Belajar membuat halal Fish ball, Fish cake dan Nugget.
Sudah lama saya mendaftar kursus untuk mempelajari membuat produk halal Fish ball, Fish cake dan Nugget pada awal tahun 2012. Hari ini telah terlaksana latihan yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Selangor. Program ini telah mendapat kerjasama serta penajaan JKKK Ampang Pecah dan Masjid Jamek Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu.

Kelas bermula seawal pagi jam 8.30. Saya diberitahu oleh pengelola pogram En.Kamaruzzaman, seramai 50 orang berminat untuk menghadiri kursus membuat produk halal Fish ball, Fish cake dan Nugget mana kala setiap kursus hanya boleh menempatkan sejumlah peserta 20 orang pada satu-satu masa. Saya di antara yang beruntung kerana telah awal mendaftar untuk program ini. Program ini pernah ditangguh sebelum ini yang sepatutnya dilaksanakan pada penghujung bulan Mac yang lalu.
Macam biasa program ini mendapat penglibatan daripada kaum ibu dan hanya 3 orang lelaki termasuk saya yang menyertai kursus ini. Tidak menjadi masalah kepada kerana saya sudah buang sifat malu dan segan yang ada didalam diri saya untuk berlajar sesuatu diluar bidang saya. Syukur saya mendapat menerima pembelajaran dengan baik tanpa sebarang masalah. Harus dipuji adalah tenaga pengajar yang betul-betul bersemangat untuk berkongsi ilmu dan tidak lokek memberi tip kepada peserta yang hadir.
Saya mengetahui kursus pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti adalah melalui blog Kak Jie ada menulis tentang kusus membuat Pavlova di Kolej Komuniti.
Tidak ramai dikalangan pengusaha islam yang mengeluarkan produk halal Fish ball, Fish cake dan Nugget. Secara langsung ia menjadi fardhu Kifayah untuk menghasilkan produk makanan Halal untuk orang islam.
ada x lagi kursus membuat fish ball dan fish cake saya nk belajar
Puan boleh bertanyakan kolej Komuniti berdekatan dengan tempat tinggal puan. Samada ada tawarkan kursus tersebut. Mardi juga ada menawarkan kursus tersebut. Lihat jadual latihan tahun 2019. klik disini 👉>> Jadual latihan Mardi 2019 <<
bagusnya inisiatif.
semoga dapat buka bisnes berkaitan makanan satu hari nanti…
sedapnya.. pernah buat tp cara lain skit.. hee
Nugget biasa tu tak halal ke bro?
rupanya blogger AkuBiomed ni minat masak-memasak juga,isteri ikut sama juga ke bro?
best bro..!! mana gambar bro??hehehe gambar makcik-makcik je yang ada…
assalamualaikum. bro akak nak taula surimi tu ape ye?
Selain nama ikan Surimi adalah ikan Dori. Kalau untuk kegunaan sedikit boleh beli di pasar raya Tesco, AEON atau Giant.
salam,mcmmana nak join kursus ni…
Saya belajar di Kolej Komuniti. Boleh browse di internet untuk mencari Kolej Komuniti di tempat tinggal dan pilih kursus yang ingin disertai.
Salam.di mana nak cari resepi fish cake?saya teringin nak makan tetapi resepi yang dijumpai di internet bukanla fishcake yang saya inginkan.(im not in malaysia,so if i could,i would like to try to make it).terima kasih.
Saya pernah kongsi resepi nugget ikan. Bahan-bahannya dan cara pembuatannya adalah sama. Guna loyang dan potong berbentuk blok. Goreng separuh masak. Ini pautan resepi: http://ow.ly/eKJf3
assalamualaikum akubiomed….memang seronok la kalau dapat membuat sendiri fish kek,fish ball n nugget ni….x payah susah2 nak pi beli buat sendiri jer…:)
Kalau sudah tahu tak susah tinggal hendak buat sahaja. 🙂
ehh. yang tu..aku selalu makan. kalau ada resepi dari bro. x perlu bazir duit beli kat kedai.hehe
Tak susah buatnya. Lagi pun puas makan kerana lebih isi ikan berbanding tepung.
salam… saya nak resepi boleh? Kalau boleh, bagi juga la langkah pemprosesan dia. Dah lama cari..
dan, kat mana nak berli acuan tauhu keras tu?
Maaf lambat memberi maklum balas saya ada kongsi resepi membuat nugget ikan didalam blog ini.
Mengenai acuan tauhu keras kena tempah.
Barulah saya tahu, rupa2nya fish cake tu kena digoreng dahulu. 🙂 Rajin betul saudara mengikuti kursus2 seperti ni..
Cara pembuatan tidak ada beza dengan nugget cuma akan digoreng separuh masak. Bila hendak makan baru dimasak sepenuhnya.
terima kasih bro kerana berkongsi isi kandungan kursus di sini. walaupun tak dapat turut sama, dapat tgk picture pun dah memadai
Dengan yuran yang rendah hendak dibanding ilmu diperolehi jauh lebih berbaloi.
biomed salam, ada tak nombor contact peserta kursus ni? sy berminat nak letak produk fish cake fish ball iks muslim di kedai saya. kalau ada blh emelkan kat sy ananaifa.enterprise@gmail.com mekasih bebanyak biomed
Maaf saya tidak ada.
hoho..mesti sedap nih kann..
Mestilah sedap sebab isi ikan terasa.
Mcm-mcm bro belajar.. mesti ada perancangan buat bisnes hebat tu.. semoga berjaya ya… 😀
Kalau serius untuk berniaga perlukan mesin dan bantuan agensi kerajaan untuk menambah baikan produk yang bakal dihasilkan.
mak suir ada pi kolej komuniti dia dah habis kursus dpt 2 ke 3 sijil mak amik bgian pembuat roti dan pastri tu he…
itu dia dalm diam2 ek bro 😉 pasni blh buat dari ruamh dab klrkan jenama sendiri
bestnya dapat buat sendiri.. leceh-leceh pun puas hati..
alhamdulillah,ko sengaja join program nih ke atau memang dah ada plan nak dalam bidang nih?en. nazman ada tak?
Nugget tu buat aku terliur…
sedap tu bro cich sama sos cili hee
bagus juga..
kalau dah ada pengetahuan.. boleh buat sendiri..
jelas lagi kandungan bahan yang digunakan..
seronok lah dapat belajar buat semua ini sendiri.
ambil kursus satu permulaan yang baik.. mudah-mudahan ada rezeki dapat teruskan niat buat usaha tu nanti
macam meatball pun, prosesnya pun sama ke bro?
wahh..power la bro..dah boleh bukak bisness dah ni..hehhe
dah leh order laaa para blogger semua.. hehehee
Memang puas hati bila dapat buat fish ball, fish cake dengan nugget hasil tangan sendiri. Mesti lagi sedap dan juga masih fresh lagi.
nanti boleh buat bisnes fishball sejuk beku..
Insyallah akan diusahakan lagi pembuatannya tidak susah. Saya bimbang dengan pemasaran.
nk seribu daya x nak seribu dalih..bro leh nya.. 🙂
Betul tu. Sebagai blogger rasanya bro takda masalah untuk memasarkan produk.
ni bila dah terer bro..memang boleh buat bisnes besar ni
Betultuh saya perlu memahirkan diri dengan membuatnya selalu.
fish ball mmg favorite saya…kalau buat sendiri lagi sedap rasanya.
Kalau sendiri buat kita boleh buat ikut citarasa sendiri.
Saya ni tak sempat je nak buat ebook pasal produk ikan mcm ni. Dulu pernah jual homemade yongtaufu kat pasar malam dan tepi jalan
Bila sudah belajar tibalah untuk membuatnya sendiri di rumah. 🙂
Asyik amik gambar je, mcm mana nak gentel fishball. Kotor la dslr tu
Ketika saya gentel fishball tidak ada pula yang sudi tolong ambil gambar saya. 🙂
hehe…aku dah agak dah…asyik bro ambil gambar org…tunggu punya tunggu giliran gambar bro..sudahnya, dapat tgk hasi yg dah siap =)
lebih terjamin halal dan kebersihannya kalau mencuba sendiri
Betul. Sudah tentu kita yakin akan kebersihannya.
Ni kira dah belajar macam ni, tak perlulah beli nugget/fish ball kat supermarket. yang buat sendiri lebih terjamin hasilnya kan?
Bila sudah belajar boleh buat sendiri.
wah.. bagusnya.. usaha macam ni yang kita nak berterusan.. 🙂
Persiapan dari sekarang dan mencari peluang untuk melibatkan diri dengan dunia perniagaan. Sebelum ini pernah menjadi rakan kongsi dan pengusaha cendawan tiram.
fuhh..cicah sambal, sedap gila ni..
Saya bawa balik hasil tangan untuk anak-anak dan isteri tidak lama habis dimakan. 🙂
kalau sekejap abis dimakan, sah2 sedap ni bro.
Wah bagus tu tambah ilmu dan kemahiran. Boleh buat bisnes nih. 🙂
Ada didalam perancangan untuk membuat pendapatan sampingan.
salam..
tu dia..selamat menggentel Bro..
bila lagi nak ada peluang sebegini kan?
menarik program sebegini..
Mula-mula terkial-kial hendak mengentel selepas mendapat tunjuk ajar daripada kakak-kakak peserta menjadi pula. 🙂
Esok boleh jd usahawan IKS ni … bagus lah .. sekarang ni nak cari fishball , fiskcake dr tgn org islam betul2 payah sgt nak jumpa
Sudah menjadi fardhu kifayah. Insyallah akan diusahakan.
Buat untuk makan sendiri, boleh jimatkan belanja. Buat untuk berniaga, boleh tambahkan pendapatan.
