Disk Space blog AkuBiomed sudah mencapai tahap maksimum.
Aku mempunyai kebimbangan diawal tahun dengan pengunaan blog disk space usage di hosting akan penuh bila-bila masa. Aktiviti hari ini adalah untuk menguruskan blog AkuBiomed yang sudah mempunyai tanda-tanda kegemukan melampau walaupun tuannya berbadan slim. Kalau blogger lain mengalami kehabisan bandwith aku pula kehabisan blog disk usage.

Kredit: apakistannewsdotcom
Semalam(18hb Feb 2011) kotak inbox aku telah menerima email dari NetKL untuk memberi notis bahawa Disk Space Usage untuk blog AkuBiomed sudah sampai tahap amaran Merah. Masa mula aku mula-mula membuka blog AkuBiomed, penggunaan Disk Usage masih diperingkat Hijau kerana jumlah pengunaan plugin dan gambar masih rendah. Apa yang aku perasan pengunaan Disk Space Usage akan berubah warna peringkat Hijau, Kuning dan Merah. Kalau sudah peringkat Merah tindakan segera perlu diambil samada menambah storage atau mengecilkan Disk Space.

email disk usage warning
Pakej NetKL yang aku langgan menawarkan Disk Space 1500MB dan jika aku tidak berhati-hati akan sekali lagi aku menerima amaran peringkat merah.
Antara usaha untuk menguruskan blog dan mengecilkan saiz fail blog
- Membuang kod CSS - usaha ini gagal kerana aku tidak mempunyai kemahiran
- Menukar plugin dengan kod Html – hanya untuk satu plugin aku berjaya tukar kepada kod HTML
- Disable dan buang plugin yang tidak diperlukan – berhasil
- Membuang fail backup dengan mengekal yang terkini – berhasil ia lemak tepu memakan Disk Space Usage
- Mengecilkan saiz fail gambar
- Membuang Ad – Aku tidak melakukannya walaupun tahu antara faktor yang menyebabkan blog loading lembap

Disk Space status di Cpanel

Hasil ujian loading blog Akubiomed
Link ujian blog loading klik disini
p/s: Sahabat blogger boleh cadang apa lagi aku boleh lakukan untuk menguruskan blog

kakyong baru bbrp hari berhosting.. belum cukup explore lagi..
saya pun tgh belajar ni, kalau ada masalah mcm ni nanti kena la ambil tau cpt2. mcm pengomen lain, saya pun guna picasa jugak, nak jimat, leceh pun takpe la.
Selalunya kalau yang sewa hosting yang bayarannya rendah gambar2 baik upload ke host image storage online.mcm picasa,flickr ke yang boleh di embed. Tue lebih selamat.
Kamal Mustafa recently posted..Tawaran Pendidikan Sepanjang Hayat- Siapa Nak Join
Sekarang ini memang link gambar dengan Picasa
buang aje apa yang patut. Aku punya pun dah penuh. Netkl bagi space memang sikit. Aku rasa Netkl boleh bagi lebih. dalam 2G ke 3G ke untuk akaun personal nih..
Sudah cuba buat dengan buang yang mana tidak perlu
teringat zaman-zaman begini tahun lepas..
memang nak kena upgrade ni
Mus recently posted..Gurauan Hari Selasa Entri Ini Bukan Kisah Sebenar
Oh, bro Mus pun sudah terkena saya kalau kena sekali lagi memang tidak pilihan akan upgrade pakej
hurm tak penah lagi dapat msg ni dr pihak hosting maybe sebab blog saya pun baru sangat lagi hehe…tapi bab gambar pasni maybe kena cuba2 pakai image hosting len.. tkut nnt dok sedar tak sedar disk usage naik sebab dok upload kat hosting sendiri je huhu…
Kalau hosting NetKl akan notis beritahu yang disk space sudah mencapai tahap maksimum storan
hoho.
maknanya blog dah semakin maju lah tu kan. hehe.
satu hari nanti kena upgrade gak hehe
Affan recently posted..Tips berblog bagi blogger yang sibuk
Semakin maju tidak apa jangan berat denga widget dan plugin
. Proses menguruskan blog ini adalah bersifat sementara satu hari perlu juga naik taraf
Akupun tak berapa pandai bab2 nak kuruskan blig ni…hehe
Apa2pun, harap Bro AB dapat selesaikan mslah ni dgn dgn jayanya..
pssst…blog aku perut besar…lambat gemuk sikit..hehe
hafizmd recently posted..Kesudahan Pok De dan cicak tokeknya…
Tidak ada rancangan nak ambil pakej yang lebih besar saiz storan kerana tidak sangka akan berlaku masalah ini kemudian hari
mana nk cari tu kat dushboar ada ker? hiii
kalau yg stat tu..kat cpanel

hafizmd recently posted..Kesudahan Pok De dan cicak tokeknya…
Betultu, Dashboard WordPress tidak ada perlu lihat pada Cpanel di hosting
emm..bagusnya. siap antar email lagi..
Ini penyeidia hosting sudah set automatik hantar reminder apabila dsk space sampai maksimum limit
aku sekarang ni ada 2gb lagi.. selamat.. tak mau host gambar kat luar. nanti gambar ke apa ke load lambat..
Kalau gambar sekeping dua didalam entri okay kot
pertama kali kena full disk usage, advisable upgrade kan pakej..
Ingat hendak mencari jalan dahulu apabila keputusan baru upgrade pakej
ada blog disk usage jg ye..dalam blogspot cuma ada size blog saja..tapi tetap ada masalah bandwitdh..
bila celcom broadband kehabisan bandwitdh..blogwalking bertukar blogcrawling..
aduh, ssh gk klu cmni. ER br tingat nak hosting sendri, tp blog ER ni smo psl gambar
Boleh guna hosting sendiri tapi gambar nak kurang saiz piksel
aku masih hentam simpan semua dalam hosting heheheh

dnoBiz recently posted..Ilmuan Islam – Ilmu dalam Tamadun Islam
Bro dulu pernah juga kehabisan bandwith
bro..kalau gambar aku upload kat blogspot je.. then aku ambik je kod gambar tu dan paste dalam wordpress.. so dah jimat banyak kat situ.. setakat ni takde ar makan space banyak pun..
Fitrihadi recently posted..20-2-2011- Artikel-Artikel Minggu Lepas Untuk Korang
Terima kasih beri option
sy pun tak tahu nak ajar apa kt bro..blog sy pun tak terurus,risau jd mcm ni..tp,kalau jadi mcmni nnt, sy nk tambah disk space dr pihak hosting asalkan hati lega..hehe
kene kurus huu… klu tdk hati sush ..tdur tak lena..
p/s:suri kurg gak bab ni dila huuu
Wah 1.5gig dh nak habis.. hebat ni. Itu salah satu tanda dh nak kena upgrade ni bro.. hi hi. Tp load time utk blog ni masih ok lg.
Itu pun dah buang beberapa fail backup yang banyak makan space
saya juga masih guna picasa untuk simpan gambar
dan ia memang leceh dan melambatkan kerja
sabar je… hehe
Antara korban yang harus dilakukan kalau tidak kehabisan disk space
huh~ banyak juga ko dah gune, ak masih hosting kn gmbr2 semua kt blogger lg, heheh
Anip recently posted..Kartun Animasi Superhero Tempatan BoboiBoy- Best Sangat Ke
Tidak tahu berapa lama akan bertahan kalau tidak ada pilihan perlu tambah pakej
susah juga ya kalau nak manage balik entri yang dah bertimbun. antara sebab kenapa aku tidak hoskan imej di hosting sendiri.
Mula-mula dulu yer memang saya hostkan gambar tapi ia akan makan space usage
upgrade package… guna gambar dari hosting luar seperti imageshack.us, photbucket, atau akaun blogspot sendiri.. cuma ia leceh sikit lah…
Zik recently posted..Hentian Pudu Raya dibuka 16 April 2011!!!- Terminal Bas Bukit Jalil
Terima kasih Zik kerana saranan tersebut sekarng ini guna Google Picasa
tapi yang takbesynya kekadang gambar tak keluar, dan adamasanya mereka pun out of bandwith gak…
dnoBiz recently posted..Pelakon Gangster – Dua lagi lelaki serah diri
Kalau guna kat picasa memang takde masalah.. maklumlah, google punya produk
Harap Picasa dapat bertahan lama terutama bandwith
Nak tukar plugin di template wordpress yang pening tu, kalau dekat blogspot boleh tengok semua, kat wordpress ni dia berpisah-pisah. Ada perlu nak guna software apa2 tak? Kalau nak guna notepad++ ke, macamana nak tgk file template tu? Blog sampai sekarang slow gaban lagi….


Sabahan Bloggers Club recently posted..How to add meta description for blogspot
Kalau didalam WordPress ia terletak didalam APPERANCE -> Editor
Salam.. Banyak lagi yg perlu saya belajar.. Semuanya saya tak mahir..