C.I.N.T.A

Hati ini pernah menerima kehadiran seorang gadis.

Menyahut cabaran contest dari blog Cahaya Cinta – Suri sempena ulang tahun yang pertama.

Aku tidak percaya cinta dan tidak pernah mengenal cinta sehingga aku mendapat gambaran dari seorang yang lebih senior dari aku semasa di kolej. Bagaimana nak tahu kalau benar-benar jatuh cinta adalah apabila orang yang pertama mengetuk pintu hati kita itu adalah cinta pertama kita dan ia akan kekal selamanya. Aku pada mula tidak percaya bagi aku cinta hanya adalah tidak lebih sekadar lafaz cinta daripada seorang kekasih kepada kekasih.

Sehinggakan aku benar tersentuh apabila seorang gadis benar-benar berjaya membuka hati ini untuk menerima kehadirannya. Bila bertentang mata dan melihat kelibatnya aku akan berdebar seluruh pergerakanku menjadi kaku dan lidah menjadi kelu.

Adakah aku telah jatuh cinta?

Oh kenapa aku jatuh cinta pada ketika aku ditahun akhir kolej. Aku mahu jadi gila dibuatnya kerana terbayang-bayang wajahnya yang mulus. Pada pandanganku tidak ada satu pun cacat cela semuanya sungguh sempurna.

Adakah aku telah jatuh cinta?

Memang benar cinta itu buta. Aku memang telah dibutakan hingga aku sanggup bersusah payah mencari hadiah yang aku buat dari hasil tanganku sendiri semata-mata untuk membuat kejutan si dia. Walaupun aku sakit-sakit badan kerananya tapi semuanya hilang apabila melihat wajah si dia terukir tanda kegembiran. Segala sakit aku tanggung seperti hilang ditiup angin.

Adakah aku telah jatuh cinta?

Malangnya cinta kami tidak berkekalan setelah dipisahkan oleh laut Cina Selatan. Aku sering berutus surat tapi tidak pernah dibalas. Terima kasih kepada si dia kerana telah membuka peti hati ini untuk menerima kehadirannya. Baru aku sedar cinta itu sangat indah dan mengasyikkan tapi cinta pada Maha Esa jua lebih berkekalan.

P/S: Cukup sekadar berkonsi cebisan kisah cerita cinta yang tak kesampaian

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Fathiha Zainal January 5, 2011 at 11:28 am

    Tersentuh hati sy bc kisah ni. Sy pn pnah ada pngalaman 1st love yg x kesampaian. Hmm.. Kenangan~

  • kakyong January 1, 2011 at 3:14 pm

    cinta pertama yg tdk kesampaian meninggalkan luka parut sampai kini…

  • zik December 30, 2010 at 5:15 pm

    erm kalau dulu percayalah surat2 nie…sekarang susah la..sebab dah maju… huhu
    zik recently posted..Cara Membuat Bunga dari Sedotan – StrawMy Profile

    • akubiomed December 30, 2010 at 10:50 pm

      Dulu padahal hari-hari jumpa dikolej tak boleh berenggang macam belangkas. Kalau diingati balik kelakar pun ada macam dia seorang ada cewek :-)

  • Fahmi Raazali December 30, 2010 at 12:32 pm

    hehe… cinta tak kesampaian eh… tp tak apa la… sbb cinta dan sayang tu sesuatu yang baik… mencintai lebih mudah dari membenci… :-)
    Fahmi Raazali recently posted..CINTAMy Profile

    • akubiomed December 30, 2010 at 1:02 pm

      Cinta dunia tidak kekal pun yang kekal adalah cinta hamba Allah dengan PenciptaNya

  • Ali ridha December 30, 2010 at 12:08 am

    aku jatuh dan bangun.
    Ali ridha recently posted..PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcomMy Profile

  • Ali ridha December 29, 2010 at 11:53 pm

    layan ayat cintan.
    Ali ridha recently posted..PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcomMy Profile

  • MR.Z December 29, 2010 at 10:35 pm

    jarang orang nak kongsikan pengalaman bercinta mereka.. bro dah boleh buat novel ni.. :D

  • dnoBiz December 29, 2010 at 7:41 pm

    Wah mantap tu,
    Perkongsian yang jarang ada lelaki sangup kongsikan (terutama yang terlebih ego) syabas bro :D

    Ps : semoga Berjaya
    dnoBiz recently posted..CepLos Dan Kazar – Permohonan Maaf Dari dnoBizMy Profile

  • MDHAFiZ.NET December 29, 2010 at 6:56 pm

    tiada cinta agung selain cinta Muhammad dgn Aisyah.. cinta dam dan Hawa, Sulaiman dan Balqis…bercintalah kerana pencipta, bukan nafsu semata2…kerana cinta pada bunga akan layu..cinta pd manusia akan mati.. cinta Allah dan Rosul cinta abadi..lg suci kerana cinta pdnya x akan pernah mengecewakan kamu..bahkan pasti membahagiakan kamu… insyaAllah..

  • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:10 pm

    semua tu cerita lama bro.
    bila aku tulis pasal cerita lama, sampai wife aku fikir lain.
    adoi.

  • zulkbo December 29, 2010 at 5:23 pm

    salam..
    selamat bercinta..
    dan moga di cintai..
    rasa cinta pasti
    ada buat insan yang
    bernyawa..

  • Anwar Osman December 29, 2010 at 5:15 pm

    Nak bagitau anda telah di tag untuk review blog berdasarkan 3 soalan dan syarat tag semula 10 org(byk betul) tp itu yg org buat. Aku follow je.

  • eLLy December 29, 2010 at 4:24 pm

    sedih kisah cinta mu itu :(
    boleh buat novel nie .. wakakaka

    good luck!

    • akubiomed December 29, 2010 at 4:33 pm

      Elly, agak-agak boleh buat cerita cinta novela tak? Peneraju Fasha Sandha

  • zuriey December 29, 2010 at 4:01 pm

    wah2 leh tahan jiwang..cinta memang susah nak diduga

  • Amry December 29, 2010 at 2:33 pm

    wallweiii….ayat jiwang tu..huhu..aku tak pandai la nak berkarangan jiwang ni… hehehe….tapi aku rasa aku paham apa yang bro pernah rasa…benda dah lepas. dah ada anak pon kan…

    p/s: teringin gak nak berayat jiwang ni, tapi tak pandaia ler…huhu

  • sweet-ants December 29, 2010 at 12:59 pm

    uwaaaaaa….sedihnyer ;(
    cinta suci tu selalu tdk kesampaian ;(

    • akubiomed December 29, 2010 at 1:10 pm

      Ni malas hendak mengarang cerita cinta tentu menyentuh perasaan

      • adele December 30, 2010 at 2:10 am

        hahaha.feeling plak sweet-ants ni..ni baru ckit bro Med tulis.

  • deCrewz December 29, 2010 at 12:04 pm

    No kmen.. Takut teringat cerita lama..he3

    • akubiomed December 29, 2010 at 12:28 pm

      ‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai’. Kalau takut main cinta jangan sekali-sekali mencuba :-)

      • deCrewz December 29, 2010 at 12:45 pm

        Dah cuba banyak kali.. Serik dah.. Bercinta lepas kahwin jelah… 9 hbln Jan amek kursus kawin.. Lepas tu baru amek kursus cari jodoh..ha3

        • akubiomed December 29, 2010 at 1:09 pm

          Congrats bro, pahala ketua keluarga lebih sikit dari orang bujang

          • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:09 pm

            boleh suruh orang tua carikan. InsyaAllah berkekalan

  • Nilam Kencana December 29, 2010 at 11:10 am

    Bila bercakap tentang cinta, pasti semua orang ada cerita sendiri. Yang pasti cinta itu indah bila kita bercinta dgn org yg betul, berlandaskan keikhlasan dan batas2 agama. Tapi bila cinta kita disia2kn, memang pedih dan kita mungkin serik nk bercinta dgn lagi.

    • akubiomed December 29, 2010 at 11:41 am

      Kita bercinta seems semuanya betul dan not even single mistake pun nampak. Pelikkan :-)

    • adamfaiz December 29, 2010 at 11:57 am

      Ni kata-kata orang berpengalaman..

  • zezebel December 29, 2010 at 10:43 am

    cinta?….dalam banyak2 jenis cinta, cinta monyet la kot yang tak memeningkan kepala…lucu je…

    • akubiomed December 29, 2010 at 11:26 am

      Memang lar, cinta monyet paling best. Setiap kali tulis surat mesti ada pantun 2 kerat ini ‘Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas,

      • zezebel December 29, 2010 at 11:54 am

        haha, pastu kalau nak jumpa pun, mesti ramai2, tak berani jumpa berdua..malu konon….
        Cinta orang dewasa kompleks sikit. ada yang pandang ciri2 tertentu ja, ada juga yang bertepuk sebelah tangan ja…sebab tak semua mampu untuk memahami maksud cinta yang sbenar.

        • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:08 pm

          antara waktu yang paling best sebenarnya

  • Anwar Osman December 29, 2010 at 9:56 am

    Banyak juga pengalaman x kesampaian nie, aku simpan jela.

    • akubiomed December 29, 2010 at 10:23 am

      Kalau simpan dalam hati akan makan dalam bro :-) Tuh kadang-kandang termenung jauh jer maksudnya dah sebu masuk angin. Ha..haa..

      • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:08 pm

        simpan jauh di sudut hati. beharap agar ianya tidak berulang kembali, InsyaAllah

    • adele December 30, 2010 at 2:08 am

      btul,simpan je..bro kan hati rapuh..lain plak jd nnt kalo diluah2kan.. :D

  • Lee December 29, 2010 at 9:40 am

    hallamak bro..dlm diam2..rupe2nye..hehe..
    x pe..adat kehidupan..life must go on!!! :)
    cintailah Yang Maha Esa, ianya kekal abadi..

    • akubiomed December 29, 2010 at 10:22 am

      Cinta dengan Yang Maha Esa sudah pasti

  • intankuterpilih December 29, 2010 at 9:29 am

    ermmm… apa boleh buat… cinta tak selalunya indah… betul, cinta pada yg maha esa lah yg abadi…

    p/s : anda telah ditag. sila buat yea, jgn nak ngelat…

  • suri December 29, 2010 at 8:57 am

    salam..

    ikutkan mmg sedih..tapi kata org klu kita tdk kecundang dlm cinta masakan kita akan dapat cinta yang sekarang ni..

    semua org akan lalui perkara yang sama cuma kdaan dan jln ctre yang lain.. uniknya CINTA itu kan kadangkala jika di fikirkan cinta tanpa pasagan pasi khdupan yg dilalui terasa kosong dan sunyi..

    terima kasih sahabat atas kesudian dlm joint contes suir yg tdk seberapa ini. Terima kasih bayk2 akhirnya terhasil juga nukilan cinta dari blog ini. Bahasa blh tahan gak hik..hik..

    • akubiomed December 29, 2010 at 9:13 am

      No problemo! Hasta La Vista, Baby.< –tag Terminator Jangan kena tag sudah :-)

      • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:07 pm

        antara tag paling femes selain daripada i’ll be back

  • mamaema December 29, 2010 at 8:21 am

    nice story..

  • anif December 29, 2010 at 8:19 am

    Err.. kesiannya..
    anif recently posted..Tahun 2011- Penampilan TerkiniMy Profile

    • akubiomed December 29, 2010 at 9:15 am

      ‘Err..kesiannya..’

      teringat dialog filem P Ramlee iaitu Madu Tiga

  • Jebat Malaya December 29, 2010 at 7:08 am

    Cita betul ke nih??? Berutus surat tuh yang tak boleh nak percaya sikit.. Xpe bro, ada yang lain, guna email pulak ye..
    Jebat Malaya recently posted..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s BlogshopMy Profile

    • akubiomed December 29, 2010 at 9:06 am

      Zaman saya mana adalah famous e-mail masih lagi guna snail mail. Oleh itu menulis surat cinta adalah seni :-)

      • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:06 pm

        samalah ngan aku bro.
        hantar surat untuk mengorat. last sekali wife tercinta dtg dari satu tmp kerja

  • mie December 29, 2010 at 5:12 am

    fuh!!!
    ada hikmah disebaliknya..
    temui yang terbaik
    mie recently posted..Penang Toy MuseumMy Profile

    • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:05 pm

      InsyaAllah. Allah memberikan hikmah di sebalik kekurangan itu

  • adele December 29, 2010 at 4:41 am

    sedih membacanya.setiap org pasti ada cinta yg tak kesampaian..

    • suri December 29, 2010 at 8:58 am

      tahu tak per.. huaa,,, mak adele tinggalkan saya sorg2 hik..hik..

      tapi try jumpa cinta yang baru kejap jer dpt lupa cinta yang lama heee..

      • akubiomed December 29, 2010 at 9:11 am

        Sekarang sudah temui cinta iaitu cinta pada motor besar. Kalau deruman enjin motor besar pun sudah meruntum jiwa. He..he..

        • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:03 pm

          wah..bolehlah kasi review pasal motor besar lak lepas ni

    • akubiomed December 29, 2010 at 9:09 am

      Adele sudah temui cinta?

      • adele December 29, 2010 at 9:16 am

        belum lg..cinta sejati mmg susah nak cari..huhuhu

        • suri December 29, 2010 at 9:31 am

          ada tu adele..mana tau dlm byk2 bloger ada suka sama kamu..spa tahu kanssssss heee..

          cinta dlm diam tu indah jugak kan..

          p/s:minta tuan rumah semak email dr suri jap.tq.

          • adele December 29, 2010 at 9:34 am

            aiyak..cinta bloggers?? menarik jgk tuh..hahaha

        • hafizmd December 29, 2010 at 4:42 pm

          hehe…belum ketemu lagi tu…insyaAllah… ;p

          • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:04 pm

            insyaAllah. nanti ketmu juga. sedangkan ada yang chatting bertemu jodoh. facebook lagi. InsyaAllah, blogger pun boleh

          • adele December 29, 2010 at 7:45 pm

            oh tidaaak.x nak.x nak.haha

          • akubiomed December 29, 2010 at 11:05 pm

            Ada saya bertemu suaminya melalui YM membawa ke jinjang pelamin

          • adele December 30, 2010 at 2:07 am

            maila dtg rmh dulu :D

  • tengkorak emas December 29, 2010 at 3:05 am

    kadangkala kebaikan cinta adalah ia memberikan kita motivasi untuk melakukan sesuatu yg di luar jangkaan (asalkan baik)

    disebabkan itu di sebalik kejayaan seorang lelaki selalunya berdiri seorang wanita

    • akubiomed December 29, 2010 at 9:09 am

      Itu memang betul dan terbukti tapi kalau dah putus cinta akibatnya double effect.

      • Ladfe Amir December 29, 2010 at 6:03 pm

        putus cinta ada hikmah yang tersembunyi.

  • shaharil December 29, 2010 at 2:49 am

    Cinta itu adalah seni.Dan bukan sekadar dilafazkan dengan kata kata.

    • akubiomed December 29, 2010 at 9:08 am

      Chewah, Dik Non seni apa tuh? Seni lukisan :-)

  • syah December 29, 2010 at 2:26 am

    wah.. hebatnya penangan cintakan.. xpernah ada pengalaman itu lagi.. heheh..

    • akubiomed December 29, 2010 at 2:30 am

      Susah nak digambar dengan kata-kata kena alami sendiri :-)

      • Ladfe Amir December 29, 2010 at 9:26 am

        rugilah belum merasa penangannya.

        • hafizmd December 29, 2010 at 4:41 pm

          akan datang tu bro..mencari dan terus mencari…kadang2 ia hadir tanpa kita undang…mase tu, baru kaku dan….

  • Fitrihadi December 29, 2010 at 2:19 am

    ermm aku baca entry ni rasa sedih ar..sama je dengan nasib aku..ermm :|
    Fitrihadi recently posted..Berita Chill 2 – Gay- Final AFF Suzuki Dan Coli Laser Julia PerezMy Profile

    • akubiomed December 29, 2010 at 2:26 am

      Itulah Fit, saya dah cakap jangan melayan sangat perasaan. Life has go on. Bangkit bina kekuatan semula untuk kembali melangkah

      • Fitrihadi December 29, 2010 at 2:51 am

        okay.. takde ar layan sangat perasaan tu. tapi kengkadang lemah gak bila sunyi sorang2.. adehh
        Fitrihadi recently posted..Edit Foto ContestMy Profile

        • suri December 29, 2010 at 8:54 am

          alah cari jer paganti cpt2 bro ;)

          • akubiomed December 29, 2010 at 9:07 am

            Kalau lambat cari penganti nanti masuk angin jadi sebu. Hee..he..

          • hafizmd December 29, 2010 at 4:39 pm

            cepat cari pengganti…yg berlalu tetap berlalu… :D
            hafizmd recently posted..CINTAMy Profile

    • suri December 29, 2010 at 8:54 am

      salam pagi..

      alah sedihlah bila cinta tidak kesampaian :(

      • Ladfe Amir December 29, 2010 at 9:26 am

        tapi sudah ada pengantinya kan

        • suri December 29, 2010 at 9:28 am

          btul10x moga sahabat kita akan bhgia hingga akhir hayat.amin :)

          • akubiomed December 29, 2010 at 10:20 am

            Terima kasih cinta itu telah kembali bertaut dan disulami. Chewah :-)

          • hafizmd December 29, 2010 at 4:40 pm

            bro…saje nak menyibuk…hehe…so, wife sekarang bukan cinta pertama?atau cinta bertaut kembali?

          • akubiomed December 29, 2010 at 11:04 pm

            Senang cerita family arrangement :-) yang pentin restu kedua orang tua

Trackbacks