Contest Aksi Makan yanmieonline.com

Contest Aksi Makan yanmieonline.com mudah.

Apa bila Yanmie menganjurkan contest sekali lagi aku ingin sertai kerana hadiah yang ditawarkan sangat lumayam yang di taja oleh Fivio.com sekali lagi mengenai gambar.

aksi makan

Gambar yang hendak aku kongsikan adalah gambar anak lelaki bongsu aku yang mempunyai nama timangan Adik kerana ia adalah adik bongsu tapi kini tidak lagi. Title adik bongsu telah diambil oleh baby Aslah jadi apa agaknya nama timangan yang aku hendak panggil kepada Adik kerana ia agak janggal bagi aku selain nama timangan sekarang. Cuma baru-baru ini dia mula membahasakan dirinya sebagai Abang ketika bercakap dengan baby Alsah tapi fahamkah baby Alsah :-)

Adik menikmati nasi lemak

Gambar ini diambil melalui iPhone 3G tapi aku tidak tahu siapa yang mengambilnya mungkin abang-abangnya yang suka main iPhone cara sembunyi. Ini kerja korang apabila babah tidak ada rumah curi-curi main iPhone dengan snap gambar sana-sini dan main game Angry Bird. Gambar ini diambil ketika Adik sedang kusyuk menikmati Nasi Lemak. Panjang muncung adik ketika memakan sayur kangkung mengingatkan rombongang hulubalang Melaka iaitu Laksamana Hang Tuah ketika mengadap Maharaja Cina mengarahkan agar sayur kangkung tidak potong supaya wajah Maharaha China boleh dilihat ketika makan sayur kangkung dengan cara mendongak. Bijak sungguh hulubalang Melaka ini

Satu sifat Adik pantang nampak pembaziran terutama makanan dia akan pastikan lebihan makan akan dihabiskan sehingga licin. Makan kuat dan boleh diharap kalau disuruh. Heran semasa baby dahulu tidaklah chubby sangat tapi dah besar kuat makan pula perangai siapa dia ikut nak kata babah tidak mungkin :-)

“Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh Fivio.com

p/s: babah doakan Adik menjadi pelindung kepada baby Aslah

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • matjoe February 10, 2011 at 3:31 pm

    gud luck bro

  • Ladfe Amir January 28, 2011 at 5:39 pm

    kadang2 kala aku tak faham ngan selera budak2 ni..macam selera anak2 aku.
    si Abang Long (Ridha)..kdg2 suka makan nasi lemak. kadang2 dia menolaknya.
    tapi yg aku sure..dia dah stop makan pizza hut dan makan burger atas alasan doktor mahah. Asyik sakit dan demam aje, tu yg doktor buat larangan tu. part ni mmg dia patuh betul

    part makan sayur lagilah taknak, aku kena imbangkan dengan bagi dia makan vitamin dan madu sebelum tidur.

    good luck bro

    • akubiomed January 29, 2011 at 12:10 am

      Okay lah juga mendengar nasihat doktor.

  • donny January 23, 2011 at 11:30 am

    siapa yang menang bro..?

    • akubiomed January 25, 2011 at 9:57 pm

      Belum tahu kalau ada rezeki harap menang :-)

  • Idea Lampu January 23, 2011 at 8:51 am

    All the best untuk contest nie ya. Semoga menang.

    • akubiomed January 23, 2011 at 2:48 pm

      Ohh, tentu ramai yang sertai contest ini tentu persaingannya amat sengit. Saya mengidamkan hadiah hosting boleh buka blog baru

  • Wan Perlis January 22, 2011 at 2:04 pm

    good luck
    anak kak yan makan ayam comel ja

    • akubiomed January 22, 2011 at 4:49 pm

      Tuh ler pasal buka main kusyuk menikmati peha ayam KFC

  • admin January 22, 2011 at 1:50 pm

    Saya suka yg tgh muncung tu.. teringat masa kecik2 dulu.. kalau mak suruh makan sayur… perghhh liat.. rasa tak sedap.. tawar.. sekarang anak pulak buat yg sama.. nasib badan.. hik hik

  • tengkorak emas January 22, 2011 at 1:36 pm

    baguslah bila sejak kecil lagi dilatih makan licin tanpa ada sisa, tiada butir nasi yg menangis..

    good luck bro :D

  • RedBoys January 22, 2011 at 7:32 am

    comel anak bro. hehe. baguslah kalau dia suka melicinkan makanan yang tidak habis. semua iyu rezeki. moga berjaya menang bro.
    RedBoys recently posted..Kalau Sudah MalangMy Profile

  • maCy January 22, 2011 at 7:29 am

    ya Allah comelnya. sungguh2 dia makan ;D

  • Fitrihadi January 22, 2011 at 2:40 am

    hoho gudluck bro! lunch tadi aku makan nasi lemak gak.. tertunailah hasrat dihati ni yang kempunan dari semalam lagi hehe
    Fitrihadi recently posted..Alamak! Takde Idea Nak Blogging Ar Abis Nak Buat Entri ApaMy Profile

    • akubiomed January 22, 2011 at 9:35 am

      Ha..haa. biar betul Fit takkan kempunan makan Nasik Lemak walaupun tak makan sehari. Lawak lah :-)

  • Amirez January 22, 2011 at 1:42 am

    baru teringat ada gambar makan beradab masa kawen dulu. tapi segan nak letak kat blog, kelakar pula rasa. letak gambar kucing makan ok kot hehe.

    oh ye, comel Adik duk tenung nasik :)
    Amirez recently posted..Lee Chong Wei Layak ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia 2011My Profile

    • akubiomed January 22, 2011 at 4:48 pm

      Tengah sedut sayur Kankung yang panjang sangat

  • zik January 22, 2011 at 1:12 am

    adik makan apa tuh.. mcd ker , tak pun kfc…. gambar 1st??
    zik recently posted..Beregu kecundang- Lee Cong Wei mara separuh akhirMy Profile

    • akubiomed January 22, 2011 at 4:47 pm

      Zik itu gambar anak Yanmie. Gambar anak saya yang bawah tuh :-)

  • Ali ridha January 21, 2011 at 11:40 pm

    nasi lemak tu lama-lama
    takut basi je.

    Ps : nak buat backlink
    PR9 la.heeee
    Ali ridha recently posted..Amrpstqorg Domain pagerank 5My Profile

    • akubiomed January 22, 2011 at 12:27 am

      Kalau dibuang timun dan sayur boleh bertahan lama sikit

    • akubiomed January 22, 2011 at 10:28 am

      Apa yang PR9 bro Ali kurang faham?

  • Zezebel January 21, 2011 at 6:45 pm

    ok la tu, tak bazir makanan, budak2 memang kena makan lebih, penting untuk pembesaran..hehe

    • akubiomed January 21, 2011 at 11:03 pm

      Anak saya yang ini memang kuat makan pantang emaknya masak didapur akan ditanya lauk apa yang dimasak :-)

  • suri January 21, 2011 at 5:21 pm

    isyh tak habis konong nya ..hantu itam mana dah ilang hee…

  • MDHAFiZ.NET January 21, 2011 at 2:10 pm

    semoga berjaya sahabat.. :)

    • akubiomed January 21, 2011 at 11:10 pm

      Terima kasih, kalau menang bonus

  • eLLy January 21, 2011 at 1:25 pm

    aksi makan budak2 nie memang best …
    good luck bro!

    • suri January 21, 2011 at 5:24 pm

      budak2 klo makan aksi dia cam nak masuk pertandingan sapa mkn paling banyk heee

      • akubiomed January 21, 2011 at 11:05 pm

        Memang pun tapi yang ini kita baru nak makan dah minta tambah lagi :-) Saya jenis suka makan lauk selepas nasi di makan dengan meletakkan saki baki lauk dihujung pinggan yang sianak akan tanya ‘babah tak makan adik ambil boleh tak?’

  • hafizmd January 21, 2011 at 1:01 pm

    berselera sungguh si abang makan…bagus tu, tukang perhabis makanan…suka rezeki tu semua…alhamdulillah

    moga berjaya bro…ameen

    • akubiomed January 21, 2011 at 11:10 pm

      Memang licin kalau si adik ini makan

  • Amry January 21, 2011 at 11:02 am

    wah!!bagus sikap yang ada pada adik (abang baby alsah..)

    • suri January 21, 2011 at 5:22 pm

      abaang kena jadi contoh hee…

      ramainya anak ..bahagian pula suri membacanya ;)

      • akubiomed January 21, 2011 at 11:06 pm

        Boleh di harap abang ini tapi pada masa suka menyakat baby

  • maza January 21, 2011 at 11:01 am

    perkhhh.. meleleh den… teringin pulak nak makan ayam KFC.. heheheh

    moga sukses tuan tanah!

    • akubiomed January 21, 2011 at 11:09 pm

      Yang makan ayam KFC anak penganjur contest :-)

  • yanmie January 21, 2011 at 8:04 am

    Salam,

    hahaha kelakar pulak tengok gmbr anak ye, sampai termuncung-muncung mulutnya, eh tapi yekeke xmcm paknye badan berisi…ehehe

    amin..mudahan jugak abang blh menjadi abang yang terbaik dunia akhirat dan seterusnya menjadi pelindung buat baby aslah (cantik nama, bila nak dpt baby girl nie) ehehe…

    • akubiomed January 21, 2011 at 11:08 pm

      Tengah usaha ni belum rezeki lagi. Isteri cakap kalau dapat baby perempuan tutup kilang :-)

  • sangilapi January 21, 2011 at 6:57 am

    kalau gambar kucing tengah makan boleh join ke,ABM ? :)

    • yanmie January 21, 2011 at 8:05 am

      boleh je asalkan gmbr tu hak milik sendiri dan bukannya dari pakcik google images :)

      mcm kelakar pulak :D

    • akubiomed January 21, 2011 at 11:07 pm

      Perlu ditanya penganjur dahulu

    • akubiomed January 21, 2011 at 11:07 pm

      Memang selalu menjadi tumpuan kalau pergi restoran mamak asyik kena cubit pipinya

Trackbacks