COMBI membenteras nyamuk Aedes

Combi adalah panggilan bagi seorang ibu di utara tanah air.

cmobi kredit: Murai

COMBI dapat membantu membenteras pembaikan nyamuk Aedes. Hebat komuniti COMBI ini kalau semua bersatu bergotong-royong menjaga kebersihan dan membasmi wabak demam denggi dikawasan komuniti kejiranan

Tentu korang ingat COMBI mai dari Pulau Penang atau COMBI dari cerita Mami Jarum seperti yang disangkakan,  COMBI yang dimaksudkan didalam bahasa Inggeris adalah ‘Communication for Behavioral Impact ‘ atau dalam bahasa Melayunya adalah ‘Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku’.

Apa itu COMBI ini?

COMBI adalah pendekatan melalui komunikasi yang ke arah perubahan tingkah laku dan bukan setakat bukan peningkatan kesedaran dan pengetahuan semata-mata mengenai nyamuk Aedes serta wabak Denggi. Maksudnya COMBI bukan sahaja sekadar  peningkatan kesedaran dan pengetahuan tapi diterjemah didalam perbuatan yang terancang.

COMBI ini dianggota oleh NGO atau ahli komuniti setempat yang mana akan berkerja erat dengan Pegawai Kesihatan Daerah(PKD) bersama-sama komuniti setempat mengerakkan semua aktiviti seperti taklimat, penyediaan pelan tidakan, tentukan mesej dan tindakan yang sesuai serta laksanakan aktiviti yang dicadangkan.

COMBI ini akan membuat:-

  • Analisa tentang tabiat komuniti yang menyumbang masalah denggi
  • Mengenal pasti punca wabak denggi
  • Menyampaikan mesej kepada komuniti
  • Mencadang jenis aktiviti
  • Cara aktiviti tersebut dijalankan
  • Jalan penyelesaian denggi

Menangani masalah wabak Denggi bukan terletak di bahu Kementerian Kesihatan dan perseorangan semata-mata tetapi adalah tanggungjawab keseluruhan komuniti kejiranan bersama-sama mengerak setiap ahlinya menyumbang tenanga membasmi wabak Denggi. Nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa dan tetap terdedah terkena demam denggi. Biarpun ia berpunca dari tabiat jiran yang menyumbang pembiakan nyamuk Aedes.

194 total views, 4 views today