Blog CahayaCinta yang ku kenali

Ulasan blog CahayaCinta top komentator bulanan.

Agak lama saya tidak buat ulasan blog kali terakhir saya memenangi hadiah utama untuk contest ulasan blog IzwanYusof dan pernah juga membuat pendedahan berani mengenai blog Hanis Zalikha. Secara jujurnya saya bukanlah pakar tetapi minat untuk memperbaiki blog sendiri dengan mengkaji ciri-ciri blog diluar sana. Kali ini saya ingin membuat ulasan mengenai blog CahayaCinta yang mana saya akan sentuh aspek teknikal.

Blog CahayaCinta pernah diserang virus.

Suri atau nama sebenar Ummu Ainni Binti Maalip @ Bakar bukanlah nama asing di blog AkuBiomed ini. Beliau antara komentar wanita yang top di blog AkuBiomed senantiasa mengungguli carta pengomen bulanan. Kalau siapa-siapa mahu “tackle” Suri yang berasal dari Melaka ini minta maaflah kerana beliau sudah berpunya dan mempunyai anak perempuan yang comel. :-)

Kesian agak lama beliau menyepi dari dunia blog kerana blog telah diserang virus sampai satu tahap beliau hampir putus asa untuk kembali menulis blog. Sayang pula hendak melepaskan blog CahayaCinta begitu sahaja kerana mempunyai kududukan Google Page Rank yang baik dan akan sia-sia usaha beliau selama ini kalau tidak mahu pertahankan blog yang dibina.

Keunikan pada blog adalah pada pengunaan keyword unik yang menjadi tajuk entri adakala perkataan yang tidak pernah kita dengar sebelum ini sebagai contoh tajuk entri terbaru blog beliau iaitu “Manfaat Bicicletă” adalah “Manfaat Basikal” ia menjadikan satu keunikan pada blog ini. Turut tidak ketinggalan peringatan sesama insan adalah antara bahan entri untuk santapan ilmu rohani dihidangkan pada blog CahayaCinta.

1. Header blog CahayaCinta.

Header blog yang digunakan menarik dengan gambar anak perempuan kecil yang seolah-olah teruja dengan pemandangan pantai dan cincin adalah simbolik kepada kekeluargaan mempunyai ciri-ciri yang dekat kepada pemilik blog CahayaCinta.

Blog CahayaCinta

Blog CahayaCinta

2. Ujian GTmetrix.

Perbandingan ujian PageSpeed dan Yslow antara blog AkuBiomed dan CahayaCinta mempunyai gred yang lebih baik berbanding blog saya tetapi perlu diperbaiki daripada saiz fail blog dan  kelajuan blog.

CahayaCinta GTmetix analysis

3. Ujian SeoDoc.

Jumlah markah untuk blog CahayaCinta pada 97% sudah memenuhi syarat untuk format yang perlu ada pada sebuah blog. Cuma ada masalah pada Header iaitu H1 adalah tajuk entri biasanya akan dilabelkan sebagai H1. Tidak ada Meta Description iaitu maklumat ringkas mengenai blog CahayaCinta, Suri boleh memasang plugin All in SEO pack atau plugin Platinum SEO Pack. Kalau mahu yang plugin lebih advance boleh pasang plugin Yoast WordPress SEO. Meta Decription dapat memberi informasi kepada bot crawler ketika membuat proses indek pada blog.

 CahayaCinta SeoDoc Analysis

Blog dicadangkan agar tidak membuat lebih 100 link kerana ia memperlahankan dan membebankan blog. Cadangan saya adalah mengurangkan jumlah link atau mengurangkan jumlah entri di front page. Kurangkan entri penuh dengan mengunakan “<!–more–>” pada perenggan pertama setiap entri supaya hanya sebahagian entri dipaparkan pada front page blog.

CahayaCinta metatag analyser

Cadangan lain adalah memasang plugin CommentLuv supaya pengunjung boleh meninggalkan backlink entri ke blog mereka pada komen yang ditinggalkan di blog CahayaCinta.

Memasang Google Site Search supaya memudahkan pengunjung untuk mencari artikel terdahulu di blog kerana bukan mudah untuk mencari satu-persatu entri pada archieve page.

Ada beberapa tip menarik yang boleh dijadikan rujukan seperti yang pernah dipaparkan di blog DenaiHati sesuai untuk bacaan antaranya 10 Elemen Rekabentuk Yang Digunakan Oleh Blog-Blog Popular Malaysia dan Mitos Dalam Berblogging.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • suri May 11, 2013 at 12:44 pm

    rindu. zaman ini heee

  • topijerami90 March 6, 2013 at 2:42 pm

    tq bro, banyak plugin boleh dijadikan rujukan pada post kali ini

  • Oh! budu July 6, 2012 at 11:47 am

    ooo… bijaknya.. dapat trace satu satu..

  • sadiq May 9, 2012 at 7:12 am

    thanks for the information..berguna untuk blog saya=)

  • Mekar December 21, 2011 at 3:46 pm

    Bestnya ada org komen pasal kelebihan dan kekurangan blog kita. Dari situ kita tahu yg mana harus diperbaiki. Nampaknya kena jadi top komentator di sini. Tapi sya tak setangkas suri..hehe
    Mekar recently posted..Pai Tee dan Cara MembuatnyaMy Profile

    • akubiomed December 21, 2011 at 10:45 pm

      Ada ilmu yang tidak seberapa apa salahnya berkongsi sesama sahabat blogger. Lagi banyak diberi lagi banyak yang dipelajari.

  • Hadi Hanafee December 20, 2011 at 10:14 pm

    blog puan suri memang unik terutamanya title setiap entrinya. nama suri bukanlah asing dalam dunia blog malaysia sebenarnya ;)

    • akubiomed December 21, 2011 at 10:49 pm

      Boleh jadi Yang Blogger atau “YB”. :-)

  • kimmie December 20, 2011 at 12:05 pm

    wah bagusnya …byk yg sy bljr dr review ini :)

  • Ekspresi Ruang December 20, 2011 at 7:35 am

    blog berplatform WP mmg sng nk setting utk lebih mesra SEO. nk tukar tp selfhosting mhl sgt utk sebuah blog yg byk menyimpan data dlm bentuk gmbr
    Ekspresi Ruang recently posted..Bang Boom Lamp Oleh Ingo Maurer: Typography Komik Dalam Bentuk 3DMy Profile

  • ohcikgu December 19, 2011 at 11:30 pm

    popular dah cik suri kita nih. hehe..
    ohcikgu recently posted..7,079 GSTT Ditawarkan Ikuti Kursus Perguruan mulai Januari 2012.My Profile

  • shraqs December 19, 2011 at 5:59 pm

    Yang aku suka lawat blog suri tu tu sebab dia punya blog memang sempoi dan post dia memang catchy dan ringan. Lebih2 lagi dia jenis yang rajin komen…. :)

  • yas December 19, 2011 at 4:21 pm

    Terbaik la bro…aku pun dok tunggu kalau2 ada kengkawan nak review blog aku dr segala segi..:D..
    yas recently posted..Cara Mohon dan Syarat Pemberian Baucar Buku Rm200 – 2012My Profile

  • suri December 19, 2011 at 2:37 pm

    erk..
    terima ksh ats ulang tersbut..batu tahu bhgan mana yang lemah,,cam ni baru blh berblog deng ganas..heeee

    terima kasih AB atas review ni. klu tak sy tak tahu.

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:37 pm

      Saya ulas format yang perlu ada pada blog. Kalau teknik SEO tidak mampu saya hendak beri tip. Kalau blog Hanis Zalikha lagilah dia main langgar tapi trafik tinggi kerana nama beliau adalah “keyword” yang digunakan didalam Search Engine. :-)

  • puanbee December 19, 2011 at 1:37 pm

    saya silent reader suri .. hehe kadang2 pergi baca juga blog beliau ..

    nak tanya , commenluv saya problem untuk entri contest gadjet impian lah , macam mana nak betulkan error tersebut ye ?

    masaalah nya , bila saya aktifkan commenluv , bahagian komen dan sidebar untuk entri gadjet impian hilang terus ..

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:35 pm

      Saya tidak dapat hendak komen dengan jelas ini mungkin theme woo canvas yang digunakan oleh Puan Bee tidak compatible. Saya mengagakan sahaja kalau mengunakan theme lama tidak ada masalah dengan CommentLuv. Apa pun nak godek tunggu contest tamat nanti melepas pula.

  • titan December 19, 2011 at 1:11 pm

    suri memang kacak bab=bab rajin update blog dan rajin mengomennnnnn.. :D
    titan recently posted..Evolusi Sinar Niaga 2011My Profile

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:29 pm

      Memang tidak dapat lawan termaksima Suri. Agaknya beliau boleh menaip entri sambil dukung anak :-)

  • eLLy December 19, 2011 at 11:05 am

    Saya sedang menunggu giliran untuk di Pre view … hehehhehe

  • chii December 19, 2011 at 11:04 am

    errr..pnjangnya ulasan..nk dibndingkn ngn blog chii..mesti akn jumpa byk kekurangan..hehe

    • suri December 19, 2011 at 2:40 pm

      huu..chii dah lama berblog hii..kita serng blog chii..

  • Abe December 19, 2011 at 6:23 am

    ermm x fahamlah he3

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:27 pm

      Tak apa. Saya bermula terlibat dengan blog pun banyak perkara yang mengenai blog tidak faham.

  • maza December 19, 2011 at 1:44 am

    alamak, sudah mcm thesis.. cayalah.. hehehe

    maza suka, suka, suka…

    • suri December 19, 2011 at 2:39 pm

      maza jgn loncat2 nnti jtuh huhu…

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:26 pm

      Nasib baiklah tidak pengajian Master untuk pengkhususan blog kalau tidak lama sudah berdaftar sambung belajar. :-)

  • zulkbo December 19, 2011 at 12:41 am

    salam..
    nanti senang preview la pulak
    blog saya Bro..nak dengar juga
    komen pro dari anda..mungkin
    boleh membantu saya menaikkan
    ranking blog saya..thanks :)
    zulkbo recently posted..Video Gol Barcelona vs Santos : Akhir Piala Kelab Dunia 2011My Profile

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:25 pm

      Saya ini kecil di mata bro Zulkbo. Blog saya tidak mampu menandingi trafik blog bro. :-)

  • azman December 19, 2011 at 12:05 am

    Dah lama tak terjah blog suri tu…

  • tehr December 18, 2011 at 11:14 pm

    blog suri tu
    aku suka dengan header dia
    memang cun sangat
    tehr recently posted..Barcelona Juara Piala Dunia Kelab FIFA 2011My Profile

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:24 pm

      Header bertepatan dengan sifat pemilik blog CahayaCinta. :-)

  • b3njy December 18, 2011 at 11:08 pm

    Rasa nak buat juga macam broo ni nak bagi ulasan blog member blogger … akan diaturkan mungkin bulan depan. Terima kasih atas idea ini.
    b3njy recently posted..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONGMy Profile

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:23 pm

      Ulasan boleh buat berbagai bentuk ada ulasan didalam bentuk teknikal ada bentuk ringkasan mengenai “niche” blog tersebut. Terpulang kepada kreativit bro Benjy mengadunkannya. :-)

  • b3njy December 18, 2011 at 11:07 pm

    Kalau blog kita kena serang virus sesiapa pun akan kecewa juga.
    b3njy recently posted..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONGMy Profile

  • b3njy December 18, 2011 at 11:06 pm

    Betul kata broo tu commen luv tu penting untuk back link dan ini menggalakkan blogger untuk komen dan tinggalkan backlink mereka.
    b3njy recently posted..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONGMy Profile

    • suri December 19, 2011 at 2:53 pm

      komen luv tu ada jer ok da masa tak ok..hurm…

      • akubiomed December 19, 2011 at 5:22 pm

        Faktor compatible theme main peranan samada plugin CommentLuv berfungsi atau tidak. Macam blog saya kerana ada setting pada plugin W3 Total cache ganggu backlink pada CommentLuv untuk keluar.

        • suri December 20, 2011 at 3:47 pm

          makna sy kena buang dan mut naik yg baru.camtu blh ker? huu

          backlink mmg blog sy tak buat huhu…

  • b3njy December 18, 2011 at 11:04 pm

    Tool2 yang Broo gunakan tu ada yang benjy belum tahu lagi … terima kasih atas info ni :)
    b3njy recently posted..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONGMy Profile

    • akubiomed December 19, 2011 at 5:19 pm

      Macam tool yang ada di internet untuk analisa blog. Tool yang saya gunakan adalah lebih kepada semakkan format yang perlu ada untuk sesebuah blog. Kalau tip SEO minta maaflah saya tidak dapat hendak bantu cuma cari “keyword” yang difikirkan akan orang diluar sana akan gunakan untuk Search Engine.

  • b3njy December 18, 2011 at 11:03 pm

    Si Suri ni memang dashyat betul …. tabik spring kat suri tu :)

  • Kimmy December 18, 2011 at 8:56 pm

    Tahniah Suri.

    Thanks for sharing, saya baru install commentluv plugin tu..hehe

    • akubiomed December 18, 2011 at 10:10 pm

      Kalau pasal plugin CommentLuv ia adalah satu penghargaan kepada pengunjung yang tinggal komen pada blog pada masa sama dapat backlink.

  • Nur December 18, 2011 at 8:12 pm

    Rajinnya membuat review blog. Begitu detail sekali maklumat yg diberi.. InsyaAllah akan ziarah ke blog ni.
    Nur recently posted..Makan Tengah hari di Restoran Yeo Sekeluarga Kg Pendas, Pelabuhan Tanjung Pelepas, JBMy Profile

    • akubiomed December 18, 2011 at 10:09 pm

      Tidak selalu ini baru kali ke-3 kerana hendak buat ulasan perlu ketelitian dan kajian.

      • Nur June 2, 2012 at 3:49 pm

        Tak mengapa, termasuk dalam kategori “rajin” tu.. sebab tak semua orang tahu dan sudi membuat kajian untuk blog orang lain.

        Saya yakin komen2 membina dan kajian saudara ini akan dapat membantu blogger2 lain. Kalau blog saya, tentu banyak yg kena diperbaiki. :)

  • ZoOL December 18, 2011 at 8:10 pm

    bru try GTmetrix tue, dpt grade C je :(

    yang dua lagi dlm list tu belum try.. blum inject SEO lagi ke dlm blog :P
    ZoOL recently posted..Creative Gas Tanks from JapanMy Profile

    • akubiomed December 18, 2011 at 10:09 pm

      Selain GTmetrix boleh juga guna addon seperti Firebug dikombinasi dengan Pagespeed serta YSlow pada Firefox.

  • Wan Perlis December 18, 2011 at 8:02 pm

    yup suka blog suri

    • akubiomed December 18, 2011 at 10:06 pm

      Blog beliau ada keunikan tersendiri. :-)

  • Juan December 18, 2011 at 6:30 pm

    ulasan yg terbaik

    • akubiomed December 18, 2011 at 10:05 pm

      Terima kasih. Sudah lama tidak buat ulasan. Agak lama saya peram entri ini kerana ia perlu masa dan kajian.

      • suri December 19, 2011 at 2:56 pm

        terima kasih bro..apa2 blh sy mntk bantuan yer

        • akubiomed December 19, 2011 at 5:16 pm

          Dengan ilmu yang tidak seberapa saya akan bantu apa yang patut. :-)

Trackbacks