Elakkan serangan jantung dengan amalan kehidupan yang sehat

Ubah cara hidup yang lebih sehat menjauhkan serangan jantung.

serangan jantung

Pada awal tahun 2011 dimana kita dikejutkan pemergian pelakon Faizal Yusof yang katakan rebah didalam bilik air di rumah abangnya dikenalpasti  berpunca dari serangan jantung.

Panduan Kurangkan 5kg dalam 5 minggu

Fakta mengenai jantung

Jantung merupakan organ terpenting di dalam badan. Jantung berfungsi mengepam darah bagi membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung berdegup kira-kira 100,000 kali sehari iaitu di antara 60 – 80 kali seminit.

Antara simptom serangan jantung

  • Sesak nafas
  • Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
  • Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
  • Berpeluh dingin
  • Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
  • Pening kepala dan berasa loya

Punca serangan jantung

Pembentukan plak pada jantung
Kredit : AHA di olah semula oleh AkuBiomed

Serangan jantung berlaku apabila pengaliran darah didalam jantung tersumbat akibat pembentukan darah beku. Ini berlaku kerana salur darah arteri koronori yang menyumbang darah ke jantung secara perlahan-lahan menjadi tebal dan mengeras akibat pembentukkan lemak, kolesterol dan benda asing lain yang dipanggil plak. Apabila plak ini pecah dan akan menyebabkan pembentukan darah beku dan menghalang pengaliran darah. Serangan sakit jantung pun akan berlaku. Otot jantung mula rosak dan mati menyebabkan kerosakan kekal pada organ jantung.

Faktor-Faktor Risiko Serangan Jantung

  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol/lemak tinggi dalam darah
  • Obesiti
  • Kurang senaman/tidak aktif
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Diabetes
  • Tekanan perasaan (stres)
  • Merokok

Serangan Jantung Boleh Dicegah

  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,20 – 30 minit setiap kali
  • Makan secara sihat
  • Kekalkan berat badan unggul
  • Berhenti merokok
  • Belajar menangani tekanan perasaan(stress)
  • Periksa tekanan darah
  • Periksa paras glukos darah anda
  • Awasi paras kolesterol
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

sumber : www.infosehat.gov.my dan American Heart Association(AHA)

p/s: kebanyakkan masalah kesihatan berpunca dari amalan gaya hidup yang kurang sehat. Maklumat diatas bukan dari pendapat pakar penulis hanya sebagai rujukan. Sila dapat nasihat pakar.

184 total views, 2 views today

64 thoughts on “Elakkan serangan jantung dengan amalan kehidupan yang sehat”

  1. Pingback: Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia
  2. dah lama aku tak bersenam. tp sll jgklah aku biasakan diri naik tangga setiap masa.
    takut gak kena serangan jantung ni..musug tang kita tidak nampak. counter attack

    [Reply]

  3. kalau terlalu terkejut, stress, penat sgt, over weight dan terjatuh pon boleh mengakibatkan sakit jantung kan? bukan sakit jantung saje, darah tinggi pon yea jugak…

    [Reply]

    Ladfe Amir Reply:

    ya..betul tu. ianya mcm counter attack. tetiba2 berlaku bila sistem badan lemah

    [Reply]

  4. Pingback: Penama untuk blog
  5. senaman tu yang penting dan juga gaya pemakanan perlulah dijaga juga.. kadang2 orang tak ambil kisah sangat pasal makanan ni, main bedal je.. hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Cara pemakanan perlu menjadi budaya macam orang Jepun memang menitik berat makan dengan kesedeharnaan

    [Reply]

  6. info yang memberansangkan..

    selalu orang akan cakap, “ala..dah banyak kali dengar pun”.

    tapi dalam banyak kali dah dengar tu ada tak yang amik perhatian ?

    ape pun info yang berguna camni la bagus dijadikan panduan dalam hidup..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Terima kasih masalah serangan jantung bukan isu baru cuma kesedaran belum ada lagi selagi tidak kena pada batang hidung sendiri

    [Reply]

  7. termasuk lah pemakanan, perlu di ambil kira juga kan? huhu…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Semasa bujang memang selalu kita very particular tapi apabila sudah berkahwin ramai pasangan abaikan penjagaan kesihatan badan

    [Reply]

  8. aduh..kene berhati2 ni..hari2 asyik sental ayam goreng je..senamannya idak langsung..huhu…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tang ayam saya memang kalah terutama bahagian kulit memang kolestrol tinggi

    [Reply]

  9. Pingback: Tweets that mention Elakkan serangan jantung dengan amalan kehidupan yang sehat
  10. aku pun ada risiko jugak ke? aku ni perokok pasif… :-)

    hehe… biasakan bersenam dan makan diet yg seimbang lagi sihat. insyaAllah sihat…

    dan buat pemeriksaan berkala. Lagi-lagi pulak yg sudah berumur…

    kalau yg masih muda… nk buat pemeriksaan kesihatan macam mana?

    [Reply]

  11. setiap yang sakit ada rawatannya..tapi apapun kene cegah dri awal huuu

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Siapkan duit untuk kos rawatan :-)

    [Reply]

    suri Reply:

    kena ada simpanan talaful ke, atiqa dlll

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Insuran kesihatan satu pelaburan yang bagus selain mendapat pembiayaan rawatan dan kos kehilangan kekal, ia boleh dapat rebet cukai pendapatan

    [Reply]

  12. perlu bersenam, makan makanan yg tidak berlemak utk kesihatan, dan lain2 lg yg perlu. kerna dengan cara itulah kita dapat menjaga kesihatan. sekali sekala eloklah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital. thanks kongsi info ni.
    RedBoys recently posted…Bicara ContestMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sama-sama saya rasa ini platform untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kerana makin kerap yang pergi akibat serangan jantung pada usia muda

    [Reply]

  13. kekadang aktif nampak sihat je… aktiviti kesihatan di jaga… tapi tetap juga kena serangan jantung ni.. yang penting sentiasa pantau tahap kesihatan… sekadar pendapat je bro…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Memang ada kes seperti bro Mancai katakan walaupun hari jog pun ada kemungkinan kena serangan jantung macam berlaku beberapa pemain bola sepak antarabangsa rebah

    [Reply]

  14. terima kasih kerana berkongsi berguna ini…

    setakat hari ini maza sudah register masuk gym..
    insyallah akan selalu menyinggah ke situ juga.. hehehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Itu sebaik-baiknya dari langsung tidak bersenam langsung

    [Reply]

    suri Reply:

    club gym mesti mahalkan huuu.. klo adalah wet lebih may gak kesana hee…

    apapun wat masa ni beriadah sama kluga kt padang polo .. takut budget lari pak huuuu

    [Reply]

  15. serangan jantung lebih merbahaya daripada sakit jantung sebab kalo serangan hanya berlaku tiba2 tapi kalo sakit jantung kita dah tau yg kita sakit jantung jd boleh sentiasa berjaga-jaga. kena bersenam setiap hari.hari2 mkn lemak, hari2 lah bersenam :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Betul Adele, siapa pun terdedah kepada serangan jantung secara mengejut tanpa disedari oleh mangsa. Silent killer

    [Reply]

    adele Reply:

    takutnya.lagi2 kalau masih belum bersedia menghadap Ilahi.oh tidak

    [Reply]

  16. Moralnya jagalah jantung anda:)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Jantung ini ibarat enjin kereta kalau saluran minyak tersumbat enjin kereta pun semput

    [Reply]

    RedBoys Reply:

    ye. organ penting yang terus membuatkan kita hidup lagi.

    [Reply]

  17. bahaya woo..jgn main2, kene jaga pemakanan
    Ieda Al-Habsyi recently posted…SENARAI KAKI REMPITMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Haa..kena jaga kesihatan

    [Reply]

    anif
    Twitter:
    Reply:

    Memang kena jaga kesihatan terutama apabila umur semakin meningkat.. Jangan ambil mudah..
    anif recently posted…Bonuslink – Redeem A Bag Kali Ke KeduaMy Profile

    [Reply]

    tehr Reply:

    golongn muda juga kena ambil perhatian
    sekarang ni serangan jantung tak kira tua atau muda
    semua kena

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    betul tu,
    yang muda pun dah ramai kena strok sekarang ni
    dnoBiz recently posted…Setelah Mati – Apa Kisah Tentang Kita Yang di BualkanMy Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge