Kajian menunjukkan pengguna browser Internet Explorer IQ rendah
Terkejut juga apabila membaca keratan akhbar Kosmo bahawa pengguna Internet Explorer(IE) memiliki tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80 dalam bahasa kasar bodoh. Biar betul kajian dilakukan oleh firma perunding dari Kanada iaitu AptiQuant sebuah firma perunding telah menguji seramai 101,326 orang berumur 16 tahun ke atas.
Pengguna browser Internet Explorer IQ rendah bersamaan golongan terencat akal
Skala IQ kepintaran manusia normal adalah 100 dan angka 80 merujuk seseorang itu tergolong terencat akal. Biar betul begitu hebat browser Internet Explorer diciptakan telah disamakan sebagai golongan IQ rendah. Pengunaan Internet Explorer yang dicipta oleh Microsoft telah lama digunakan sebelum kewujudan browser seperti Netscape, Firefox dan Google Chrome yang semakin mendapat tempat di hati pengguna online.

Berikut keputusan tahap IQ pengunaan selain Internet Explorer
- Pengguna Firefox dan Google Chrome mempunyai IQ melepasi tahap normal iaitu 110
- Pengguna Opera dan Camino(Mac OS X) mempunyai IQ paling bijak iaitu 120
Kalau mahu kelihatan bijak tinggalkan pengunaan browser Internet Explorer yang dikatakan penggunanya IQ rendah dari tahap normal beralih kepada Firefox dan Google Chrome. Kalau mahu kelihatan bijak boleh guna browser Opera.
Aku sendiri sudah lama tidak mengunakan browser Internet Explorer kerana sejak membina blog, aku dapati Firefox mempunyai Addon dan Google Chrome mempunyai Extensions salah satu fungsi tambahan yang boleh digunakan untuk membuat analisa blog antara salah satu kekurangan yang terdapa pada Internet Explorer.
Menurut rumusan kajian, IE mudah digunakan kerana tidak memerlukan IQ tinggi. Janganlah pula ada yang terasa berkecil hati kerana pengguna browser Internet Explorer IQ rendah.
aku gna musang api ja..kdg2 ja guna chrome
Kajian yg tak senonoh langsung!!! Huhuhu
Dengar pihak terbabit telah memohon maaf
aku dh lama tinggalkan IE bro… sbb aku tak suka pop up… dan lambat….
aku lebih gemar guna chrome dan firefox 🙂
Saya ada dengar IE10 banyak perubahan yang akan dilakukan tetapi macam pengguna Windows XP mungkin tidak dapat menikmati browser keluaran terbaru Microsoft.
i guna chrome…
tgk sajalah nnti.. ie10 keluar! kalah firefox dan chrome ;p
– IE die hard Fan –
Macam saya mengunakan Windows XP tidak berpeluang untuk merasai kehebat IE10 yang dikatakan hebat
Apsal lak chrome dgn firefox smarter je? patutnya pengguna tu la dapat smartest. pasal byk plugin yg kita boleh guna.
tak tau plak pasal nih, maybe sebab ia memudahkan. bagi pemula oklah kot. hehe. saya biasa guna firefox.
huhu apa punya kajian tu, rasanya kajian tu kurang tepat, bukan le bodoh orang tu cuma mungkin dia kurang pengetahuan IT je. saya lama dah tak guna IE duk seronok guna mozilla firefox dan chrome je
jika di ofis kawan terpaksa guna IE sebab laptop yang diberikan cuma install IE sebagai browser.Nak install browser lain tak boleh sebab bukan admin…huhuu…
Tapi jika di rumah…kawan memang suka guna Mozila…
Salam sejahtera.
Berita yang sangat mengejutkan. Terima kasih kerana hebahan ini. Hal ini kerana saya amat jarang membaca surat khabar. 🙂
Terima kasih sekali lagi. 😉
Ia sekadar rumusan kaji selidik. Tidak semesti yang mengunakan IE mempunyai IQ rendah
most website gomen kena bukak via IE. nak ikutkan, buang je. tapi, tulah. aish.
Kebanyakkan memang perlu diakses dengan IE
Mungkin sebab nie lah orang ramai yang guna firefox kot. KM jarang guna explorer.
Tidaklah bro. Kajian ini baru lagi sahaja dibuat
terencat tu. haha. x sume org mahir bab komputer ni. klu omputih mayb releven kot.
Ini sekadar kajian hasil kaji selidik mungkin tidak relevan
huhu
sedih je dengar
tapi aku memang sangat tak suka guna IE
pilihan pertama aku bila online adalah chrome
Mula – mula baca didalam akhbar mengenai hasil kaji selidik 3 browser macam ragu-ragu sahaja keputusannya
haha…that is quite a statement..
rasanya tak ada kot…cuma biasanya mereka yg biasa dgn teknologi, internet n stuff akan prefer mozilla to IE..
IE ni biasanya user2 yg kurang kisah sgt pasal pefomance, plugins, etc. but not to say that they are stupid
Ia adalah sekadara kajian. Begitu mudah IE digunakan hingga tidak memerlukan otal bekerja
kajian sebegini nak jual jenama jer aku rasa…
p/s – aku bukak IE just unt cek compability blog aku dlm browser tuh jer, almaklum ler kekadang sidebar boleh ke bawah kalau pakai IE
Compatibility browser penting juga. Kalau kita guna Chrome atau Firefox tidak semestinya sama akan berlaku pada IE
nasib aku guna browser firefox.. hehe.. jadi takdelah berkecik hati sangat..
Ha..haa…pandai-pandai cover line yer bro
lawak jugak bila dengar kajian ni… tapi hari ni ada masuk berita yg kajian ni adalah palsu.. pihak yang buat kajian pun dah mintak maaf.. 🙂
Tentu sakit kalau disaman oleh pihak Microsoft kerana menjejaskan reputasi mereka
kami guna google chrome kira iq yang agak pintar juga la ye..hehe
rasanya da kurang sgt org pkai explorer ni,
zaman budak2 dulu2 ada le..:)
uishh3.. sampai dikategorikan sbg terencat akal! hahhahahaaaa
tu la pasal.. slow sangat browser tu… tapi ade gak yg guna… alahai..
tapi xleh kata org gne opera n safari genius.. sbb browser tu lembab… mane aku nak guna! 🙂
Pernah guna Safari di desktop tetapi tidak berkenan di hati. Kualau guna iPhone baru saya browse guna Safari
saya sendiri 90% guna chrome, 9% guna firefox dan hanya 1% sahaja guna IE bergantung pada web tu sendiri.. tapi thru mobile mmg guna Opera.
IE siput ! guna pn time terdesak je…haha..skrg guna FF.. chrome kadang2 je sbb asyik crash..
masuk wesite kerajaan je kena guna IE…tak tahulah tapi memang dah tegar guna chorme…
kalau komputer peribadi memang aku lebih prefer guna mozilla firefox.. tapi bukan sebab tahap iq hhee
Majoriti memilih Firefox dan Chrome sebagai browser kegemaran mereka
mungkin sbb tu lah sy mmg tak berminat langsung mggunakan Internet Explorer, rupa2nya sy ni seorang yg smart n genius!! 😀
Ha..haa..pandailah Adele. Masuk bakul angkat sendiri
ada kala IE ni penting.. terutama untuk aplikasi web kerajaan
Betul bro laman kerajaan masih perlu mengunakan IE untuk akses
Kecik ati sy .. huhu ;(
sbb sy still guna IE
Yg lain pun guna jgk. sama rata
Janganlah begitu. Cuba bro baca betul-betul rumusan hasil kajian
guna firefox best.. byk addon…. tapi sekarang ff5 lembab sgt… sakit jiwa gak pakai ff5 nie…
guna chorome pun best gak… sbb laju… tp bg aku ada extension yg mcm tak bape nk berfungsi…
guna safari… tak best bila nnt ada byk windows kat taskbar… sebenarnya hanya buka 1 windows… kalau ada 20 tab dibuka… nnt ada 20 la windows safari kat taskbar tu… susah nk switch between browser…
guna opera ok la… lagi2 bila masuk ke directory yang byk folder dgn fail… 😀
kebiasaannya firefox dgn chrome mmg menjadi pilihan aku… 🙂
Yang bagus mengenai Firefox seperti saya tulis dalam entri adalah Addon yang banyak bantu developer. Chrome pun mudah guna dan IE kebimbang tahap keselamatan. Mungkin lain orang lain pendapatnya
ar ar
ada baca dkt Kosmo
nasib tak guna IE…
ekekekke
Kalau tidak baca artikel sehingga habis mahu timbul kemarahan. Rupanya pengunaan IE lebih mudah tidak memerlukan otak kita bekerja 🙂
rupanya ada kelebihan juga yer..hehe
itu sekadar kajian sahaja..
