Selepas dua setengah tahun barulah berpeluang melihat paras air mencapai maksimum di empangan sungai Selangor. Kalau sebelum ini kawasan Lembah Kelang mengalami krisis air yang meruncing sehingga terpaksa menjadual catuan air kawasan yang terkesan.
Leka melihat efek ‘Spill Over’ empangan sungai Selangor.
Kerap juga saya bawa famili pergi melihat empangan sungai Selangor untuk melihat pemandangan kawasan sekitar empangan yang indah dan sambil itu ambil kesempatan melihat paras air terkini. Kawasan sekitar yang redup dan angin sejuk mendayu-dayu. Boleh terasa leka sejenak menikmati kawasan sekitar dengan pemandang pulau-pulau buatan.
Leka melihat kesan air ‘spill over’
Kalau dahulu kesan spill air menyebabkan kabus air terhasil dari jatuhan dan tujahan air kebawah. Rasa bersyukur paras air di empangan ini mencapai tahap maksima walaupun diramalkan berlaku musim panas yang melampau kesan El Nino. Terasa berapa pentingnya air kepada manusia dan memberi kesan jika berlaku krisis air.
Aisyah bergambar berlatar belakang empangan air sungai Selangor
Gambar pada 23 Mei 2015
Gambar pada 23 Januari 2016
Wah, cantikknya gambar! Ingatkan gambar tu diedit bagai..rupanya betul, subhanallah
bagus post macam ni,.ada kenangan ketika kemarau dan ketika spill over
Boleh nampak perbezaan ketika krisis dan terkini.
pergh rasa tenang pula melihat foto empangan ni,
Kalau duduk lama disini pun tak apa sebab dengan angin yang sejuk dan pemandangan sekeliling yang indah.
Alala….kiutnya Aisyah! Gambar spillover no.2 tu mcm lukisan – cantik wo…. 😀 Alhamdulillah, paras air ok.
Terima kasih, kesan corak yang luar biasa.
wah cantik gambarnya.
mantoppp
Terima kasih 🙂
pernah pergi ke kuala kubu baru,lalu empangan ni, berhenti kejap tengok tempat ni.memang best.lepas tu ke depan skit mandi manda di sungai chiling..memang best kawasan KKB ni, tenang je.
Banyak port bermandi manda di KKB ini.
yup betul tu..ada yg siap hiking bagai utk sampai ke port mandi manda di kkb ni.
SubhanaAllah cantiknya spill over…first time dengar dan lihat…nampak depan mata mesti lagi kagum ye…
Sayangnya saya tidak dapat ambil secara dekat sebab ada pagar. Kalau ada drone boleh terbangkan lebih dekat. 🙂
Wow 1st time dapat tengok spill over ni huhu… adus fikiran ni mula la terbayang-bayang filem-filem hollywood.. antaranya terus teringat san andreas hehe
Minta jauh bencana. Sudah tentu akan memberi kesusahan kepada mereka yang berdekatan dengan dam sungai Selangor ini.
owh spill over namanya. 1st time dengar.
cantik!!!
Bunyi sahaja yang teknikal. 🙂
Cantiknya gambar. Guna kamera apa ni?
Guna kamera DSLR Canon.
Lebih appreciate bila tengok perbezaan Mei 2015 dan Jan 2016. Tengah el nino pon air masih banyak mengalir
Memang berbeza ketara paras air terkini ketika catuan air tahun lepas.
oooh. ni kat kkb kan?
saya pernah memancing kat tasik tu… huhu.
Ya di KKB. Ikan apa yang berjaya ditangkap semasa memancing tempoh hari?
alhamdulillah, air empangan dah naik balik. Tgk gambar Mei 2015 tu wah rasa lain betul bila air empangan dah naik balik. Harap kita semua akan lebih menghargai air dan menggunakan dengan sebaik baiknya. 🙂
Bimbang kesan kemarau akibat El Nino akan menjejaskan simpanan air.
Air jatuh tu cantik je mengalir. Nasib tak boleh mandi. haha
Terjunan air memberikan efek yang unik.
makin pandai tuan tanah asah bakatnya.suka temgok gambar yang ambil nampak cantik pula
skil yang baik boleh dipraktkkan dalam musim gawat sekarang ni kan sis
Bolehlah untuk kepuasan diri sendiri. 🙂
Walaupun dalam gambar tapi Bunda rasa gayat tengok air empangan ni…
tapi tetap cantikkan bunda
Terbayang kalau boleh terbangkan drone untuk melihat secara dekat.
sangat cantik…
tapi tetiba terbayang macam mana lah kalau terjatuh dalam tu kan…huhu…
seram pulakkkk
Kalau berani untuk mengelongsor kebawah.
air adalah kehidupan, alhamdulillah dah penuh semula tabung air kita
Kalau tidak ada air memang susah.
saya pernah lalu je, tak pernah tengok dekat betul2 camni. tapi memang cantiklah
Boleh singgah disini kerana ada disediakan parkir dan pusat maklumat untuk orang awam.
Wah rajinnya ke sana….
maza pernah ke sana kalau tak silap 2 kali.
hik hik
Boleh ronda-ronda dengan motor besau sehingga ke bukit Fraser. 🙂
baru saya tahu apa itu spill over. Yang paling best tgk gambar sebelum air cetek dan selepas air meningkat. Banyak juga perbezaan waktu krisis air yer
Bunyi agak tenikal sebenarnya lebihan air jer. 🙂
Jauh perbezaannya….
Kalau macam ini airnya.. Baru best nak water rafting di sebelah bawahnya.
Dekat sebelah mana ada aktiviti water rafting?
amazing bro. tak selalu dapat chance mcm ni. kt tempat saya pun jauh dari empangan. kt belah pedalaman ada lah. mereka gtau situ port ikan besar2 betul ke bohong entah ler. haha.
Biasanya orang kata hasil memancing akan mendapat saiz ikan yang besar. Ada yang memancing dekat jambatan tetapi saya belum pernah singgah untuk melihat hasil pancing.
Macam tempat tarikan pelancong pula. ke memang tempat pelancongan?
Salah satu destinasi pelancongan sebab disediakan pusat maklumat awam mengenai sejarah pembinaan dam sungai Selangor ini.
menakjubkan, seperti niagara ya. tapi terlepas dari itu pembangunan di malaysia sangat cepat. terbaik!
tu dia.
aku dok selangor pun, tak penah pi sini lagi.
Jalan menghala ke bukit Freaser ini banyak tempat perkelahan diantarai , kolam air panas, air terjun sungai Pertak, sungai Chiling, Santuari ikan sungai Chiling dan air terjun sungai Chiling.
tau.
penah lalu.
singgah je tak menyempat aje.
tak pernah tengok benda-benda macam tu. tapi bezanya dalam masa setahun. adakah yang gambar tarikh 23 mei 2015 tu time Selangor kena catu air?
Tidak salah saya ya. Walaupun tidak ada lagi catuan air masih lagi paras tidak sampai di tahap maksimum.
Sebab tu orang cakap elektrik tak da ok lagi, tapi bila air tak de memang semua kerja terbantut
Jangan buat pasai kalau takde air. 🙂
Memang pun, jenuh nak berangkut air sana sini
hari tuh yang masa time tengah kering memang krisis air betul… sekarang dah penuh.. oklah kan
Bimbang juga kesan jangka panjang El Nino katanya makan bulan. Harap tidak menjejaskan paras air di empangan.
Hmm.. ini lah ceritanya dari gambar2 yg kena posted di Instagram tu bro. Alhamdullilah bila lihat paras air di tahap terbaik. Semua orang sedia maklum, kalau tak de elektrik tu susahnya sikit sahaja. Paling2 pun berpanas dan bergelap sahaja. Tapi, kalau tiada air, aduh besar masaalahnya. Lebih-lebih lagi bila ada keperluan untuk melepas 😀
Betul tuh, air sangat penting kerana ia merupakan keperluan asas kepada kehidupan.
ya Allah, cantiknya!
Kawasan sekitar empangan sungai Selangor ini cantik.
Macam menarik pulak. Cantik.
Kawasan sekitar empangan sungai Selangor ini memang cantik dengan air biru dan pulau yang kelihatan hijau.
Pernah tengok spill over di are empangan di Gunung Nuang, spill over berbentuk bulatan penuh. Seram pun ada.
Pernah mendaki ke gunung Nuang. Memang betul boleh rasa gayat.