Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

Dapur Gas Infra Merah Hot Lava Lava baharu dari Khind.

Kira-kira jam 5.40 petang. Saya baru hendak mula menghirup kopi di meja sambil mata terkebil-kebil menahan mengantuk yang bakal menempuh perjalanan balik selepas waktu bekerja tamat. Tiba-tiba terdengar bunyi deringan dari telefon bimbit Nokia 5800 Express yang berusia 4 tahun.

dapur gas infra merah khind
Dapur Gas Infra Merah Khind

Melihat nombor yang terpapar pada skrin sudah membuatkan diri saya tersenyum. Ia adalah panggilan daripada isteri tersayang.
“Hello!” jawab saya.
“Assalamualaikum bang”, suara lembut kedengaran dari corong suara telefon bimbit.
“Wassalam”, jawab saya. Kemudian menghirup kopi.
“Bang dapur gas ada masalah. Api terpadam sendiri ketika masak”, suara isteri cemas.
“Hmm…kalau macam tuh. Jangan guna. Balik nanti kita sama-sama cari dapur gas baru” jawab saya. Kebimbangan mula terbit dimuka saya.

Saya tidak ada pilihan untuk mendapat gas dapur baru bagi mengantikan dapur gas yang digunakan sudah berusia 4 tahun. Dapur gas lama berjenama Elba di beli pada harga RM49 kerana mendapat baucer diskaun daripada kedai barangan elektrik Sen Heng.

dapur gas jenama elba
dapur gas jenama Elba yang sudah berkhidmat selama 4 tahun.

Selepas membuat tinjauan saya dan isteri tertarik dengan dapur gas keluaran terbaru Dapur Gas Infra Merah baharu daripada Khind.

Mari cuci mata melihat Dapur Gas Infra Merah Hot Lava Lava baharu dari Khind.

dapur gas khind waranti 3 tahunpercuma regulator gas dapur gas khind

dapur gas khind

dapur gas khind

dapur gas khind

dapur gas khind

Kelebihan Dapur Gas Infra Merah Khind.

  • Penjimata pengunaan gas lebih 30%
  • Tiada asap dan pelepasan gas toksik
  • Rintangan angin
  • Tidak berjelaga
  • 2 zon pemanas

Infrared Gas Stove from Khind from AkuBiomed on Vimeo.

55 total views, 1 views today

73 thoughts on “Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu”

  1. saya staff khind..mmg bagus pun Infrared Gas Stove tu..normally kitorang staff ni panggil IGS je..nak dptkan harga murah bgtau je..sy boleh tlg belikan dgn harga staff..lg murah dr harga rm195 tu :)

    [Reply]

    rahim Reply:

    mimie area mana selangor ke? saya nak satu

    [Reply]

  2. org kata dapur ni tak panas kan periuk..tapi nasi molek2 ada masak..betul ke bro??

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bukan. Kalau tak panas tak masak jawabnya. Dapur infra red ini tidak menjadi periuk berjelaga.

    [Reply]

  3. harga berapa ? dapur gas sy pun dah nak kena tukar tu ..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Harga yang saya beli RM195. Dapat regulator dan hos gas yang berharga RM59 diberi percuma untuk setiap pembelian dapur gas Infra Merah Khind.

    [Reply]

    suri Reply:

    klu sama2 duk kl blh server harga hee.. ni pi kedai lain harga berbeza2 dpt murah lagi ok tapi mesti tgok kualiti huu…

    [Reply]

  4. nampak menarik.mahal ke dapur jenis ni?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya rasa ia adalah pelaburan yang berbaloi dengan ciri yang ada padanya iaitu penjimatan pengunaan gas melebih 30%. Bagi saya ia adalah ‘value for money’.

    [Reply]

  5. Salam,

    Memang menarik, mak mertua di kampung guna dapur gas infra merah ni, mula2 masa balik kampung tu jakun sekejap guna hehee, harga pun boleh tahan 100++

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Isteri komen cepat panas dan masak. :-)

    [Reply]

    suri Reply:

    tepuk dahi jap hee… klu ada rasa puas hati sb blh byk manfaatnya

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge