BookUp menawarkan buku teks terpakai untuk mahasiwa
BookUp meringankan beban mahasiswa memiliki buku teks/rujukan pada harga rendah. Mahasiswa tentu rasa terbeban untuk membeli buku teks/ pengajian yang diperlukan semasa pengajian. BookUp menawarkan pembelian buku teks/rujukan terpakai dan menjualkan semula kepada mereka yang memerlukan.
Terbeban dengan kos membeli buku teks/rujukan
Saya masih ingat ketika menuntut pengajian Kejuruteraan Elektronik Perubatan dimana silibus pengajian adalah dari UK. Kebanyakkan buku kejuruteraan yang digunakan sepanjang didalam pengajian adalah buku Inggeris kejuruteraan yang diimport dari luar negara sudah tentu mahal harganya. Bersama rakan sekuliah, kami berkongsi membeli buku-buku yang diperlukan dan kemudian di buat salinan. Bayangkan kalau sudah ramai yang buat salinan sudah tentu buku asal menjadi renyuk. Paling bermasalah ada bahagian berwarna hanya hitam putih didalam salinan photostat. Ia menyukar untuk dibaca.
BookUp membantu mahasiswa memiliki buku teks/rujukan
Senarai buku terpakai yang ditawarkan oleh BookUp
Kelebihan dan kemudahan membeli buku di BookUp
- BookUp merupakan gedung buku online.
- Menawar pembelian buku teks/rujukan terpakai
- Jimat masa, mudah dan cepat
- Kemudahan penghantaran buku terus ke pintu
- Harga rendah dan jimat sehingga 80% dari harga pasaran
- Membantu pemuliharaan alam dengan mengunakan semula buku
Cara menjual buku teks/rujukan terpakai
Maklumbalas pelanggan yang pernah berurusan dengan BookUp
Ada buku yang sudah tidak diperlukan bolehlah dijual dan digunakan semula dengan menjualkannya. Sekurang-kurang buku itu dapat diwarisi kepada adik-adik kita dengan membantu selain mendapat sedikit wang hasil pembelian. Ia adalah usaha serampang dua mata untuk kebaikkan bersama.
Maklumat lanjut boleh layari laman >>BookUp<<
AkuBiomed: Ini merupakan entri khidmat masyarakat.
wah! terima kasih sebab bagi info ni.
banyak buku buku diploma. boleh la saya jual kat sini nanti. takdelah dimamah anai anai
Sekaarang senang semua atas taliann
wahhhh info yang sangat2 menarik
bagus idea gini
Daripada buang elok jual kan?? semua dapat manfaat..
bagus idea Bookup nih
ringan beban dua2 belah pihak… penjual buku teks dapat legakan ruang rumah, pembeli dpt berjimat 🙂
hmmm menarik nih…
satu projek tolong menolong yang sangat bagus
alam sekitar juga dapat faedah
beli tak mampu selalu pi kedai fotostat murah jer heeee.baru berbaloi sebab masa tu tak smeua topik kita akan belajar dalam buku-buku tu
buku spm pmr saya ada.syukur anak sedara dapat pakai tapi ad ajuga beberapa topi sudah di olah. macam sastera
Terima kasih kepada semua yang telah memberi pendapat kepada projek saya yang tak sebesar mana ini. Diharap melalui projek ini, saya dapat sebanyak sedikit memberi bantuan kepada mahasiswa/mahasiswi dari segi kewangan dan informasi. Sekiranya terdapat sebarang kritikan membina, tolong ujarkan di sini supaya kami boleh berusaha lagi untuk mempertingkatkan kualiti projek kami. Untuk perkembangan terbaru, kami sedang menjalankan pungutan buku di USM kampus Pulau Pinang dan ramai pelajar telah menyertai projek kami. Diharap perjalanan projek ini lancar dan berterusan dengan sokongan daripada semua.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih dan marilah kami bersama-sama memajukan negara KAMI, Malaysia!
Kalaulah masa zaman saya belajar dulu ada benda ni kan bagus! Saya lebih rela guna buka “2nd hand” berbanding buku “photostat”!
Ya bergantung kepada kualiti photostat. Masalah gambar warna apabila photostat jadi hitam putih sahaja.
lar… baru tahu… ni dah last sem… 🙁
Wah! berita baik utk ulat buku nih…
nampaknya… kesian kena cetak rompaklah buku tu bro.. nak beli mahal
Kalau diikut memang etika yang salah.
Hari ini era digital berleluasa. Bagi pelajar pasca siswazah, rujukan utama ialah journal selain kitab-kitab muktabar.
Perkembangan muktahir menunjukkan, ‘open source’ media seperti e-book dan e-journal menjadi pilihan dan cukup mudah untuk akses berbanding printed book. Malah kebanyakkan perpustakaan universiti sudah menaiktaraf perkhidmatan dengan mengutamakan pembelian e-book dan e-journal berbanding printed book. Pensyarah juga disuruh dan digalakkan untuk menggunakan atas talian.
Dalam kata lain, masing-masing mahu memanfaatkan kemudahan IT dan jaringan media baharu.
Ada kemungkinan besar, printed book akan dijadikan barang muzium ataupun simpanan peribadai yang berharga.
Walau bagaimanapun, entry abg biomed memang bermanfaat. terima kasih kerana memberi pendedahan seperti ini. Well done bro.
Oh ya, kos e-journal dan e-book juga jauh lebih murah.
Malah, rata-rata perpustakaan universiti menyediakan kemudahan itu secara pukal dan percuma.
jadi, ke manakah industri buku rujukan kita?
hehehe
Ada yang lebih selesa mentelaah mengunakan buku kerana mahu bau dan ‘feel’nya. 🙂
tak dinafikan inisiatif macam ni memang bagus., kalau dah memang tak pakai dah, elok juga jual.
boleh jual dan boleh beli juga yer.
Win Win situation yang menjual dan membeli.
Oh, thank you for sharing! Such a useful information. 😀
Syukur ia dapat memberi manfaat.
bijak jugak la idea nie…. aku marketing yang besar untuk diterokai nie
Ya pasarannya luas sebab mengunakan cart lebih senang hendak mengurus dan mencari buku.
menarik dan sangat mudah untuk mendapatkan buku rujukan nanti
Senang kalau ada perkhidmatan menjual buku terpakai oleh BookUp.
bagus..buku buku rujukan bukan murah.. kadang2 nak dapat murah, pinjam ngan kawan lepas tu photocopy..
Masalahnya kalau bahagian yang warnanya hanya kelihatan hitam putih sahaja.
menarik..blh beli buku terpakai dgn kos yg murah..
Sudah tentu harganya lebih rendah dari pasaran. Memberi keuntungan kepada si pembeli.
Memang bagus sangat bookup ni. Banyak membantu orang ramai!
Win Win situation untuk semua orang.
best gak camni… nak wat gak bisnes ni la balik msia nanti… hohoohho
Boleh sahaja hendak buat perniagaan ini. 🙂
bagus juga perkhidmatan bookup nih.
Usaha BookUp diharapkan dapat mengurangkan beban mahasiswa dan pada sama bagi mereka yang mempunyai lambakan buku boleh dapat duit dengan menjualnya.
menarik nie…boleh dipanjangkan pada anak saya yang masih menuntut lagi….katanya buku-buku pengajiannya mahal sangat…beratus-ratus…
Bolehlah cuba cari di BookUp ini.