X
    Categories DIY

DIY tukar handle pintu proton

 Tutorial menukar handle pintu proton cara DIY

Masalah handle pintu Proton milik saya sudah patah beberapa kali. Kali ini berpunca baby Aslah merentap handle ke bawah maka tercabut handle pintu. Ia adalah perkara biasa akan berlaku samada kerana wear and tear atau disebabkan perkara lain.

Sudah 2 kali saya menukar handle pintu kereta. Susah juga apabila handle pintu patah hendak masuk ke dalam kereta perlu diakses melalui pintu satu lagi.

Ikuti tutorial DIY menukar handle kereta Proton

1. Buka skru dibahagian handle dibahagian atas dan bawah

2. Kopek penutup pintu dibahagian yang ditunjukkan

3. Kopek penutup untuk akses skru

4. Longgarkan skru supaya penutup handle boleh dicabut. Tidak perlu buka habis sekadar untuk penutup handle boleh dicabut. Lebih mudah memasang handle pintu baru selepas buka cover handle.

Keadaan handle pintu tanpa cover handle.

5. Masukkan handle baru pada hujung sebelah kanan dahulu

Selepas masuk handle kita akan rasa handle kelihatan longgar apabila ditarik kerana tidak berada didalam slot yang betul. Untuk memastikan handle berada didalam didalam slot adalah mengikuti langkah di bawah.

6. Pandangan dari dalam, ada 2 bahagain perlu diberi perhatian. Pastikan handle baru berada didalam slot dan rod besi berada didalam lubang dengan tarik ke bawah untuk masukkannya.

Contoh handle berada didalam slot.

7. Masukkan penutup handle dan guna skru untuk kunci. Pastikan ia tidak longgar

Handle pintu Proton yang telah siap dipasang dengan cara DIY

Kemudian pasang semula penutup pintu dan uji handle yang baru diganti dapat berfungsi dengan baik. Harga membeli handle pintu Proton ini RM15(bukan ori) boleh dibeli dari kedai alat ganti kereta. Lebih senang bawah contoh handle yang patah sebagai rujukan. Maklumlah kita bukan pomen main sebut sahaja alat ganti didalam bahasa kita sahaja.

Sebelum ini ada saya tunjukkan DIY hendak menukar power pintu Proton boleh dirujuk.

Nota: Admin tidak bertanggungjawap dengan tutorial yang diberikan. Melakukan DIY penukaran handle pintu Proton adalah tanggungjawab sendiri.

Comments

comments

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (41)

  • Terbaek bro!! tutorial step by step lagi... huhu... satu lagi kena buat tutorial.. pasai tingkap waja problem haha.. dah pakai waja lama dah.. tingkap masalah utama.. (power window)

  • terer bro buat sdiri..tgk mudah tp kalau cik tom xyakin baik jgn buat..kan xpasal2 rosak menda lain plk..hehe

  • Salam bro,gua try buat sendiri,tapi besi u dalam pintu tu tertanggal. Apa langkah yang perlu saya buat?

    • Punca besi plate "U" tertanggal adalah kerana bro buka skru sehingga habis yang sepatutnya perlu dilonggar sahaja(sila lihat langkah 4). Tidak perlu bimbang plate boleh dipasang balik kerana set pintu boleh ditanggalkan dengan membuka 2 skru diluar pintu(sila rujuk langkah 5). Maaf saya tak ada gamabr nak beri panduan tetapi bro boleh rujuk dengan membuka panel pintu lain sebagai rujukan.

    • Tidak mahu cuba? Saya tidak pernah hantar ke bengkel kerana sudah 3 kali buat pemasangan DIY tanpa ada masalah. Maaf saya tidak tahu harga upah bengkel untuk pasang.

  • Bro, saya dah cuba masukkan handle baru dalam slot,tapi handle tu tak boleh masuk dalam slot.rod besi tu dah tarik kebwah.macamane bro buat yea?

    • Saya rasa bro telah buka skru pada arahan no. 4 terlebih buka sehingga menghalang rod boleh ditarik. Cuba perhatikan ia tidak menghalang rod. Cuba pusing skru balik(rujuk no. 4).

      AMARAN. Jangan terlalu longgar nanti plate besi bentuk `U' tertanggal. Sekadar untuk handle berpaut pada rod. Kalau tertanggal boleh pasang balik tetapi perlu keluar semua handle dalam untuk pasang.

      • assalam.dah berjaya sangkut dkt besi tu..tpi besi u tu pulak tertanggal.mungkin saya terlalu longgarkan skru.mcm mane yea nak pasang balik besu U tu.

        • Plate "U" penting sebab nak pasang penutup cover handle(rujuk no.4) nanti selepas semua dipasang untuk lock cover(rujuk no.7). Saya mengharapkan ia "U" plate tidak tertanggal tetapi sudah berlaku. Jangan bimbang kerana sudah tahu pasang handle.

          Rujuk no.5 untuk buka 2 skru dari luar untuk tanggalkan set handle. Kemudian pasang plate "U" tersebut seperti kedudukan rujuk (Contoh handle berada didalam slot). Walaupun leceh kerana kerja bertambah banyak tetapi saya rasa tidak ada masalah untuk pasang handle dengan baik selepas ini.

          Saya pun dahulu buat kesilapan sama sebab terlonggar lebih sehingga plate "U" terkeluar dari slot.

  • Belum sampai lagi masanya nak tukar handle pintu kereta he...23x Tapi bermaafaat artikle ini ;)