Betul tuh bro. Kedua-dua yang dicadangkan oleh bro boleh dilaksanakan.
kalau ikan di gantikan dengan ayam atau daging pun boleh juga kan…
Boleh tidak ada masalah kerana bahan lain tetapi sama.
wah nanti boleh buat tempahan dgn bro lah 🙂
Sudah belajar perlu buat ulangkaji dengan buat sendiri di rumah. 🙂
wah…hebat ler camtu…memang puas hati dapat buat sendiri daripada beli kat luar…dah tau bahan apa nak pakai…daripada kat luar kita tak confident….
Saya difahamkan oleh JKKK Ampang Pecah yang menanaja program ini belum ada pengusaha dikalangan islam yang menjual Fish ball dan Fish cake untuk kawasan mereka.
Puas kalau dapat buat sendiri kan, sebab kita tau bahan apa yang dimasukkan..
Betul, semua bahan yang digunakan adalah terjamin.
sepatutnya kak jie pun ada kat sini, yuran dah bayar lama
tapi tak sihat, cari orang lain ganti
kakak ipar kak jie ada kat sini dan kebanyakkan kawan2 yg ikuti kelas lain di kolek komuniti hulu selangor ada di sini…seronoknyalah kalau berpeluang hadir.
nanti dapat sijil boleh gantung kat premis perniagaan.
Tidak ada rezeki jumpa Kak Jie. Setahu saya 16 Jun nanti ada program membuat mee kuning. Rancang hendak hantar isteri pula.
Pertama kali buat kat luar kawasan kolej dan banyak feedback negatif yang Kak Jie dengar… emmmm….kawan2 bercerita pasal kelas hari ni tak habis2 lagi..kehkeh
Biasalah Kak Jie tetapi bagi saya rintangan yang dilalui akan lebih diingati ilmu yang diberikan.
Tahniah kepada 3 lelaki kacak yang turut serta
Ilmu yang sangat berguna ni
Hehe.. Lelaki yang turut sertai akan digelar kacak sebab hanya 3 orang saja daripada 20 orang.
kekadang bila tgk balik, pembuatan semua ni mudah jer, tp sedih kita org melayu x menguasai bidang ni
Kita orang memang kacak untuk 2 hari ini dan saya pula terasa muda dipanggil adik oleh kakak-kakak yang sempoi peserta kursus. 🙂
Selera habis tengok hasil tangan Fish ball, Fish cake and Nugget tu.
Tengah hari ni perut pun tgah kelaparan ;(
Nak belajar buat kurang berminat.
Cuma tahu makan je 😉
Saya rugi pula agak lewat hadir kursus yang berkaitan produk makanan. Kalaulah saya tahu sudah lama saya hadir belajar dan mengusahakan produk pembuatan makanan.
buat sendiri memang berbaloi…saya pernah daftar kursus asas jahitan tapi tak pergi
buat minum petang ni sedap..hehehe
Wahhhh.. bestnyer..
Kalau ada di sini mesti saya g..
Ilmu pengetahuan tu..
Boleh jadi bekalan kemudian hari..
wahhh.. nak buka bisnes ke brother? Bagus2…
selalu kalau nak makan fish + beef + chicken ball
aku buat sendiri coz tiada letak bahan penaik..
lepas ni bolehlah buat tempahan sejuk beku.. bagus tuh
Saya belajar tidak mengunakan bahan penaik termasuk bahan penaik.
nampak menarik dan sedap…bolehla buat bines nanti…banyakkan produk yg dijamin halal di pasaran..
Insyallah akan diusahakan. Yang bagus kursus ini kami tidak mengunakan mesin sebaliknya membuat secara proses manual. Alasan diberikan tenaga pengajar berikan kalau pakai mesin nanti apabila balik rumah tidak boleh buat beri alasan tidak ada mesin.
untung dapat sertai..
ada seorang member..
ayahnya mula sebagai penjual ikan..
setelah join kursus macam ini..
sekarang sudah miliki kilang membuat makanan beunsurkan ikan…
moga berjaya!!
Terima kasih bro. Cerita tersebut memberikan saya sumber inspirasi untuk berjaya.
sedap nya melihat..
bagus juga belajar. kerana sudah pasti ianya halal dan yakin…
Mengeluarkan produk yang di yakini dan halal.
Bagus kursus sebegini diadakan.. Mungkin akan dapat melahirkan usahawan!
Saya ada cita-cita untuk menjadi usahawan berjaya seperti bro DenaiHati.
waaahhhhhh…bestnyer:) lepas ni boleh buat sendiri la ye:)
Insyallah, Yang penting di yakini halal dan bersih.
Wahh….cun gak ni bro, memula buat tuk family, bilo dh ado yg kato sodap…lepas tu boleh buat bisness la bro…
Memang ada hajat untuk mengusahakan pembuatan produk makanan secara komersial. Menghadiri kursus ini adalah salah satu perancangan awal.
Wah tahniahhh… jarang nak jumpa kaum Hawa join progrem camnie
Kaum Hawa paling ramai menghadiri kursus macam ini.
wahhhhh sedapnya! boleh la share resepi, kat mesir tak jumpa semua benda ni 🙁
Zida pun boleh buat sendiri kerana bahan-bahannya pun mudah.