Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya

Peristiwa satu hari di Hari Raya

“Bangun! bangun! pergi mandi. Hari ini Hari Raya” teriak emak cuba membangkit aku dan adik beradik lain.

Aku menarik selimut kerana rasa mengantuk masih belum hilang setelah malam tadi berseronok bermain bunga api bersama sedara mara yang sebaya. Biasalah kalau sudah jumpa kawan dan berkumpul tentu ada cerita ingin dikongsikan hingga lewat malam kerna bukan selalu dapat berkumpul di rumah nenek.

“Lah budak nih tidak bangun lagi” kali ini dengan nada tegas lalu emak menarik selimut yang berselubung ke paras dadaku terlucut.

Bingkas aku bangun mencapai tuala diletakkan diatas bahu sambil mengigit hulu berus gigi menuju kamar mandi.

“Aduhai menyesal bangun lewat terpaksa menunggu” kataku didalam hati sambil duduk bercangkung didepan pintu kamar mandi.

Baju Melayu merah hati jahitan emak untuk Hari Raya

Baju Melayu berwarna merah hati diletakkan disudut katil bersama-sama kain samping dan dikanannya songkok baldu hitam. Lalu aku mencapai baju Melayu berwarna merah hati hasil jahitan emak. Sungguh lembut kainnya apabila dihamparkan kepada tubuhku ini. Saban tahun emak tidak pernah beli baju Melayu semuanya dijahit oleh emak.

“Wah segak juga setelah lengkap dengan kain samping” lagak aku depan cermin tersengeh-sengeh macam kerang busuk memuji diri sendiri.

“Emak cantik tak Along” sambil mengharapkan balasan pujian emak.

“Lawalah anak emak kalah orang bujang” sahut emak membetulkan kedudukan songkok baldu hitam dikepalaku.

Menghulur sepuluh jari memohon maaf kepada orang tua sebelum Solat Raya

Lepas ini Along perlu minta mohon maaf kepada bapak dan mak sebelum pergi sembahyang Raya”

ibu melabuh punggung duduk bersebelahan bapaku sambil menanti aku sebagai anak sulung sebagai pemula adik beradik lain untuk melutut memohon maaf.

Along mohon maaf segala perbuatan along dan halalkan segala makan along” aku tunduk melutut mencium tangan bapaku kemudian diikuti ibu.

Gambar keluarga dipagi raya

Sekarang ini setelah berumah tangga giliran isteriku pula mengejutkan anak-anak untuk bersiap di pagi Raya. Terpecik keceriaan disetiap wajah anak-anakku setelah mengenakan baju Melayu lengkap begitulah aku ketika kecil dahulu. Terbit perasaan semacam apabila anak beratur menghulurkan tangan memohon maaf dipagi Raya. Sempena Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi ini aku ingin menghulurkan sepuluh jari untuk memohon maaf, zahir dan batin :-)

p/s: Entri ini adalah kelolaan blogger Dulu Lain Sekarang Lain untuk Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • PerenLee May 13, 2013 at 8:40 am

    Dulu lain sekarang lain…begitulah hidup.
    PerenLee recently posted..Order Makanan Secara OnlineMy Profile

  • MEKAR August 30, 2011 at 4:22 pm

    Setiap org ada kenangan di musim perayaan yg suka utk diingati. terutama masa zaman kanak2 dulu kan?

  • suri August 26, 2011 at 12:56 pm

    tinggal berapa hari je lagikan..rasa sedih hati tggl kan ramdhan..tahu depan entah ada lgi ke tdk huuu

  • Adila August 26, 2011 at 6:07 am

    wooo baju raya sama satu family
    selamat hari raya ;)

  • Zida August 23, 2011 at 8:09 pm

    selamat berhari raya bersama keluarga tercinta. sampaikan salam zida pada adik2 comel bertiga tu yeeeee :D D

  • RedBoys August 18, 2011 at 11:02 pm

    wah.. nampaknya aura hari raya sudah hampir sampai ke kemuncaknya.. sana sini bercakap pasal raya.. hehe.. yang pasti anak2lah yg paling gembira..

  • hafizmd August 18, 2011 at 11:29 am

    Menarik cerita bro AB

    Mmg ada bakat penulisan

    Hari raya bakal tibe
    Baju sedondon pilihan kite
    Ampun maaf kami pinte
    Tak awal sangat ke?

    hehe :D

    • akubiomed August 18, 2011 at 9:46 pm

      Saya pun memohon sepuluh jari memohon sempena Hari Raya semakin hampir

  • danish August 17, 2011 at 3:51 pm

    Sedihnya raya bila tak dapat bali kampung

    • akubiomed August 17, 2011 at 10:10 pm

      Kenapa tidak balik kampung untuk Raya kali ini?

  • mancai August 17, 2011 at 3:33 pm

    adusss puasa ni belum lg balik kg… mohon sepuluh jari kemaafan juga bro…

    • akubiomed August 17, 2011 at 10:12 pm

      Saya pun ingin mohon maaf kepada bro juga

  • Khidhir August 17, 2011 at 1:21 pm

    mula2 ingatkan cabaran tu ada competition main teka2 td. baru ingt nak join..
    Khidhir recently posted..Daftar Email 1 Malaysia Myemail.myMy Profile

  • SS August 17, 2011 at 10:30 am

    mood: raya
    hidden mood: $$$

    hehe. nice story :)
    SS recently posted..Wordless Wednesday #WW 12 | Mood RayaMy Profile

  • sw33tdarling August 17, 2011 at 9:53 am

    si zulfan hari2 tanya, esok raya ker? penat nak menjawab… rasanya tahun ni macam tahun2 yg lepas, senang jer nak kejutkan budak bila cakap, “bangun, arini raya!”

  • dnoBiz August 17, 2011 at 1:11 am

    terasa bahang raya bila baca post ni.., tahun ni tambah lagi sorang dalam gambar tu nampaknya :D
    dnoBiz recently posted..SiteLink Dnobiz – Dulu ada Lapan Je….My Profile

  • titan August 17, 2011 at 12:02 am

    hoho..ada cabaran rupanya.. :)

  • eLLy August 16, 2011 at 11:53 pm

    Semangat raya, walaupun malam sebelum nye tidor lambat tapi sanggup bagun awal di pagi hari ;)

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:55 pm

      Itu untuk budak perempuan kalau budak lelaki liat bangun pagi :-)

  • azura August 16, 2011 at 11:52 pm

    nostalgia raya memang menggamit memori…paling best duit raya haha

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:57 pm

      Mana taknya ada yang buat rombongan Mak Kiah kutip duit Raya. Teringat ketika ada anak seorang dahulu. Pak Sedara ketika masih sekolah usung sekali anak saya pergi beraya. Balik rumah poket penuh duit Raya :-)

  • nurmisnan August 16, 2011 at 11:04 pm

    hahaha… ada contest raya plak

    teringat dulu dapat hand bag bulu2 warna merah menyala
    suka giler.. selagi tak penuh bag tuh memang tak balik umah.. hu3
    memang seronok raya masa zaman budak2
    nurmisnan recently posted..Surah Al Fatihah penawar taun, luka, kudis dan penyakit kulitMy Profile

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:58 pm

      Wah siap ada beg tangan lagi tentu kena usik sudah berapa banyak duit Raya dah dapat :-)

  • Fahmi August 16, 2011 at 10:37 pm

    selalunya tiap kali raya sume org akan beli baju baru… aku je kot yg tak rajin nak beli… :-)

    recycle je baru yg ada… :P
    Fahmi recently posted..Cara Mengambil Hati Pasangan? Ingin Bercinta?My Profile

    • akubiomed August 16, 2011 at 10:49 pm

      Tahun ini baju Melayu guna yang tahun lepas sahaja :-) Kecuali baju jalan-jalan anak semuanya baru dan baby Aslah sepasang baju Melayu baru

      • hafizmd August 18, 2011 at 11:23 am

        hehe…biasanya camtu jugak, tp oleh kerana tahun ni 2 adik aku nak kahwen raye ni, makan kenalah kasi can kat adik2 yg nakkan abgnya ikut tema dia… :D

        • akubiomed August 18, 2011 at 9:48 pm

          He..hee..adik nak kahwin yer :-)

          • suri August 26, 2011 at 12:55 pm

            wah skli dua ke pegantinnya bro ?

  • Dulu Lain Sekarang Lain August 16, 2011 at 10:07 pm

    Thanks atas penyertaan bro. Again, sori lambat sampai :D Biasalah dah jadi ibubapa nie.. asyik kejar masa jer. Nukilan yang menarik dan punyai unsur2 nasihat serta renungan bersama. Just like kawe harap2 kan. Thanks bro.
    Psttt.. ilmu buat baju tak kena turun ke bro? Kalu tak boleh ambil order online. Blog pon dah ada :wink:

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:00 pm

      Ada banyak perkara yang saya dapat belajar dengan menulisnya samada cara teknikal dan bukan tenikal. Saya mahu menguji sejauh mana saya boleh pergi.

      Mengenai Ilmu menjahit setakat ini tidak diwarisi kerana didalam adik-beradik kami tidak ada yang berminat mewarisinya. Saya ketika sekolah dahulu rajin buat projek menjahit kecil-kecilan untuk diri sendiri dengan mengunakan lebihan kain perca emak. Kalau ikutkan saya mahu kembangkan peniagaan menjahit dengan menerima tempahan secara online tapi mungkin hajat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana keadaan tidak mengizinkan. Setakat ini bakat menjahit saya hanya untuk menjahit seluar koyak anak dan kaki seluar sahaja :-)

    • suri August 26, 2011 at 12:53 pm

      ha…onlie jer bli kat zazabel pun blh gak

  • nuriz August 16, 2011 at 5:50 pm

    wah cerita hari raya..kemeriahan semakih hampir, sana sini dgr lagu raya, kedai2 dan bazar dah mula jual kuih raya dan baju raya :)

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:05 pm

      Kalau hendak cerita mengenai jualan kuih raya telah pun bermula sebulan sebelum puasa bermula. Saya suka sambutan lebih bersederhana tapi meriah :-)

  • bEe August 16, 2011 at 5:03 pm

    Syahdu!
    :-(

  • FD August 16, 2011 at 5:00 pm

    puasa tak habis lagi… mlm 7 likur tak keluar2 lagi.. awal tuh~
    FD recently posted..#SPM – Kesusahan Bakal Berakhir. Cuma Beberapa Hari LagiMy Profile

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:16 pm

      Terpaksa tulis awal sikit sebab tarikh tutup pun dah nak dekat Raya.

  • anif August 16, 2011 at 3:48 pm

    Mood raya sudah menjelma :)

  • Juan August 16, 2011 at 3:47 pm

    nak join tapi kena ingat balik kisah kisah raya sebelum ini

    • bEe August 16, 2011 at 5:04 pm

      Mari Juan…
      Kita sama2 join meriahkan blog bro IN :-D

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:54 pm

      Cuba imbas balik peristiwa Raya yang pernah bor lalui

      • suri August 26, 2011 at 12:52 pm

        idea tak dtg huhu kena tgu tahun depan plk heee

  • Ekspresi Ruang August 16, 2011 at 3:46 pm

    btol tu. dulu kita salam ngan parents. skg isteri dan anak2 salam kita time raya :)
    Ekspresi Ruang recently posted..Apa Yang Ada Pada Rumah Semahal RM4.78juta?My Profile

  • madammondoq August 16, 2011 at 3:32 pm

    tengok anak bujang ku segak bergaya dengan baju melayu buatkan ku begitu gembira dan teruja sekali!

    JOM BACA NI : CONTEST : Berbuka Puasa Bersama Madammondoq Di Bangkok House

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:53 pm

      Tentu anak tersenyum lebar jika dipuji berbaju cantik dipagi Raya

  • adamfaiz August 16, 2011 at 2:55 pm

    sori typo… kaler bukan kalau… pose la katakan.. ;)

  • kopisoda August 16, 2011 at 2:09 pm

    kalo bab baju raya family nih mesti kaler sama kan? best! :D
    kopisoda recently posted..Kord Gitar : Monoloque Jika Aku Seorang RobotMy Profile

    • adamfaiz August 16, 2011 at 2:53 pm

      Family aku lain sket… yang lelaki (sorang je pun) ikut aku nye kaler… yang pompuan ikut kalau maknya..

      Anyway Selamat Hari Raya untuk bro… kopisoda dan akubiomed
      adamfaiz recently posted..Kereta Saya Rosak…Saya Nak Balik Seremban!!!My Profile

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:52 pm

      Saya ikutkan sahaja asal ada baju Melayu untuk Raya :-) Kalau yang perempuan sedondon dengan emaknya

  • neo August 16, 2011 at 12:59 pm

    dah dekat nak raya ler ni .. aku blom beli apa lg, tapi tak kisah la, asal yg penting kita beli dulu kita baju tahun lepas pon bole pakai lg, takut membazir pula kalau beli yg baru

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:51 pm

      Baju untuk anak dah beli. Ada orang kata membeli belah saat-saat akhir boleh dapat harga murah

  • eiela August 16, 2011 at 12:24 pm

    wah dah terasa nak raya dah nih. lagi 2 minggu je lagi kan. gud luck ye.

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:50 pm

      Baju tempah dengar dah siap tentu bling-bling raya kali ini :-)

  • maza August 16, 2011 at 12:19 pm

    aduh! aduh! sudah terasa hari lebaran di batang hidung ini.. aduh aduhhhhh

    tak sabar lak rasanya mau balik kampung ni.. uhuk!

    nice story bro. .betul2 menyingkap kenangan ni.. hehehe

    two thumb ups..

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:49 pm

      Terima kasih, percubaan pertama dari saya :-)

  • hafizmd August 16, 2011 at 11:44 am

    cantik bro…walau pendek..aku dapat rase aura nak raye tuh…
    itulah, dulu2, kita yg mintak maaf ngn makayah (masih lagi sampai sekarang).
    sekarang, anak2 kita pulak yg bermaafan…syahdu…

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:48 pm

      Masa Raya ini peluang untuk memohon keampunan kepada orang tua

    • suri August 26, 2011 at 12:51 pm

      rasa senu jer bro huhu…
      alah rasa nak tebag je kat sana haaa

  • Baju Kurung Budak August 16, 2011 at 10:38 am

    Salam.
    ada entry nostalgia macam ni tanda-tanda hari raya dah nak dekat dah ni kan? :)
    Baju Kurung Budak recently posted..Jual baju kurung cottonMy Profile

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:42 pm

      Raya tahun ini tidak balik kampung?

  • ProfHariz August 16, 2011 at 10:02 am

    Allahuakbar.. Baca entri ini semakin terasa detik2 hari raya :(

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:41 pm

      Tentu tidak sabar untuk menatap wajah Ayah dan Bonda

  • wrizuan.net August 16, 2011 at 9:53 am

    dia dah mai hihihi sapa lagi aidikfitri hihihi..:)

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:41 pm

      Sudah buat persiapan Raya ker bro?

  • faiz August 16, 2011 at 9:43 am

    mmg kenangan yg agak sama..lagi2 bab bgun lewat tu..hehe

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:40 pm

      He..hee..budak lelaki memang liat bangun pagi

      • suri August 26, 2011 at 12:47 pm

        madi pagi2 sejuk..lmbt bagun jwbnya kena beratur ar..

  • suri August 16, 2011 at 9:19 am

    salam.
    alah bro asal pendek sanagt kasi pjg sikit ar ctr tu..

    erk..cam tak pauas habis di baca jer huuu..

    p/s:mohon maaf juga untuk tuan tumah klua da salah kata ya. btw tahu ni kala apa plk baju raya geeeee ;)

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:40 pm

      Biarlah cerita pendek sedikit dahulu nanti ke laut pula :-) . Tahun ini guna baju Raya tahun lepas sahaja

      • suri August 26, 2011 at 12:43 pm

        bagus tu cadagan yng baik utk jiamt wet hee..

        sll llki ok jer..pmpun cerewet sikit bab bju smua ni heee

  • tehr August 16, 2011 at 6:48 am

    budak2 memang dok bilang hari je sekarang ni
    sambil angan2 bilang duit raya

  • nizamghazi August 16, 2011 at 6:00 am

    Cerita yg menarik. Lepas baca terasa macam s bsr nk beraya
    Sy belum pun buat lagi pasal cabaran ni.

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:35 pm

      Tentu tersentuh melutut untuk memohon keampunan dari orang tua di pagi Raya

  • padin August 16, 2011 at 5:46 am

    hehe bro dah merasa 2 – 2 keadaan tu, kih3.. yelah apa lagi yang di harapkan selain keceriaan anak2 kan.. :D raya setahun sekali je bagi lah diorang bergembira, kita pon senang hati.. (ye ke?) hehehe

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:26 pm

      Betultuh bro. Kegembiraan anak-anak diutamakan terlebih dahulu

  • Pacifista - X August 16, 2011 at 12:08 am

    aku tak buat lagi.ada masa lagi kan?mesti join jugak ni :D
    Pacifista – X recently posted..Jom Jadi Rakan Blogger PacifistaMy Profile

    • akubiomed August 16, 2011 at 12:12 am

      Masih ada masa lagi bro sebelum 26hb Ogos 2011. Saya bab mengarang cerpen pendek tidak berapa pandai tapi sekadar mencuba :-)

  • Ju August 15, 2011 at 11:54 pm

    Myediakan kelengkapan anak2satu kepuasan…

    • akubiomed August 16, 2011 at 12:13 am

      Puas apabila melihat anak-anak kelihatan cantik setelah mengenakan pakaian yang dibeli :-)

  • zulkbo August 15, 2011 at 11:31 pm

    salam..
    ermm..bahang dah terasa ni
    kaler sedondon tu..menarik
    sejiwa semuanya..
    :)
    zulkbo recently posted..SEO Lagi Tak Boring Ke?My Profile

    • akubiomed August 15, 2011 at 11:38 pm

      Warna tema tahun lepas :-)

      • Dulu Lain Sekarang Lain August 16, 2011 at 10:10 pm

        Tahun ni ada lah si baby Aslah masuk skali kan? He he..
        Baju koning la tema tahun ni atau dah ada colour lain?

        • akubiomed August 16, 2011 at 10:53 pm

          Tahun ini semuanya mengenakan baju Melayu biru termasuk baby Aslah pun dapa baju melayu teluk belanga. Kalau warna Koning mungkin tidak tahu tahun bila :-)

  • Fyzal August 15, 2011 at 10:44 pm

    dah mula terasa aura Aidilfitri :)

    • akubiomed August 15, 2011 at 11:39 pm

      Anak-anak kecil paling gembira kerana dapat baju serba baru

Trackbacks