan carian enjin Google, taip sahaja akan dapat
Pada tahun 1997 saya sudah berjinak-jinak dengan web pada ketika itu memerlukan kemahiran pengunaan kod htlm pada masa itu saya belajar melalui pembelian buku.
Web pertama saya adalah mengenai biomedikal elektronik yang mana hampir sama dengan konsep Yahoo dimana saya kumpulkan semua link mengenai biomedikal didalam satu web.
Zaman berubah nak bangun blog atau laman web dengan kemudahan editor WSWYG jadi tidak memerlukan kemahiran kod html tapi perlu diingat ada setengah perkara tidak boleh dilupakan kod html seperti meletakkan logo banner, iklan, link, alt untuk gambar.
Aiseh komen dah jadi entri pula
Intan boleh rujuk mengenai ALT di link ini http://akubiomed.com/2010/10/gunakan-alt-untuk-gambar/
ok2, thanks yeah…
hehehe
tips berguna tu. page saya kosong je. malas nak buh widget byk byk. heheheh
Biar ringan B yang penting pengunjung tak kusut membacanya
bagus jugak info ini…dulu aku letak widget penuh kt blog aku terus jd lambat mcm siput khinzir…
entry pun jgn letak byk sangat dlm satu page kan? kalau boleh letak 1 entry lg baik kot tp aku x nak sbb x cantik..hehehe..
kalau letak iklan pun jgn byk sangat dan ikut iklan itu sendiri. kalau mcm nuff..advertlets..mangga.. memang sedikit sebanyak melambatkan blog..rr..betul x biomed?? hmm.. pandai2 lah pilih.. tp aku guna lagi semua tu..
better sama2 kita belajar lg mcm mana cara nak tingkat laju blog dgn pakcik google…
Letak iklan terutam Nuffnang memang benci kalau ada pesaing iklan lain diletakkan bersama.
bagus bro..telus dan cekap
Err biasa-biasajer
wah… bagusnya review yg dibuat… senang dibaca…
kadang2 bila tgk orang pasang mcm widget kat blog tu terpengaruh jugak… tp kat blog aku yg sekarang ni… xbyk sgt letak… sekadar letak yg mana rasa patut jek…
nanti lepas tukar theme baru nak kurangkan lagi widget kat blog

Fahmi Raazali recently posted..Malaysia Menang Ke…
Bukan tidak boleh pasang widget cuma kena bijak memilih dan set supaya ia tidak menyebabkan blog mengadi berat terutama gambar dan logo selalunya bersaiz besar
tu dia pandangan dari seorang pakar. penuh dengan topik2 SEO….boleh dijadikan panduan untuk blogger lain juga ni, macam aku.heheh
Saya bukanlah pakar didalam SEO cuma cuba memenuhi garis panduan yang diperlukan oleh SEO
betul tu am,
itu lah yang menunjukan perbezaan otai dan orang baru macam aku,
Ps : banyak benda yang dia cakao aku tak paham heheh


masih banyak yang aku kena belajar
dnoBiz recently posted..Penjaga Gol kebangsaan – Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia