Cabaran Blogger | Kereta lumba kertas

Permainan kereta lumba kertas

Nintendo Game
kredit: Pichaus

Pada zaman 80an permainan elektronik Nintendo ketika itu game popular Donkey Kong baru sahaja masuk pasaran Malaysia tetapi ia tidaklah menarik minat kanak-kanak sebaya denganku kerana hanya golongan yang berada mampu milikinya. Aku ini anak orang bandar walaupun begitu aku masih bermain permainan yang sesuai dengan kehidupan sebagai anak orang bandar.  Pernah dengar Kereta lumba kertas? Aku akan berkongsi mengenai kereta lumba kertas yang selalu dimain di kelas kerana sekolah rendah aku adalah sesi petang. Kami akan beradu tenaga kekuatan Kereta lumba kertas siapakah yang paling pantas.

Permainan bola antara yang tetap popular sepanjang zaman walaupun ada taman permainan, aku dan kawan-kawan tetap akan main diatas jalan raya kalau zaman sekarang dipanggil “Street Soccer”. Kemahiran individu seperti mengelecek diperlukan kerana jalan raya tidak selebar padang bola. Tiang gol di tanda dengan 2 batu yang jarak 2 tapak kaki biasanya permainan bola dimainkan selepas bersolat Asar.

Berlumba basikal BMX bersama-sama rakan sebaya dan bermain perang-perang mengunakan pistol kayu berpeluru buah Ceri adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ada juga senjata mengunakan straw dan pelurunya adalah Kacang hijau. Cara mainnya adalah memasukkan sejumlah Kacang Hijau didalam mulut dan halakan straw kepada musuh dan tiup. Permainan “bola rounder” dan “bola chop” mengunakan bola tenis bermain di padang sekolah sementara menunggu masuk kelas. Biasanya baju kami akan kelihatan kusut masai dan terdapat kesan hentaman bola tenis pada baju.

Kereta lumba kertas ada unsur-unsur kejuruteraan

abang Long dan abang Koning berlumba kereta kertas

Secara kebetulan ada Cabaran Blogger anjuran blog Dulu Lain Sekarang Lain macam kena pula permainan 2 anak lelakiku iaitu abang Long dan abang Ngah sudah seminggu bermain kertas lumba kertas di rumah. Aku perasan mereka mengunakan meja TV sebagai tapak perlumbaan. Cara bermain adalah dengan meniup dengan kuat supaya kereta dapat melucur laju. Kalau zaman aku dulu kami akan menitik beratkan rekabentuk aerodinamik dan mengurangkan geseran supaya kereta dapat meluncur laju. Permainan kerta lumba kertas adalah pilihanku kerana pada usia muda sudah menitik berat minat didalam bidang kejuruteraan walaupun ia hanyalah kertas.

Kereta lumba kertas abang Koning tersasar

p/s: Apakah aku akan menjadi penasihat teknikal kereta lumba kertas bagi anak-anakku? :-)



44 total views, 1 views today

84 thoughts on “Cabaran Blogger | Kereta lumba kertas”

  1. Pingback: Timang bulu ayam permainan tradisi Melayu
  2. Pingback: Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan September — AkuBiomed
  3. Pingback: Contest menang iPad2 dengan 5 Gum Mystery Hunt
  4. Pingback: Cabaran Blogger
  5. teringat aku zaman main menatang ni,main tindih pemadam,main tudung botol oren,main bola kertas..hahaha..tergelak sorang-sorang..rindu plak nak main menatang tu balik..bebudak bila balik kampung je aku tgk,mana ada main kat luar dah…semua duk main PSP,tak pun paling koman, ronda-ronda naik moto je….cam boring je zaman kanak-kanak mereka…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Anak bandar dan anak kampung pun sudah tidak banyak beza dah mereka pun bermain permainan elektronik juga

    [Reply]

  6. Masa kecik dulu, budak lelaki jiran dan kawan skolah saya cakap,klu tak tahu buat kereta lumba kertas ni,bukan lelaki namanya hahaha

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Err ye ker. Saya sudah lupa bagaimana hendak lipat menjadi kereta lumba kertas :-)

    [Reply]

  7. wahhh…lama betul tak buat origami bentul spaceship tu. dah lupa cara2 nak buat. apa kata bro buat tutorial camana nak buat. bleh bagi kat anak utk main hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya sudah tidak ingat bagaimana hendak membuatnya :-)

    [Reply]

    suri Reply:

    ye bro tak ingat?habis tu kena tuntut ilmu dg ank balik ar tak gitu heeee

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya ada tanya tetapi seorang pun tak tahu. Rupanya kawan yang tolong buat :-)

    [Reply]

    suri Reply:

    saya tahu buat kapal kertas jer heeee

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kapal kertas ada 2 jenis. Yang mana satu Suri buat?

    [Reply]

  8. yang permainan guna buah ceri tu memang nostalgia la.. lagi satu permainan bola guna kertas. buat goal kertas.. dan pemain guna cardboard rasanya.. nak tendang, jentik je pemain tu.. hehe

    [Reply]

    EddyGeek Reply:

    Mr.z kalau nak main boleh je. nanti datang umah nanti kita main yek. aku nostalgia betul dengan main bola kertas dan permain cardboard tu.

    [Reply]

  9. dulu2 pun glamour dgn kereta dashankuro..dan kereta control..kereta lumba kertas ni mmg first time sy tgok di blog bro..hehehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kereta remote kereta tin ini perlukan duit tapi yang ini kertas sahaja :-)

    [Reply]

  10. Tengs akubiomed :)
    Sbb apa, sbb sy hampir terlupa permainan kereta lumba kertas ni
    Sbb dulu sy pernah main .. tiba2 teringat pulak . sweer memoriy
    Eh, ada lagi kanak2 main ya. Good ! :)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Itulah pasal tidak sangka permainan zaman kanak-kanak dahulu dimainkan semula

    [Reply]

  11. oo dulu2 saya main katak kertas .. katak tu diperbuat dr kertas juga.. tekan kat bontot dia lompat kedepan ..ada yg lompat jauh2 , ada yg lompat sikit2 je .. lawak2…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada juga buat katak dari kertas tapi sekadar seni Origami sahaja

    [Reply]

  12. nampak gayanya bro nak wariskan seni permainan zaman dulu yang da pupus kat anak2 bro ni..baru la permainan kita ni tak hilang dek zaman..
    pernah juga main masa sekolah rendah dulu..hehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya tidak wariskan tetapi terlihat permainan kereta lumba kertas telah dimainkan semula

    [Reply]

  13. game lama tu mcm penah main, hehe dulu saya pun suka gak lumba2 naik bmx walaupun pompuan heeee

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Dulu kalau lumba basikal BMX selalu berangan menjadi 2 idola MotoGP iaitu Freddie Spencer dan Eddie Lawson.

    [Reply]

  14. haha…terbaik la bro.aku pernah jugak buat kereta lumba guna kertas ni tapi tak pernah pulak buat berlumba.kitorang cuma lawan sape punya lagi cantik je.siap color2 kereta tu dengan karyon atau marker.rasanya ada aku simpan 1 kat kampung tu.ntah ada lagi ke tak.ntah2 dah tenggelam dek banjir aritu.hehe :p
    Pacifista recently posted…Highlight Bonus PacifistaMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau ada lagi tentu ada mengimbau nostalgia lama dan saya sendiri sudah tidak ingat macamana hendak lipat supaya menjadi kereta lumba kertas :-)

    [Reply]

  15. hehe betul2.. aku pun pernah main game nih, pelbagai rekaan.. siap color lagik :D hehee

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Kalau yang rajin siapkan warnakan supaya ia memberi peperangan psikologi kepada pihak lawan ketika beradu kehebatan

    [Reply]

  16. aku tak pernah main kereta lumba kertas. Tak ada pula memori main kereta kertas yang dapat aku ingat.

    Setakat main game bola guna kertas adalah… :-)

    Kreativiti untuk bermain dan menghibur diri…

    [Reply]

  17. aik?
    yang ni tak pernah main ni
    apasal kat kampung kami tak ada yang keluarkan idea nak main kereta lumba ni

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    sama la Teh.. kalau jet kertas tu tahu la…
    dnoBiz recently posted…Gaji Dan Bonus – Kakitangan awam naik gaji lagi ??My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ini antara permainan yang dimainkan pada zaman 80an. Tidak sangka anak-anak saya ada bermain permainan kereta lumba kertas ia mengambalikan nostalgia ketika zaman kanak-kanak dahulu

    [Reply]

  18. hahhaa.. mau tergeliat mulut akibat panjangnya muncung bibir itew..

    maza pernah main permainan yg sama.. main rocket2 juga pernah siap panjat pokok jambu belakang rumah.. hehehe

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Panjat pokok untuk cari tempat pelancaran yer. Kalau nak tiup tentu muncung panjang. Haa..ha..

    [Reply]

  19. boleh..apa salahnya…nostalgia tu permainan gini…modal yg murah

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Modalnya memanglah murah tapi habis helaian bukut tulis dikoyakkan

    [Reply]

    anif
    Twitter:
    Reply:

    Hehe.. kena korbankan buku tulis sekolah :D Pakai buku lain memang tak menjadi!
    anif recently posted…Running In – Melonggarkan Sendi-sendi EnjinMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Betul tuh bro itu petuanya :-)

    [Reply]

  20. Perghhh… mau tarik nafas panjang-panjang nie dan JANGAN terkentut.. he he… TQ bro sebab sahut cabaran… sori lambat sampai, masih sibuk dgn hal rumah dan opis :wink;

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Ada juga baik permainan kereta lumba kertas kerana ia akan menguatkan paru-paru :-)

    [Reply]

  21. dulu sy selalu main bola chop waktu rehat di sekolah.. habis baju penuh chop dengan bola tenis.. macam lelaki saya main.. malu2 nak cerita kat anak, maknya main banyak permainan lelaki

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Emak saya bising juga kerana apabila balik sekolah baju sekolah sudah macam belacan :-)

    [Reply]

  22. main konda kondi la best! (>.<)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Permainan Konda Kondi antara saya main dahulu.

    [Reply]

    suri Reply:

    saya dah lupa macam na nak main permainan tu heee…

    [Reply]

    iPhoneScope Reply:

    Konda Kondi tu permainan yg mcm ne? Kereta lumba kertas ni pun baru pertama kali dengar ni…

    [Reply]

    puanbee Reply:

    cer main konda kondi sekarang ni tengok …semputtt….

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya ada buat entri baru mengenai permainan Konda Kondi dengan mendapatkan video permainan ini daripada YouTube
    akubiomed recently posted…Cabaran Blogger | Konda Kondi pt.2 My Profile

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge