Entri pemanas badan blog AkuBiomed

Entri pendek pemula entri pemanas badan.

Hujung minggu ini adalah acara ‘last kopek’ untuk menganjur majlis berbuka dimana bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Saya tidak terkecuali menerima jemputan majlis rumah terbuka rakan sekerja.

Bunga putih

Cuti hujung minggu yang panjang dengan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September sempena pengabungan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi negara Malaysia.

Ramai yang mengambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tanniah kepada sahabat blogger Asfaz telah melangsung perkahwinan. Saya mohon maaf tidak dapat hadir majlis resepsi beliau di Bangi kerana menguruskan hal keluarga selepas kehilangan ayahanda tercinta pada 7 Sept yang lalu.

Rindu saya ke pada blog tidak terkata dan harapan dengan menulis entri pemanas badan ini dapat mengurangkan rasa kerinduan dan blog menjadi sepi. Walaupun blog tidak dikemas kini saya masih curi-curi melayari blog sahabat blogger untuk mengetahui perkembangan semasa sahabat blogger.

Keputusan tidak rasmi pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs DenaiHati.

Keputusan tidak rasmi pertandingan cabaran SEO Eyriqazz vs DenaiHati telah pun keluar senarai nama pemenang. Sekalung tanniah kepada pemenang yang memenangi cabaran SEO anjuran bro Eyriqazz. Cemburu saya apabila membaca beliau telah ditaja oleh Maybank ke LegoLand Malaysia selama 3 hari 2 malam yang mula dibuka kepada umum pada 15 Sept 2012.

Lelaki kacak berkelana di kota London.

Tup-tup saya terbaca seorang lagi lelaki kacak iaitu bro DenaiHati telah menjejaki kaki di kota London. Sempat juga beliau menayangkan jersi permata baru pemain Manchester United(MU) yang dibeli di London iaitu Robin van Persie bekas pemain Arsenal yang berhijrah ke pasukan MU yang diurus oleh Sir Alex Ferguson. Kini MU mempunyai senarai bintang yang bakal mengegarkan English Premier League(EPL).

AkuBiomed: Cukup setakat ini dahulu entri pemanas badan dari saya. Selamat berhari minggu. :-)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • hairulafiz November 23, 2012 at 4:06 pm

    takziah diucapkan kepada aku bio

  • Kamal Mustafa September 25, 2012 at 10:53 am

    Salam takziah buat Bro Azrin. KM pun sibuk gak lopeh raya tahun nie. Sampai berbloging pun kurang. Tapi sompek jugalah update mana yang patut.
    Kamal Mustafa recently posted..Pertama Kali Menjejakkan Kaki Di Kuantan, Pahang Darul MakmurMy Profile

  • lepakk.com September 25, 2012 at 10:01 am

    Blogger adalah tugas yg sukar !

  • suri September 23, 2012 at 9:09 pm

    ambil masa nak ada mod mmg biasakan sbg seorg blogger

  • Mekar September 22, 2012 at 4:41 pm

    Oh. ayahanda akibio meninggal 7/9 ?? masih berkabung la kiranya ya. Salam Takziah dari mymekar.com
    Mekar recently posted..Agenda Ke Sungai BulohMy Profile

    • suri September 23, 2012 at 9:15 pm

      sy tahu melaliu fb jeguk blog jarang waktu tu.sabar ya bro

  • wanayu.com September 21, 2012 at 11:51 am

    gud luck..

  • Man September 21, 2012 at 9:26 am

    bila ye nak keluar yang rasmi punya. =)

  • Dulu Lain Sekarang Lain September 19, 2012 at 5:33 am

    Kawe msh sejuk ni, entah bila nak panas badan. Kena pegi sauna dulu kot? :D

  • anif September 18, 2012 at 5:07 pm

    Jangan ditinggal lama sangat blog ni.. nanti bersawang! :D
    anif recently posted..Malu Bertanya Sesat JalanMy Profile

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:49 pm

      Cuba selalu kemas kini entri terbaru. Semakin hari semakin peribadi blog ini. :-)

  • cikgu naman September 18, 2012 at 1:53 pm

    tak start pemanas lagi ni blog saya..hehe

  • maza September 18, 2012 at 12:42 pm

    hamvoiii.. gambor bunga itew… bokehnya hebat gitew..

    pakai lens apa ek?
    hehehe

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:49 pm

      Saya pasang lensa Tamron sahaja. :-)

  • zool September 17, 2012 at 11:50 pm

    siap ada entri pemanas badan tu.. hebat tu

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:51 pm

      Harap ini lebih konsisten selepas ini kerana blog ini belum kuat SEOnya lagi.

  • hafidz September 17, 2012 at 11:09 pm

    jadi la post entri untuk warm up. lepas ni dah boleh jalan terus untuk post entri2 ngee :D
    hafidz recently posted..Malaya ke MalaysiaMy Profile

  • Mus September 17, 2012 at 11:04 pm

    blog saya dah suam-suam kuku…
    nak buat come back juga
    Mus recently posted..Pesta Untuk Si KerbauMy Profile

  • Denaihati September 17, 2012 at 10:50 pm

    moga bro dah cukup panas sekarang. terima kasih backlinknya

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:53 pm

      Sama-sama bro DenaiHati. :-)

  • bardboo September 17, 2012 at 5:01 pm

    InsyaAllah semoga lepasni dpat aktif semula berblog….

  • sha September 17, 2012 at 4:58 pm

    semoga saudara akubiomed kembali aktif berblogging slps ini……

  • Eizil September 17, 2012 at 3:05 pm

    Semoga entri pemanas badan ni akan membolehkan bro terus menulis saban hari… tapi tak perlulah sampai paksa diri, ada masanya kita perlukan masa untuk berehat selepas melalui peristiwa yang mengubah perjalanan hidup kita.
    Eizil recently posted..Bagaimana segalanya bermula.My Profile

  • Ezad Skytech September 17, 2012 at 10:10 am

    > takde la open house lagi da lepas ni…semalam last kopek da…

  • Bro Zulkbo September 17, 2012 at 3:04 am

    salam..
    syukur alhamdulillah pada yang di murahkan
    rezeki mereka oleh Allah..Buat Bro, selamat
    menjamu selera dengan juadah hari raya
    yang dah habis semalam..ermm, orang Malaysia
    memang mewah..beraya sebulan..he he
    Bro Zulkbo recently posted..Filem Innocence Of Muslims Yang Menghina Nabi VS Filem The MessageMy Profile

  • sweetkurma September 16, 2012 at 11:42 pm

    sangat2 cantik photo tu…. dah makin pro lah…akak pun nak memulakan lah….

    • akubiomed September 17, 2012 at 8:53 pm

      Terima kak Siti. Sebenarnya saya tidak ide hendak sumbat gambar apa. Jadi saya ambil koleksi gambar yang saya pernah bidik sebelum ini untuk diletakkan didalam entri ini. Bunga warna putih ada maksud simbolik.

  • nizamghazi September 16, 2012 at 10:57 pm

    Saya berasa begitu kagum dengan admin.
    Begitu sophisticated dengan dunia blogging
    Saya perlu jadikan admin salah satu sumber inspirasi dalam dunia blogging :)
    Welcome back. Same with me :)

  • Nur September 16, 2012 at 10:39 pm

    Takpe lepas ni bolehlah Saudara kembali aktif semula.. Memang bila berblog, ada pasang surutnya.
    Cuti panjang nanti bolehlah saudara bawa anak2 bercuti ke Legoland … :)

  • nuriz September 16, 2012 at 10:17 pm

    rumah terbuka masih ada jugak lagi , hari ni pun saya ada pegi jemputan kat umah kwn
    nuriz recently posted..Adam dan Hawa Promo Episod 13-16My Profile

  • Shasha Mohamed September 16, 2012 at 6:24 pm

    Tahziah di atas pemergian ayahanda akubiomed. Semoga diampunkan Allah segala dosanya dan dimasukkan ke syurga. Alfatihah…
    Shasha Mohamed recently posted..10 Cara Untuk Mengurangkan Asid Urik Dalam BadanMy Profile

  • titan September 16, 2012 at 4:15 pm

    dah cukup panas ke lom?
    titan recently posted..Gadis comel dan tali-temali.My Profile

  • Mummy Akmar September 16, 2012 at 12:16 pm

    Wwwwwaw..ada eh entri pemanas badan. Hahah kelakar pon ada. Welcome back Bro!

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:10 pm

      Dari biarkan blog tidak ada cerita baru baik ada entri pemanas badan ini. :-)

  • Leeza dayasari September 16, 2012 at 12:09 pm

    love man utd…. moga man utd kekal cemerlang…..
    …. haaaa ramai yg tamatkan zaman bujang erk. SETUJU!!

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:10 pm

      Ini mesti peminat hardcore MU. :-)

  • Hairul Azni September 16, 2012 at 10:32 am

    Al-fatihah untuk arwah ayah bro..

  • Kak Long Mawar Merah September 16, 2012 at 10:26 am

    Takziah kerana kepergian ayahanda tercinta. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh.

  • lepakk.com September 16, 2012 at 9:05 am

    Wah entri pemanas badan hihi

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:14 pm

      Harap entri pemanas badan ini sebagai permulaan untuk menemui rentak menulis blog.

  • Hafizul September 16, 2012 at 7:27 am

    Ayah meninggal dunia ke???selamat bercuti juga untuk akubiomed..hehe
    Hafizul recently posted..Pengalaman Membina Pondok KecilMy Profile

  • eva September 16, 2012 at 2:06 am

    al-fatihah utk ayahanda tercinta..

    wahh maseh lagi rumah terbuka yer.. rezeki makan free hehe

  • zik September 16, 2012 at 2:02 am

    Alfatihah kepada ayahanda … saya pulak ditimpa kemalangan…tahun nie n tahun lepas memang xbanyak pergi open house..
    zik recently posted..Aku yang kemalangan, 10/9/2012My Profile

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:48 pm

      Harap bro Zik tidak mengalami kecederaan yang serius dan dapat sembuh dengan cepat.

  • nurmisnan September 16, 2012 at 12:52 am

    Pertama sekali Al fatihah untuk ayahanda tercinta yang telah kembali kerahmatullah..
    Takziah dari kami sekeluarga.

    takper brother.. panaskan secara perlahan2.. bg mood blogging kembali seger.. welcome back
    nurmisnan recently posted..Selamat ulang tahun Yaya + cuti Hari MalaysiaMy Profile

  • yas September 16, 2012 at 12:28 am

    Welkam bek bro Akubiomed…..hari in ngan esok kompom banyak lg jemputan rumah terbuka….

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:49 pm

      Larat tidak larat untuk berjalan raya dan mengisi perut. :-)

  • beckhr00y September 16, 2012 at 12:15 am

    Selamat Menyambut hari Malaysia dan selamat bercuti ;)
    beckhr00y recently posted..Selamat Hari Malaysia 16 SeptemberMy Profile

  • azura September 16, 2012 at 12:06 am

    banyak jemputan open house yer bro…

  • isza September 15, 2012 at 11:52 pm

    Nasib baik entri panas tidak diulai dengan isu yang panas :)

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:49 pm

      Pernah juga blog ini menyiarkan entri panas. :-)

  • Malaysia Coin September 15, 2012 at 11:31 pm

    Selamat kembali berblogging…. :)
    blog tak update pun masih kekal menawan bro….
    Malaysia Coin recently posted..Selamat Hari MalaysiaMy Profile

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:50 pm

      Terima kasih bro meniupkan kata-kata semangat untuk menulis blog. :-)

  • Hairul Hissam September 15, 2012 at 11:09 pm

    selamat pengantin baru juga buat blogger asfaz. semoga bahagia ke anak cucu…
    Hairul Hissam recently posted..Petua Ubat Cirit Birit | Dugaan Masuk Rumah BaruMy Profile

  • muazfaris September 15, 2012 at 11:07 pm

    wahhh, dia sudah kembali balik !

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:51 pm

      Tengah mencari rentak untuk menulis blog. :-)

  • KiD September 15, 2012 at 10:10 pm

    yeahhhh… sambil2 bz pun leh bikin entry.. take care bro..
    KiD recently posted..Tips 1000UV dalam 12 jamMy Profile

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:52 pm

      Curi-curi masa untuk mengemas blog dengan entri terbaru.

  • tehr September 15, 2012 at 9:34 pm

    aku tak dapat nak ke mana2 dalam masa terdekat ni
    dalam malaysia pun tidak, luar negara pun tidak
    ulang alik ke sekolah je
    hehe
    tehr recently posted..Sarang Tebuan Di RumahMy Profile

  • Hazmin Hamudin September 15, 2012 at 7:44 pm

    Selamat kembali bro… Walaupun tiada entri baru, tapi saya perasan bro ada menjenguk ke blog rakan-rakan…

    • donnyien September 15, 2012 at 11:00 pm

      ya, saya pun perasan jg hehe

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:54 pm

      Ada kesempatan saya akan menjengah blog sahabat.

      • donnyien September 16, 2012 at 9:47 pm

        takpe bro, saya faham dengan keadaan bro skrg~ semoga kuat bro

  • hatiputera September 15, 2012 at 7:37 pm

    Selamat kembali bro…semoga dapat mengembalikan semula semangat berblogging…

  • Norasikin September 15, 2012 at 7:35 pm

    saya turut bersimpati atas kehilangan ayahanda bro. moga rohnya dicucuri rahmat

  • Norasikin September 15, 2012 at 7:34 pm

    hehehe legoland 10km je dari rumah saya. Dari pertengahan bulan lepas lg dah dibuka cuma perasmianannya hari ini. Nak pegi legoland ke? baik pegi umah saya je

    • Hazmin Hamudin September 15, 2012 at 7:46 pm

      banyak lego tak dekat rumah?

    • akubiomed September 16, 2012 at 4:54 pm

      Kalau bila-bila masa sahaja boleh ke LegoLand.

  • segalabenda September 15, 2012 at 7:33 pm

    bestnya daapat ke legoland..tapi nak g jauh sangat..ada rezeki nanti kene pergi gak ni huhu

  • donnyien September 15, 2012 at 7:31 pm

    takziah diucapkan untuk keluarga bro

  • azmanisma September 15, 2012 at 6:47 pm

    Selamat kembali menulis…. :) Al fatihah untuk ayahanda.

  • Amirez September 15, 2012 at 6:30 pm

    untung badan dapat hadiah tajaan ke legoland. teringin juga nak bawa anak isteri ke sana. dengar kata harga tiket rm100+ betul ke?
    Amirez recently posted..Jejak Jepun Bersama ZizanMy Profile

    • akubiomed September 15, 2012 at 6:39 pm

      Memang betul bro. Bagi yang mempunyai ahli keluarga ramai perlu mengeluarkan perbelanjaan besar.

      • Hazmin Hamudin September 15, 2012 at 7:45 pm

        Ramai rakan blogger yang dapat sponsor untuk ke sana.. Untung menjadi blogger hebat ni.. Hehe

    • hatiputera September 15, 2012 at 9:27 pm

      betul bro memang RM100 lebih.alangkah bagusnya kalau dapat sponsor.
      hatiputera recently posted..Pembukaan rasmi Legoland Malaysia di JohorMy Profile

      • samdaddycool September 15, 2012 at 10:16 pm

        hmmm.. seronok dapat sponsor.. Jom pasang angan-angan dapat sponsorship