tak semua mcm tu kan..:)
Jangan ambil pusing kerana ia sekadar kaji selidik sahaja
mentaliti microsoft~ sume microsoft~
Penggunaan OS Microsoft masih tinggi. Saya pernah terbaca penggunaan Windows XP lebih tinggi daripada Windows 7
IE kami gunakan utk browse system application yg develop menggunakan produk microsoft spt asp.net
kalau utk surfing mmg prefer musang berapi
Minta maaf CS sepatah haram saya tidak faham sebab IT bukanlah bidang saya 🙂 saya lebih guna Firefox dan sekali sekala Google Chrome
Patutlah aku tak lulus ujian IQ. hehehe…
tapi aku pakai chrome plak.. hhuhuhuh
Saya masih ingat memohon masuk German Malaysian Institute perlu menduduki ujian IQ. Tidak diterima masuk mungkin tidak lepas ujian IQ kot 🙂
er biar benr..saya tak pcyalah lah.habis yg gunakan lawan fb tu pk apa cter? iq rendah jugak ke r..
mandai je org2 barat ni…
Kalau melihat data kaji selidik boleh dipercayai tapi jangan bimbanglah ia sekadar kajian ilmiah sahaja 🙂
jujurnya dulu saya suke pakai opera. masa belajar. tapi sekarang pakai mozilla. x suka pakai internet explorer sebab connection slow.
🙂
Opera saya pakai jenis versi mobile memang puas hati.
kuikuikui…
adakah ini juga komplot mahu menjatuhkan window? hehehee
bagi maza sukakan Chrom dan firefox.. ahaks
Jangan kena saman oleh Microsoft. Ohh kiranya bro Maza golongan bijak-bijaklah ni 🙂
Owh, maknanya org2 kat ofis aku terencat akal la, kat ofis PC semua guna IE…ha3
haha.. nasib baik saya tak guna IE 😛
Nasib baik bro dan hampir-hampir 🙂
ni dah boleh jatuh hukum ni.. hahahha
bodoh dan pandai diukur oleh penggunaan software.. hahahha
tapi memang betul pong.!!
Wan bro anti IE eh?
aku guna kesemuanya.
Kalau ada masalah hendak akses sesuatu laman saya akan cuba dari browser ke browser yang lain
sonang2 jer diaorg buat kesimpulan ehhh.. Mungkin soalan ditanya pada budak2 terencat akal jer kot 😀
Mungkin juga tuh bro 🙂
owh..macam tu pula ye.
jarang sangat guna IE.
guna IE masa nak masuk web kerajaan je hehe
Guna IE untuk muat turun Firefox dan Google Chrome 🙂
nampaknya aku bijak skit sebab guna opera mobile kat handphone hahaha
.
Ha..haa..bijak-bijak. 🙂 Itulah dulu kita semua guna IE apa bila sudah ada altenatif kita beralih ke browser yang lain
jarang sangat guna IE walaupun dah sampai IE9 sekarang ni..selalu online guna chrome je..
Saya kurang guna Chrome kerana imej dia muat turun tidak penuh
Saya pengguna Chrome.IE ni macam tak best je…tak pernah guna pon…..sapa yang guna IE boleh marah woo denagn artikel AptiQuant ni. ish ish ishhhh
Betul bro boleh bikin hati panas.
Salam..
aisayy…camne dia ley kaitkan gitu ek.
Saya guna firefox sbb security purposes.
Firefox ada add on Don’t phish me.
Antara kelebihan Firefox kerana ada Addon untuk aplikasi pihak ke-3. Lagipun Firefox kesukaan develepor untuk kaji blog
Apa punya kajian tu..
Lebih baik secara terus terang kajian tu kata siapa guna Windows ber IQ rendah!
Tak boleh nanti ramai sentap. Windows tu OS, yang dikaji browser. Kita boleh pilih nak pakai browser apa pun, tanpa mengira OS.
Ha..haa..sedih juga kalau ada hasil kajian pengunaan OS Windows adalah IQ rendah. Nasib baik tidak ada 🙂
Huu.. mereka ni tak patut kata IQ depa yg guna IE tu rendah… hehe..saje je bikin panas kan… Tapi apa-apa pun mmg IE paling senang nak guna. Cuba lihat Safari, masa mula-mula gunakan dulu, tercari-cari juga menu untuk padam semua history and trace… hehe
Memang mau bikin panas tu..
haha. nasib baik sy gune croome. ;p
Bijak-bijak kalau guna selain IE 🙂
saya guna chrme.. kdg2 guna opera.. tapi opera mcm ta best je.. hehe~
Guna Opera terasa macam kosong tapi ia ringan