Fenomena kabus tebal melanda di Serendah
Pagi hari Isnin ketika hendak menghantar abang Koning ke sekolah Agama kelihatan kawasan sekitar perumahan saya tinggal berkabus. Sebelum ketiadaan fenomena kabus ini boleh dilihat tiang lampu TNB didepan rumah tetapi kali ini tidak kelihatan akibat kabus.
Abang Koning siap sangka kabus yang berlaku adalah jerubu
Abang Koning telah meminta penutup muka disangkanya Jerubu melanda. Malam pada hari Ahad memang ada hujan tidak sangka pula pagi berlaku fenomena kabus yang luar biasa. Sebelum ini pernah berlaku berkabus tetapi tidaklah setebal pada pagi Isnin baru ini.
“Anak-anak pernah sebut yang kabus itu asap. Mereka tersangat teruja melihat kabus meliputi bukit”
Peluang melihat kabus berlaku ditempat tinggi
Kuasa Yang Maha Esa pada pagi hari Isnin kawasan perumahan saya di Serendah diselaputi fenomena kabus yang tebal. Ketika menghantar abang Koning ke sekolah saya berhati-hati kerana jarak penglihatan berkurangan dari jauh kelihat lampu kenderaan dari arah betentangan.
Apa yang perlu lakukan kalau berlakunya kabus semasa memandu?
Bagi yang memandu kenderaan boleh menyalakan lampu kabut atau fog lamp selain lampu utama kerana ia mampu perbaiki tahap penglihatan. Teringat semasa bertugas di Miri kerana tinggal dikawasan berdekatan dengan kawasan pantai selalu mengalami fenomena kabus ini. Saya memastikan lampu kabut dipasang dan memandu dengan berhati-hati dengan jarak kenderaan dihadapan.
Kalau kabus berlaku dilaut tentu pelaut bergantung kepada radar untuk mengesan objek asing berdekatan dengan kapal yang dikemudi supaya tidak berlanggar. Kongsi pengalaman dikomen bawah jika pernah mengalami situasi berkabus ini.
fuh tebal betul kabusnya. ingat lagi 4 tahun lepas ke terengganu. ada satu jalan tu dlm pulul 6.55 pagi memang tebal kabus dia. mmg x nmpk apa2. terpaksa bawak dgn kelajuan 20-30 km/j. nasib baik kat jalan takde kereta sgt
Ingatkan kat gentingke cameron ke…
Thankz bro.. perkongsian menarik…
hati2 memandu dalam suasana berkabus ya
selalu keliru kabus dengan jerebu….
Jerubu boleh perasan bau asap.
macam berada di cameron highland pulakkan 🙂
Betullah bro KM. 🙂
Suasana berkabus best sejukjerkan…tapi..kena hati2 bila memandu tetambah bila kabus tebal…
Terasa sejuk cuma perlu berhati-hati kerana jarak penglihatan menurun.
kalau lalu ke trowong kuala kangsar itu selalunya pemandangan ini akan kami nampak. rasa mau hiruo udara segar dari tingkap tapi tak mampu sebab banyak kenderaan bertali arus pada laluan yang sempit tu
Tentu terasa teruja hendak melihat dan merasai kabus tersebut. 🙂
terowon gmenora tu kan suri. memang kerap berkabus di situ… jeng3x ~
tiada pengalaman tapi bahaya memandu tak berhati-hati ya.
selalu juga menghadapinya terutama awal pagi..biasa kalau tengah memandu memang pandu perlahan-lahan..
Jalan raya pun basah perlu berhati-hati.
pemandangan macam ni memang biasa di kampung SA…pagi sampai kul 10 am masih berkabus..kat bandar x tau la plak…
Boleh tahan lama kesan kabus disana.
Memang jarang berlaku la kabus macam nie kat tempat saya…..
Saya suka betul dengan keadaan berkabus ni. Rasa tenang dalam cuaca dingin macam tu.
kalau di rumah oklah lagi tpai atas jalan rasa jangan sesekali but cuai bahaya ho.ho..ho..
mmg kena berhati2 bila memandu di kabus tebal…… bagus juga pasang lambu kabut tu.. 😀
Memang perlu pasang lampu kabut tetapi ada yang salah guna. 🙁
Kabus tebal. Maknanya sejuk. Sejuk memang syok utk tidur, tapi kena juga redah =)
tebal tu!
ya boleh celup jadikan ice cream macam ikea tu hee satm rm1 heee
Memang best untuk tarik selimut dan sambung tidur. 🙂
kalau di kawasan rumah ayah saya fenomena kabus ni mmg agak biasa.. awan turun rendah waktu pagi dan lepas tengah malam.. agak bahaya.. tapi saya mmg suka.. sejuk sejuk je.. bila pokok kelapa sawit kena tebang sebab nak tanam baru.. jadi lagi teruk lagi sbb kata ayah, awan tu tak sangkut kat pokok.. terus dia naik atas jalan..hehehe..
Suasana sejuk disebabkan kabus memang best.
Mai la dok Serendah,
kalau kawasan rumah Kak Jie yang disekeliling bukit bukau ( kg orang asli, pusat serenti , air terjun.. ) memang tiap hari berkabus
kadang2 sikit, kadang2 banyak…tapi sekarang ni memang musim berkabus tebal.
Pernah memandu mendaki Genting ( laluan Btg Kali – Gohtong Jaya ) jam 1 pagi sewaktu tinggal di Bentong… kabus tebal, buka fog lamp pun samar-samar. Nasib baik kereta besar ( 4×4 )
Pakat kita racun Azman Ishak pindah. 🙂
Lain macam jer kabus tu. Tebal sangat. Jadi kabus sebab terlampau sejuk ke? Apapun, masa kabus nih kena drive dengan berhati-hati. Pastikan lampu dinyalakan.
Apabila berlaku kabus tebal perlu berhati-hati diatas jalan raya.
aku dulu selelau tertukar antara kabus dan jerebu….
Sekali pandang macam tak ada beza cuma beza dari segi bau.
lampu kabut ke kabus?
masalah kecik je nak panggil apa pun boleh, janji faham lampu yang dimaksudkan dan pengetahuan am yang disampaikan.
saya takut word asal dia lampu kabut. kat keyboard word T dan S agak jauh. So, ingatkan mmg disengajakan. Just asking 🙂
agak sukar memandu dalam suasana berkabus ni..
kat jalan kimanis-keningau.. garisan jalan warna kuning..
baru ok sikit. berbanding garisan warna putih.
saya tak suka guna hi-beam bila kabus.. makin tak nampak..
Kawasan daerah KK lebih kerap berlaku. Mencabar melakukan pemanduan didalam kabus tebal.