• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Kentut adik berbau busuk

Kentut adik berbau busuk

6th October 2010 by akubiomed 5 Comments

Belajar membaca dengan ayat kurang sesuai.

Seperti kebiasaan selepas waktu Mahgrib saya akan buat semakan kerja rumah anak saya. Biasalah anak-anak pada usia seawal 7 tahun hanya ingat nak bermain sahaja. Mengenai pelajaran anak-anak saya amat tegas dan sentiasa memberi masa walau sesibuk mana pun.

Kali ini saya bertanya anak saya ada kerja rumah yang perlu disiapkan dan anak saya maklum tidak cuma ada latihan membaca. Saya akui anak saya masih lemah dalam pembacaan terutama perkataan yang mempunyai 3 huruf berbanding 2 huruf sebagai contoh perkataan  ma-ta mudah disebut berbanding se-dang. Saya menyuruh anak saya memula bacaan seperti yang ditulis didalam buku.

Saya mengamati baris-baris anak saya sebut, tiba-tiba terdengar baris perkataan yang agak pelik iaitu “Kentut adik berbau busuk”. Saya ingat anak saya main-main menyebut perkataan tadi dan meminta mengulang sekali lagi dengan nada tegas. Sekali lagi anak saya menyebut perkataan yang sama dan saya tidak berpuas hati.

Saya buat semakan buku yang dibaca memang tertulis “Kentut adik berbau busuk” dan “Saya kepala besar”. Saya paham usaha sekolah membuat latihan tubi membaca dirumah adalah amat baik cuma binaan perkataan perlu bersesuaian. Saya tidak pasti ibubapa kepada anak-anak yang sekelas saya sedari atau menyemak kerja rumah anak-anak mereka.

  • Tip memilih pasangan cara old style
  • Pakai cermin mata bukan kerana kacak
  • Ada perkara yang tidak akan berubah

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Aya says

    24th February 2013 at 9:52 pm

    Hehe.. lawak plak.. 🙂

    Reply
  2. akubiomed says

    11th October 2010 at 9:32 pm

    Saya akui kelas di sekolah anak saya memang mempunyai lebihan pelajar setiap kelas setakat 44 plus plus tuh biasanya. Cuma ada rasa terkilan binaan ayat yang diberikan oleh Cikgu untuk latihan tubi membaca. Saya tidak pernah meragui profession Cikgu cuma…

    Reply
  3. akuzle ayu says

    11th October 2010 at 1:47 am

    salam komen, sy ingat tajuk neh main2 jer or buku tuh buku contengan ajer tp biler dh bc n3 neh terkejut beso sy. Btui kata anda tuh, pihak sekolah terutama guru perlu prihatin ngn homework murid2 tp maybe guru terbabit overlooked kots… yerler, budak2 dlm kelas kan ker dh melimpah ruah… mcm sy kt skola menengah neh, 1 kelas bole cecah 47 org. ngaja english then ex. books depa pon dh 3-4 bijik x termasuk buku kerja lagik tuh… so maybe x smptlah… itu skola men, sek ren now sy tatau psl dh lama tinggalkan sek ren… tp, kalo murid x ramei tp guru periksa buku sambil lewa mmg sy pon rasa segan n nk marahlah… tp, sy salute anda sbgai parent yg prihatin coz sy sndri pon byk kali gaks termiss check ex. book ank sy…hhuhuhuhuuh

    Reply
  4. naem says

    9th October 2010 at 10:20 pm

    huhu..lucu~

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in