Cokelat Daim Pulau Langkawi

Cokelat Daim dan Toblerone yang mana satu pilihan hati?

Kalau didalam entri sebelum ini aku ada menulis entri ke Pulau Langkawi selama 5 hari. Selain menjadi destinasi pelancongan, Pulau Langkawi juga terkenal sebagai pulau bebas cukai sudah tentu ia menjadi syurga membeli belah kepada yang kaki shopping. Cokelat berjenama dijual pada harga murah yang mustahil dapat dibeli murah di Kuala Lumpur. Beberapa jenama cokelat yang dapat di senaraikan seperti Daim, Toblerone dan sebagainya menjadi buruan pengemar cokelat.

cokelat daim

Deretan kedai bebas cukai di pekan Kuah

Kain batik Indonesia

Kain batik Indonesia

Minyak Gamat dan T Shirt anak-anak

Minyak Gamat sinonim dengan Pulau Langkawi

Kalau sudah menjejaki kaki di Pulau Langkawi, tidak lengkap jika tidak membeli barangan bebas cukai di sekitar pekan Kuah. Hari terakhir aku mengambil peluang untuk membeli buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan sepejabat antara yang dibeli adalah kain batik, baju untuk anak, minyak Gamat keluaran Pulau Langkawi dan cokelat import.

Cokelat import boleh dibeli dengan murah

Tidak lengkap kalau tidak bawa pulang tanpa cokelat Daim pulau Langkawi

Beli bag guni diisi cokelat dan barangan lain

Beli bag guni kitar semula mudah untuk bawa barang yang diborong

Aku pernah mencuba cokelat Daim beberapa kali dan tidak pernah ambil tahu yang cokelat keluaran Kraft ini adalah cokelat import. Mana taknya orang beri aku buka bungkusan plastik Daim ini terus masuk mulut. Apabila ke Langkawi adik aku ada meminta membeli cokelat Daim yang berasal dari Sweeden.

Ad: Berlumba ChurpChurp

Sejarah cokelat Daim

cokelat daim pulau langkawi

Cokelat Daim buatan Kraft

Cokelar bar Daim berasal dari Sweeden dan Norway ini telah dihasilkan oleh Marabou dan Freia pada tahun 1953. Daim didalam bahasa Swedish ia di kenali sebagai Dajm dan Dime di UK dan Ireland. Sekarang cokelat Daim di miliki oleh Kraft Foods yang turut mengeluarkan cokelat Toblerone.

Sumber: Wikipedia

[ad#nuffnang]

Pengalaman kesedapan cokelat Daim

Cokelat teras dihasilkan dari kacang badam yang ranggup dan kemudiannya disaluti oleh cokelat susu. Apabila salutan cokelat mencair perlahan didalam mulut akan terasa krim kacang badam ke teras yang ranggup apabila dikunyah. Sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan membiarkan Daim mencair di dalam  mulut dan ia pengalaman yang luar biasa. :-)

Sebelum pulang sempat mengambil gambar sekitar pekan Kuah

Jeti Nelayan

Jeti Nelayan di tepi pantai

Pondok di balai Bomba

Pondok antara tarikan di balai bomba

Landasan lapangan terbang antarabangsa Langkawi

Aku pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki FireFly

58 total views, 1 views today

122 thoughts on “Cokelat Daim Pulau Langkawi”

  1. Jadi tertarik nak baca entri ni , nampak cekelat daim .. heesedapnya ..

    [Reply]

    dzuandiey Reply:

    kan PB..sama la..terliur sudah…

    [Reply]

    suri Reply:

    cokelat amat di gemari oleh semua peringkat umur
    suri recently posted…113.210.139.135My Profile

    [Reply]

  2. last pergi langkawi masa umur 4 tahun.. skrg dah 24 tahun.. maknanya 20 tahun tak pergi dah langkawi.. itu pun tak ingat ade ape kt langkawi.. rasa nak pergi sane je ni

    [Reply]

    dzuandiey Reply:

    fuyo..lama sangat tu DT…haha..jom2..pakat pergi jengah beli coklat

    [Reply]

  3. baru ke pegi Langkawi?

    kami dah nak dekat 2 bulan sudah pegi.. tp masih belum abis entri pasai Langkawi utk publish… hee

    HIG antara pusat duty free yg popular di sana kan.. sy pun sgt suka DAIM ;) borong 2 kampit

    [Reply]

  4. masalahnya coklat daim ni HALAL ke X… sbb da puas tilik kt plastik dia, lngsung X ADA TANDA HALAL…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Belum ada pengharaman daripada jabatan agama islam. Kalau was-was jangan ambilnya.

    [Reply]

  5. Pingback: Ringkasan statistik prestasi blog AkuBiomed 2011
  6. Pingback: New Page: Gallery of Outstanding Photos : CetusanHati.com
  7. Lama tak makan coklat Daim. Nikmat rasa coklatnya memang tak dapat nak cakap, sedapp.

    *ada cari-cari jugak kot2 ada yang baik hati nak jual kat sini

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya pun baru sahaja kenal cokelat Daim apabila berpeluang ke Pulau Langkawi saya mengambil peluang untuk membelinya

    [Reply]

  8. DAIM ni asyik naik harga je.. kat SOGO lagi mahal. tapi berbaloi la drpd nak fly ke L’kawi tu.. :-)

    *nature bdk kecik memang suke cungkil mate ‘raksasa’ ke?! hehe!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Dekat Sogo ada jual Daim. Kalau mengidam boleh beli di sana :-)

    [Reply]

  9. konfem saya pilih daim.. huhu.. bak sini sikit!!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Daim yang beli habis didalam beberapa hari sahaja kerana anak dan isteri menyukainya

    [Reply]

    suri Reply:

    untung ramai yang suka tak membazir membelinya

    [Reply]

  10. Saya dah xde perasaan pada coklat lagi. huhu…
    Dalam bln mac lepas, dkt seminggu duduk langkawi, punya la panas terik masa itu. Tak syok nak jalan mana2 sampai demam2 panas kami laki bini. tp skrg cuaca dah ok sikit
    MEKAR recently posted…Kenapa Mesti Hormati GURUMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Aiks, kenapa pula sampai patah hati hendak makan cokelat?

    [Reply]

    MEKAR Reply:

    selalu sangat makan. huhu.. asal ke langkawi mesti beli coklat. Sya selalu ke sana bro

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau macam tuh lain kali kalau ke sana lagi boleh kirim Daim :-)

    [Reply]

    suri Reply:

    saya pun nak oder sekaki juga

    [Reply]

  11. Emm…. dah lama tak jenjalan kat Langkawi. Bila tgk post psl coklat langkawi mcm nak ajak hubby pi lah… Nak shopping coklat + pinggan mangkuk :-)

    [Reply]

  12. Coklat Daim tu enak tang coklat.
    Tp isinya mcm rasa gula melaka (keras). Kalau dah takde pilihan barulah makan coklat Daim ni :-)

    [Reply]

  13. maza kurang gemar dgn Daim, maza suka yg coklet bar yg besor2 tu.. ahaks..

    yg ada less sugar lah, yg cofee lah, yg bersusu gitew.. hat tu maza suka,.. hehe

    psst: bak mai seguni volleh? ahaks

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau ikut selera saya lebih suka black cokelat walaupun pahit tapi sedap :-)

    [Reply]

    suri Reply:

    ke takut gigi rongak?

    [Reply]

  14. Wah, melancong. Memang best kan, banyak beli minyak gamat dengan coklat. hasil laut macam ikan kering tak beli ke?

    [Reply]

  15. lama dah tap pi langkawi hehe
    memang kalau ke sana tak sah tak beli coklat dan minyak gamat

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sudah semacam trademark kalau ke Langkawi mesti buah tangan cokelat dan gamat mendapat perhatian

    [Reply]

  16. setakat ni mmg coklat daim adalah coklat paling sedap pernah sy makan..tapi jarang sgt dapat makan sbb kat langkawi je murah..pegi langkawi pula tak selalu..kalau dapat jadi pengedar coklat ni pun bagus juga ni :D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau ada kawan di Langkawi boleh jadi stokis :-)

    [Reply]

  17. salam bro
    awat nama tajuk tu palau langkawi?
    silap eja kot
    hahahhaa
    ok3
    teringin nk p sana..tp xde berkesempatan pun
    kawan2 pon xajak..
    hehehee
    coklat mst murah kann :)
    nash recently posted…Kanak-kanak Ajaib Seluruh DuniaMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Mamai semasa tulis tajuk kot. Terima kasih atas teguran :-)

    [Reply]

    tehr Reply:

    hehe
    aku pun tak perasan
    seronok sangat nak baca kisahnya

    [Reply]

  18. Wahhhh..rindu Langkawi!!
    Dulu pernah tinggal kat sana lebih kurang 4tahun..

    Dah puas memborong coklat,pinggan mangkuk semua..;D

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    4 tahun lamanya tentu puas bangat :-)

    [Reply]

  19. aku suke daimmm..haha..dulu mase blja unimap (kampus dekat kole perlis) selama 6 sem tp baru 2x pegi..tu pn sbb mule2 ade kursus usahawan kt sane then yg ke-2 baru pegi sndri..tp aku pernah habeskn rm150 semata2 beli coklat jer >_< sgt bezz!!

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya hampir terjebak menghabis duit dengan membeli cokelat memandangkan poket tidak cukup tebal. Kalau tidak selamat bershopping :-)

    [Reply]

    suri Reply:

    salam bro apa khbar?
    sihat ker semua..

    sebut daim sy sllu pkir cerita juvana tu huu,,mati2 saya ingatkan yg tu bro

    hooo..halahai…. ia benar2 bts aya tersenyum sndri rupanya cklt ar yg bro maksudkan heee

    [Reply]

  20. Salam.
    Rasanya harga kat ecconsave lebih murah dah dari langkawi ni untuk cokelat buatan malaysia. Untuk coklat import, Langkawi masih lagi the best lar…. :)
    Sabahan Bloggers Club recently posted…Sorry for missingMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sudah status pulau bebas cukai mendapat tempias cokelat import yang murah :-)

    [Reply]

    Sabahan Bloggers Club Reply:

    Hahahahaha…. Saya ada ke Labuan juga, cuma harga Langkawi memang murah lagi. ;)
    Sabahan Bloggers Club recently posted…Blogspot unavailable updateMy Profile

    [Reply]

    MEKAR Reply:

    coklat di labuan mahal sikit daripada langkawi.
    MEKAR recently posted…Kenapa Mesti Hormati GURUMy Profile

    [Reply]

  21. coklat daim xder jual kat supermarket biasa ker? nak try jugak ni

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tidak pasti samada cokelat Daim ada jual di pasaraya

    [Reply]

  22. aduh…bestnya coklat daim..
    ada sape lg x g langkawi..nk kirim bleh..ehehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau ada trip ke sana mahu sahaja kirim beli cokelat

    [Reply]

    suri Reply:

    cklt sana murh berbandig d sini ya bro?

    [Reply]

  23. Wah bestnya Langkawi kan … b3njy belum pernah pergi lagi kat langkawi ni … tunggu masa sesuai nak pergi … siaplah coklat tu semua … jika b3njy menjejak kaki ke sana nanti … hehehe
    benjy recently posted…20th Sultan Azlan Shah Cup – B3njy My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Bro Benjy kalau ke sana memang akan lupa diri kerana barangan bebas cukai. Cokelat sudah tentu menjadi buruan

    [Reply]

    suri Reply:

    best dpt kesana rasanya mau cuti 5 hari 5 malam heeeeee

    [Reply]

  24. belum pernah lg aku jejak kaki kt langkawi..harap dpt insyAllah satu hari nanti.. :) rumah kt sana mahal x?? hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Apa dia bro nak cari rumah disana. Hendak buat sewa yer? :-)

    [Reply]

    MDHAFiZ.NET Reply:

    InsyaAllah..hehhe :)

    [Reply]

  25. baru smlm maakn cokelat tobreno pastu tengok tk de cop halal dan ada lemak trans , dengar cerita lemak trans dr babi adei …

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Boleh timbul perasaan syak baik jangan ambilnya

    [Reply]

  26. btllah tekaan aku ttg coklat daim tuu..memang sedap bila cair dimulut..bro, beg hitam berbunga tu mengingatkan aku masa pergi lumut 2 mnggu lepas pasal nak letak banyak ole-ole produk makanan laut.

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Beli bag guni guna semula supaya senang nak bawah barang yang dibeli.

    [Reply]

  27. daim perlu dikawal pemakanannya..sebab ia boleh dimakan tanpa henti2 he..

    bro, toblerone putih tak beli ke?

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Betul selepas satu – satu suap ke dalam mulut memang tidak sedar. Ada nampak Toblerone warna putih teragak-agak hendak beli. Sedap juga ker bro?

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    kira tahap boleh menyebabkan ketagihan la ya TE :D
    dnoBiz recently posted…Black Hawk Down – Kebenaran Yang memalukan ASMy Profile

    [Reply]

  28. sedap sgt ke coklat daim ni..
    tak bole jadi ni kami pun kena rasa..
    kat langkawi je ke jual..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Daim dekat Langkawi murah kalau berbanding hendak dibeli di luar Langkawi kerana status pulau bebas cukai

    [Reply]

    LiFe KaMi Reply:

    dekat area k.l ni ada tak,
    kami ntah bila lagi nak pergi langkawi tu, saja nak rasa kesedapan coklat ni mana tau jadi ketagih ke..hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tak tahulah samada di KL ada dijual atau tidak. Kalau ada jual tentu mahal harganya berbanding di Langkawi

    [Reply]

  29. hehehe..mleleh air liur bila baca review rasa coklat daim tu..

    [Reply]

    Ismail N Reply:

    Hmmm… belum lagi di buka bungkusan coklat tu dan di ambil gambarnya… Dengar cire pun dah mcm sodap jer.. :D

    [Reply]

    Ismail N Reply:

    eh eh ada lak rupanya..lambat gambo tu loading :D

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge