X
    Categories Contest

Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Dari kaca mata ku melihat.

Ketika mula-mula masalah saya alami sebelum mula memakai kaca mata adalah kerana mata selalu berair dan memandang tidak puas. Warna yang sering memberi masalah kepada saya adalah lampu warna merah kelihatan kembang. Masalah penglihatan akan timbul apa hari menjelang senja pada ketika itu berumur 17 tahun.

Sebenarnya saya tidak suka memakai kaca mata memadangkan masalah rabun ini berlaku ketika saya berada dikatakan tingkatan 5 yang mana ia adalah tahun penting kepada saya yang perlu menduduki peperiksaan SPM.

Bingkai kaca mata besar.

Masih ingat lagi ketika itu bingkai kacak mata besar dan ia adalah trend ketika itu. Antara alasan yang diberikan kepada saya kenapa dapat rabun jauh adalah kerana menonton TV terlalu dekat. Saya rasa bukan kerana ia tabiat saya suka membuat kerja-kerja hasil tangan dengan memandang secara dekat.

Apa bila melangkah zaman bekerja saya boleh dikatakan kerap menukar bingkai kaca mata dan mengunakan cermin jenis photogray yang mana cermin boleh bertukar menjadi gelap apabila terkena cahaya matahari. Kemudian saya memilih cermin yang mempunyai   saduran perlindungan UV kalau kita lihat pada cermin seperti ada pelangi.

Peristiwa kaca mata dipijak jemaah ketika menghadiri solat Tarawih.

Ada satu peristiwa saya tidak akan lupa sampai bila-bila. Ia berlaku ketika saya menghadiri solat sunat Tarawih. Cermin mata yang diletakkan didepan saya telah dipijak oleh seorang jemaah. Apa yang menyedihkan jemaah tersebut langsung tidak meminta maaf dengan tindakan yang dilakukan.

Bingkai jenama Bonia paling disayangi dan dikenang.

Bingkai jenama Bonia adalah kegemaran saya. Bingkai jenama Bonia ini paling lama saya gunakan dan hanya dengan menukar cermin sahaja. Sebelum saya menukar kepada bingkai jenama Levis kerana saya mahu bingkai jenis half frame yang dipakai sehingga ke hari ini.

kaca mata Bonia

kaca mata Bonia

Bingkai cermin mata half frame jenama Levis

Bro Zarul ‘The Singer Blogger’ perkenal Rayban Wayfarer.

Pada suatu hari Bro Zarul ‘The Singer Blogger’ telah menulis entri mengenai bingkai kaca mata dan telah disebut Rayban Wayfarer menjadi pilihan hati beliau. Ntah macam mana saya jatuh hati dengan jenama Rayban Wayfarer ini. Melalui adik saya membeli bingkai jenama kacak mata Rayban Wayfarer Tortoise Italy. Pada asalnya ia adalah cermin mata gelap tetapi saya telah menukar dengan cermin Transition.

Rayban Wayfarer Tortoise

Rayban Wayfarer Tortoise telah menjadi trademark gravatar blog AkuBiomed

Entri ini sempena Contest Kaca Mata PapaMifz.com.

Comments

comments

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (107)